“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, November 12, 2008

Wanita bersuami dua diarah berpisah dengan suami kedua

ALOR STAR 12 Nov. — Seorang wanita yang pernah menarik perhatian umum kerana didakwa mempunyai dua suami diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini supaya berpisah dengan suami keduanya.

Hakim Syarie Mohd Roze Abdul Wahab memerintahkan Shanum Shaari, 35, berpisah dengan Syarif Jasin, 48, bagi mengelak melakukan perkara yang ditegah oleh hukum syarak.

Katanya mahkamah membuat keputusan itu setelah menerima permohonan rayuan suami pertama wanita itu, Amir Affandy Zakaria, 39, agar mahkamah mengeluarkan perintah mufaraqah atau memisahkan Shanum dengan Syarif yang bernikah di Yala, Thailand pada tahun 2005.

Dalam rayuan itu, Amir Affandy mendakwa beliau adalah suami yang sah kepada Shanum semasa isterinya itu bernikah dengan Syarif.

Amir Affandy yang pernah bercerai dua kali dengan Shanum iaitu pada tahun 1996 dan 1997, mendakwa beliau telah merujuk kembali dengan isterinya menerusi surat rujuk bertarikh 24 Okt 1997 yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Baling.

Amir Affandy juga memohon mahkamah membatalkan pernikahan Shanum dan Syarif dengan menyatakan bahawa ia tidak sah kerana ketika berlakunya pernikahan itu, Shanum masih lagi isterinya berdasarkan kepada surat rujuk berkenaan.

Mahkamah kemudiannya memutuskan daftar rujuk itu adalah sah.

Shanum, dari Kampung Sedim, Baling, bernikah dengan Syarif tiga tahun lepas.

Amir Affandy, dari Taman Kelisa Ria, Sungai Petani, ketika ditemui pemberita berkata beliau amat berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu kerana merasakan telah mendapat keadilan yang sewajarnya.

Sumber: BERNAMA 12/11/2008 Dua suami?

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails