“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Februari 29, 2012

Khasiat bayam

Bayam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini Laman-Seri kongsikan info mengenai sayuran kegemaran Popeye iaitu spinach atau bayam. Bayam ini adalah dari genus amaranthus dan merupakan sayuran daun. Selain daripada itu, terdapat sejenis sayuran bayam yang dikenali dengan nama botaninya, spinacia oleracea ini tergolong dalam keluarga amaranthaceae, genus spinacia.

Terdapat perbezaan antara spesis bayam amaranthus dan spinacia walaupun sering diterjemah sebagai ‘bayam’, kerana bayam walaupun berasal dari keluarga sama iaitu amaranthaceae. Bayam spinacia tidak sesuai untuk iklim tropika seperti sesebahagian tempat di Asia Tenggara kerana cepat berbunga dan tidak tumbuh banyak daun. Tidak jelas asal usul kekeliruan ini tetapi tidak salah dari segi nutrisi pemakanan kerana kedua-duanya sayuran yang mempunyai zat besi. Mungkin kartun Popeye yang mempopularkan penggunaan spinach untuk bayam.

spinacia oleracea


spinacia oleracea berbunga


Bayam berasal dari bahagian tengah dan barat daya Asia. Dipercayai juga bahawa sayuran ini pertama kali ditanam oleh orang Arab. Dari negara Arab, bayam telah dibawa ke Sepanyol dan seterusnya tersebar ke seluruh dunia. Kini, bayam adalah salah satu makanan popular terutamanya dalam kehidupan mereka yang mementingkan penjagaan kesihatan.

Terdapat dua jenis bayam amaranthus iaitu bayam berwarna hijau dan bayam berwarna merah. Bayam hijau boleh dikenali melalui daunnya yang lebar dan kadangkala berdaun bujur. Bayam merah pula boleh dikenali melalui daunnya yang berwarna hijau keunguan dan kemerahan.

Pokok Bayam Hijau


Pokok Bayam Merah


Pokok Bayam Merah berbunga


Bunga Bayam Merah


Bayam mengandungi kira-kira 13 flavonoid berbeza yang berfungsi sebagai antioksidan dan juga agen antibarah. Bayam mengandungi asid amino asas, zat besi, vitamin A, Beta Karotena, vitamin K, vitamin V, mangan, potasium, magnesium, vitamin B2, asid folik dan kalsium. Selain itu, bayam juga mempunyai sumber protein, fosforus, vitamin E, zink, serat pemakanan, kumrum, selenium, niasin dan asid lemak omega 3.

Spinach, raw

Nutritional value per 100 g (3.5 oz)

Energy

97 kJ (23 kcal)

Carbohydrates

3.6 g

- Sugars

0.4 g

Dietary fiber

2.2 g

Fat

0.4 g

Protein

2.2 g

Vitamin A equiv.

469 μg (59%)

Vitamin A

9400 IU

- beta-carotene

5626 μg (52%)

- lutein and zeaxanthin

12198 μg

Folate (Vit. B9)

194 μg (49%)

Vitamin C

28 mg (34%)

Vitamin E

2 mg (13%)

Vitamin K

483 μg (460%)

Calcium

99 mg (10%)

Iron

2.7 mg (21%)

Percentages are relative to US recommendations for adults.
Source:
USDA Nutrient database

http://laman-seri.blogspot.com




Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.

Bayam juga adalah salah satu daripada sayur yang mudah diperolehi dan jika dicampurkan dengan sayuran lain seperti tomato, bawang dan timun, ia boleh menjadi hidangan yang berkhasiat dan menyelerakan.

bayam goreng tepung

Jika hidangan ini ditambah dengan sedikit jus lemon dan minyak zaitun, dikatakan kandungan vitamin C dalam jus lemon itu mampu menyerap keseluruhan jumlah zat besi daripada bayam itu setelah dimakan. Kajian yang telah dilakukan terhadap bayam juga mendapati bahawa bayam mampu mengawal kanser kolon, paru-paru dan payudara.

Bantu bina darah

Kandungan zat besi dalam bayam adalah amat tinggi. Maka ia amat baik untuk pesakit anemia. Dikatakan selepas bayam dimakan dan mula diserap dalam sistem tubuh, pembentukan hemoglobin dan sel-sel darah akan mula berlaku. Tidak hairanlah bayam menjadi pilihan pesakit anemia kerana ia membina darah dan mencegah serta merawat anemia.

Bayam juga amat kaya dengan kandungan vitamin A, lebih daripada sayuran hijau yang lainnya. Vitamin A merangsang pertumbuhan dan kesihatan, terutamanya pada mata. Kekurangan vitamin A boleh membawa kepada masalah rabun malam. Selain itu, zeaxanthin dan lutein, dua jenis karotenoid yang terdapat dalam bayam dikatakan mengurangkan risiko katarak.

Elak kekurangan asid folik

Disebabkan bayam juga kaya dengan sumber kalsium dan elemen alkali, maka ia dikatakan amat baik untuk mereka yang menderita masalah keasidan. Kalsium dan alkali amat perlu bagi memastikan tisu-tisu sentiasa bersih dan menyimpan kealkalian dalam darah. Pengambilan bayam juga dikatakan mampu mencegah penyakti kronik yang dicetuskan oleh membentukan terlalu banyak asid dalam sistem badan.

Vitamin C dan vitamin A dalam bayam juga bertindak sebagai antioksidan bagi memastikan kolesterol tidak mengalami pengoksidaan. Ia mampu mencegah kolesterol daripada melekat pada dinding pembuluh darah. Sebagai sumber terbaik asid folik, bayam adalah makanan bernilai untuk diambil oleh wanita, terutamanya ketika hamil. Pengambilan bayam dengan kerap, dikatakan mampu mengelakkan kekurangan asid folik.

Bayam juga mempunyai kandungan potasium yang tinggi dan kandungan garam yang rendah. Komposisi meneral ini amat baik untuk pesakit darah tinggi. Kehadiran folat dalam bayam menyumbang dalam mengurangkan hipertensi dan menenangkan pembuluh darah sekaligus mengekalkan peredaran darah dengan sempurna.

Bayam juga amat baik untuk kulit. Vitamin B dalam bayam baik untuk mengekalkan kekuatan kulit dan pengambilan kerap bayam juga dikatakan mampu mengurangkan kanser kulit. Jus bayam amat sesuai diambil bagi mereka yang mengalami masalah sembelit kerana ia membersihkan usus selain memberi khasiat kepada usus.

Walaupun bayam banyak khasiatnya, namun begitu pengambilan bayam tidak sesuai kepada mereka yang menderita penyakit hepatitis, rheumatism, gastrik dan inflamasi usus atau mereka yang sedang mengamalkan diet tanpa garam. Mereka yang sedang menghadapi hepatik hanya perlu mengambilnya secara sederhana, kerana kandungan asid oksalik yang terdapat di dalam bayam.

Bagi mereka yang ingin mengambil bayam untuk tujuan perubatan, anda perlu mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudharatan di kemudian hari.




Rujukan : MW#1406, En.Wiki ~ Spinach.

Butiran selanjutnya ...

Selasa, Februari 28, 2012

Kitab Injil 1,500 tahun ditemui

KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad.


Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW

ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad. Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. - Agensi




Sumber : BHarian 28/02/2012

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Februari 27, 2012

Perjalanan terakhir...


Assalamualaikum warahmatullah,

Sudah agak lama Laman-Seri tidak berkongsi tazkirah yang begitu terkesan di hati. Ðalam entry kali ini disediakan tazkirah dari favourite Laman-Seri, Ðr Azhar Hj Sarip. Mudah-mudahan mendapat walau sekelumit manfaat daripada entry kali ini.

Setiap daripada kita akan merasai apa yang sering mahu dihindarkan oleh manusia iaitu kematian. Biar di ceruk mana kita berada, biar di dasar laut mana kita sembunyi, kematian adalah satu hal yang pasti.

Segala perkara yang kita lakukan di dunia ini belum pasti jadinya, kecuali satu hal yakni kematian. Bezanya antara setiap manusia itu adalah waktunya. Adakah ia datang sebentar sahaja lagi atau mungkin setahun lagi atau boleh jadi lama lagi. Kita tidak tahu waktu yang pasti saatnya akan tiba.

Kita tidak perlu mengucapkan yang kita tidak mahu meninggal di awal usia kerana masih belum bersedia, kerana hakikatnya kita sering tidak bersedia. Mereka yang bersedia adalah mereka yang sering mengingati akan datangnya kematian.

Hidup ini penuh dengan ketidakpastian namun mati itu adalah sesuatu yang sudah pasti terjadi. Ðisebabkan terleka dengan kesibukan dunia, maka kita sering terlupa untuk menyediakan bekal kehidupan yang tidak berteman, tanpa saudara dan jauh pula dari harta.

Apa yang ada di samping kita, ketika itu hanyalah bekal yang kita siapkan, sama ada cukup atau tidak, itu bukan persoalan kerana kita juga tidak tahu apa yang dikatakan cukup itu. Apa yang pasti adalah, adanya bekalan. Bekalan yang perlu kita sediakan bukan hanya setiap hari, bahkan setiap saat. Saat datangnya kematian maka terbukalah segala hijab.

Jika kita sombong mengatakan yang kita bersedia, pada saat itu terjawablah segalanya. Kita mungkin memilih jalan yang salah. Kita mungkin terpesona dengan apa yang ada di sisi. Pesan seorang guru, sehebat mana kita di dunia, sedalam mana ilmu yang kita pelajari, ketahuilah bahawa di saat kematian menjelma, banyak perkara tidak terjangka boleh berlaku. Maka katanya lagi, jauhilah kesombongan dengan mengingati saat yang bakal datang itu.

Tersalah langkah ketika ‘pulang’

Terdapat dua perkara yang membuatkan kita tersalah langkah dalam kembali pulang kepada-Nya. Pertama, sebab musabab yang datangnya daripada kita sendiri. Kita tidak menitikberatkan kedatangan malaikat maut.

Bagi kita, dalam usia yang muda, kebarangkalian untuk pergi dahulu itu lebih kecil. Tetapi kita mungkin terlupa yang malaikat maut tidak mengira tahap umur. Ðia akan datang mengikut jadual yang ditetapkan, tidak kurang walau sesaat dan tidak pula lebih walau sesaat.

Mungkin benar dikatakan bahawa umur adalah kadar nafas. Angka hanyalah satu simbol kematangan fikiran tetapi umur nyawa terletak pada rangkaian nafas. Apabila nafas terhenti, maka di situ titik nyawa.

Apabila kita dapat bernafas, maka panjanglah umur nyawa sedetik lagi. Memahami hakikat itu, maka kita perlu mensyukuri nikmat setiap saat, bukan hanya pada ketika kita gembira mendapatkan sesuatu.

Kedua, adalah sebab musabab dari mereka yang berada di sisi. Bagaimana yang dikatakan orang-orang di sekeliling kita menyebabkan kita tersalah jalan ‘pulang’? Tahukah kita, secara tidak sedar, kita yang menghantar mereka dalam perjalanan terakhir ini sering merosakkan perjalanan mereka.

Mereka yang sudah berada dalam lorong perjalanan terakhir seakan tahu waktunya semakin hampir. Tetapi mereka mungkin juga tidak memikirkan akan hal perjalanan mereka kerana memikirkan mereka yang bakal ditinggalkan pergi.

Mereka mungkin memikirkan bagaimana kehidupan seseorang yang dikasihi itu apabila mereka tidak lagi berada di sisi. Fikiran mereka berada di lorong perjalanan terakhir tentang kehidupan mereka yang dikasihi ini menjadikan satu hijab tebal antara mereka dan Allah SWT.

Menyesali tingkah laku

Ketahuilah, mereka sudah nampak jalan untuk kembali tetapi dek sikap kita yang hidup ini menyebabkan mereka alpa untuk ‘pulang’. Mereka risau tentang kehidupan orang yang dikasihi nanti, sedangkan orang yang dikasihi tidak pula memikirkan kelangsungan perjalanan terakhir ini dengan lancar.

Lancar bermaksud mereka pulang dalam husnul khatimah. Mereka pulang dalam keredhaan Allah SWT. Pernahkah kita terfikir yang kita juga bertanggungjawab dalam membantu perjalanan terakhir orang yang kita kasihi? Jika benarlah kita ingin mereka pulang dengan sempurna, maka janganlah kita jadikan diri kita ini hijab antara dia dan Tuhannya.

Jangan biarkan mereka risau tentang kehidupan yang mereka tinggalkan. Jangan biarkan mereka sedih dengan perlakuan kita hingga jalan yang tadinya terang kini kelam. Akhirnya mereka pulang dalam kecelaruan.

Adakah itu tanda kasih sayang kita yang hidup terhadap mereka yang pergi? Adakah setelah perjalanan terakhir sampai ke destinasi baru kini menyesali setiap tingkah laku yang menyebalkan mereka yang pergi hingga perginya tidak seindah yang diminta?

Bagi kita yang masih hidup, kita masih boleh memperbaiki diri tetapi bagi mereka yang sudah bertukar alam, apa sahaja bekalan itu sahajalah yang ada. Justeru, kita perlu menginsafi diri agar perjalanan terakhir kita berlaku dengan lancar dan kita tidak pula membuatkan perjalanan terakhir orang yang kita kasihi, kucar kacir.

Jika kita menjadi penyebabnya, maka mahukah kita apabila saat kita tiba nanti, orang lain menjadi penyebabnya hijab kita pula. Hidup ini cukup mudah tetapi kita yang menyukarkannya. Kita hanya perlu menjadi hamba Allah SWT yang taat dan kerja sebenar kita hanyalah beribadah kepada Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita menyusahkannya apabila kita mengecilkan skop ibadah itu hanya pada ibadah khusus serta ritual tertentu, sedangkan ibadah dan kehidupan itu seiring.

Semoga kita melengkapi perjalanan terakhir dengan sempurna dan kembali kepada-Nya dengan penuh kecintaan.




Sumber : Ðr Azhar Hj Sarip di MW#1474

Capaian entry berkaitan:
Makna kehidupan husnul khaatimah
Bahagia dengan Husnul Khatimah, Sengsara dengan Su'ul Khatimah
Kebaikan di dunia
Sentiasalah menginsafi diri
Sebuah kematian, satu permulaan
Sebelum Akhirat
Tazkirah: Kelebihan mengingati mati
Utusan kematian
Jangan tunggu usia tua baru hendak bertaubat
Kematian itu pasti

Butiran selanjutnya ...

Umpama pohon yang tidak gugur daunnya


Bismillah,

Ðaripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya ada satu pokok yang tidak gugur daunnya dan ia adalah perumpamaan bagi seorang Mukmin.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Ðalam hadis yang dipetik di atas, Rasulullah SAW telah membawakan suatu kiasan dengan mengumpamakan orang Mukmin dengan pohon yang tidak gugur daunnya. Pohon yang dimaksudkan itu ialah pohon kurma. Menurut al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi, sebagaimana tidak gugur daun daripada pohon kurma, begitulah kekuatan dan ketahanan yang tidak luntur daripada orang Mukmin.

Selain itu, seorang Mukmin dapat memberikan manfaat yang berterusan sama ada untuk dirinya sendiri ataupun orang lain. Begitulah juga pohon kurma yang dapat dimanfaatkan secara keseluruhannya sama ada pohon, buah, pelepah dan sebagainya. Kiasan yang diutarakan oleh Rasulullah SAW ini telah menggambarkan dengan lebih jelas lagi kedudukan orang Mukmin. Apatah lagi apabila diumpamakan orang Mukmin itu seperti pohon kurma, maka dengan mudah sekali dapat difahami kerana orang Arab sememangnya sudah mengetahui faedah-faedah yang terdapat pada pohon kurma tersebut.

Menurut maklumat daripada Wikipedia, pokok kurma atau tamar (dikenali dalam bahasa saintifik sebagai Phoenix dactylifera) merupakan sejenis pokok palma dalam genus Phoenix, ditanam secara besar-besaran untuk mendapatkan buahnya. Oleh kerana sejarah penanamannya yang lama, taburan asalnya tidak diketahui, tetapi mungkin berasal dari suatu tempat di gurun Afrika Utara dan mungkin juga Asia Barat Ðaya. Kurma telah menjadi makanan harian bagi masyarakat Timur Tengah sejak beribu-ribu tahun yang lampau.

Kebanyakan pokok kurma boleh didapati di negara-negara Arab dan mempunyai pelbagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Makkah dan Madinah yang dikatakan terdiri daripada berpuluh-puluh jenis. Ðalam kalangan penduduk di negara-negara Arab sendiri, kurma adalah makanan utama mereka. Kini kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari di seluruh pelusuk dunia termasuk di negara kita, terutamanya menjelang bulan Ramadan.

Ðaya tahan Mukmin

Apabila Rasulullah SAW mengumpamakan orang Mukmin seperti pohon kurna, maka sewajarnya dilihat keadaan pohon kurma itu sendiri agar hadis di atas dapat difahami dengan lebih jelas. Selain itu, hadis ini juga memuji golongan Mukmin yang mempunyai ‘daya tahan’ yang tinggi umpama daun-daun kruma yang tahan lasak dan tidak mudah gugur.

Ðaya tahan golongan Mukmin dapat disaksikan melalui mafhum hadis berikut: “Sungguh hebat seseorang Mukmin itu. Seluruh keadaan yang menimpa dirinya dianggap sebagai suatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapa pun, kecuali orang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika dia mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya.” (Hadis riwayat Muslim)

Ðaripada hadis di atas, jelas menunjukkan daya tahan seseorang yang beriman kepada Allah. Ðalam apa jua situasi, imannya sentiasa teguh dan mantap. Ketika mendapat nikmat, dia tidak mudah bongkak dan lupa diri, sebaliknya kembali kepada Allah SWT dengan bersyukur kepada-Nya. Manakala apabila ditimpa musibah pula, mereka tetap bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi serta sentiasa berusaha memantapkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Teladan resmi pohon kurma

Manusia yang beriman kepada Allah SWT dapat diumpamakan dengan pohon kurma dalam beberapa sudut iaitu :

1 – Akar kurma yang teguh = Iman yang mantap

Akar pohon kurma tegak berdiri dengan teguh dan mantap walaupun ditiup angin. Keadaan ini berbeza degan pohon-pohon lain yang mudah tercabut akarnya jika digoyang oleh rebut atau angin yang kuat. Hal ini dapat disamakan dengan iman yang wujud dalam hati seseorang yang beriman itu. Iman yang bertapak kukuh dalam hati tidak akan mudah goyah walaupun pelbagai ujian datang menimpa. Seorang Mukmin memiliki tiga jenis kesabaran yang terkumpul pada dirinya, iaitu sabar dalam menunaikan ketaatan kepada Allah, sabar dalam meninggalkan kemaksiatan dan sabar menghadapi takdir yang menyedihkan.

Allah berfirman yang bermaksud, “Ðan sungguh akan Kami berikan cubaan (ujian) kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Ðan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar, (iaitu) orang yang ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji‘un.’” (Surah al-Baqarah 2 : 155-156)

Keteguhan dan kemantapan iman dapat disaksikan dengan begitu jelas dalam peristiwa Perang Mu‘tah. Tentera Islam pada mulanya dipimpin oleh Zaid bin Harithah. Apabila Zaid terkorban dan syahid, kepimpinan tentera diambil alih pula oleh Ja’far bin Abi Talib. Setelah Ja’far pula terkorban, maka Abdullah bin Rawahah pula mengambil alih kepimpinan tentera sehinggalah beliau sendiri turut terkorban dan syahid.

Selepas itu, tentera-tentera Islam berbincang sesama sendiri untuk melantik ketua perang yang baru. Mereka bersetuju untuk melantik Khalid al-Walid. Lalu, Khalid merancang strategi yang berkesan sehingga berjaya mengkucar-kacirkan tentera musuh. Akhirnya, tentera musuh yang ramai itu bertempiaran melarikan diri.

Sesuatu yang hebat dalam peperangan ini ialah tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang berjaya mengalahkan musuh yang berjumlah 200,000 orang. Inilah kehebatan dan keteguhan iman yang dimiliki oleh para sahabat, membuatkan mereka tidak goyah dan gentar dalam menghadapi apa juga situasi demi menegakkan kalimah Allah SWT.

2 – Khasiat kurma = akhlak yang manis

Buah kurma mempunyai khasiat yang banyak di samping rasanya yang manis dan lazat. Kajian saintifik mendapati kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C. Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran, supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Ini sebagaimana yang disebutkan dalamsurah Maryam ayat 25 yang bermaksud, “Ðan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan ke atasmu kurma yang masak.”

Ði samping itu, kajian juga mendapati bahawa kurma dapat mengubati penyakit sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, membantu merangsang selera makan, menguatkan ingatan, melawaskan serta menambahkan tenaga seksual. Jadi, jelas sekali buah kurma mempunyai manfaat yang banyak.

Hal yang demikian adalah sama seperti orang yang beriman kepada Allah SWT. Akhlak yang dipamerkan oleh orang yang beriman merupakan akhlak terpuji. Perkataan yang diucapkan tidak menyakiti orang lain malahan menyenangkan. Orang beriman akan sentiasa memastikan dia dapat memberikan manfaat kepada orang lain ketika hidup di dunia seperti menolong orang yang berada dalam kesusahan, menziarahi orang sakit, menghubungkan silaturahim sesama manusia dan sebagainya.

Buah kurma mempunyai rasa yang manis. Hal ini sama juga dengan keimanan yang mempunyai rasa yang manis dan lazat. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang sahih bermaksud, “Tiga perkara, jika seseorang memilikinya nescaya merasai manisnya iman; iaitu menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada yang lainnya dan mencintai seseorang hanya kerana Allah serta benci kembali kepada kekufuran sebagaimana benci dilemparkan ke dalam api neraka.” (Mutafaq ‘alaih)

3 – Memberi manfaat

Seluruh bahagian pohon kurma itu dapat dimanfaatkan. Buahnya manis dan berkhasiat, batangnya dapat dijadikan sebagai tiang dan pelepahnya dapat dijadikan sebagai atap rumah. Ðaunnya pula dapat dijadikan bakul dan pelbagai macam alat kelengkapan rumah seperti tikar dan lain-lain. Justeru, kita dapati bahawa masjid yang dibina oleh Rasulullah SAW semasa Baginda berhijrah ke Madinah telah menggunakan sepenuhnya pohon kurma sebagai tiang yang kukuh serta atap yang dapat melindungi daripada panas dan hujan.

Hal yang demikian samalah seperti seorang Mukmin yang dapat memberi manfaat dalam segala hal. Seseorang Mukmin itu apabila bergaul dengan rakan dan teman hanya akan menzahirkan akhlak yang mulia, adab budi pekerti yang luhur, muamalah yang baik, memberikan kebaikan dan tidak mengganggu serta menyakiti mereka dengan umpatan, cacian, fitnah dan sebagainya. Seseorang Mukmin itu memiliki sifat sopan dan lembut seperti manis dan lembutnya buah kurma yang masih segar.

4 – Makin panjang usia makin berkat

Semakin panjang umur pohon kurma, semakin banyak gunanya dan semakin baik buahnya. Ðemikian halnya dengan orang Mukmin. Semakin panjang umurnya, sebamin baik dan soleh pula amalannya. Imam at-Tirmidzi meriwayatkan bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang terbaik?” Rasulullah menjawab, “Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya.”

Seseorang Mukmin itu merupakan manusia hebat yang akan mendapat kebaikan hidup di dunia dan di akhirat. Manfaat yang boleh didapati daripada orang Mukmin adalah seumpama manfaat yang boleh diambil daripada keseluruhan pohon kurma, sama ada pokoknya, buahnya, pelepahnya, daunnya dan apa juga yang ada pada pohon kurma tersebut.




Sumber : Mohd Sukki Othman dalam Solusi ISU#32

Butiran selanjutnya ...

Ahad, Februari 26, 2012

Pembunuh si kecil



Sikap kurang peka ibu bapa terhadap radang paru-paru boleh ragut nyawa anak

SABAN tahun, serangan radang paru-paru atau pneumonia membunuh kira-kira 1.4 juta penduduk dunia terutama kalangan kanak-kanak yang turut menjadi penghidap utama penyakit itu. Angka berkenaan menunjukkan kehilangan nyawa akibat pneumonia adalah melebihi kematian yang disebabkan penyakit berbahaya lain seperti AIDS, malaria dan tuberkulosis atau tibi. Di Malaysia, statistik Kementerian Kesihatan membuktikan, pneumonia berada pada kedudukan kelima penyakit pembunuh tertinggi kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

Pneumonia adalah penyakit yang disebabkan jangkitan virus, kuman atau bakteria ke bahagian paru-paru seseorang dan biasanya, ia banyak dihidapi golongan kanak-kanak dan tua. Awalnya, selepas dijangkiti virus, kuman atau bakteria, seseorang akan mengalami simptom-simptom pneumonia seperti batuk serta selsema sebelum ia merebak ke dalam sistem pernafasan dan menyerang paru-paru.

Pakar Perubatan Kanak-Kanak, Dr Yong Junina Fadzil, berkata penyakit itu perlu dikesan dan dirawat secepat mungkin bagi mengelaknya menjadi serius sehingga boleh meragut nyawa. Bagaimanapun, katanya, di negara ini, kesedaran masyarakat terutama golongan ibu bapa berhubung penyakit berkenaan adalah masih terlalu rendah ekoran tiada kefahaman meluas seperti dalam konteks memahami simptom, kepentingan rawatan dan langkah pencegahan.

“Kekurangan pengetahuan ini menyebabkan mereka tidak menyedari bahaya penyakit berkenaan atau kepentingan mendapatkan rawatan awal, sekali gus meningkatkan jumlah kematian tahunan akibat masalah kesihatan itu. Pneumonia mempunyai banyak simptom antaranya demam panas, batuk berkahak atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat, sering merengek (bayi dan kanak-kanak), pernafasan laju, susah bernafas, muntah dan cirit-birit. Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami satu atau lebih daripada simptom ini, ia mungkin pneumonia. Usah bertangguh, sebaliknya segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pandangan dan rawatan terbaik,” katanya.



Beliau berkata demikian pada sesi perbincangan ‘Meningkatkan Kesedaran Masyarakat Di Negara Ini Berhubung Pneumonia,’ bersempena Hari Pneumonia, baru-baru ini. Usaha itu diperkenalkan Gabungan Global menentang Pneumonia Kanak-Kanak yang dianggotai 125 badan bukan kerajaan, pertubuhan amal, institusi akademik, agensi kerajaan dan beberapa yayasan bagi menggalakkan tindakan masyarakat dunia di dalam usaha menentang, merawat serta mengelakkan jangkitan penyakit berkenaan.

Dr Yong Junina berkata, pengalamannya mengendalikan kes Pneumonia dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan sikap ibu bapa yang menganggap simptom dialami anak mereka itu tidak berbahaya, menjadi punca pesakit tidak dapat dirawat awal sehingga menemui kematian.

“Kebanyakan ibu bapa yang membawa anak mereka ke klinik saya tidak tahu dan tidak menunjukkan kebimbangan apabila saya memberitahu anak mereka diserang pneumonia. Malah mereka menganggap ia masalah kesihatan ringan. Ada kes yang mana seorang penghidap kanak-kanak yang baru saja hampir sembuh selepas menerima rawatan, kembali kritikal dan meninggal dunia apabila ibu bapanya mengambil tindakan sambil lewa dengan tetap menghantarnya ke tadika, walaupun dia sepatutnya diberi rehat mencukupi terlebih dulu.”

“Perlu diingatkan yang penyakit ini disebabkan banyak faktor seperti persekitaran kotor, lokasi terlalu sesak, tempat berhabuk, cuaca buruk, ketahanan sistem imunisasi tubuh rendah atau penyakit dibawa individu sekeliling, jadi pesakit perlu 'dikuarantin' dari semua keadaan ini sehingga benar-benar sembuh,” katanya.

Jelas Dr Yong Junina, dari kaedah rawatan, ada beberapa cara berkesan yang akan digunakan pegawai perubatan dalam mengatasi penyakit dihidapi.

“Bagi pneumonia yang disebabkan virus, doktor hanya akan memberikan ubat pil dan penghidap harus rehat dan minum air secukupnya kerana sistem imunisasi badan akan memainkan peranan dalam merawatnya. Jika penyakit dialami tidak serius dan disebabkan bakteria, doktor akan membekalkan antibiotik dan ubat tetapi sekiranya jangkitannya serius, penghidap akan diberikan ubat melalui suntikan,” katanya.

Namun, bagi kes lebih serius, penghidap akan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan bantuan rawatan lanjut seperti bekalan oksigen dan antibiotik. Baginya, seperti kata pepatah ‘mencegah lebih baik daripada mengubati,’ usaha untuk mengelakkan jangkitan penyakit ini adalah paling penting berbanding merawatnya.

Bagi tujuan itu, masyarakat perlu menjalani gaya hidup sihat, mengutamakan kebersihan diri, mengamalkan penyusuan susu ibu kepada bayi, tidak berada di kawasan sesak, menutup hidung ketika cuaca buruk apabila keluar rumah dan sentiasa mementingkan kesihatan sekeluarga.

“Sekiranya anda, ahli keluarga atau anak anda mengalami simptom pneumonia, segera dapatkan nasihat atau rawatan doktor bagi memastikan tahap kesihatan anda tidak menjadi semakin buruk,” katanya.

“Lebih penting, pada waktu yang diperlukan atau dinasihatkan doktor seperti jika anda ingin melancong atau pulang dari sesebuah lokasi luar negara, dapatkan vaksin seperti Pertussis (Tibi), Vaksin Measles (Demam Campak), Vaksin Influenza atau Vaksin Pneumococcal.

“Vaksin ini berupaya meningkatkan sistem imunisasi tubuh anda bagi mencegah sebarang jangkitan penyakit,” katanya.

INFO Pneumonia
Golongan berisiko:
* Kanak-Kanak terutama pada usia lima tahun dan ke bawah
* Dewasa terutama pada usia 65 tahun dan ke atas
* Mempunyai tahap sistem ketahanan badan rendah seperti pembawa HIV/Aids
* Penghidap masalah kesihatan yang kronik
* Individu di kawasan sesak atau kotor
* Masyarakat atau penduduk di kawasan tidak membangun atau miskin

Simptom
* Demam panas
* Batuk berkahak atau tanpa kahak
* Sakit dada
* Tiada selera makan
* Rasa tidak sihat
* Sering merengek (bayi dan kanak-kanak)
* Pernafasan laju atau tercungap-cungap
* Sukar bernafas
* Muntah
* Cirit-birit

Antara langkah pencegahan:
* Menjalani gaya hidup sihat
* Mengutamakan kebersihan diri
* Mengamalkan penyusuan susu ibu
* Elak di kawasan sesak
* Menutup hidung ketika cuaca buruk.




Sumber : Faizatul Farhana Farush Khan [bminggu@bharian.com.my] di BHarian 20/11/2011

Butiran selanjutnya ...

Sabtu, Februari 25, 2012

Peka persekitaran anak



Ibu bapa wajib awasi sekeliling anak, amal langkah keselamatan di rumah

KEJADIAN budak perempuan berusia 10 tahun yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki yang merempuh masuk ke sebuah rumah di Kampung Baru, di ibu negara, baru-baru ini, bukan setakat menggemparkan tetapi cukup mencetuskan kebimbangan ramai, khususnya ibu bapa.

Apalah salah insan kecil yang belum mengenal erti jenayah, mahu pun dapat menghidu perbuatan jahat terhadapnya. Lebih menggerunkan, lelaki berkenaan secara melulu memasuki rumahnya - kawasan zon selamat bagi mana-mana penghuni. Namun, atas nama jenayah, lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah itu tergamak melakukan perbuatan itu dengan menjadikan anak kecil itu sebagai tebusan sehingga enam jam lamanya.

Bagi kita yang bergelar pemerhati sudah cukup berkocak risau, apalagi keluarga budak perempuan itu. Kejadian itu bukanlah yang pertama seumpamanya. Pada Julai tahun lalu, kejadian 30 murid dan empat guru sebuah tadika dijadikan tebusan oleh lelaki bersenjatakan tukul di Muar, Johor serta beberapa kejadian culik kanak-kanak yang ada di antaranya berakhir dengan duka.

Hakikatnya, pelanduk sentiasa melupakan jerat, namun jerat tidak pernah melupakan mangsanya. Perumpamaan ini boleh disamakan dengan kejadian yang menimpa nasib si kecil ini kerana mereka adalah mangsa paling mudah.

Memang sukar mengelak jenayah licik, tetapi ada baiknya setiap ibu bapa mahu pun penjaga mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak anak tersayang menjadi mangsa penjenayah tidak bertanggungjawab. Tidak kiralah di gedung beli-belah, taman mahu pun kawasan tumpuan awam, anak-anak adalah sasaran mudah. Justeru, tindakan cuai ibu bapa mahu pun penjaga alpa atau tidak mengendahkan mereka hanya boleh mengundang bahaya. Ketika itu, andai anak hilang, apakah memadai dengan hanya menjadi panik, berteriak atau menangis? Apakah yang seharusnya dilakukan?

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, berkata perkara pertama yang perlu dilakukan ibu bapa jika anak hilang atau dipercayai diculik adalah dengan membuat laporan segera kepada pihak berkuasa yang terdekat.

“Hilang dilarikan dan diculik adalah dua pengertian berbeza. Hilang dilarikan mungkin si pelaku mempunyai niat lain seperti ada hubungan dengan mangsa, tapi kalau diculik ia bertujuan meminta tebusan daripada ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Kamal Afendi, tindakan pertama perlu dilakukan ialah membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai kehilangan anak. Dalam perjalanan menuju ke balai polis, ibu bapa boleh membuat hebahan kepada rakan dan taulan juga.

“Kebanyakan ibu bapa membuat kesilapan besar apabila mereka sendiri cuba mencari anak terlebih dulu sebelum membuat laporan kerana dalam tempoh satu jam jika mereka terlewat, penjenayah sudah bergerak jauh kira-kira 60 kilometer ke luar kawasan bersama mangsa dan macam-macam boleh berlaku yang membahayakan anak itu. Selain itu, ibu bapa perlu biasakan merakam gambar anak atau ahli keluarga yang lain daripada pelbagai sudut sama ada depan, tepi, sisi atau atas untuk memudahkan mana-mana individu melihat mangsa mengecam kanak-kanak hilang,” katanya.

Selepas membuat laporan polis, barulah ibu bapa boleh meluaskan carian kepada kawasan seperti rumah tinggal, tapak kilang, kawasan perkuburan, surau lama mahupun tokong atau stesen hentian yang mungkin sudah tidak digunakan kerana pelaku mungkin membawa mangsa ke kawasan berkenaan.

“Mungkin tidak terlintas di fikiran mengenai kawasan perkuburan atau surau lama, sebaliknya penjahat mungkin berfikir tempat sedemikian lebih sesuai. Sama juga dengan kawasan perkuburan, jangan ingat kerana ia kawasan kubur serta kawasan sunyi lain seperti tapak pembinaan lama atau rumah terbengkalai mungkin menjadi pilihan penjahat bersembunyi,” katanya.

Pada masa sama, ibu bapa juga boleh bertindak sendiri, menghubungi rakan dan kenalan serta tidak terkecuali menghubungi Talian Nur di nombor 15999 bagi memaklumkan kehilangan anak mereka.

“Oleh itu, ibu bapa perlu memahami mekanisme tindakan mengenai kehilangan, apakah yang perlu dilakukan sekiranya menimpa mereka,” katanya.

Mengulas kejadian yang menimpa budak perempuan di Kampung Baru, Kamal Affendi berkata, kes berkenaan tidak mustahil berlaku kerana penjenayah berada di mana-mana.

Kes sebegini boleh dijadikan iktibar atau peringatan untuk diri dan keluarga juga. Apabila berada di rumah sama ada masa santai atau anda di dapur, pastikan keselamatan adalah nombor satu dalam segala segi. Lazimnya kebanyakan rumah di negara ini mempunyai beberapa lapisan keselamatan. Pintu jeriji, pintu tengah dan selak pintu adalah kunci keselamatan. Pastikan jeriji dikunci walaupun semua anggota keluarga ada di dalam rumah kerana ia menghalang rumah anda dari diceroboh secara mendadak.

Walau keluar sekejap pun ke halaman, pastikan pintu pagar ditutup dan beringat. Baik individu dewasa atau kanak-kanak, disiplin ini perlu diamalkan kerana ia meletakkan kita dalam keadaan selamat.

Bagaimana pula dengan aspek emosi kanak-kanak yang menjadi mangsa kejadian culik atau tebusan?

Pakar psikiatri yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nik Shaliza Hussin, berkata perasaan trauma, terperanjat dan takut terhadap orang di sekeliling pasti berlaku.

“Ia adalah perkara di luar jangkaan, malah tidak pernah terlintas di fikirannya. Mangsa pasti akan berasa sakit dalam satu tempoh masa tertentu dan apabila dia mengingati semula kejadian berkenaan, dia akan berasa takut terutama apabila melihat orang kerana bimbang kejadian seumpama itu berulang kembali,” katanya.

Tambahnya lagi, untuk pulih kembali ia bergantung kepada keadaan kerana trauma itu sendiri boleh terjadi dalam pelbagai bentuk. Apa yang penting ialah sokongan penuh daripada keluarga sendiri.

“Ibu bapa seharusnya bersedia menjadi seorang pendengar yang baik kerana anak mereka pasti akan meluahkan setiap rasa kebimbangan yang dialaminya itu. Selain daripada itu, mereka juga boleh membawa kanak-kanak itu untuk menghadiri sesi kaunseling. Jangan sesekali ibu bapa cuba untuk menghalang anak-anak untuk cuba meluahkan sesuatu kerana bimbang dia akan mengingati semula, terganggu dan takut, tetapi beri peluang dia untuk bercakap kerana ia mampu mengurangkan perasaan trauma itu,” katanya.

Bergilir-gilir awasi anak

SETIAP individu khususnya ibu bapa perlu lebih prihatin dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika membawa anak kecil di kawasan tumpuan orang ramai termasuk pusat beli-belah bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti hilang atau diculik.

Kakitangan Swasta, Nurhidayu Ramli, berkata isu kanak-kanak hilang atau diculik sering dipaparkan di dalam media massa dan elektronik menjadikan dirinya lebih peka apabila membawa anak keluar di tempat awam.

“Kalau mengunjung gedung beli-belah membeli barangan keperluan saya akan pastikan suami, Mohammad Faizal Abd Rauh, ada bersama bergilir-gilir menjaga anak kami, Muhammad Faiz Danial yang baru saja belajar berjalan. Diakui Faiz anak yang cerdas dan lincah. Dia suka meronta-ronta minta dilepaskan ketika didukung. Memang menjadi masalah supaya tidak alami sebarang masalah,” katanya ketika ditemui.

Tegas Nurhidayu, beliau tidak sekali-kali melepaskan Faiz berjalan tanpa pengawasan kerana tidak tahu apa akan berlaku jika terlepas dari pandangan.

“Budak kecil atau kanak-kanak, memang suka berjalan sendiri dan mahu dilepas bebas ketika berada di khalayak ramai. Saya akan pastikan suami memegang Faiz dan saya memilih barang keperluan. Kami akan bergilir memegang Faiz kerana tidak mahu dia bosan. Selain tidak mahu dia berjalan di celah orang ramai, tentu ada sesuatu yang akan ditarik atau mahu bersembunyi di sebalik rak pakaian di pusat beli-belah. Ini pasti susah untuk kami memantaunya. Lebih baik kami mendukung saja si kecil ini,” katanya.

Nurhidayu berkata, beliau turut memerhatikan kanak-kanak lain yang berperangai begitu dan selalu kelihatan seperti tiada arah dituju.

“Saya agak ngeri apabila memikirkan ada anak yang dibiarkan berjalan atau merayau sendirian dalam kawasan dipenuhi orang awam. Ke mana agaknya mereka nak tuju sekiranya terpisah daripada ibu bapa yang sibuk memilih pakaian. Kalau bertembung keadaan ini, saya akan ikut kanak-kanak berkenaan atau pimpin tangannya dan bertanya mengenai ibu bapa. Saya tidak sampai hati membiarkan mereka sendirian, seboleh-bolehnya saya akan memastikan mereka bertemu kembali dengan ibu bapa atau penjaga,” katanya.

INFO - Tip keselamatan:

* Jika didapati anak hilang, ambil tindakan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa.

* Simpan potret anak atau ahli keluarga di rumah dengan pelbagai sisi.

* Ambil tahu dengan siapa anak berkawan dan berhubung.

* Amalkan memantau kegiatan anak jika mereka kerap menghabiskan masa bersembang dalam talian.

* Pastikan pintu rumah berkunci untuk mengelakkan anak keluar tanpa pengetahuan.

* Sebarkan gambar anak atau mangsa di kawasan awam seperti stesen minyak atau hentian dan sertakan nombor telefon anda.

* Simpan talian kecemasan pihak berkuasa di rumah, termasuk nombor telefon rakan atau sahabat kepada anak anda.

* Sekiranya berlaku kehilangan, jangan panik. Rancang tindakan yang perlu dilakukan seperti memaklumkan kepada pihak berkuasa dan membuat hebahan pada awam.




Sumber : Shaidah Shafie dan Saadiah Ismail [bhnita@bharian.com.my] di BHarian 27/01/2012.

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Februari 24, 2012

Tiga amalan utama jadi bekalan manusia di akhirat


Assalamualaikum warahmatullah,

Kehidupan dunia bukanlah kehidupan hakiki dan ia diibaratkan perhentian seorang musafir buat seketika untuk sampai ke tempat tujuannya. Justeru, setiap saat kematian sentiasa menghampiri kita untuk menuju ke alam akhirat.

Sesungguhnya kematian tidak mengenal usia dan tidak mengenal kedudukan. Ia boleh berlaku bila-bila masa dan di mana juga. Oleh itu, kita perlu sentiasa bermuhasabah dan seterusnya mempersiapkan diri dengan bekalan sebelum menghadapi kematian untuk menuju kehidupan hakiki.

Persiapan awal penting bagi setiap Muslim kerana peluang kehidupan di dunia dikurniakan Allah bagi setiap insan hanyalah sekali saja dan tiada lagi peluang kedua. Allah banyak merakamkan kisah penyesalan orang kafir musyrik di alam barzakh dan alam akhirat dalam al-Quran. Namun, penyesalan mereka itu tiada gunanya kerana mereka sudah diberikan peringatan demi peringatan oleh nabi dan rasul, namun mereka mengingkarinya.

Firman Allah bermaksud: "Dan perihal hari orang yang zalim menggigit kedua tangannya sambil berkata: Alangkah baiknya kalau aku mengambil jalan bersama-sama Rasul? Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si anu itu menjadi sahabat karib. Sesungguhnya dia sudah menyesatkan aku dari jalan peringatan setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya). Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai." (Surah al-Furqan, ayat 27-30)

Perlu diinsafi bahawa antara ciri-ciri Muslim bijaksana ialah Muslim yang sentiasa melakukan muhasabah diri dan membuat persiapan bagi menghadapi kematian. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal salih sebelum menghadapi kematian. Orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah (mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha)." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Tiga amalan utama yang perlu dilakukan oleh setiap Muslim semasa hidupnya di dunia, sebagai bekalan menuju ke alam akhirat.

Amalan pertama ialah sedekah jariah atau membelanjakan harta pada jalan Allah. Perlu difahami bahawa menafkahkan harta pada jalan Allah bukan terhad kepada membelanjakan harta di jalan jihad fisabilillah, malah ia turut mencakupi amalan berzakat, bersedekah, menderma, mewakaf, perbelanjaan kepada ahli keluarga dan kaum kerabat, serta sumbangan kebajikan untuk maslahah umum.

Amalan kedua ialah menimba ilmu sama ada ilmu duniawi mahupun uhkrawi kerana Islam adalah agama yang mengimbangi antara keperluan dunia dan akhirat. Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu sebanyak mungkin dan Allah mengangkat darjat orang berilmu berbanding dengan orang tidak berilmu.

Hanya dengan ilmu sahajalah seseorang Muslim dapat memantapkan iman dan mempertingkatkan amal salih serta mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah. Baginda Rasulullah SAW pernah menyatakan kelebihan ilmu melalui hadis diriwayatkan at-Tirmizi yang bermaksud: "Sesiapa yang berusaha menuntut ilmu, maka Allah permudahkan baginya jalan menuju syurga. Malaikat melebarkan sayapnya sebagai tanda keredaan ke atas penuntut ilmu dan seluruh isi alam langit dan bumi serta ikan di lautan mengucapkan istighfar (memohon keampunan daripada Allah) terhadap orang yang menuntut ilmu. Sesungguhnya kelebihan orang berilmu itu mengatasi orang yang abid (ahli ibadat) adalah seumpama sinaran bulan purnama ke atas gugusan bintang di langit."

Amalan ketiga yang pahalanya berterusan sehingga ke alam akhirat ialah doa kebaikan seorang anak yang salih selepas ibu atau bapanya meninggal dunia. Alangkah beruntungnya ibu bapa, yang mampu mendidik anaknya sehingga menjadi anak yang salih dan taat kepada Allah.

Pada masa sama, anak juga diasuh supaya menjadi generasi harapan yang akan menyumbang bakti berguna kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Inilah antara ciri anak salih yang memiliki kekuatan rohani dan kehebatan jasmani yang doanya amat bernilai kepada kedua orang tua.

Demikianlah beberapa amalan salih yang perlu diamalkan sebagai persiapan menuju kehidupan hakiki. Sedarilah bahawa kehidupan dunia ini hanyalah sementara dan kehidupan hakiki adalah di akhirat.

Justeru, sebelum terlambat bersegeralah kita melakukan sebanyak-banyak kebaikan dan pada masa sama menjauhkan daripada segala kemungkaran serta bersungguh-sungguh mendidik anak supaya menjadi insan benar-benar beriman dan bertakwa.




Sumber : Khutbah Jakim di BHarian 2009/06/12.

Butiran selanjutnya ...

Khamis, Februari 23, 2012

5 keinginan suami di ranjang


Bagi wanita yang baru mendirikan rumahtangga sudah pasti banyak perkara tentang permainan di ranjang yang belum diketahui oleh mereka. Ini termasuklah tentang keinginan suami ketika bersama. Tak mungkin ada wanita yang baru bergelar isteri berani bertanya tentang soal ini kepada suami.

Kalau berani bertanya sekalipun, suami sendiri mungkin malu-malu untuk memberikan jawapannya. Jadi buat para isteri yang masih baru melayari bahtera rumahtangga dan mencari-cari jawapan kepada persoalan seks ini, http://laman-seri.blogspot.com senaraikan beberapa tips yang dapat membantu.

1. Dambakan urutan, belaian dan sentuhan lembut

Semua perkara ini cukup disenangi oleh suami. Sentuhan jari yang lembut pada tubuh suami mampu menyebabkan tindak balas yang hebat oleh suami. Sentuh lembut bahagian tubuh seperti dada, paha, telinga dan tengkuknya sewaktu anda bersamanya dan lihatlah reaksinya. Sentuhan paling cepat mendapat tindak balas sudah tentulah di bahagian bibir suami. Tautan dua bibir pastinya akan merangsang nafsunya, begitu juga dengan pelukan hangat daripada seorang isteri.

2. Ada respons

Meskipun anda baru saja berumah tangga namun janganlah bersifat terlalu kaku ataupun pasif tatkala di ranjang bersama suami. Suami sebenarnya amat suka melihat reaksi isterinya ketika hubungan intim. Berikan tindak balas terhadap sentuhan suami contohnya saat suami memeluk tubuh anda janganlah anda keras dan kaku, balas pelukannya dengan sentuhan atau urutan lembut pada tubuhnya. Selain itu tiada salahnya anda mengeluarkan suara-suara desahan yang lembut. Sentuhan dan suara anda sebenarnya amat merangsang mood suami. Perlu diketahui oleh setiap isteri bahawa suami sebenarnya amat mengharapkan reaksi isteri bagi membolehkan mereka meneruskan aksi. Tapi pastikan reaksi yang dibuat adalah dengan rela hati dan bukan semata-mata untuk menjaga hatinya.

3. Gaya baru

Isteri harus menyedari bahawa lelaki adalah manusia yang cepat berasa bosan. Oleh itu rangkalah strategi untuk menjadikan hubungan terutama yang berkaitan dengan seks sentiasa membuatkan dirinya teruja. Salah satu darinya adalah dengan mempelajari gaya baru dalam hubungan seks. Jangan terasa malu untuk memulakannya kerana suami sebenarnya cukup sukakan kelainan dalam hubungan intim. Gaya baru dalam hubungan seks pastinya akan membuatkan suami tidak sabar menunggu untuk bersama dengan isteri. Selain itu ajak suami untuk meneroka sesuatu yang baru ketika bersama dengannya.

4. Isteri yang seksi

Lelaki memang suka melihat wanita seksi, tanya lah mana-mana lelaki. Jadi ambillah peluang ini. Sebelum memulakan langkah ke ranjang kenakan pakaian yang seksi dan menggoda. Pakailah seseksi mana pun yang anda mahu kerana penontonnya adalah suami anda sendiri. Melengkapkan lagi keinginan suami, pamerkan aksi manja dan yang menggoda di hadapannya. Namun pastikan aksi tersebut tidak nampak seperti dibuat-buat, lakukan dengan bersahaja. Tidak sampai lima minit suami mungkin sudah merentap tangan anda masuk ke bilik.

5. Kepuasan isteri

Ramai wanita yang menyangka lelaki hanya mementingkan diri sendiri dalam hubungan seks. Bagi mereka suami akan puas setelah mereka mengalami ejakulasi tanpa mengira kepuasan isteri. Namun sebenarnya walaupun suami sudah mencapai ejakulasi namun ia belum tentu memuaskan hatinya. Seorang suami seboleh-bolehnya mahu isterinya merasai kepuasan yang sama. Itulah kepuasan seks yang sebenar bagi lelaki sejati. Oleh itu sebaiknya seorang isteri tidak berpura-pura mencapai kepuasan seks ketika bersama suami. Lakonan ini bermakna anda telah membohongi suami anda sendiri.

Berbincanglah dengan suami sekiranya anda tidak mencapai nikmat dalam hubungan seks kerana membiarkan ia berlarutan mungkin membahayakan keadaan rumah tangga anda dalam jangka masa panjang.




Tips dipetik dari sumber : MW

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Februari 22, 2012

Filem, drama tahyul beri kesan negatif

JUANDA pada sidang media di pejabatnya di Kangar.


Jejas pembinaan masyarakat bertamadun: Mufti Perlis

KANGAR: Lambakan filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram yang ditayangkan terutama melalui televisyen memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

Berikutan itu, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memantau serta mengawal penayangan filem dan drama seumpama itu yang antaranya menggambarkan tahap penghinaan yang serius terhadap Islam.

Katanya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pula akan mewujudkan satu garis panduan khusus berhubung tayangan filem berkenaan untuk dimajukan kepada KDN dan KPKK kerana ia dikhuatiri menggugat akidah masyarakat terutama umat Islam di negara ini.

“Garis panduan yang akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat itu akan mengambil kira beberapa aspek tertentu, termasuk ketetapan dibuat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berhubung isu penayangan filem di negeri ini, sebelum ini. Selain sebagai panduan bagi pemantauan pihak berkuasa, kita harap ia turut dijadikan pedoman golongan penerbit dalam menghasilkan filem berunsur seram pada masa depan. Kita bukannya antiseni atau filem, cuma mahu filem atau seni dihasilkan itu membina tamadun yang mampu berfikir secara waras, bukannya menerapkan pemikiran tahyul bertentangan akidah serta kepercayaan Islam,” katanya kepada pemberita.

Difahamkan, kebimbangan terhadap lambakan filem seram dan cerita hantu terbabit sebahagian daripada ketetapan dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-5 yang bersidang di Hotel Sri Malaysia, di sini, kelmarin.

Selain itu, turut dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah ketetapan berhubung hukum eksploitasi iklan terhadap wanita, hukum ajaran atau fahaman syiah, hukum ruju' dengan jimak serta hukum lafaz talak dua atau tiga dengan satu lafaz.

Juanda berkata, jika lambakan filem hantu dan seram tidak dikawal, tidak mustahil masyarakat Islam negara ini kelak lebih takutkan hantu berbanding Allah.

Mengulas ketetapan berhubung isu eksploitasi wanita melalui iklan pula, beliau mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) meletakkan satu garis panduan khusus terhadap perkara itu supaya tidak berlaku.

“Islam meletakkan wanita pada tempat tinggi dan tidak sewajarnya mereka dijadikan bahan eksploitasi demi keuntungan pihak tertentu, terutama melalui fenomena pengiklanan kini yang mempamerkan aurat yang terbukti menyalahi syariat Islam,” katanya.




Petikan : BHarian 22/02/2012

Capaian entry berkaitan :
* Filem, drama seram dikhuatiri pesong akidah
* Part 1 : Genre filem seram lubuk emas penerbit
* Part 2 : Akidah terpesong jika percayakan al-Quran sekadar penghalau hantu
* Part 3 : Penonjolan watak 'hantu' dalam filem Melayu dianggap keterlaluan
* Filem hantu racun minda
* Kaji filem seram rosakkan akidah

Butiran selanjutnya ...

Rambutan

rambutan


Rambutan kaya gula tetapi rendah kalori

Rambutan atau nama botaninya nephelium lappaceum adalah sejenis buah-buahan tropika sederhana dan tergolong keluarga sapindaceae. Ia dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Ia juga turut ditanam di banyak tempat di kawasan tropika termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Kemboja, India, Sri Lanka, Ecuador, Afrika, kepulauan Caribbean, Amerika Tengah dan Australia.

Rambutan dikatakan berkait rapat dengan beberapa buah-buahan yang boleh dimakan tropika lain termasuk laici, longan dan mamoncillo. Ia dipercayai berasal dari Kepulauan Melayu, dan dari sini ia merebak ke arah barat ke Thailand, Burma, Sri Lanka dan India, ke arah timur ke Vietnam dan Filipina. Rambutan namanya berasal dari perkataan Indonesia yang bermaksud ‘berbulu’.

Rambutan biasanya sedap dimakan mentah. Namun begitu, buahnya juga boleh diproses dan ditinkan, atau dijadikan salad. Bukan sahaja isinya, bijinya juga boleh digunakan. Ði Filipina, biji buah rambutan biasanya dipanggang dan dihidangkan sebagai hidangan sampingan.

Penanaman rambutan

Pokon rambutan hijau abadi, amat menyukai suhu tropika hangat (suhu rata-rata 25-30 darjah Celsius) dan sangat sensitif pada suhu rendah (10 darjah Celsius). Pokok rambutan mampu tumbuh hingga mencapai 8 meter tinggi. Pertumbuhan pokok rambutan dipengaruhi oleh kelembapan tanah. Setelah masa berbuah selesai, pohon rambutan akan merona (flushing) menghasilkan cabang dan daun baru. Proses ini sangat jelas dengan warna pokok yang hijau muda kerana dilitupi dengan daun muda. Pertumbuhan ini akan berhenti ketika tanah kering kerana bekalan air yang terbatas dan beristirahat dari tumbuh.

Pembungaan dan bunga

Pokok rambutan biasanya akan menghasilkan bunga setelah tujuh tahun jika ditanam dari biji benih, namun pada usia 2 tahun sudah dapat berbunga jika diperbanyak secara vegetatif. Pokok rambutan mampu menghasilkan 5000 hingga 6000 atau 60 - 70 kg buah pada satu-satu musim. Pokok rambutan bersifat dwijantina, kebanyakan jenis pokok kommersial adalah jenis hermaphroditic iaitu jenis yang menghasilkan bunga betina dengan peratusan kecil bunga jantan). Ada juga jenis pokok mengeluarkan bunga jantan sahaja dengan peratusan bunga betina lebih kecil, jadi pokok jenis ini hanya menghasilkan buah yang sedikit atau tidak berbuah langung. Maka jika anda tertanam pokok jenis ini, eloklah ditebang dan digantikan dengan pokok betina.

bunga rambutan jantan


bunga rambutan betina


putik rambutan


Pembungaan rambutan dipengaruhi oleh musim atau ketersediaan air. Masa kering tiga bulan menghentikan pertumbuhan vegetatif dan merangsang pembentukan bunga. Di Malaysia, bunga rambutan dari Mac hingga Julai dan sekali lagi antara Jun dan November, biasanya sebagai tindak balas kepada hujan berikutan tempoh yang kering. Tempoh berbunga berbeza bagi kawasan-kawasan lain. Kebanyakan, tetapi bukan semua, bunga terbuka pada pagi hari. Sebanyak 100 bunga betina akan mekar setiap hari pada waktu puncak.

Di daerah Sumatera bagian utara, yang tidak mengenal musim kemarau rambutan dapat menghasilkan buah dua kali dalam setahun. Di tempat lain, bunga muncul biasanya setelah masa kering 3 bulan (di Jawa dan Kalimantan biasanya pada bulan Oktober dan November).

Bunga majemuk, tersusun dalam karangan, dengan ukuran satuan bunga berdiameter 5 mm atau bahkan lebih kecil. Bunga jantan tidak menghasilkan putik. Tumbuhan banci yang baru berbunga biasanya menghasilkan bunga jantan, baru kemudian diikuti dengan bunga dengan alat betina (putik). Bunga banci (hermafrodit) memiliki benang sari yang fungsional dan memiliki dua bakal buah, meskipun jika terjadi pembuahan hanya satu yang biasanya berkembang hingga matang, sementara yang lainnya tereduksi. Penyerbukan dilakukan oleh berbagai jenis lebah, namun yang paling sering hadir adalah Trigona, lebah kecil tanpa sengat berukuran sebesar lalat. Di berbagai apiari, bunga rambutan juga menjadi sumber utama nektar bagi lebah peliharaan. Buah matang 15-18 minggu selepas berbunga.

Buah

Buah rambutan terbungkus oleh kulit yang memiliki ‘rambut’ di bahagian luarnya (eksokarp). Warnanya hijau ketika masih muda, lalu beransur kuning hingga merah ketika masak ranum. Endokarp berwarna putih, menutupi ‘daging’. Bahagian buah yang dimakan ialah ‘daging’ atau isi buah yang menyaluti biji buah yang biasanya melekat kuat pada isi buah.

rambutan berwarna merah


rambutan berwarna kuning atau rambutan gading


rambutan dibedah dan dipamerkan

saiz biasa sebiji rambutan

Buah rambutan mengandungi karbohidrat, protein, lemak, fosforus, besi, kalsium, vitamin C, vitamin A atau beta karotena, kalium, magnesium, sodium, zink, niasin dan serat. Buahnya juga kaya dengan gula terutamanya sukrosa dan fruktosa, tetapi rendah kalorinya, iaitu 60 kalori sebiji buah.

INFO NUTRISI :

Rambutan, canned, syrup pack

Nutritional value per 100 g (3.5 oz)

Energy

343 kJ (82 kcal)

Carbohydrates

20.87 g

Dietary fiber

0.9 g

Fat

0.21 g

Protein

0.65 g

Water

78.04 g

Vitamin A

3 IU

beta-carotene

2 μg (0%)

Thiamine (Vit. B1)

0.013 mg (1%)

Riboflavin (Vit. B2)

0.022 mg (2%)

Niacin (Vit. B3)

1.352 mg (9%)

Pantothenic acid (B5)

0.018 mg (0%)

Vitamin B6

0.020 mg (2%)

Folate (Vit. B9)

8 μg (2%)

Vitamin B12

0.00 μg (0%)

Vitamin C

4.9 mg (6%)

Calcium

22 mg (2%)

Iron

0.35 mg (3%)

Manganese

0.343 mg (16%)

Magnesium

7 mg (2%)

Phosphorus

9 mg (1%)

Potassium

42 mg (1%)

Sodium

10.9 mg (1%)

Percentages are relative to US recommendationsfor adults.
Source:
USDA Nutrient database

http://laman-seri.blogspot.com


Pohon dengan buah masak sangat menarik perhatian karena biasanya rambutan sangat banyak menghasilkan buah. Jika pertumbuhan musiman, buah masak pada bulan March hingga Mei, dikenal sebagai "musim rambutan". Masanya biasanya bersamaan dengan buah musim lain, seperti durian dan mangga.

Khasiat yang tersendiri

Kulit buah rambutan mengandungi tannin dan buahnya mengandungi saponin. Bijinya mengandungii lemak dan polifenol. Daunnya mengandungi tannin dan saponin. Kulit batangnya mengandungi tannin, saponin, flavonida, pektik dan besi.

Walaupun warna baiasa buah rambutan berwarna merah, tetapi terdapat juga buah berwarna kuning. Kulit buah rambutan yang berbulu perlu dikopek untuk mendapatkan buahnya yang berwarna keputihan. Rasa buah ini amat manis, walaupun terdapat juga jenis yang masam.

Rambutan adalah salah satu tanaman serbaguna. Semua bahagian dari tanaman ini, kulit, daun, biji, sehingga akar, dikatakan mampu digunakan sebagai ubat. Bijinya yang berwarna coklat dikatakan kaya dengan lemak dan minyak (biasanya asid oleik dan asid eicosanoik) yang bernilai kepada industri, dan ia digunakan dalam masakan dan penghasilan sabun. Akar rambutan, kulit dan daunnya pula mempunyai pelbagai kegunaan dalam penghasilan pewarna dan ubat.

Ðikatakan biji rambutan mampu digunakan sebagai ramuan bagi mengurangkan lemak badan dan melembutkan kulit muka. caranya adalah dengan menghancurkan biji ini dan kemudiannya dicampurkan dengan makanan lain sebelum dimakan.

Ðaun pokok rambutan dikatakan mampu digunakan untuk tujuan penjagaan rambut dan mengatasi masalah rambut beruban. Caranya adalah dengan ,emga,bil beberapa helai daun dan tumbuk ia sehingga hancur. Tambah sedikit air dan kacau sehingga rata. Tapis ramuan ini dan kemudian ambil airnya dan sapu pada kulit kepala. Lakukan setiap hari bagi mendapatkan keputusannya.

Fungsi terapeutik

Kulit buah rambutan pula boleh digunakan untuk tujuan merawat disentri. Caranya adalah dengan memotong kulit menjadi kecil-kecil. Kemudian tambahkan tiga gelas air dan rebus ia sehingga menjadi separuh kering. Selepas air ini sejuk, tapi dan minum sebanyak tiga suku gelas air ini dua kali sehari.

Biji rambutan yang telah dikeringkan kemudiannya ditumbuk hancur, dicampurkan pulan dengan air dikatakan boleh digunakan sebagai ubat bagi merawat diabetes. Penghidap diabetes boleh meminum air ramuan ini sebanyak 1 hingga 2 kali sehari.

Kulit rambutan yang telah dikeringkan pula dikatakan berguna sebagai ubat menyembuhkan demam. Caranya adalah dengan merebus kulit ini di dalam air mendidih selama 15 minit. Selepas airnya sejuk, tapis dan kemudian minum sebanyak tiga kali sehari.

Selain memiliki kebaikan dari segi perubatan, rambutan juga turut memiliki fungsi terapeutik. Pengambilan buah rambutan dikatakan mampu membantu membunuh parasit dalam usus dan juga mampu melegakan gejala-gejala diarrea.

Bahagian tanaman rambutan yang bermanfaat ialah kulit buah, kulit kayu, daun, biji, dan akarnya. Detail manfaatnya adalah sebagai berikut:
Kulit buah: untuk mengatasi disentri, demam
Kulit kayu: untuk mengatasi sariawan
Daun: untuk mengatasi diare dan menghitamkan rambut
Akar: untuk mengatasi demam
Biji: untuk mengatasi kencing manis (diabetes melitus)

Senarai penggunaan :

* Disentri. Cuci kulit buah rambutan (10 buah), potong-potong seperlunya. Tambahkan tiga gelas minum air bersih, lalu rebus sampai airnya tersisa separuhnya. Setelah dingin, saring dan minum sehari dua kali, masing-masing tiga perempat gelas.

* Demam. Cuci kulit buah rambutan yang telah dikeringkan (15 g). Tambahkan tiga gelas air bersih, lalu rebus sampai mendidih selama 15 menit. Setelah dingin, saring dan minum tiga kali sehari, masing-masing sepertiga bahagian.

* Menghitamkan rambut beruban. Cuci daun rambutan secukupnya, lalu tumbuk sampai halus. Tambahkan sedikit air sambil diaduk merata sampai menjadi adunan seperti bubur. Peras dan saring dengan sepotong kain. Gunakan air yang terkumpul untuk membasahi rambut kepala. Lakukan setiap hari sampai terlihat hasilnya.

* Kencing manis. Ambil biji rambutan (lima biji), lalu giling sampai menjadi serbuk. Seduh dengan satu cangkir air panas. Setelah dingin, minum airnya sekaligus. Lakukan 1--2 kali sehari.

* Sariawan. Cuci kulit kayu rambutan (tiga ruas jari), lalu rebus dengan dua gelas air bersih sampai tersisa satu gelas. Gunakan untuk berkumur selagi hangat.

Walaupun banyak kebaikan yang diberikan oleh setiap bahagian pokok rambutan kepada kesihatan manusia, namun begitu, penggunaannya erplulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




Sumber : MW#1451, id.wikipedia ~ Rambutan dan En.Wikipedia ~ rambutan

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails