Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berita yang dipetik dari sumber BHarian 06/04/2012 ini, benar-benar PELIK dan MENGHAIRANKAN saya. Malam sebelumnya, pertemuan dua beranak ini mendapat liputan menerusi berita perdana. Jika ada yang tidak berkesempatan membacanya, saya sertakan berita penuh di bawah.
KHADIJAH AWANG (kiri) terharu apabila ditemukan semula anak keduanya, Norhidalyah Awang, yang telah terpisah 21 tahun lalu di Kampung Kuala Mai, Kulau Krau.
Ibu, anak terpisah 21
tahun bertemu semula selepas mohon bantuan
KUALA KRAU: Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kerajaan bukan saja membantu meringankan
beban kewangan rakyat, malah memberi seribu pengertian buat Nor Hidayah Awang,
27, apabila dipertemukan kembali dengan ibu kandungnya selepas terpisah selama
21 tahun. Beliau yang berasal dari Kampung Kuala Mai, di sini, pernah berputus
asa untuk menjejaki ibunya, Khatijah Jaafar, 49, yang gagal ditemui selepas
berpisah dengan bapanya sejak beliau berusia enam tahun.
Menceritakan kembali
detik pertemuan bersejarah itu, ia bermula apabila suaminya, Khairul Mubin, 27,
membuat permohonan BR1M, dua bulan lalu tetapi dimaklumkan suaminya tidak
layak. Beliau hairan mengapa
permohonan itu ditolak, sedangkan pendapatannya tidak melebihi RM3,000 sebulan.
Oleh kerana tidak berpuas hati, Khairul dan Nor Hidayah pergi ke Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN) cawangan Temerloh pada 12 April lalu untuk menyemak semula
status permohonan tetapi pegawai LHDN memaklumkan bahawa nama isterinya sudah
digunakan oleh individu lain.
Nor Hidayah berkata,
beliau meminta butiran peribadi individu yang menggunakan namanya memohon BR1M
dan terkejut selepas mendapat tahu individu berkenaan adalah ibu kandung yang
terpisah lebih 21 tahun.
“Selama ini, saya cuba
mencari ibu di serata tempat dan bertanyakan kepada saudara-mara, tetapi tiada
siapa yang tahu menyebabkan saya hamper berputus asa. Akhirnya BR1M yang
diilhamkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mempertemukan kami,”
katanya.
Beliau berkata, selepas
mendapatkan alamat dan nombor telefon ibunya, Nor Hidayah memberanikan diri
untuk menghubungi ibunya yang kini menetap di Kota Bharu, Kelantan. Semalam (5 April),
kedua-dua beranak itu bertemu di rumah Nor Hidayah di Kuala Mai dalam suasana
hiba bercampur gembira.
“Walaupun tidak mendapat
wang BR1M, saya mendapat sesuatu yang lebih berharga iaitu dipertemukan semula
dengan dengan ibu,” kata ibu dua anak berusia 8 dan 10 tahun itu.
Sementara itu, Khatijah
berkata, dia menggunakan nama anaknya kerana beliau adalah ibu tunggal dengan
pendapatan RM500 sebulan selain ikhtiar terakhirnya untuk menjejaki anaknya. Beliau yang bekerja
sebagai tukang cuci di Pejabat Pendaftaran Negara di Kota Bharu, akan
menggunakan wang bantuan terbabit untuk membeli barang keperluan harian dan
membayar sewa rumah.
“Saya berterima kasih
kepada Perdana Menteri dan kerajaan melalui bantuan ini ikatan kasih antara
anak dan ibu terjalin semula,” katanya.
*** Tamat petikan ***
Apa yang hendak diketengahkan di sini, bukanlah hendak mempromosikan PM dengan program BR1M, tetapi terdapat KEMUSYKILAN yang wajar dijawab oleh pihak yang berkenaan :
1. Bagaimana seorang makcik boleh mendapat idea menggunakan nama anaknya? Makcik memang geliga...
2. Bagaimanakah pihak yang berkenaan boleh meluluskan permohonan makcik, sedangkan maklumat yang diberikan adalah palsu? Tahniah! Makcik berjaya 'memperbodohkan' pegawai LHDN yang meluluskan permohonan makcik!
3. Semasa mengambil BR1M, bukankah makcik perlu beri kad pengenalan dan ini akan disemak semula dengan senarai yang lulus, maknanya kad pengenalan yang dipegang makcik mesti tally dengan maklumat yang tertera dalam senarai yang lulus. Tahniah sekali lagi! Makcik berjaya 'memperbodohkan' pegawai JPM atau ADUN yang menyerahkan voucher BR1M makcik!
4. Adakah makcik menggunakan kad pengenalan anak makcik? Bukankah ini satu kesalahan di sisi undang-undang kerana menggunakan kad pengenalan milik individu lain?
5. Apa saja jenis penyamaran, tidak kiralah menyamar sebagai anak atau emak atau sebagainya adalah satu kesalahan.
6. Sesuatu yang tidak kena dengan pemberian BR1M ini. Seseorang individu boleh menyamar sebagai individu lain untuk melayakkan diri mendapat BR1M. Permohonan dan kelulusannya mungkin 'dilonggarkan' jika ada 'cable'? Berapa ramai lagi yang menyamar dan permohonan mereka diluluskan?
7. Quote : “Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan melalui bantuan ini ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin semula.” Perkara paling utama yang hendak diketengahkan ialah, takdir Allah Taala yang menemukan dua beranak ini, BUKAN Perdana Menteri melalui BR1M yang menemukan mereka. BR1M cuma 'asbab' akan takdir yang telah diatur oleh Allah Taala. Jika kehendak Allah mereka bertemu semula, mereka tetap juga akan bertemu, bukan disebabkan BR1M. Betulkan persepsi salah ini!
Apa-apapun, satu dunia tahu, MALAYSIA BOLEH!
Suatu pemikiran yang kritis....
BalasPadamSaya ada baca berita ni...
Tetapi ianya berlalu tanpa aku fikirkan hal2 yg tersirat...
Terlalu pelik...
BalasPadamBRIM ni sape2 leh apply...longgar sgt tak kuasa Pegawai lhdn nk semsk
BalasPadam