Firman Allah SWT:
(Surah Al-Baqarah, ayat 110)
Huraian:
Amal kebajikan yang dilakukan oleh manusia adalah hasil dari Iman kepada Allah SWT. Kemuncak keimanan ialah amalan atau kewajipan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Solat merupakan kemuncak ibadah seorang hamba kepada Allah SWT. Solat melahirkan kekuatan jiwa muslim. Solat juga merupakan kekuatan dan benteng yang mampu mencegah seseorang muslim dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Solat yang cukup syarat akan mampu melahirkan akhlak yang mulia serta memberi ketenangan jiwa. Kewajipan mengeluarkan zakat pula boleh membantu memantapkan ekonomi umat Islam di samping membersih dan memberi keberkatan dalam pemilikan harta dan kebajikan kaum fakir miskin. Amal soleh tersebut bukanlah sesuatu yang sia-sia disisi Allah. Bahkan Allah membalas setiap perbuatan baik yang dilakukan oleh hambanya dengan ganjaran setimpal. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat perlakuan hambanya yang dilakukan seikhlas jiwa.
Kesimpulan
Lakukanlah ibadah hanya kerana Allah SWT semata-mata. Setiap amal yang dilakukan dengan ikhlas dan mengharapkan reda Allah dilihat oleh Allah dengan Rahmat-Nya. Allah SWT menjanjikan ganjaran setiap amalan yang dilakukan oleh hambanya.
Disediakan oleh: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
Sumber: UtusanOnLine 04/11/2008
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...