“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Februari 16, 2012

Mengenali titik keghairahan

Oleh Noor Hasliza Nusi

Kesukaran mengetahui kawasan titik keghairahan dan berasa sakit sewaktu pasangan menyentuh vagina adalah masalah yang kerap dihadapi wanita.

DR. BEVERLY WHIPPLE sewaktu membentangkan laporan mengenai kerunsingan wanita terhadap Hubungan Seksual di Kuala Lumpur.

Ramai wanita memberi pendapat berbeza mengenai kemuncak kenikmatan seksual yang dirasai mereka ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan.

Majoriti wanita melaporkan bahawa kehangatan seksual bermula daripada kawasan vagina, iaitu bahagian bawah trek pembiakan perempuan. Malah ada juga memberitahu, proses tersebut melibatkan pembuangan cecair daripada tiub uretra, yang berfungsi sebagai duktus ejakulasi. Cecair itu kelihatan seperti susu cair.

Menurut kajian yang dilakukan Ketua Setiausaha, Persatuan Kesihatan Seksual Sedunia, Dr. Beverly Whipple, titik Grafenberg atau lebih dikenali sebagai G-spot (titik keghairahan), adalah kawasan kemuncak kenikmatan seksual dan merupakan kawasan paling sensitif di dinding vagina. Kajian seksual yang dilakukan bersama Pakar Seksualiti, Dr. John Perry itu telah menamakan titik Grafenberg selepas Dr. Ernst Grafenber menulis artikel berkaitan seksual pada tahun 1950.

CAPAILAH kenikmatan seksual bersama pasangan.

Katanya, G spot tidak terletak pada dinding vagina, tetapi ia boleh dirasai di seluruh kawasan tersebut. Selalunya, keghairahan itu boleh dirasai di antara bahagian bawah tulang pubik dan serviks. Rasanya juga seperti ketulan kecil yang membonjol atau berlegar di kawasan rangsangan.

"Apabila kali pertama pasangan menyentuh kawasan tersebut, ramai wanita memberi maklum balas bahawa apabila mereka sedang dirangsang, mereka merasakan seakan-akan seperti hendak membuang air kecil, walaupun ketika itu pundi kencing tidak mengumpul air kencing. Bagaimanapun, anda seharusnya memberikan masa dua hingga 10 minit untuk mengurut atau bermain di kawasan tersebut, agar dapat menguatkan lagi tahap kepuasan seksual."

"Perkara yang menimbulkan masalah bagi wanita itu sendiri ialah mereka sukar mengetahui kawasan rangsangan titik keghairahan dan berasa sakit sewaktu pasangan menyentuh di kawasan vagina, kecuali menggunakan alat perangsang seks seperti dildo atau vibrator," katanya pada pembentangan kajian yang dijalankan pada tahun 2008, bertajuk Kerunsingan Wanita Terhadap Hubungan Seksual, bertempat di Tenji Japanese Restaurant, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Lebih menyukarkan wanita, jelasnya lagi ialah untuk merasai titik G spot dengan sendirinya, di mana anda memerlukan saiz jari yang panjang atau vagina yang pendek untuk mencapai kawasan tersebut ketika anda berbaring di atas katil.

Sementara itu, Whipple berkata, lebih ramai wanita melaporkan bahawa mereka lebih senang merasai puncak keghairahan G spot dengan sendirinya sewaktu berada di dalam tandas.

"Selepas membuang air kecil, mereka akan meneroka seluruh kawasan hadapan (atas dan bawah), dinding vagina sehingga ke kawasan bawah pusat," tambahnya.

Malah, katanya, ada dalam kalangan mereka juga berkata, mereka lebih selesa dengan cara meneroka kawasan bawah perut, dekat organ seks dengan tangan, sehingga di kawasan bawah tulang pubik atau di bahagian atas garisan bulu pubik.

"Anda memerlukan tekanan yang kuat apabila pasangan menyentuh klitoris dan anda juga akan merasai nikmat kepuasan apabila pasangan melakukan rangsangan terhadap klitoris," beritahu Whipple.

Selepas meneroka titik G spot itu, anda sudah pastinya mahu berkongsi pengalaman itu bersama pasangan. Titik keghairahan akan lebih terangsang sekiranya pasangan menggunakan jari atau kemaluannya.

TITIK keghairahan akan lebih terangsang sekiranya pasangan menggunakan jari.

Manakala posisi paling mudah untuk merasai kenikmatan bersama ialah apabila wanita berada di atas pasangannya.

"Mereka secara automatik akan merasai kehangatannya dan menjadi lebih selesa dan gembira setelah sama-sama mencapai puncak kenikmatan seks. Namun, paling penting anda seharusnya menjelaskan ketidakselesaan yang dirasai sewaktu pasangan sedang meneroka titik keghairahan anda," tambahnya.

Sumber : Kosmo!

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails