Semalam saya berkesempatan menonton rancangan 360 di TV3. Berita mengenai dua orang ibu tunggal yang terpaksa melacur untuk menyara anak, amat mengejutkan. Dari blog, MazidulAkmal melaporkan, Ketua Hakim Syarie, Datuk Ibrahim Lembut mendedahkan kes dua ibu tunggal di Pulau Pinang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tukang cuci mendakwa terpaksa melacurkan diri untuk menyara anak mereka. Lebih mengejutkan, mereka dibayar pelanggan secara ansuran. Bekas suami dua wanita terbabit dikatakan gagal menjelaskan nafkah anak-anak biarpun Mahkamah Syariah mengeluarkan perintah terbabit sejak 3 tahun lalu. Jika perintah mahkamah dilaksanakan, barangkali dua ibu tunggal ini tidak perlu melacur.
Setahu saya, ada peruntukan di mahkamah, jika bekas suami enggan/gagal membayar nafkah, bekas isteri boleh mengambil tindakan undang-undang dan jika disabitkan kesalahan, bekas suami ini BOLEH dipenjarakan. Kita ada undang-undang untuk menguatkuasakan perintah nafkah iaitu Akta Perempuan Bersuami dan Anak-anak (Menguatkuasakan Nafkah) 1968, Akta 356 dan Akta Perintah Nafkah (Kemudahan Bagi Penguatkuasaan) 1949, (Akta 34). Akta ini terpakai kepada orang Islam. Kedua-dua akta ini digubal kerana walaupun telah mendapat perintah nafkah suami didapati masih enggan membayar nafkah. Untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Seksyen 4 Akta 263 akan mengambil masa, maka dengan itu isteri boleh, semasa membuat permohonan memohon untuk perintah potongan gaji dibuat. Di bawah Akta 356 ini, suami mestilah seorang yang bekerja dan mempunyai 'pendapatan' dan dia juga mesti ada 'majikan' di mana perintah tersebut boleh dibuat terhadapnya. Bagi isteri yang suaminya tidak mempunyai majikan, akta ini memperuntukkan bahawa nafkah boleh dibayar melalui mahkamah. Sesiapa yang melanggar perintah di bawah Seksyen 4 akan didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara maksimum satu tahun. Bagi mereka yang melanggar peruntukan Seksyen 13 mereka boleh dipenjara selama sebulan bagi setiap bulan yang mereka tidak membayar nafkah. Mahkamah juga ada kuasa menyita dan melelong harta jika suami tidak mampu membayar nafkah tetapi ada harta yang boleh dijual. Mahkamah ada kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap suami yang enggan hadir prosiding di mahkamah. Sebenarnya perundangan ada tetapi pelaksanaannya yang lembap. Rujuk di sini --> Wali-bayar-nafkah-suami-ingkar.
PERSOALANnya, pernahkah anda mendengar bekas suami enggan membayar nafkah anak selepas bercerai dipenjarakan? Jika jawaban anda TIDAK, pasti kredibiliti mahkamah syariah harus dipulihkan...
Kadang-kadang memang kita tak boleh menyalahkan 100% 'pekerjaan pilihan' ibu tunggal tersebut. Mungkin ibu tunggal itu sudah tak tentu hala hidupnya kerana kesempitan dan tekanan, terpaksa pula beri anak makan lagi... Fikiran buntu hingga tidak tahu nak bermula daripada manapun dia tidak tahu. Dengan iman yang nipis, dan mungkin juga dianggapnya dirinya dalam keadaan darurat, maka terjebaklah dia ke kancah pilihan yang tidak sepatutnya.
Pada pendapat saya, PBT seperti JKM/Pusat Zakat/JAIS dan lain-lain yang seangkatan dengannya KENALAH bersikap lebih PRO-AKTIF. Kalau tak salah saya, Khalifah Umar juga BERUSAHA mencari rakyat yg susah supaya dia tidak dipersalahkan di akhirat kelak kerana tidak mahu ambil tahu tentang rakyat sendiri. Setiap hari seorang pegawai Khalifah Umar Abdul Aziz akan berseru:
- "Dimanakah mereka yang berhutang, tetapi tidak mampu melangsaikannya?",
- "Dimanakah mereka yang ingin berkahwin, tetapi tidak berkecukupan?",
- "Dimanakah mereka yang miskin?",
- "Dimanakah mereka yang yatim?"
Sering juga saya menonton ADUN dan muka-muka yang syok masuk TV terhegeh-hegeh dan tersengeh-
Saya pun baru tahu yang suami 'miskin' yang tidak mampu bagi makan/pakai anak-isteri boleh apply duit pusat zakat, tapi info yang ini berapa ramai yang tahu? Agaknya Pusat Zakatpun takut nak hebahkan kepada orang ramai, nanti ramailah pulak para suami pakat serbu Pusat Zakat, banyak pulak kerja mereka kena buat....
Hampeh!
Dua ibu tunggal melacur sara anak - BHarian 13/11/2008
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim (bhnews@bharian.com.my)
JKSM dedah kegagalan suami punca kes
GOMBAK: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mendedahkan dua ibu tunggal di Pulau Pinang terpaksa melacurkan diri bagi menyara anak mereka akibat kesempitan hidup selepas diceraikan kerana bekas suami gagal memberikan nafkah walaupun selepas diperintahkan mahkamah. Lebih menyedihkan, mereka sanggup menerima bayaran ansuran termasuk daripada rakan sekerja yang melanggan mereka kerana pendapatan sebagai pengawal keselamatan dan tukang cuci tidak cukup untuk menyara anak mereka sejak menjadi ibu tunggal kira-kira tiga tahun lalu.
Ketua Pengarah JKSM, Datuk Ibrahim Lembut, berkata berdasarkan maklumat diperoleh kelmarin, ibu tunggal enam anak itu terpaksa melacurkan diri secara sambilan selepas dua bulan diceraikan suami tiga tahun lalu. Dia sudah tiga tahun diceraikan dan pada bulan kedua dia mula melacurkan diri kepada rakan sekerja, malah menerima bayaran secara ansuran untuk menyara anak kerana pendapatannya sebagai pengawal keselamatan terlalu kecil.
"Seorang lagi ibu tunggal bekerja sebagai tukang cuci pula mengambil jalan sama menyara beberapa anaknya," katanya selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah Ke-10 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, semalam.
Ibrahim yang juga Ketua Hakim Syarie, berkata Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di JKSM sedang mendapatkan maklumat lanjut kedua-dua wanita itu serta menyiasat bekas suami mereka. Katanya, wanita berkenaan serta ibu tunggal lain yang tidak mendapat nafkah seperti diperintahkan mahkamah kerana suami atau bekas suami benar-benar miskin, akan dibantu jika Kabinet meluluskan dana RM15 juta bagi tujuan itu.
"Setakat ini Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memberikan RM500,000 bagi tujuan ini. Jika Kabinet meluluskan dana ramai ibu tunggal boleh dibantu," katanya.
BawangGoreng kata, banyak bagus orang lelaki zaman sekarang... BUAT anak reti, nak kasi makan BUAT-BUAT tak reti pulak! Ibu yang melacur ni pun satu hal... eh! Eh! Takpe... Takpe... Takpe... Ustazah Hadhari pernah beritahu, kes macam ni kira 'darurat'lah... Takpe... takpe... Hu.. hu..
Kat bawah ni saya C&P komen dari rakan2 grup. Semoga ada manafaatnya.
BalasPadamSalam
BalasPadamPatutla orang tak respek lagi pada mufti/jabatan agama..
Kutipan zakat negeri Selangor antara yang tertinggi.. Masjid bersepah2 dan indah2.. Nasib janda.. anak yatim. orang miskin pun tak terbela..
Tak de bezanya mereka dengan paderi-paderi Kristian yang mengumpulkan harta untuk kepentingan mereka sendiri.. lepas tu jadilah faham sekular..
Hadith Riwayat at-Thabrani...
Nabi SAW bersabda :
Akan datang sesudahku penguasa2 yang memerintah kamu.
Diatas mimbar mereka memberi petunjuk dan ajaran yang bijaksana..
TETAPI apabila turun, mereka melakukan tipudaya dan khianat..
Hati mereka lebih busuk dari bangkai.
WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
Salam ,
BalasPadamsaya fikir tak begitu adil kalau kita salahkan pusat zakat atau jabatan agama semata2. Kadang2 mereka pun tak tahu ada masyarakat yang sampai kle tahap itu kelakuannya. Kita kena juga siasat wanita berkenaan, pakah dia sudah cuba berjumpa pejabat agama, Jabtan kebajikan masyarakat atau pejabat zakat.
Baru2 ni say pergi ke JKM untuk saja meninjau kalau2 ada peruntukan untuk warga emas, rupanya memang ada. Jadi say tanyakan sama asda emak saya layak, mereka kata mintalah dulu, kemudian mereka akan pertimbangkan. Di situ juga saya melihat ada peruntukan untuk OKU dan ibu tunggal. Bukan tak ada tapi mereka (ibu tunggal) tu yg pendek akal. Mungkin mereka pun tak pernah ambil tahu ttg jabatan2 agama, tak pernah bergaul dgn orang beragama mana nak dapat bantuan.
Kadang2 kita kena waras juga bila menilai satu2 masalah.... tak kan k nak tunggu disuap, pergilah ambil tahu diman boleh dapat bantuan. Kalau selalu pergi masjid tak jadi macam tu. Sikap lelaki/suami tu dah tentu haprak, tapi jgn kita pula pukul borong salahkan kerajaan , jabatan agama atau pusat zakat. Mereka pun perlukan info. tak kan nak suruh mereka tu ronda pusat pelacuran kut... tangkap semua pelacur islam dan kurung satu tempat dan bagi makan free.
Orang bukan Islam pun ramai yg susah.. cuba buka mata disekeliling kita ada yangbertungkus lumus tolak kereat roda tiga nak cari sesuap nasi, tak lah bangang sangat sampai nak melacur.
Salam
BalasPadamDari satu sudut mungkin betul..
Tetapi dari sudut lain.. mereka tidak menjalankan amanah seperti Umar Abdul Aziz...
16.7) Dimanakah mereka yang ...:
===================================================
Setiap hari seorang pegawai Khalifah Umar Abdul Aziz akan berseru :
Dimanakah mereka yang berhutang, tetapi tidak mampu melangsaikannya?
Dimanakah mereka yang ingin berkahwin, tetapi tidak berkecukupan?
Dimanakah mereka yang miskin?
Dimanakah mereka yang yatim?
Umar akan memenuhi permintaan mereka apabila mereka mengadu kepadanya.
( Rujukan Khalifah Zuhud : Umar Abdul Aziz )
Ada dua orang ibu tunggal dibawah bantuan saya..
Seorang daripadanya meminta zakat selepas kematian suami.. pusat zakat telah menolak permohonan mereka semata2 kerana mereka menyewa rumah rm 250 sebulan dan mempunyai kereta buruk yang tidak laku dijual semula peninggalan suami..
Seorang lagi menagih zakat.. tapi namanya tidak tersenarai pada tahun tersebut.. Tahun depan baru layak terima zakat..
Diantara sebab saya keluarkan zakat terus kepada fakir miskin dan tidak melalui pusat zakat...
WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
Saya tak salahkan peg kjaan yg kerja di pusat zakat, jab agama tu sebab saya ada juga berinteraksi dgn mereka semasa kerja dulu. malah sekarang pun tahu t.jwp mrk. bukan duduk goyang kaki shj. Nak hambat org supaya bayar zakat pun satu hal.. dan mencari org miskin tu memang ada unit yg buat begitu ttp keupayan mrk shj yg terbatas. Org luar ni cakap kadang2 macam tong kosong.. tak lihat masalah dalaman ,masalah sebenar main tuduh shj.Semata2 atas persepsi negatif atau kerana memang benci kerajaan. Sebab seekor badah bawa lumpur, habis kucing pun terpalit.
BalasPadamorg yg tak pernah kerja di jabatan berkenaan kdg buat tanggapan diluar
jendela saja .. cubalah sesekali pergi jabatan2 berkenaan. Banyak
kerja mereka. Tengoklah imam pun tak menang tangan nak buat itu ini.
Di Kuantan ni ha.. imam2 semua turun padang ajar tajwid petang malam ,
derang juga lah yg kena nak pergi macam2 majlis, orang mati pun
panggil depa juga. Kesian saya tengok ustaz saya.. terkejar2. dah tu
gaji tak der , dak 3 bulan jadi imam gaji belum dapat, rumah kena sewa
juga...tapi muka dia cool jer. Orang beriman macam tu lah.
yg gaji kecik tu kita faham tapi tang buntu akal pi teringat nak
melacur tu apa hal... orang tak ada agama pun tak sampai ke situ,
mungkin dia pun ada masalah tak cukup 'nafkah'yg satu tu kut?? tak
mustahil kan?. bila dah letih, ada penyakit mulalah panggil press
untuk mengadu/minta simpati. Saya tak percaya manusia ni sampai Allah
biar dia merempat, semuanya kerana diri mereka sendiri tak mahu kpd
agama mereka.
baca tak cerita yg di bawa oleh kandaazri tempoh hari? cerita yg saya
terkeliru ingtat' cerita mak dia.Cerita tu ttg seorang ibu yg suami
dia miskin, dia ambil upah basuh kain rumah org. Boleh hidup pun.
sekarang ni 'orang gaji' cukup laku sebab tu kita impot maid indon..
tapi pelacur2 tu pendek akal sampai tak terfikir nak jadi org gaji,
sanggup pulak jadi pelacur.. saya tak caya lah. bukan tak simpati tapi
saya lebih yakin dgn janji Allah. Allah beri petunjuk kpd org beriman
(yg percaya) , so jgn kita salahkan org lain. Sebenarnya yg jadi
pelacur, gro , model artis semua tu bukanlah terdesak tapi mmg
suka/pilih. Dah tersepit baru terkial2..
Nak sampai ke tahap Umar abd Aziz tu jauh sgt expectation.cuba kita
BalasPadamturunkan sikit tahap penilaian tu sesuai dengann tahap kejahilan ummat masa kini. Bnayak lagi jalan yg boleh diusahakan , tulis
surat.Sekarang ada email boleh sampai kpd menteri, boleh guna forum utusan,boleh guna harakahdaily. yg penting permasalan itu mesti diatur
ceritanya. Kalau caranya tak kena,cakap pun macam duk nak serang
pihak yg diminta simpati, orang pun berang juga.
Saya dah peratikan ramai orang datang pej kjaan/ kebajikan buat macam pejabat kuli depa . Tak tahu nak berbasa basi, ada yg siap cekak
pinggang lagi. Tapi sebenarnya kalau cara kita baik, orang layan baik. Say pergi pejabat2 kerajaan tak pernah pun bagitahu saya ni siapa, bekas pegawai ker , kerani ker tak ada saya cakap. Saya buat bodoh jer, tanya prosidur macam mana, pastu saya ikut.Elok jer depa jawap.
Kalau tak betul memang saya sanggup duduk depan PC sampai sakit
belakang tulis repot... ha itu saya punya kerja,.nanti bukan sampai ke menteri sahaja, habis biro pengduan awam pun kecoh. Tapi saya tak pernah buat lagi sebab tak ada kes yg pelik. Biasanya ok sahaja. Jadi kita nak harapkan pemimpin jadi macam Umar abd Aziz kita kena bantu.. ini bukan zaman Nabi atau sahabat.. ini zaman dah nak berakahir, kita kena bantu membantu.
Salam
BalasPadamUmar Al-Khataab ra boleh buat..
Umar Abdul Aziz ra boleh buat..
Kalaupun tidak 100% berjaya.. tapi sekurang2nya sudah terbukti berkesan..
Nak seribu daya.. tak nak, macam-macam la dalihnya..
Allah SWT TIDAK AKAN bertanya kita berjaya atau tidak..
Allah SWT PASTI bertanya sejauh mana kita mencuba..
[7.96] Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Nabi SAW telah menggunakan ayat di atas dalam suratnya kepada kaisar Rom.. meminta raya itu beriman kepada Allah SWT dengan janji Allah SWT untuk memakmurkan lagi negara mereka..
http://www.alsofwah.or.id/cetakannur.php?id=81
Saya tak katapun pegawai tu pro pembangkang/pro pemerintah..
Apa bezanya kalau pembangkang memerintah.. masih lagi berulang kes-kes yang sama..
Apa bezanya George Bush dengan Obama.. kalau kedua2nya pro yahudi..
Abu Maryam Al Azdi berkata kepada seorang khalifah Muawiyah: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Barang siapa yang diserah oleh Allah akan sesuatu kekuasaan daripada beberapa urusan pemerintahan kaum Muslimin, kemudian orang itu menutup diri, tidak memperhatikan perihal hajat, kepentingan atau kefakiran orang yang di bawah kekuasaannya, maka Allah juga akan menutup diri iaitu tidak memperhatikan perihal hajat, kepentingan atau kefakirannya sendiri pada hari kiamat.”
Rasulullah SAW mengingatkan Abu Dzar Al-Ghifiri dengan sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya kepemimpinan itu adalah suatu amanah, pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan kecuali bagi mereka yang menunaikan amanahnya dengan sempurna seperti yang dipertanggungjawabkan.”
WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
krjn harus menjangkakan perkara ini lebih awal, apakah keupayaan utk buat prediction pun tak ada pd krjn? kalau lemah sangat baik tak payah jadi krjn, jadi kera lagi bagus! dah kurang kakitangan tambah sajalah, kenapa polis dan jpj/puspakom/kastam- pertambahan boleh dibuat berpuluh ribu anggota? sbb jabatan itu bawa 'pulangan' yg banyak kpd krjn, kalau bab nak tambah kakitangan utk keluarkan duit, banyak la pulak karenah, atau segala karenah itu sengaja direka...ini semua krjn punya temberang cuma rakyat yg hidup bagai lembu dicucuk tali di hidung saja yg takkan paham, bukan generasi celik zaman ini.
BalasPadamAkupun nak tanya, kalau bagi pinjam utk tujuan ini tak boleh itu tak boleh, abis duit zakat yg dah berkumpul beratus juta itu akhirnya pergi kemana?, atau krjn sanggup tengok ibu pergi melacur, orang pinjam along atau nak pergi mati ke itu rakyat punya hal lah....krjn peduli hape!, duit itu digunakan utk buat pejabat zakat yg cantik2 dan moden sampai berpuluh juta, mcm tu bolellah....iniii rakyat dlm malaysia nih yg islam khususnya harus dibela nasib dulu, kalau lepas kat diaorang, pelacur dekat London pun nak dibantu juga, itu jam sape pun takde cakap ape...
mcm2 orang ble cakap pd ibu tu, gatal la ape lah, sbb belum kena batang idung sendiri....anak anak yg lapar mahu makan taktahu nak tunggu selama sebulan atau sehari bagi si ibu utk pergi cari kerja part time jadi maid dsb! Malam nak makan takde duit, mlam itu jugak nak dicari, mintak pinjam semua kawan2 buat muka cam bab*, ape lagi pilihan yg ade pd ibu tunggal?
ahh...
sembang kalau takde pengalaman senang la nak hambur keluar apa saja....
---------------------------------+++++++------------------------------
Akupunnews
Formerly Known As Tai_ci_master.
Visit : http://7thsphere.100webspace.net/
kalu ini macam buat laporan masuk recycle bib shj :)
BalasPadamcakap luar jendela memang sennagn tambah kalau campur emosi nak
letup kjaan.. walahal tak pernah kerja kjaan pun... say bukanlah nak
memihak kjaan tapi kalau swasta pun hampeh juga mana2 poun swasta ni pikir untung shj, humanitarian tak ada.
Bohonglah nak buat predivction tak ada tool. takkan sebab seorang
dua melacur (krn kebodohan sendiri ) semua nampak silap kjaan. tapi
bila kepincangan ada di dalam kjaan yg di pimpim PAS cepat2 tutup
pula.. macam 2 alasan pula. tak berani pula nak keluarkan teori Umar abd Aziz. Setahu saya di zaman Umar al-kahtab adan Umar Abd Aziz susah nak dapat orang meminta zakat sebab tu khalifah ken tutrum
padang.
Masa tu berapa besar padang pun tak tahula.. padang pasir memang
besar tapi rumah tak banyak. Kalau pergi padang ke kg medan shj
agaknya paklah pun sesat.... soalnya semua org mampu berikan
alasan. Kalau tak p beri alasan nkan dikutuk juga seba yg mengutuk
tu macam si buta mentafsir gajah...
Bayangkanlah klau semua orang iAslam buat perangai ketegak tak mahu bayar zakat ke pusat zakat nak bayar sendiri. keman aganya orang yg miskin dan fakir ni nak tuju, tmemintazh rumah mana satu yg boleh bagi zakat. agaknya masa tu setipa rumah ada papa iklan, "saya pembayar zakat, sila hubungi saya jika mahu bantuan" . Jenuh pula si miskin yg tak ada kenderaan nak berjalan dari satu rumah ke satu rumah cari siapa boleh bagi zakat. kena pula tiba dirumah yg baru sahaja bayar zakat kat orang lain.. arah pula dia ke rumah orang lain.. apa jadi istem macam tu?
Sajalah saya buat senario kartun sikit, sebab ada orang banding
zaman khalifah boleh, knp kita tak boleh. Patut orang mcm ni kita
lantik depa jadi mail atau pegawai zakat. banyak pulak alasan kunun
tak mahu terlibat jadi pegawai kerajaan korupt, kerja swasta bagus
w/.pun tokeh kafir..ini cakap orang angka-sawan, terawang2. Tewori lebih prastis kurang.
Bab pelacur ni saya memng tak setuju. buakn sebab tak kena batang
hidung , memnbg insayAkllah tak kankena kalu orang tu beriman kpd
Allah minta tolong dgn Allah. Ini hanya untuk otrang ygan yakin
(beriman) kalau orang sekadar teori mememng cepat nak bantu pelacur lebih2 yg cun mcm yg masuk youtube, atau nama aqidah kunun. Tak ada pun dalam sejarah pelacur dibela.. patut disula jer.
Orang yg tak yakin dgn Allah macam2 alasan lah , anak nak makan
lah, nak sekolah macam2 untuk salahkan kjaan. Yg bela pun tumpang
sekaki jadikan kes ini isu untuk melutu kjaan. ikhals tidak kita tak
tahu. Klau ikhals banyak cara boleh bantu. Cuba siasat betul2 latar belakang pelacur tu, apa sebab sebenar sampai tak pakai kepala. Orang lain susah juga tak sampai gadai maruah,hindu paria pun tahu maruah diri.
Tak tau lah kalau org tak pernah susah..sambil menyelam minum
air.Nak cario nafkah anka sambil cari nafkah batin sendiri. Pastu
salahkan orang, salah kjaan. Sendiri pilih suami haprak apsal? sendiri mau ingatlah. Kalau saya tak rela duit zakat saya bagi kat pelacur.. rejam dulu, laksanakan hudud dulu baru laksana agihan zakat.Kalau lepas rejam dia hidup baru bantu supaya insaf. Kalau mati
alhamdulillah biar Allah yg adili.
udah dasar melayu semua nak free.... bilangan nikah hendak 4 utk ikut sunnah Nabi tapi Nabi nikah satuje anak dara lain janda. salah konsep. dan juga tidak bertanggungjawab......
BalasPadamdepa pandai bercakap je
BalasPadam