“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Mei 25, 2009

Nasib isteri tak pegang duit


Assalamualaikum warahmatullah,

Baru-baru ini ada satu perbincangan di grup Respeks berkenaan tanggungjawab suami, rujuk SINI. Asalnya posting bertajuk "Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?"... Saya pernah baca artikel ini di sini --> Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?. Sebenarnya banyak benar entry fasal 'tanggungjawab suami' di blogspot Pn Suzana dan dalam blog saya sendiri, cuma kena rajin cari balik entry berkaitan. Salah satu feedback daripada posting di atas yang menarik perhatian saya ialah :

From: Hamba Allah
Sent: Tuesday, May 19, 2009 10:47 AM
Subject: Re: ReSpeKs2008. .. Tanggungjawab Suami ..anda setuju???

Saya mempunyai isteri yg bekerja dan kami berkongsi hampir semua perkara daripada bil, gaji pembantu rumah, loan hinggalah yuran sekolah anak2 serta barang2 basah dan keperluan harian, di samping itu, saya juga memberi nafkah bulanan secara tetap walaupun segala perbelanjaan harian dibahagi dua.

Alasannya ialah seorang isteri yg bekerja telah mengambil masa yg seharusnya diperuntukkan buat sang suami dan anak-anak serta rumahtangga untuk dirinya. Jika diikutkan peraturannya, gaji pembantu rumah patut dibayar oleh isteri semata2 kerana disebabkan dia bekerja maka kerja2 rumah terpaksa diambil oleh maid tersebut, tapi kami bahagi 2 juga.

Seorang isteri yg bekerja juga tidak dapat melayan suami mereka dengan sepenuh hati akibat keletihan bekerja di siang hari, terkadang pula kepulangan suami tidak disambut pun kerana para isteri yg bekerja ni balik lewat drp suami, dan pemergian suami pun tidak di bye-bye sebab awal-awal lagi dah pergi kerja....... (kadang cam tu la)...maka adalah tidak adil sekiranya segala pendapatan isteri menjadi hak mutlak sang isteri sedangkan tanggungjawab beliau kepada suami dan anak2 boleh di'tolerate' oleh sang suami.

Terkadang pula, sang suami jarang dapat makan hasil air tangan isteri, asyik2 maid indon je yg masak (kadang tu laki masak utk isteri!!), jadi dengan keadaan isteri yg bekerja telah mengurangkan perhatian beliau kepada sang suami...dengan kata lain, suami tidak mendapat layanan yg sempurna kerana isteri bekerja....ini belum lagi dikira layanan di tempat tidur yg mana terkadang suami terpaksa memendam rasa kerana kasihan melihat isteri yg keletihan terpaksa tidur awal utk bekerja esok harinya walaupun air dah naik ke kepala..... dan sang isteri kalau pun terpaksa melayan suaminya, layanan tidak lah sepenuh hati.....asal jalankan tugas sebagai isteri shj.....bagi sang suami, kalau isteri tak masak, maid masak atau makan luar tak pe lah, kalau isteri tak cuci baju, boleh cuci sendiri, atau maid yg buat atau hantar dobi.....tapi kalau bab sex, isteri jgn main2....silap haribulan suami makan luar baru padan muka......pak lebai pun kalau air dah naik ke kepala.....boleh basah serban tau....so hati2lah...kerja2 juga....layanan mesti 1st class juga...suami yg kekenyangan akan jadi cam ular.....lepas kenyang, bagi ayam oversea pun dah tak lalu...... so bg makan lah suami tu puas2 jgn bg dia rasa lapar......bahaya.
Ramai juga yang tidak setuju dengan beliau. Secara peribadi, saya juga merasakan yang beliau telah tersasar jauh daripada konsep tanggungjawab suami isteri yang sebenarnya. Saya tak dapat bayangkan jika isterinya sendiri membaca mesej yang suaminya hantar kepada grup yang mempunyai ahli mencecah 14,000 orang! Aduhai... kasihannya... Pertama, jika ada penggunjung blog setuju dengan alasan beliau, saya minta anda rujuk artikel UZAR di Lelaki Cari Calon Isteri Bekerja Sahaja: Bolehkah?. Boleh juga rujuk entry saya lepas (sila rujuk capaian entry berkaitan, di akhir entry ini) untuk mengsahihkan bahawa pendapat beliau SALAH sama sekali! Malang sungguh nasib isteri beliau, tetapi jika isterinya redha dengan pemberian, alhamdulillah. Cuma Allah Taala saja yang dapat menganugerahkan bonus untuk isterinya.

Menurut Islam, wanita sebagai isteri mempunyai hak mendapat nafkah zahir dan batin. Isteri TIDAK diwajibkan bekerja mencari nafkah. Kalau pun dia memiliki harta atau bekerja, maka hartanya tidak boleh dimakan suami tanpa kerelaannya. Isteri bukan hamba kepada suami! Sila semak checklist di bawah :
  1. Kalau suami mahu menggaji seorang isteri, berapakah agaknya nilai yang mesti dibayar?
  2. Berapakah harga masakan yang sedap? (Ingat, memasak bukan tanggungjawab isteri! Boleh rujuk Benarkah memasak dan mengemas tanggungjawab isteri?, Benarkah Tugas Istri Itu Mengurus Rumahtangga? dan Nafkah isteri - Kewajipan Suami Menyediakan Pembantu
  3. Layanan yang memuaskan dari segi seksual ataupun makan minum dan pakai?
  4. Berapa harga penjagaan terhadap anak-anak, didikan dan asuhannya? Nak pergi tuisyen, satu subjek sekurang-kurangnnya RM100.00!
  5. Kalau isteri yang ajar semuanya, sekali dengan cara sembahyang, mengaji hingga mandi hadas, berapakah upah yang sesuai?
  6. Apakah harga merawat suami dan anak-anak yang sakit? Kalau menggaji jururawat swasta satu jam kena bayar kurang-kurang RM20.00, kalau sehari semalam berapa mesti dibayar? Ambil orang gaji dari Indonesia saja sudah RM5,000.00 ongkosnya. Itupun nasib-nasib dapat yang baik, kalau kena tipu, bagaimana?
  7. Nak suruh orang jaga anak, upah nurseri sekurang-kurangnya seorang anak RM300.00 pagi sampai petang. Kalau sehari semalam berapa pula harganya? Kalau ada lima orang anak? Tak botak kepala si ayah nak membayar upah nurseri?
  8. Adakah upah mengandungkan anak dan bertarung nyawa melahirkan zuriat tercinta, upah untuk menghantarkan nyawa di hujung kerongkong ketika meneran dan menumpahkan darah?
  9. Apakah upah menyusukan anak hingga umurnya genap 2 tahun? Dalam firman Allah di atas, jika nak cari ibu susu, kena beri upah. Maknanya jika isteri yang menyusukan, patut benar si suami beri upah kepada isterinya juga. Iyalah, kalau nak beli susu tepung, setin 900gm dah cecah RM50 untuk bekalan seminggu, tak gitu?
Janganlah kita lupa akan firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."

TETAPI adakah isteri-isterimu meminta-minta upah untuk segala yang dikerjakannya, sama ada untuk anda suaminya mahupun untuk anak-anak anda? Aduhai suami yang BERIMAN, takkan terhitung harga pengorbanan seorang isteri!

Keberkatan duit

Malangnya isteri-isteri yang bekerja mahupun yang tidak bekerja sering menjadi korban keegoan suami. Yang bekerja diambil kesempatan, diperahnya wang gaji isteri. Yang tidak bekerja pula dicemuh, "Dahlah tak bekerja, asyik nak menyusahkan saja!" begitulah kalau menggunakan temperamen emosi sebagai cara mendirikan rumahtangga.

Seorang isteri bukan malaikat yang mesti perfect dalam segala-galanya. Disebabkan kelemahan-kelemahannya itulah dia memerlukan suami di sisi. Tidak mungkin ada isteri ayng hebar segala-galanya, superwoman ataupun istilahnya. Semuanya itu karut! Begitu pula suami perlukan khidmat isteri untuk menolong menyempurnakan apa yang tidak ada pada dirinya. Kalau suami kurang sifat lemah-lembut dan sabar, maka dia perlukan isterinya untuk berperanan dengan sifat yang baik itu dalam menjalankan amanah mengasuh anak-0anak. Kalau isteri kurang sifat cekal, maka suamilah yang berperanan memberi rangsangan dan semangat kepada isteri.

Orang kata, ‘duit adalah segala-galanya di dunia ini’. Ada benarnya juyga pendapat seperti ini. Nak sedekah pun kena ada duit. Duit berkat akan menjadikan kita takut kepada Allah SWT. Bersyukur ketika mendapatkannya dan redha jika hilang daripada tangan kita. Kalau duit yang menyebabkan rumahtangga hancur, itu dinamakan ‘duit panas yang tidak berkat’.

Bukan hanya suami yang terpedaya dengan ‘duit panas’ ini, ramai juga isteri yang menjadi korban. Ada dua sebab mengapa mereka tidak gembira walaupun ada duit. Yang pertama kerana cara mendapatkan duit itu tidak halal. Yang kedua, cara membelanjakannya juga tidak digunakan untuk kebaikan. Ramai orang sibuk fasal ayam sembelih atau tidak sembelih, ubat gigi halal ke haram, tapi mereka langsung tidak memperhatikan tentang jaminan duit yang mereka dapat. Teruknya bab belanja itu memang berhabis-habisan dan membazir. Baru tiga hari terima gaji dan habis. Lepas itu makan minum balik ke rumah emak. Bagaimana rumahtangga nak aman dan berkat jika hidup seperti ini?

Pelajari kehidupan

Kembali kepada masalah isteri tertekan kerana tidak memengang duit. Punca masalah ini adalah sikap isteri yang suka bergantung sepenuhnya kepada suami. Walaupun tidak bekerja, tapi seelok-eloknya para isteri tahu mencari peluang bagaimana mendapat tambahan pendapatan. Mereka mesti berfikir untuk mandari dan bersedia menghadapi risiko. Bagaimana hidup mereka akan diteruskan jika suami pulang dahulu ke rahmatullah secara tiba-tiba? Atau yang lebih teruk apabila suami menceraikan isteri atau mengambil isteri kedua? Semua mesti dirancang dan difikirkan segala kemungkinan yang akan menjadi mimpi ngeri.

Sebagai seorang isteri, anda terlalu berharga. Tunjukkanlah maruah anda dengan kasih sayang dan tanggungjawab terhadap keluarga. Di sisi Rasulullah SAW ada Saidatina Khadijah r.a. yang bukan hanya menyayangi Rasulullah SAW, memberinya anak-anak yang ramai, bahkan mencari sumber kewangan bagi menolong dakwah baginda.

Sumber : Dr Juanda Jaya dan tambahan sendiri.




Capaian entry berkaitan :
  1. Dilema Isteri Bekerja dan Keputusan Majlis Fiqh Sedunia
  2. Duit Isteri VS Duit Suami
  3. Hak ibu bapa tanggungjawab anak
  4. Hak Muslim : Suami tiada hak minta gaji isteri sara keluarga
  5. Nafkah isteri - Kewajipan Suami Menyediakan Pembantu
  6. Masalah: Isteri tanggung selalu, suami sekali sekala tanggung
  7. Tanggungjawab-suami-nafkah-zahir
  8. isteri-adalah-rakan-kongsi-segalanya
  9. Apakah hak suami ke atas duit/pendapatan isteri?
  10. Jangan abaikan nafkah isteri
  11. Q&A: Persoalan suami isteri

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails