“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, November 18, 2008

Kesan tembikai seperti pil Viagra

Assalamualaikum,

Kalau tengok tajuk, rasa-rasanya berita macam ini memang amat menggembirakan orang lelaki. Maklum, kalau bab-bab 'benda' kat dalam seluar mereka, cepat aje respon yang kita terima. KUANG... kuang... kuang...


Ops... Saya tak bermaksud untuk berbuat provokasi pada orang lelaki ya... Sebenarnya saya nak bercerita fasal kulit tembikai. Lazimnya, bila kita makan tembikai, kita cuma makan isinya yang merah saja, kan?

Jika kita perhatikan, isi tembikai yang
tawar rasanya, tidak digemari malah hampir setiap orang akan buang adalah isinya yang berwarna putih, ala... yang isi selepas kulitnya yang berwarna hijau belang-belang itulah. Cuba baca rencana di bawah. Selepas ni tentu ramai yang akan memanafaatkan isi tembikai.

Saya tak pasti berapa ramai antara kita yang tahu, isi warna putih yang sedikit keras itu sebenarnya elok sekali jika dibuat masak gulai tempoyak! Caranya macam kita masak timun dalam gulai
tempoyak, tapi gantikan dengan isi tembikai putih. Hemmm... Sedap!

Menurut BHarianOnLine 18/11/2008, TEXAS: Kajian baru mencadangkan bahawa tembikai mungkin menghasilkan kesan dalam tubuh sama seperti Viagra, mungkin memberi jalan kepada penawar semula jadi bagi lelaki yang menderita mati pucuk, kata Bhimu Patil dari Universiti A&M, di sini. Penyelidikan dijalankan Patil dan rakannya baru-baru ini mendedahkan bahawa isi tembikai mengandungi paras tinggi asid amino 'citrullin' berbanding yang difikirkan penyelidik. Sehingga penemuan itu, kebanyakan unsur citrulline dipercayai didapati pada bahagian kulit luar buah berkenaan yang tidak boleh dimakan.

"Kami mengetahui bahawa tembikai mengandungi citrulline, namun tembikai mempunyai lebih banyak citrulline dalam bahagian isi berbanding yang difikirkan sebelumnya," kata Patil. Ia penting kerana tubuh menukar 'citrulline' kepada 'arginine', sejenis asid amino lain yang berfungsi sebagai perintis kepada nitrat oksida. Nitrat oksida, sebaliknya memainkan peranan penting dalam mengembangkan saluran darah dan proses ketegangan zakar. Fungsi utama Viagra ialah mensasarkan nitrat oksida yang menandakan laluan dalam zakar. Patil berharap penyelidik lain akan mula mengkaji secara terus kesan tembikai terhadap ketegangan zakar.

Namun sesetengahnya agak ragu-ragu. "Hanya kerana nitrat oksida diperlukan bagi menegangkan zakar, tidak bermakna memakan sesuatu yang kaya dengan citrulline akan menghasilkan 'arginine' yang cukup untuk menghasilkan ketegangan zakar," kata Irwin Goldstein, ketua pengarang Jurnal Ubatan Seksual dan bekas perunding bagi syarikat yang membuat ubat penawar mati pucuk.

Wah... Lepas ni jangan pulak pekebun/penjual/pembekal tembikai ambil kesempatan untuk menaikkan harga tembikai ya....


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails