Salam,
Maaflah ya... asyik-asyik entry berkaitan 'kehamilan' aje yang keluar... Semoga bermanafaat....
Tidak semua kehamilan berjalan dengan lancar, ada yang berhadapan dengan masalah sepanjang kehamilan meraka. Kali ini dikongsikan sebahagian simptom-simptom yang mungkin menandakan adanya masalah pada kehamilan anda. Justeru, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda yang dinyatakan seperti di bawah ini :
- Sakit pada bahagian abdomen
- Pendarahan atau sekadar tompokan darah
- Perubahan pada vagina, ia berair atau berdarah walaupun sekadar berwarna merah jambu (selepas minggu ke 37, bahagian vagina menjadi lebih lembap dan ia menandakan ibu hamil semakin menghampiri saat bersalin)
- Tekanan pada pelviks (seakan-akan bayi menolak keluar), sakit bahagian belakang (jika baru dialami untuk kali pertama), kekejangan otot atau sakit pada bahagian abdomen atau mengalami kontraksi lebih daripada empat kali dalam masa satu jam sebelum minggu ke 37 (walaupun tidak menyakitkan)
- Sakit semasa membuang air kecil
- Kerap atau sesekali muntah atau muntah diikuti oleh demam atau pening-pening
- Demam sehingga mencapai suhu 37.8°C
- Gangguan penglihatan seperti melihat imej bertindih, kabur, pandangan kelam, kejelasan pandangan silih berganti atau silau
- Sakit kepala yang kerap atau sesekali, iaitu sakit yang diikuti dengan kabur penglihatan, sebutan tidak jelas atau kebas
- Berpeluh pada muka atau mata menjadi sembab, berpeluh pada tangan, sesekali atau tiba-tiba berpeluh pada kaki atau pergelangan kaki atau pertambahan berat badan secara mendadak (lebih dari 1.8 kilogram dalam masa seminggu)
- Pengsan, kerap pening dan jantung berdegup laju
- Sukar bernafas, batuk berdarah atau sakit dada
- Sembelit yang diikuti oleh sakit abdomen atau diarea melebihi 23 jam
- Gatal-gatal pada badan, tangan, kaki, tapak tangan kaki, atau terasa gatal-gatal di seluruh badan
- Mana-mana masalah kesihatan yang sering dirujuk dengan doktor anda, walaupun bukan berkaitan dengan masalah kehamilan. Misalnya asma atau selsema yang berpanjangan
Hamil selepas melahirkan secara pembedahan
Ibu hamil yang telah melalui proses kelahiran secara pembedahan perlu menunggu sekurang-kurangnya 18-23 bulan sebelum mengambil keputusan untuk hamil sekali lagi. Perlu diketahui semasa proses pembedahan, banyak nutrisi dalam tubuh telah hilang dan tempoh ‘bertenang’ itu membolehkan tubuh dan nutrisi itu diganti semula. Misalnya anda telah kehilangan zat besi sewaktu hamil kerana disalurkan kepada bayi dalam kandungan melalui uri.
Anda juga kehilangan banyak darah semasa proses melahirkan. Wanita yang melahirkan secara pembedahan mengalami kehilangan darah sebanyak dua kali ganda daripada kelahiran normal. Kajian juga menunjukkan wanita yang hamil semula selepas enam bulan melahirkan, mungkin mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami komplikasi lain, misalnya rahim mengalami masalah, kelahiran pramatang atau berat bayi berkurangan. Malah, ibu perlu belajar membahagikan tanggungjawab keibubapaan dengan kehidupan baru mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu bijak merancang waktu untuk memberikan kehidupan yang selesa buat anak-anak mereka.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda hamil kurang dari 18 bulan selepas melalui proses pembedahan, jangan berasa panik. Hal ini kerana ramai juga di kalangan wanita yang hamil kurang dari 18 bulan melahirkan secara sihat. Sekurang-kurangnya tempoh 18 bulan selepas kehamilan pertama itu memberi satu garis panduan kepada ibu hamil untuk mengurangkan risiko komplikasi.
Jika ibu hamil berusia lewat 30-an, mereka akan berusaha hamil antara 9 hingga 12 bulan selepas melalui proses kelahiran secara pembedahan. Tidak mustahil bagi wanita melebihi usia 35 tahun untuk mengalami kesukaran mengandung buat kali kedua, apatah lagi, faktor itu turut dipengaruhi oleh peningkatan usia ibu. Maka, waktu terbaik untuk hamil bagi seseorang wanita itu bergantung pada diri mereka sendiri. Sebaik-baiknya, berjumpalah dengan doktor pakar sakit puan untuk berbincang keadaan yang anda hadapi.
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...