Penagih cenderung kepada cubaan bunuh diri
Mereka memiliki segala-galanya. Kemewahan, kekayaan dan kemasyhuran, pendek kata apa saja yang terlintas di hati, mereka boleh mendapatkannya dengan hanya ‘memetik jari’ sahaja.
Bagaimanapun, di sebalik kemasyhuran itu, jiwa mereka kosong. Inilah yang berlaku kepada kebanyakan artis Barat. Kekosongan jiwa itu menyebabkan kehidupan mereka terkontang-kanting dan tiada arah haluan. Lalu, mereka memilih keseronokan dunia untuk mengubati kedukaan, kemurungan dan mengisi kekosongan jiwa itu.
Ðadah dan alkohol menjadi pilihan kepada sebahagian besar artis ternama Barat. Tapi, ternyata ia bukanlah pengubat jiwa yang dicari-cari. Ketagihan dadah dan alkohol sehingga ke peringkat kronik sudah biasa kedengaran. Mereka, sama ada secara suka rela atau atas perintah mahkamah, memasuki pusat pemulihan untuk mengubati ketagihan dadah dan alkohol.
Ðalam kajian ditaja oleh National Institue, penyalahgunaan alkohol dan dadah pada 1992 oleh Ðeborah Ðawson mendapati, penagih lebih cenderung berfikir untuk membunuh diri. Hubungan antara ganja dan cubaan membunuh diri dalam satu kajian dilakukan di New Zealand mendapati satu daripada enam orang yang membuah cubaan serius membunuh diri bergantung serius kepada ganja.
Kes terbaru membabitkan kematian Whitney Houston secara mengejut pada Ahad, 12 Februari lalu. Walaupun kematiannya masih lagi dalam siasatan, tetapi andaian kuat mengatakan puncanya tiada lain, selain dadah.
Kematian artis Hollywood akibat pengambilan dadah secara berlebihan bermula sejak tahun 1800. Ia masih berlanjutan hingga kini. Ramai artis terkenal dan berbakat Hollywood tewas kerananya.
Jimi Hendrix, pemain gitar terkemuka meninggal dunia pada 1970. kematiannya dikatakan ada kaitan dengan dadah. Anggota kumpulan The Ðoors, Jim Morrison mengikut jejak langkah Hendrix apabila meninggal dunia kerana pengambilan dadah jenis LSÐ secara berlebihan setahun berikutnya.
Elvis Presley yang cukup dikenali ketika era rock & roll turut dilaporkan mati kerana dadah. Ðia yang turut bergelar pelakon, meninggal dunia pada 1977. Kematian mendiang Elvis cukup diratapi peminatnya.
Kehilangan penyanyi kumpulan Nirvana, Kurt Cobain pada 1994, menyebabkan industri muzik menjadi suram. Cobain membunuh diri setelah keluar dari pusat pemulihan, meninggalkan isteri, Courtney Love dan seorang anak perempuan.
Pada 2007 model majalah Playboy, Anna Nicole Smith mengambil keputusan dangkal apabila memilih dadah sebagai penenang jiwa. Akibatnya dia ditemui mati di sebuah bilik hotel. Smith meninggalkan seorang bayi perempuan berusia enam bulan ketika itu, manakala anak lelakinya meninggal dunia setahun sebelum itu.
Setahun kemudian, Hollywood digembarkan dengan kematian pelakon kelahiran Australia, Heath Ledger. Meninggal dunia pada 28 tahun, mayatnya ditemui bersama-sama ubat yang bertaburan di lantai. Pelakon yang membawa watak Joker dalam The Ðark Knight itu tidak sempat menonton lakonan hebatnya.
Michael Jackson menyusul setahun kemudian. Jackson ditemui mati di kediamannya oleh doktor peribadinya. Usaha memberi bantuan pernafasan kepadanya tidak berjaya. Pemergian Jackson diratapi di seluruh dunia, sehingga pada hari kematiannya berlaku gangguan kepada beberapa laman internet berikutan terlalu ramai yang sibuk mencari berita kematian Jackson.
Kini Houston pula mengikut jejak langkah mereka. Ada yang melihat ketaksuban golongan seni menggunakan dadah sebagai cara untuk lari daripada kenyataan. Malah ada pula yang berpendapat, penggunaan dadah bukan saja akan menjadikan mereka lebih pintar, dan membantu mereka menghasilkan karya mahupun persembahan yang kreatif.
Aktiviti kurang sihat artis Hollywood ini menimbulkan kerisauan sesetengah ibu bapa kerana bimbang sikap tidak bermoral itu menjadi ikutan anak-anak. Tetapi ada juga yang melihat, kematian seorang demi seorang artis akibat dadah dapat memberi pengajaran kepada peminat dan secara tidak langsung mengingatkan mereka – najis dadah boleh membawa maut!
Sumber : BHarian 16/02/2012
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...