“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Februari 11, 2012

'Guest Book' dari Slide.com akan ditamatkan



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru sahaja malam ini saya terperasan, 'Guest Book' yang diletakkan di bawah entry belog, sudah ada 220 pengunjung yang sudi tandatanganinya.

Seperti ada yang membuatkan saya tertarik untuk 'hit' butang 'Important Update - Click Here!'.... tiba-tiba saya diberitahu Slide.com akan 'shutdown' pada 6hb March 2012. Katanya lagi, sila klik sini untuk mengeksport kandungan 'Guest Book' sebelum tarikh yang diberitahu, jika gagal berbuat demikian, segala kandungan dalam 'Guest Book' akan hilang.

Jika ada rakan-rakan blogger yang menggunakan perkhidmatan 'Guest Book' dari Slide.com, sila-silalah buat back up untuk menyimpan data yang ditinggalkan para pengunjung belog.

Dua-tiga hari yang lepas, saya baru saja install CBox kerana ShoutMix telah memberhentikan perkhidmatan percumanya. Kini lagi satu gadget percuma akan memberhentikan juga perkhidmatannya. Nampaknya tidak ada servis yang percuma untuk selama-lamanya. Jika terpaksa membuat bayaran untuk mengekalkan 'Guest Book' ini, maka terpaksalah saya keluarkan ia dari Laman-Seri.

Kepada para pengunjung yang sudi singgah menandatangani 'Guest Book', juga pengunjung yang tidak berkesempatan berbuat demikian, jutaan terima kasih diucapkan. Semoga anda semua tidak jemu-jemu membuat kunjungan ke Laman-Seri yang tidak seberapa ini. Sokongan anda semua sangat-sangat saya hargai.

Salam ukhuwah dan jumpa lagi.


1 ulasan:

  1. info terbaru tentang seo berhadiah jutaan rupiah :
    1. Menghilangkan Bau Mulut di alamat http://jaitun.wordpress.com/2013/01/16/menghilangkan-bau-mulut-gofress-aja/
    2. Bocah Blogs – Berbagi Tutorial Blogger Dan Info Menarik di alamat http://jaitun.wordpress.com/2013/01/29/bocah-blogs-berbagi-tutorial-blogger-dan-info-menarik/
    3. Tempat Cari Tugas Makalah Sekolah di alamat http://jaitun.wordpress.com/2013/02/11/tempat-cari-tugas-makalah-sekolah/
    ayo ikuti lombanya

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails