“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Mei 07, 2009

Kelebihan memiliki anak perempuan


Assalamualaikum warahmatullah,

Masih ingat lagi tentang masyarakat Jahiliyah yang kita belajar satu ketika dahulu? Dalam masyarakat Jahiliyah, memperoleh anak perempuan merupakan satu musibah kepada keluarga tersebut. Apa tidaknya, pada waktu itu anak perempuan dianggap hanya mendatangkan sial dan memalukan keluarga. Lantaran itu, ramai ibu bapa yang merasa terhina dengan anugerah ini, bahkan sehingga ada yang sanggup membunuh dan menanam hidup-hidup demi menjaga maruah keluarga.

Malangnya, pemikiran orang-orang zaman sekarang pun masih sama seperti mereka di zaman Jahiliyah dahulu. Pernah saya mendengar perbualan seorang bapa bertanyakan jantina bayi yang baru dilahirkan oleh isterinya di wad bersalin. Setelah dimaklumkan nurse bertugas yang si bapa dikurniakan bayi perempuan, saya terdengar nada suaranya sedikit mengeluh, "Oh.. perempuan lagi..." Saya yang mendengar, sedikit terkilan, seolah-olah si bapa kecewa dengan anugerah Allah SWT.

Saya juga pernah menonton video kelahiran seorang bayi perempuan yang rupa parasnya menyerupai ular. Kononnya ibu yang melahirkan bayi tersebut amat-amat berkehendakkan bayi lelaki kerana telah memiliki 2-3 orang anak perempuan sebelum kelahiran anak yang ini. Semasa membuat pemeriksaan kandungan, doktor telah memaklumkan yang si ibu mengandungkan bayi perempuan dan berita itu sangat mengecewakannya. Bila rakan-rakan bertanya jantina bayi yang dikandung, si ibu terus menjawab yang dia sedang mengandungkan anak ular. Subhanallah! Bila tiba saat kelahiran, memang si ibu telah melahirkan seorang bayi perempuan yang menyerupai ular. Saya kurrang pasti kesahihan berita ini, tetapi menurut video yang ditonton, peristiwa ini terjadi di negara Timur Tengah.

Pada zaman ini, menjaga anak perempuan terutamanya pada peringkat usia remaja merupakan satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Banyak gejala negatif yang melanda kehidupan anak gadis masa kini, menjadikan kita semakin bimbang dengan keselamatan diri mereka. Apakah benar kehadiran dan kurniaan ini menjadi bebanan pada ibu bapa? Atau cabaran kepada ibu dan bapanya?

Satu ketika dahulu, kita sukar melihat anak-anak gadis berjalan-jalan di pekan kecil atau pun di kota besar. Saya masih ingat, ayah sering menemani ke mana saja saya pergi, boleh dikatakan ayahlah 'body guard' dan ayah jugalah 'chauffeur' ke mana saja saya pergi. Memang agak sukar kita terserempak remaja perempuan berpimpinan tangan di bandar-bandar, di pusat membeli belah atau di mana sahaja. Kini, yang bertudung tanpa segan silu mempersendakan tuntutan agama sekali gus mempersendakan perintah Allah Taala. Yang tidaak bertudung pula, sama sahaja… tiada yang kurang dan tiada yang lebih. Berani lakukan apa sahaja demi mengikut jiwa remajanya.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."

Seorang lelaki bertanya, "Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?"

Sabda baginda, "Juga untuk dua anak perempuan."

Seorang lelaki berkata, "atau untuk seorang wahai Rasulullah?"

Rasulullah SAW menjawab, "Juga untuk seorang." (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., katanya: Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah Rasulullah SAW datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda baginda SAW, "Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, ‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Nah! Masih tidak berbangga memiliki anak-anak perempuan?

Renung-renungkan!

6 ulasan:

  1. Shalya Shalya [shalya76@...]7 Mei 2009 pada 2:06 PTG

    Salam,

    Anak Perempuan atau Anak Lelaki , kedua-duanya anugerah ALLAH.

    Mendapat anak perempuan adalah satu kelebihan, dapat menjadi kawan dan pembantu...
    Yang penting...adik2 dapat disayangi oleh ibu, abah dan kakak...

    Apa-apa pun Amanah ALLAH perlu dijaga,anak2 perlu dibajai dengan ilmu agama untuk
    masa depan...

    BalasPadam
  2. Kena tanya mak saya lah , dia bangga tak ada nak ppuan mcm saya.. :)

    nanti pasti dia sindirnya saya.. "emm riyak!".. he he baik tak yah tanya.

    Sebenarnya anak lelaki atau ppuan sama shj, terpulang kpd didikan, persekitaran dan reqki ibubapa. Jadi ibubapa perlu banyak2 berdoa untuk anak-anak supaya anaknya tak menyusahkan dia. Jiran saya ada 3 anak lelaki seorang perempuan susah hati juga... semalam dia bertandang ke rumah saya . Masih ada keluhan tentang anak2, bimbang kalau dia mati anak2 masih belum 'lepas'.

    emm saya pun rasa pelik, bilalah seorang wanita tu akan terlepas dari kebimbangan? tak ada anak bimbang, ada nak pun bimbang. Tak kawin bimbang dah kawin lagi bimbang :). Malam tadi sempat juga saya ziarah kakak kawan saya yg masuk wad akibat kayap di muka. Kesian kak long tu, dalam pada tu sempat kami bercerita tentang fe'el budak2 sekarang. Kata kak long dia tak kesah sangat anaknya tak excellent dalam pelajaran, asal tahu nak hormat aki, tahu cium tangan aki, tahu tanya kabar aki ( ayah kak long) dan tahu cakap sopan dengan aki..

    Dan dia bercerita tentang sepupunya yang sebaya anaknya. Rasdan namanya. Rasdan ni kalau nampak kak long datang ke sekolah, berlari dia dapatkan kak long, bersalam, tanya kabar dan berborak. Rasdan ini memanggil saya maksu. Memang bagus akhlaqnya, bapanya imam di kawasan rumah saya. Kalau nampak saya di kedai , jauh dia kona basikal semata2 nak menegur saya ,jarang jumpa budak sebaya dia (14 tahun) berakhlaq macam tu. Mudah2an besar nanti hafaz qu'ran dan jadi imam macam bapanya.

    BalasPadam
  3. Salam,

    Kebetulan banyak jumpa hadis fasal anak-anak perempuan, tu sebab keluarkan artikel tu. Saya terkilan benar dengan dua peristiwa yang saya ceritakan, seolah-olah tak menghargai kurniaan Allah Taala.

    Ada lagi kes yang berlaku depan mata saya. Bila dapat anak lelaki, sibuk suruh cepat2 buat kenduri akikah. Masa dapat anak perempuan takde pulak deme suruh buat kenduri kesyukuran ke akikah ke ape ke... Apa maknanya tu?

    Mmg benar anak lelaki pewaris keturunan, tapi janganlah dibeza-bezakan cara meraikan mereka... Macam orang jahiliyah ler, dapat baby lelaki dijulang-julang. Dapat baby perempuan muka monyok, cepat-cepat ambil pencebak/cangkul dan tanam....

    BalasPadam
  4. emm untunglah anak ppuan yg baru 5 bulan ada kat Meru tu... bukan main timang lagi si nenek , atok, toksu, opah , onyang suku sakat sakan seronoknya he he he...

    kami orang anak lelaki ker , ppuan ker kalau sehat tu syukur sgt. Anak sendiri ker , nak sedara ker, cucu sedara ker, kita tumpang sekaki lah gumbira..ada mahluk Allah yg baru dalam keluarga. Anak lelaki pun bagus,Aiman 3-4 tahun dah boleh buat teman ke hulu ke hilir... si aisyah masa umo 2 1/2 tahun dah boleh tunjuk jalan ke gerai roti canai kat Ipoh...

    BalasPadam
  5. Sar2000 [sulaiman619@yahoo.com]8 Mei 2009 pada 10:43 PG

    Dear Sis,

    Thanks for the article. I'm proud of you. Excellent..! Untuk makluman, saya ada 4 orang anak perempuan yang comel-comel dan saya amat bangga dengan anak-anak perempuan saya itu.

    Thanks & well done sis.

    Rgds,
    IrS

    BalasPadam
  6. Wanita lahir anak perempuan didenda ~ BHarian 03/11/2011

    Suami minta RM1,561 sebelum benar isteri pulang

    PATNA: Tindakan seorang lelaki di Bihar kelmarin mengenakan denda kepada isterinya 25,000 rupee (RM1,561) kerana melahirkan bayi perempuan, memaksa pentadbiran tempatan campur tangan.

    Nargis, bayi perempuan yang dilahirkan di kampung negeri jiran Uttar Pradesh adalah antara bayi yang diiktiraf sebagai penduduk dunia ke-7 bilion.

    Pihak berkuasa campur tangan dalam isu itu selepas Mohammad Manzoor, dari daerah majoriti Islam di Purnea, Bihar menghalau isterinya, Shahnaz, 30, dari rumah mereka dan hanya membenarkan beliau kembali ke rumah itu selepas membayar denda yang dikenakan.

    Menurut pegawai di kawasan itu, Manzoor turut mengisytiharkan denda akan berganda jika isterinya melahirkan bayi perempuan lagi, lapor Gulfnews.

    “Saya tidak mahu anak perempuan, ini terlalu membebankan,” katanya.

    Ditinggalkan tanpa pilihan, wanita itu mengemukakan aduan kepada pentadbiran daerah tempatan untuk mendapatkan bantuan.

    “Saya dihormati keluarga mentua sebelum ini tetapi sebaik melahirkan anak perempuan, layanan mereka terhadap saya terus berubah. Jika melahirkan bayi perempuan adalah kesalahan yang perlu dihukum, saya sepatutnya diberi anugerah kerana melahirkan dua anak lelaki sebelum ini,” katanya.

    Menyedari kes itu agak sensitif, pihak pentadbiran segera memindahkan kes itu kepada Jabatan Pertelingkahan Keluarga yang berkhidmat dengan mengemukakan notis kepada suami dan akhirnya menyelesaikan masalah itu.

    “Kami benar-benar sukar meyakinkan Manzoor tetapi apa yang baik ialah berjaya menghalang keluarga itu bercerai berai,” kata anggota jabatan itu yang memberi kaunseling kepada lelaki itu, Dilip Kumar Deepak dan Swati Vaishnatri.

    Selepas diyakinkan kaunselor, pasangan itu setuju tinggal bersama dan Shahnaz menggugurkan kes terhadap suaminya. – Agensi

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails