“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Mei 21, 2009

9 kesalahan isteri di ranjang


Salam sejahtera,

RAMAI isteri yang mengadu tentang sikap suami mereka yang serba tidak menyenangkan di ranjang. Bau badan yang kurang menyenangkan, gelojoh, terus tidur selepas seks adalah antara yang selalu dikeluhkan oleh si isteri. Perkara itu juga menyebabkan ada isteri yang sanggup menolak untuk melakukan hubungan seks.

Namun begitu sedarkah mereka bukan suami saja yang melakukan kesalahan di ranjang, isteri juga tidak terkecuali. Perkara yang disenaraikan di bawah ini memang tidak disukai suami namun jarang antara mereka yang mengucapkannya secara terus terang kerana bimbang isteri berkecil hati. Bagi memastikan anda tidak melakukan kesalahan yang sama ketika bersama suami, semak artikel yang disediakan ini khas untuk panduan para isteri.

1 - Bangun dan terus mandi setelah hubungan intim selesai

Sebenarnya ramai lelaki yang ingin merasai perasaan tenang dan relak bersama pasangan setelah mereka bersama. Penamat seks tidak akan dirasakan bila isteri tergesa-gesa bangun dan membersihkan diri dan meninggalkan suami sendirian di ranjang. Lelaki masih mahu diri mereka dibelai oleh pasangan kerana perasaan itu cukup menyenangkan. Kononnya pada lelaki keintiman selepas seks sama penting dengan permainan cinta itu sendiri.

2 - Terlalu banyak bercakap selama melakukan hubungan intim


Ketika itu mereka sedang menumpukan perhatian jadi sebaiknya wanita tidak banyak tanya atau menuntut pasangannya bercerita. Kalau cuma berupa rintihan yang lembut, atau memanggil nama manja mungkin tidak mengapa tapi janganlah sampai menjerit hingga didengari oleh jiran sebelah.

3 - Wanita terlalu agresif

Sekali-sekala mungkin tidak mengapa tapi sekiranya isteri memang sejak mula bersikap agresif ketika melakukan hubungan intim, itu mungkin akan menyebabkan suami kebimbangan. Lelaki mahu memegang kawalan termasuklah dalam hubungan intim bersama pasangannya. Mereka mahu melakukan ‘serangan awal’ dan juga mengendalikan permainan seks.

4 - Seks kerana wang atau tugas

Lelaki pasti akan rasa kecewa sekiranya mereka harus melakukan sesuatu (atau membayarkan sesuatu) untuk mendapatkan hubungan intim. Menurut mereka, seks sebaiknya jangan dijadikan ‘upah’ untuk memperoleh pelbagai perkara. Sememangnya ada isteri yang menuntut suaminya membersihkan rumah atau membetulkan ini dan itu dulu sebelum mahu ‘memberikan’ diri. Cara sebegini memang tidak disukai lelaki.

5 - Wanita ingin hubungan seks tanpa pemanasan

Masalahnya, menurut mereka, hubungan intim tanpa pemanasan tidak me nyenangkan. Ia mungkin menyebabkan kesakitan bagi wanita dan lelaki memang tidak mahu melihat pasangannya kesakitan. Jadi sebaiknya mulakanlah hubungan intim dengan pemanasan sungguhpun anda mungkin mahu menyelesaikannya dalam masa yang singkat. Seks tanpa pemanasan juga kata mereka kurang nikmat.

6 - Tiada ciuman

Mengabaikan teknik ciuman sebelum, semasa dan juga sesudah hubungan intim membuatkan suami berasa ada sesuatu yang kurang sempurna pada hubungan seks yang dilakukan. Pada mereka ciuman itu penting. Kalau tiada ciuman, ibarat sayur tanpa garam. Tindakan itu, jelas membosankan.

7 - Seks dijadikan permainan

Maksudnya, kaum lelaki tidak akan suka jika pasangannya melakukan hubungan intim hanya ketika wanita yang menginginkannya. Seperti yang diketahui, lelaki mahukan kawalan ketika hubungan seks. Mereka tidak akan suka membiarkan pasangannya 'mengelola pertunjukan'!

8 - Wanita pasif dan tidak punya teknik seksual

Ini gunanya pendidikan seks. Sebab, lelaki atau suami akan jadi bosan melakukan gaya yang sama ketika berhubungan intim. Mereka ingin isteri lebih kreatif, tidak cuma berbaring dan menunggu tindakannya.

9- Wanita berubah menjadi ekstrem liar

Lelaki mencintai pasangan mereka seadanya dan tidak perlulah berubah menjadi 'liar' di tempat tidur. Apalagi, sifat itu hanya dipraktikkan dalam waktu yang singkat. Suami pasti akan rasa janggal dengan sikap isteri dan mungkin menjejaskan minatnya untuk meneruskan hubungan intim.




Sumber : MW

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails