“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Mei 07, 2009

Tips melangsingkan badan tanpa ubat-ubatan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tubuh yang langsing dan cantik merupakan igauan setiap manusia normal, terutamanya bagi golongan wanita. Tetapi, adakah impian anda untuk langsing, cantik dan sihat akan terlaksana sekiranya anda menahan diri daripada menyentuh makanan?

Berikut disenaraikan 27 tips untuk anda memiliki tubuh yang langsing dan sihat yang boleh anda lakukan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar atau mengundang risiko pengambilan bahan-bahan kimia yang berpotensi menjejaskan fungsi organ dalaman dan kesihatan anda.

Namun anda perlu mendisiplinkan diri mengikut tip-tips yang diberi agar anda dapat menikmati hasil yang memuaskan.

Tips # 1 – Jangan berlapar

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita ambil, tubuh anda akan terkejut. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh anda menjadi lebih rendah daripada biasa. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kemabli ke paras normal, tetapi metabolisme tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

Tips # 2 – Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

Tips # 3 – Minum 8 gelas air sehari

Air mampu mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolismekan simpanan lemak di dalam badan. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan kuantiti yang banyak.

Waktu terbaik untuk minum air

Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum, ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :

1. Pagi selepas bangun dari tidur – setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan terasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat mengelakkan anda daripada mencari minuman berkefein untuk memulakan hari anda.

2. 30 minit sebelum waktu makan – jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu anda mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan ataupun coklat, boleh mengelakkan anda daripada berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

3. Sepangjang hari – satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Mernurut kajian di jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240ml air setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.

Tips # 4 – Elakkan minum minuman bergas

Minuman berkabonat atau bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Tips # 5 – Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam yang berlebihan akan menggalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air di dalam badan.

Tips # 6 – Ambil sarapan pagi

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu jajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

Tips # 7 – Makanlah perlahan-lahan

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh atau gelojoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.

Tips # 8 – Kunyahlah makanan dengan sempurna

Kunyahlah makanan anda kepada cebisan yang lebih kecil sebelum anda menelannya kerana dengan cara ini, ia lebih mudah untuk dihadamkan. Elakkan makan bersulam air kerana ini akan membuatkan perut anda buncit.

Tips # 9 – Makan lebih kerap

Anda boleh pastikan yang anda akan kekal langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuatkan anda makan dengan lebih banyak. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Tips # 10 – Kurangkan lemak/minyak

Kurangkan pengambilan marjerin, mentega dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

Tips # 11 – Elakkan makan makanan ringan/snek

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa pudina (mint) atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

Tips # 12 – Minuman masam

Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang manis (kurang gula). Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32kilo kalori.

NB: Anda boleh cuba minum air masak (kosong) yang direndam dengan sepotong lemon. 2-3 gelas sehari mampu membuatkan badan anda langsing.

Tips # 13 – Rendah kalori, rendah lemak

Lebihkan sajian buah-buahan dan sayur-sayuran dan amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu dan menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat (fibre) dan kandungan lemak yang rendah. Anda digalakkan mengambil hidangan buah-buahan sebelum makan dan bukan sebaliknya kerana buah-buahan mempunyai kandung air yang tinggi dan cepat mengenyangkan perut. Jadi, anda akan makan tengahari/malam dalam kuantiti yang kurang.

Tips # 14 – Timbang berat badan

Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

Tips # 15 – Makanan berempah

Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, halia, lada hitam, biji sawi dan jintan manis didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

NB: Untuk mengempiskan perut yang boroi, cuba rebus 2 sudu jintan manis (atau daun pokok kaduk) dengan 2 cawan air, tinggalkan air rebusan sehingga lebih kurang secawan dan boleh diminum. Amalkan selalu, pasti anda tidak akan kecewa, insya Allah. Petua daun pokok kaduk ini saya dapat dari artikel Ummu Waheeda di Antara sireh dan kaduk. Terima kasih atas perkongsian ilmu.

Tips # 16 – Makan lebih bijirin

Pilihlah lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan anda. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijirin dan hasil Bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Tips # 17 – Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan dan hadkan saiz hidangan

Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih berasa puas dengan makanan yang dimakan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30% kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.

Saiz hidangan juga perlu dipastikan supaya tidak keterlaluan. Lebih baik mengambil makanan rendah kandungan kalorinya serta mengambil makanan yang tinggi serat. Purata diet seimbang yang disarankan adalah karbohidrat (50-60%), protein (20-30%) dan lemak (20-30%).

Tips # 18 – Diari makanan

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan brat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada pola keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhatikan dan kenal-pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

Tips # 19 – Bekas makanan yang sesuai

Ketika memilih pinggan makanan, ambillah pinggan yang rata dan bukan pinggan yang cekung. Ambil sayuran terlebih dahulu untuk memenuhi pinggan, kemudian baru ambil nasi dan yang terakhir sekali, ambillah lauk yang anda ingin makan (daging/ayam/ikan). Jika ingin tambah, hanya sayuran saja yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sebarang tempat, apa lagi sambil menonton TV. Sebabnya, makin menarik program TV, semakin banyak makanan yang mampu anda habiskan!

Tips # 20 – Tumpukan perhatian anda

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

Tips # 21 – Tukar cara memasak

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah dengan merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

Tips # 22 – Lakukan aktiviti ringan

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori daripada makanan yang anda makan. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Tips # 23 – Tukar tabiat berbelanja

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

Jangan lupa membuat catatan saat membeli-belah untuk mencegah pembelian barang-barang yang tidak diperlukan. Dengan cara ini keinginan anda akan terbatas dan anda tidak perlu lagi membeli sebarang makanan ringan yang boleh menaikkan berat badan.

Tips # 24 – Berhenti sebelum kenyang

Hah… ikutlah sunnah Rasulullah. Makanan yang terlalu mengenyangkan perut akan membuat badan menjadi lemas dan mengganggu aktiviti ibadah. Rasulullah SAW pernah bersabda dan memberi teladan, “jangan makan sebelum lapar dan berhentilah makan sebelum kenyang.”

Imam Al Ghazali dalam Ihya' Ulumuddin mengutip pernyataan seorang syaikh dalam sebuah perjamuan makan: Hai orang-orang yang menghendaki akhirat, janganlah kamu makan terlalu banyak, lalu kamu minum banyak, maka kamu akan tidur banyak sehingga kamu akan menyesal ketika mati. Ini adalah pokok yang besar yaitu meringankan perut dari beratnya makanan.


Tips # 25 – Hentikan makan setelah lewat malam

Hindari makan ketika lewat malam. Jika boleh, jangan makan selepas jam 8 malam. Para pakar diet mengatakan ruangan gelap dan kegelapan malam boleh membuatkan kiat makan berlebihan. Cubalah tidur lebih awal supaya anda atidak terasa untuk mengunyah makanan.

Tips # 26 – Setkan target dan cari sumber inspirasi

Lakukan sesuatu! Gunting gambar baju atau seluar jeans yang anda sukai. Jadikan ia sebagai inspirasi untuk anda menguruskan badan. Tanamkan dalam diri anda bahawa baju yang anda sukai itu akan dapat anda pakai, suatu hari nanti.

Tips # 27 – Lakukan beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

Berat badan dan perut yang cantik tidak akan kekal lama jika tidak diiringi dengan amalan latihan kecergasan.

  1. Sebelum memulakan senaman kardio anda, aktiviti 'warm up' perlu dilakukan terlebih dahulu. Begitu juga setelah selesai aktiviti regangan, lakukan warm down' yang mencukupi dan teratur agar tubuh tidak rasa terbeban dan sakit-sakit.
  2. Lakukan tiga hingga lima latihan kardio setiap hari, sekurang-kurangnya selama 30 hingga 45 minit. Latihan kardio akan menjadikan anda lebih sihat. Sasarkan latihan untuk semua bahagian otot dan pastikan anda melakukannya secara berselang-seli.
  3. Usahalah berjalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat. Saya perhati orang perempuan suka sangat berjalan melenggang-kangkung. Sebelum marahkan saya, cuba anda perhatikan cara mereka berjalan, terutama sekali ketika waktu makan tengahari... Aduhai... kalau di negara matahari terbit, anda tentu dilanggar oleh orang lain (rakyat di sana berjalan seolah-olah mengejar masa, tidak kira lelaki atau perempuan).
  4. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif.
  5. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam mampu membakar kalori, anda akan lebih banyak kehilangan lemak di badan.
  6. Bersenam atau membuat peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah. Lakukan aktiviti regangan selepas melakukan latihan agar tubuh dapat berehat dan sekaligus dapat melenturkan bahagian-bahagian otot yang tegang akibat senaman.
  7. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
  8. Sekali-sekala anda boleh memanjakan diri ke spa atau sauna. Urutan seluruh tubuh dan suhu yang panas mampu memecahkan lemak-lemak di badan anda.
  9. Pastikan anda minum banyak air agar anda tidak dehidrasi.
Tips # 28 - Senaman untuk perut

1. Berbasikal - tidak perlu berbasikal di kawasan yang jauh. JIka ada kemudahan latihan ini di dalam rumah, adalah lebih baik. Jika tidak, ikuti cara mudah ini:
  • Berbaring di atas lantai dengan tangan diletakkan di belakang kepala.
  • Kemudian, tolak lutut ke dada dan angkat sedikit bahu dari lantai tanpa mengangkat leher anda
  • Dari posisi tadi, luruskan kaki ke depan dalam anggaran 45 darjah. Tolak badan ke kanan, bawa siku kiri kepada lutut kanan.
  • Tukar posisi dan bawa siku kanan kepada lutut kiri pula
  • Ulang langkah tersebut untuk bahagian yang lagi satu sebanyak 12-16 kali.
2. Bermain bola
  • Hanya gunakan sebiji bola yang besar untuk senaman ini dan ia berkesan untuk menguatkan perut. Pastikan anda mengikut cara yang betul, agar tidak memudharatkan kesihatan anda.
  • Baring di atas bola dan pastikan bola tersebut berada di bahagian belakang anda
  • Silangkan lengan di depan dada atau letakkan tangan di bahagian belakang kepala.
  • Tahan perut dan angkat belakang badan anda ke atas sedikit.
  • Kekalkan posisi badan anda yang melengkung tadi dan pastikan bola tadi tidak bergerak.
  • Turunkan badan anda dan regangkan bahagian perut. Kekal dalam posisi ini seketika.
  • Ulangi langkah-langkah tersebut sebanyak 12-16 kali.
3. Vertival leg crunch - gerakan senaman ini membantu mencantikkan dan membentuk bahagian perut. Caranya:
  • Baring di atas lantai, ratakan tangan kiri dan kanan. Angkat kaki ke atas dan silangkan lutut.
  • Tahan otot perut dan cuba angkat sedikit bahagian bahu ke atas. Rapatkan bahu dengan kaki.
  • Pastikan kaki dalam keadaan yang mantap dan bayangkan untuk mengangkat bahagian perut ke atas.
  • Rendahkan semula tubuh dan ulangi langkah tadi sebanyak 12-16 kali lagi.
Selamat mencuba!




Updated : 08/05/2009 @ 1825hrs

4 ulasan:

  1. Mohd Yuamrizaily Md Yusof [amri@kih.com.my]8 Mei 2009 pada 10:41 PG

    Saya ade tips yang insya allah berjaya… testimony yang telah dijalankan melalui kaedah ini 90% telah berjaya menuruhkan beratnya kepada 50kg drp 100kg…

    TIPSNYE:

    BAGI JE LAKI KORG KAWIN SORANG LAGI….

    BalasPadam
  2. Jangan si suami pulak yang bertambah kurus... terkejar ke sana terkejar ke sini. Nak makan tak sempat, nak pergi toilet pun terkucil... nak beribadah pun payah. Jemaah di masjid? Hemmm...

    So far, lelaki yg berpoligami badan sekeping aje. Contoh : Saleh Yaakob, Ayah Pin ... dll... Isteri-isteri mereka maintain gebu macam bantal peluk...

    BalasPadam
  3. Rahmah Rahman [mnzct@yahoo.com]12 Mei 2009 pada 2:06 PTG

    terima kasih atas info yang berguna. ada yang saya dah amalkan, dan ada yang saya tahu tapi tak amalkan. emel u nie kira reminder untuk saya. Thanks!

    BalasPadam
  4. Salam,

    Petua jintan manis tu dah lama dapat, tapi tak buat-buat... rajin punya pasal. La ni dah peknen 26 minggu, takleh cuba. Nnti saya nak amalkan masa dalam pantang... harap2 boleh slim... :)

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails