Salam,
Dewasa ini, ramai suami yang mengeluh kerana hidup mereka seperti dikongkong dan tidak dihormati. Pakar psikologi berpendapat sikap lelaki yang terlalu mudah mengalah menyebabkan isteri nampak lebih dominan atau mungkin bersikap queen control. Isteri memerintah suami melakukan itu dan ini. Disuruh membasuh baju, memasak atau mengemas rumah. Tidak boleh dibantah, kalau dilawan, pasti tinggi suaranya membalas kembali. Isteri juga mengawal segala kewangan dan keputusan keluarga. Apa yang harus dibeli, ke mana pergi bercuti atau bila hubungan seksual dilakukan. Apabila isteri bersikap begini, ramai suami yang mula mengeluh kerana hidup mereka seperti dikongkong dan tidak dihormati. Umpama lembu ditarik hidung. Begitulah kata-kata kiasan yang tepat bagi menerangkan maksud wanita queen control dalam sesebuah hubungan rumah tangga.
Queen control terlalu mengongkong, disifatkan sebagai sikap menyuruh atau memerintah seorang si isteri kepada suaminya dalam keadaan memaksa, tidak kira apa jua situasi. Melihat faktor kecanggihan teknologi dunia hari ini, benarkah senario itu dianggap sudah lapuk ditelan zaman? Memandangkan wanita metropolitan masa kini lebih mementingkan etika dan nilai-nilai kekeluargaan, demi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga. Menjadi persoalan ramai, masih wujudkah jolokan wanita queen control pada era moden kini?
Menurut Pakar Motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar, kewujudan sikap queen control tidak mengira apa jua keadaan mahupun situasi. Ia wujud dalam semua era kehidupan manusia. Tidak dinafikan, kewujudannya disebabkan beberapa punca yang tercetus atau dicetus oleh kedua-dua pihak, sama ada lelaki mahupun wanita. Terdapat tiga jenis queen control, iaitu jenis mutlak, pertengahan dan permulaan.
Bagi yang jenis mutlak, tingkahlaku isteri adalah terlalu bersikap mengawal suami 100 peratus hingga suami bagaikan haiwan peliharaan, terpaksa tunduk sahaja atas semua arahan dan kemahuan isteri. Jenis pertengahan pula adalah seperti si isteri suka mengawal dan mengarah ikut emosi yang sedang dialaminya. Mereka ini adalah isteri yang bersikap berubah-ubah dan ikut mood tanpa menghiraukan perasaan yang dialami suami ketika itu. Manakala queen control jenis permulaan pula kebiasaannya terjadi selepas setahun mendirikan rumah tangga. Waktu itu, isteri mula melihat kelemahan suami serta mula tidak menyukai beberapa sifat pasangannya. Keadaan sebegini lebih mudah berlaku apabila si suami seorang yang lemah, kurang bertegas dan kerap memberi muka kepada isteri, iaitu sering tunduk kepada kemahuan si isteri.
Kepimpinan lelaki terhadap wanita memang telah termaktub dalam Al-Quran. Allah telah berfirman dalam Surah An-Nisaa ayat 34, yang bermaksud, "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka."
Sungguhpun begitu, selalu juga kita dapat melihat dalam sesebuah keluarga ada suami yang tidak memiliki sifat kepimpinannya, seolah-olah tidak menepati firman Allah di atas. Apabila perkara ini terdapat dalam Al-Quran, kita perlu berhati-hati memperkatakannya, sebab sebarang pertikaian membawa akibat buruk dan janganlah kita membuat kesimpulan sendiri. Biasanya lelaki sebegini bukan tidak ada daya kepimpinan, tetapi sudah ditakdirkan dia telah berkahwin dengan seorang wanita yang lebih dominan daripadanya. Maka itu, nampaklah dia lebih ‘dungu’ berbanding isterinya. Seandainya dia berkahwin dengan wanita yang berkedudukan lebih rendah daripadanya, sifat kemimpinan dan kewibawaannya pasti menyerlah.
Apakah kufu? Bukankah kufu itu bermaksud lelaki perlu mengatasi wanita sebab seseorang yang akan memimpin perlu berada di atas sedikit daripada orang yang dipimpinnya. Tentu sulit seorang lelaki dengan jawatan pelayan pejabat beristerikan seorang wanita berjawatan pengurus besar, misalnya. Lebih sulit apabila mereka bekerja di satu tempat yang sama. Perkahwinan seperti ini tidak kufu. Ia tidak begitu digalakkan dalam Islam. Apa yang perlu seorang isteri lakukan jika baru sekarang anda sedar perkahwinan anda tidak kufu? Anda masih ada masa untuk memperbetulkan keadaan iaitu anda bertindak dan berperanan sebagaimana seharusnya mengikut jawatan yang anda sandang, tetapi apabila anda bersama-sama suami di rumah, letakkan diri anda di bawah sedikit daripada kedudukannya, meskipun jawatan dan gajinya lebih rendah daripada anda. Dari situlah anda boleh melihat suami sebagai pemimpin dan kewibawaan serta ketrampilannya.
Sebaik sahaja seseorang wanita itu merelakan dirinya disunting sebagai isteri, dia wajib bersedia untuk patuh dan menerima lelaki itu sebagai suami secara keseluruhan. Sebab itulah ada tempoh bertunang untuk memberi peluang dan kesempatan membina persiapan dan mencari keserasian. Seorang suami bermakna pemimpin. Adalah salah merelakan diri dikahwini sedangkan tidak rela untuk tunduk dan hidup di bawah kepimpinan. Semula jadinya, lelaki dilebihkan dalam banyak hal dalam oleh agama kita. Mengapa? Sebab lelaki diberikan tugas serta tanggungjawap yang cukup besar di hadrat Allah kelak. Semua kesalahan isteri akan tertanggung di bahunya jika dia tidak mengajar, gagal menegur mahupun memimpin dengan baik. Maka itulah dia diberikan hak dan kuasa sesuai dengan tanggungjawab yang mesti dipikulnya itu.
Sebenarnya semua orang adalah pemimpin, seperti sabda Rasulullah SAW, "Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin." (Hadis Riwayat Muslim, hadis no. 1829 dan Imam Al-Bukhari, hadis no. 4789)
Pulihkan suami
Ingatlah empat perkara yang menimbulkan cinta:
- Muka jernih
- Suka menolong
- Sudi menghindarkan selisih faham dan
- Menjauhi munafik
- teguh manjaga kehormatan
- redha menerima sedikit
- berbuat kebajikan setiap hari
- memelihara lidah
- Benar perbicaraannya
- Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
- Baik budinya dan
- Suka berterima kasih
TOLERANSI dan saling percaya adalah resipi terbaik percintaan
Tambahan apabila sejak lahiriah lagi si suami memang suka beralah untuk mengelakkan berlakunya ketegangan.
Sebenarnya, suami bukanlah takut pada isteri yang begini, tetapi semata-mata malas hendak memanjangkan perkara kecil atau untuk mengelakkan perbalahan atau pertengkaran yang tercetus.
Lebih-lebih lagi jika suami terpaksa bergantung nasib kepada isteri, misalnya dalam hal penyediaan makan minum, taraf pekerjaan yang rendah berbanding isterinya, soal pemberian penjagaan anak-anak dan rumah tangga, bahkan soal pendapatan.
Pengaruh mertua juga turut menyumbang ke arah kewujudan sikap sebegini. Dalam soal jolokan wanita queen control ini juga, mereka tidak mahu rasa tercabar dengan kedudukan yang lebih tinggi daripada pasangan. Sekaligus tidak mahu berasa rendah diri atau wujudnya jurang perbezaan di antara dua pihak, sehingga menjadi perbualan ramai.
Kita bimbang jika keadaan ini dibiarkan berlaku, ia boleh mengancam institusi perkahwinan itu sendiri. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat.
Terpulang kepada bentuk control daripada wanita itu sendiri. Jika wanita bersikap queen control kerana kegagalan suami berperanan sebagai ketua keluarga, lelaki tidak akan berasa jemu malah tidak mustahil lelaki akan berasa lega dan berlapang dada dengan pertolongan besar si isteri.
- Lihatlah keserasian, kenali peribadi masing-masing dulu, sebelum ambil keputusan untuk bercinta, bertunang seterusnya berkahwin.
- Terdapat pelbagai cara untuk melihat keserasian dan mempelajari psikologi serta peribadi manusia, misalnya melalui bulan kelahiran, warna kegemaran, heiriki keluarga dan juga latar belakang pendidikan.
- Rangsang diri anda dengan sedikit ketegasan.
- Jangan membiarkan isteri bergelumang dengan dosa bersikap queen control terhadap insan bernama suami.
- Pamerkan sikap suami/lelaki yang sebenar dalam meniti kehidupan berumahtangga, bukan bermaksud harus berkasar atau memukul, sebaliknya buktikan sikap sebenar seorang suami.
- Islam telah menetapkan wanita wajib menghormati dan patuh kepada suami. Ketegasan suami sangat penting bagi seorang pemimpin.
- Sekiranya si wanita itu tidak menunjukkan sebarang perubahan maknanya, walaupun sudah masuk ke alam perkahwinan, suami berhak menegur isterinya atas apa jua sikap yang tidak disenanginya. Ini kerana, sikap isteri yang menyenangkan adalah pahala untuk dirinya.
- Jika tidak senang dan redha dengan sikap isteri, si suami hendaklah meluahkan rasa tidak senang itu dengan cara mengasingkan tempat tidur.
Diolah semula dari sumber: Kosmo! dan HMTuah
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...