“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Februari 15, 2012

Khasiat Flaks



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini kita kenali satu lagi flora istimewa yang dikenali sebagai flaks atau nama botaninya Linum usitatissimum. Flaks merupakan sejenis tumbuhan herba atau pokok renek daripada genus linum yang ditanam untuk mendapatkan biji dan gentiannya yang dijadikan benang yang ditenun menjadi kain linen.

flaks - linum usitatissimum


bunga flaks


kapsul flaks


Biji flaks mempunyai sejarah yang lama dalam penggunaannya di bidang masakan. Ðikatakan berasal dari Mesopotamia, penggunaan biji flaks dalam bidang masakan bermula dari zaman Greek kuno. Ðalam tamadun moden dan kuno Rom, kebaikan biji flaks untuk kesihatan amat dihargai. Namun begitu, selepas kejatuhan empayar Rome, penanaman dan kepopularan biji flaks semakin menurun.

Ironinya, Maharaja Charlemagne yang popular membentuk sejarah Eropah, yang sekaligus membantu membentuk sejarah biji flaks telah mengembalikan semula kedudukan mulia biji flaks dalam budaya Eropah. Charlemagne amat terpesona dengan biji flaks yang amat berguna untuk tujuan kulinari, perubatan dan kegunaan flaks untuk dijadikan kain linen. Pada kurun ke 17, flaks buat pertama kalinya telah diperkenal dan ditanam di Kanada yang juga merupakan pengeluar utama biji yang berguna ini.

Khasiat pemakanan flaks per 100 g (3.5 oz)
Energy 2,234 kJ (534 kcal)
Carbohydrates 28.88 g
Sugars 1.55 g
Dietary fiber 27.3 g
Fat 42.16 g
Protein 18.29 g
Thiamine (Vit. B1) 1.644 mg (126%)
Riboflavin (Vit. B2) 0.161 mg (11%)
Niacin (Vit. B3) 3.08 mg (21%)
Pantothenic acid (B5) 0.985 mg (20%)
Vitamin B6 0.473 mg (36%)
Folate (Vit. B9) 0 μg (0%)
Vitamin C 0.6 mg (1%)
Calcium 255 mg (26%)
Iron 5.73 mg (46%)
Magnesium 392 mg (106%)
Phosphorus 642 mg (92%)
Potassium 813 mg (17%)
Zinc 4.34 mg (43%)
Percentages are relative to US recommendations for adults.
Source: USDA Nutrient database

Kaya dengan sumber asid lemak Omega-3

Biji flaks merupakan sumber terbaik asid lemak omega-3 yang penting. Malah, minyak biji flaks yang diperolehi daripada biji tanaman flaks mengandungi kira-kira 50 hingga 60% asid lemak omega-3. jumlah ini adalah dua kali ganda yang terdapat dalam minyak ikan.


flaks berwarna coklat


flaks berwarna keemasan


Kurangkan risiko serangan jantung

Biji flaks juga adalah sumber serat dan mangan, folat, vitamin B6 dan mineral seperti magnesium, fosforus dan tembaga. Selain itu, biji flaks penuh dengan fitonustrisi lignan yang memainkan peranan sebagai pencegah kanser. Biji flaks serta minyak biji flaks dikatakan mengandungi bahan yang merangsang kesihatan. Minyak flaks kaya denga asid alfa linolenik (ALA) yang berguna untuk penyakit jantung, masalah keradangan usus, arthritis dan pelbagai masalah kesihatan.

Beberapa kajian mencadangkan diet atau makanan tambahan yang kaya dengan asid lemak omega-3 (termasuklah ALA) merendahkan tekanan darah terutamanya terhadap mereka yang mengalami hipertensi. Salah satu cara untuk mencegah dan merawat penyakit jantung adalah dengan memakan diet rendah lemak dan menggantikan makanan yang kaya dengan lemak tepu dan lemak trans dengan makanan yang kaya dengan lemak tidak tepu. Bukti juga menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan pemakanan kaya ALA kurang risiko mendapat serangan jantung yang membawa maut.

Beberapa kajian mencadangkan makanan tambahan asid lemak omega-3 mampu mengurangkan sendi yang sakit, mengurangkan rasa kejang pada waktu pagi dan membenarkan pengurangan jumlah ubatan yang diperlukan oleh pesakit reumatik arthritis dan osteoarthritis.

Wanita yang kerap mengambil makanan yang kaya dengan omega-3 dikatakan kurang mudah dan kurang berisiko mendapat kanser payudara. Malah beberapa orang pakar mengatakan bahawa asid lemak omega-3 yang digabungkan dengan beberapa zat lain seperti vitamin C, vitamin E, beta karotena, selenium dan coenzyme Q10 amat bernilai untuk mencegah dan merawat kanser payu dara.

Kurangkan sakit haid

Mereka yang tidak mendapat sepenuhnya asid lemak omega-3 atau tidak mengekalkan keseimbangan asid lemak omega-3 hingga omega-6 dalam pemakanan seharian mungkin berisiko untuk mendapat kemurungan. Asid lemak Omega-3 merupakan komponen penting membran sel saraf. Komponen ini membentuk sel saraf untuk berkomunikasi antara satu sama lain sekaligus membantu mengekalkan kesihatan mental.

Walaupun hanya terdapat beberapa penyelidikan menyokong penggunaan asid lemak omega-3 untuk masalah kulit, tetapi ramai pakar yang mempercayai bahawa biji flaks mampu membantu merawat akne.

Ðalam kajian terhadap kira-kira 200 wanita Ðenmark, didapati bahawa mereka yang mengambil asid lemak omega-3 yang tinggi dalam pemakanan seharian mereka menunjukkan kira-kira gejala sederhana sakit haid semasa haid.

Beberapa kajian amat diperlukan bagi mengetahui keberkesanannya asid omega-3, namun dikatakan bahawa zat ini mampu membantu dalam melindungi beberapa jangkitan tertentu dan merawat pelbagai masalah kesihatan termasuklah ulser, sakit kepala migrain, emfisema, psoriasis, glaucoma, penyakit Lyme, lupus dan serangan panik.

Walaupun biji flaks dikatakan berguna untuk kesihatan, namun begitu, biji flaks mungkin boleh merendahkan penyerapan ubat atau beberapa zat jika diambil pada masa yang sama. Ðapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum mengambilnya, bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.




Sumber : MisteriAlam #1301 dan Wikipedia.

2 ulasan:

  1. Ada ditanam di sini ke? Sudah diproses menjadi ubat atau makanan tambahan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maafkan saya Ustaz... saya tak buat homework tentang flaks yang diproses sebagai makanan tambahan. Tapi saya jumpa minyak flaks di En.Wikipedia ~ Linseed oil. Belum pernah saya jumpa minyak ini dijual rak minyak di pasaraya.

      Ayah saya mengamalkan minyak zaitun (virgin olive oil), ada terdapat di pasaraya. Nutrisi dan fungsinya sama seperti minyak flaks. Minyak zaitun ini dia campurkan dalam makanan siap masak (macam kita tuang kicap atas makanan).

      Info berkenaan zaitun ada dalam entry berikut:
      * Khasiat zaitun
      * Tonik jantung
      * Olivenol livin' ejen antipenuaan

      Padam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails