Berbicara tentang bulan madu, ramai pasangan suami isteri terutamanya yang baru saja mendirikan rumahtangga membayangkan suasana indah, duduk di tepian pantai sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang menenagkan.
Saat itu, anda bebas daripada sebarang gangguan. Ada juga yang menggambarkan bulan madu di luar negara seperti di Switzerland ataupun Paris. Suasana sejuk, yang jauh berbeza daripada cuaca panas tanahair pasti memberikan kenangan yang tidak dilupakan.
Begitulah impian suasana bulan madu. Tapi satu yang pasti, tidak ada pasangan yang mengimpikan melalui bulan madu di rumah sendiri saja. Kebanyakkannya mahu ia berlangsung di hotel bertaraf lima bintang mahupun di lokasi yang jauh dari kediaman sendiri. Hakikat sebenarnya, bulan madu boleh dicipta walaupun hanya berada di rumah.
Mungkin tidak seindah keadaan di Switzerland atau Paris, namun kediaman sendiri mampu menjadi tempat yang paling romantis untuk anda dan pasangan anda berbulan madu. Ia boleh dilakukan oleh pasangan yang sudah lama mendirikan rumahtangga. Bagi pasangan pengantin baru, mereka tentu mahu melayari detik bulan madu di tempat yang lebih istimewa dan bermakna.
Bulan madu di rumah sememangnya punya banyak kelebihan. Selain tidak memerlukan kos yang tinggi, anda mungkin lebih selesa kerana berada di tempat yang sudah anda kenali. Anda dan pasangan juga tidak terikat dengan amsa untuk melakukan bulan madu. Tanpa perlu mengambil cuti berhari-hari, anda berdua masih dapat mencipta saat-saat yang membahagiakan.
Tapi bagaimanakah caranya untuk menikmati bulan madu di rumah sendiri? Berikut disenaraikan langkah-langkahnya. Perkara paling utama mencipta suasana bulan madu sudah pasti adalah unsur romantik, sama ada sikap mahupun suasana persekitarannya.
Selalunya apabila sudah lama berumahtangga, ramai pasangan yang semakin melupakan unsur ini. Harapannya dengan mengulang kembali bulan madu di rumah, sikap romantis akan kembali dicipta. Tetapi selain daripada unsur romantis, terdapat juga perkara lain yang penting dilakukan untuk menjayakan bulan madu di rumah.
1. Hanya berdua
Pastikan hanya anda dan pasangan saja di rumah. Sekiranya anda sudah mempunyai anak, pandai-pandailah anda menghantarkan mereka sementara ke kampung, ke rumah adik-beradik dan sebagainya. Berikan apa saja alasan yang logik untuk meminta meraka menjaga anak anda seketika.
2. Suasana rumah yang berbeza
Setelah dapat mempastikan hanya ada anda berdua di rumah, maka ciptakanlah suasana romantis di dalam rumah. Bersihkan rumah dan ubah kedudukan perabot agar nampak berbeza daripada biasa. Tetapi perkara paling penting sebenarnya adalah anda kena mengubah suasana bilik tidur anda. Pasangkan cahaya lampu yang malap dan tukarkan cadar yang baru.
Dalam pada itu, bagi mempastikan suasana ruamh kelihatan romantis, belikan bunga mawar segar. Letakkan di meja makan dan juga di bilik tidur anda. Bunga mawar sememangnya terkenal sebagai lambang kasih sayang dan cinta.
3. Bebas daripada urusan kerja
Sebelum melalui bulan madu di rumah, sampaikanlah pesanan cinta terlebih awal pada pasangan anda bagi mempastikan malam semakin romantis. Selain itu, pastikan hari atau malam yang anda pilih untuk mencipta suasana bulan madu bebas daripada urusan pekerjaan. Jangan lupa matikan talipon, baik talipon rumah mahupun talipon bimbit. Jangan sesekali fikirkan tugasan yang belum selesai di pejabat kerana waktu itu memang khusus untuk anda berdua.
4. Siapkan hidangan istimewa
Suasana romantis pasti tidak akan lengkap tanpa makan malam yang enak dan istimewa. Selain itu, jangan lupa sediakans ekali menu yang digemari oleh pasangan. Makan malam romantis juga tidak akan sempurna tanpa nyalaan lilin, tetapi jika anda terasa janggal, makanlah dengan diterangi cahaya beberapa batang lilin dan jangan lupa letakan beberapa tangkai bunga mawar merah di atas meja. Suasana begini sudah dikira romantis.
5. Pakaian yang cantik
Selain soal makanan, jangan lupa pula soal pakaian. Bagi si isteri, pilihlah pakaian yang dapat memberikan kesan romantis. Jangan pula anda firkir bulan madu di rumah makan anda hanya perlu mengenakan baju kelawar atau berkain batin dan bert-shirt pagoda sahaja.
Sebaliknya pakailah sesuatu yang cantik, baru dan kalau boleh usahakan memakai pakaian yang sedikit seksi untuk tatapan pasangan anda. Pakaian yang berbeza akan menambahkan perbezaan suasana daripada biasa. Suami juga tidak terkecuali, pakailah sesuatu yang senang di mata isteri.
6. Irama dan lagu
Setelah makanan dibereskan, fikirkanlah lagu-lagu romantis. Tidak lengkap makan malam anda tanpa iringan muzik. Jika stok CD atau kaset lagu-lagu romantis tiada dalam simpanan, tidak salah juga jika aanda mengajak pasangan berdansa berdua selepas makan. Apa hendak dimalukan, bukankah di rumah hanya ada anda berdua saja?
Tetapi jika anda tidak sukakan muzik, carilah filem romantis untuk mengisi masa anda berdua, terutama jika anda memilih untuk menonton tatkala pada larut malam.
7. Pelukan erat
Selesai makan malam dan menonton filem romantis, berikanlah urutan sensual di antara satu sama lain secara bergantian pada punggung, tangan dan telapak kaki. Selain itu, berikanlah pelukan dan ciuman yang sederhana, namun bermakna buat pasangan. Ia akan membuatkan anda terasa semakin dekat dan intim dengan pasangan. Selepas itu anda boleh terus ke kamar untuk urusan selanjutnya.
8. Bersantai berdua keesokkannya
Setelah melalui suasana malam yang romantik, jangan pula anda terus memulakan hari dengan kesibukkan kerja. Kalau boleh, ambil cuti dan pergilah bersantai di luar dengan pasangan. Pergilah ke restoran atau kafe kegemaran anda yang sering anda kunjungi ketika zaman bercinta dahulu. Selepas itu, berjalanlah berdua bagi menghabiskan sisa waktu yang ada, sebelum meneruskan kembali rutin hidup keesokkannya.
Selamat mencuba!
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Jumaat, Mei 08, 2009
Mencipta suasana bulan madu di rumah sendiri
Susunan :
Bawang Goreng
pada
5/08/2009 06:40:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...