“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Julai 29, 2014

Salam AidilFitri 1435H / 2014M




Assalamualaikum, 

Kesempatan ini, saya beserta keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri 1435H. 

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum, semoga Allah menerima amal ibadah kita selama bulan Ramadhan. Mudah-mudahan kita mampu kekal istiqamah dengan amalan-amalan yang lainnya. 

 Aamiin. 

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Julai 04, 2014

Sepotong roti penebus dosa

Roti Arab, ehsan EnGoogle

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, pada hari Jumaat 6 Ramadan yang penuh barakah ini, saya ingin kongsikah kisah yang di'tag' oleh seorang sahabat di fB. Mudah-mudahan perkongsian hari ini ada manfaatnya untuk kita semua, insyaAllah.


Nabi SAW telah bersabda: “Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah.” (diriwayatkan oleh Abu Hurairah) 

Sabda Rasulullah SAW: Berikanlah sedekah walaupun dengan sebiji tamar ataupun sebuku roti, atau sebuah senyuman yang manis. 

 Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan,bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti.” 

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah . Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. 

Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia pun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelimang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud. 

Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam disana, kerana sudahsangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu. Rupanya berhampiran kedai tersebut hidup seorang Pendeta yang setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu, masing- masingnya mendapat sepotong roti. 

Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membahagi-bahagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan laki-laki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin. Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.” 


Orang yang membahagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bahagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih dari sepotong roti.” 

Mendengar ungkapan dari orang yang membahagikan roti tersebut, maka laki-laki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.


Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. 

Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sepotong roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sepotong roti tersebut lebih berat timbangannya dibanding dengan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu. 

Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sepotong roti itu!” 

*NB: Bersedekahlah, mudah-mudahan dengan bersedekah dapat memberatkan timbangan kita di hadapan Allah kelak... Aamiin. 

XOXO,

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Julai 02, 2014

Contohi sifat positif lebah

Image : http://en.wikipedia.org/wiki/Honey_bee
Bismillah,

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar).

Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat unggul. Sifat berkenaan membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. Sehingga di mana pun mereka dia berada, ke mana pun mereka pergi, apa yang mereka lakukan, apa peranan dan tugas apa pun yang mereka lakukan selalu membawa manfaat dan maslahat bagi manusia lain.

Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah, “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”

Kehidupan ini agar menjadi indah, menyenangkan, dan sejahtera memerlukan manusia seperti itu. Menjadi apa pun, dia akan menjadi yang terbaik; apa pun peranan dan fungsinya maka segala yang dia lakukan adalah hal yang membuat orang lain, menjadi bahagia dan sejahtera.

Nah, sifat yang baik itu antara lain terdapat pada lebah. Rasulullah SAW dengan penyataan dalam hadis di atas mengisyaratkan agar kita mencontohi sifat positif yang dimiliki oleh lebah.

Tentu saja, sifat itu sendiri memang adalah ilham daripada Allah SWT seperti mana yang Dia firmankan, “Dan Tuhanmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (Surah An-Nahl ayat 68-69).

Sekarang, bandingkan apa yang dilakukan lebah dengan apa yang seharusnya dilakukan seorang mukmin, seperti berikut:

 Hinggap di tempat yang bersih dan menyerap hanya yang bersih. Lebah hanya hinggap di tempat-tempat pilihan. Dia sangat jauh berbeza dengan lalat. Serangga yang terakhir amat mudah ditemui di tempat sampah, kotoran, dan tempat berbau busuk. Tapi lebah ia hanya mendatangi bunga-bungaan atau buah-buahan atau tempat bersih lainnya yang mengandung bahan madu.

Begitulah pula sifat seorang mukmin. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu.” (Surah Al-Baqarah ayat 168).

“(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah Al-A’raf ayat 157).

Kerananya, jika ia mendapatkan amanah dia akan menjaganya dengan sebaik-baiknya. Ia tidak akan melakukan rasuah, pencurian, penyalahgunaan sewenang-wenangnya, manipulasi, penipuan dan dusta. Segala kekayaan hasil perbuatan tadi adalah khabaits (kebusukan).

 Mengeluarkan yang bersih. Siapa yang tidak kenal madu lebah. Semuanya tahu madu mempunyai khasiat kepada kesihatan manusia. Tapi dari organ tubuh manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah. Dia produktif dengan kebaikan, bahkan daripada organ tubuh yang pada binatang lain hanya melahirkan sesuatu yang menjijikkan ditemukan pula produk lebah selain madu yang juga diyakini mempunyai khasiat tertentu untuk kesihatan: air liurnya!

Seorang mukmin adalah orang yang produktif dengan kebajikan. “Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan buatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah Al-Hajj ayat 77).

Al-khair adalah kebaikan atau kebajikan. Akan tetapi al-khair dalam ayat di atas bukan merujuk pada kebaikan dalam bentuk ibadah ritual. Sebab, perintah ke arah ibadah ritual sudah diwakili dengan kalimat “rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu” (irka’u, wasjudu, wa’budu rabbakum).

Al-khair di dalam ayat itu bermakna kebaikan atau kebajikan yang buahnya dirasakan manusia dan makhluk lainnya. Segala yang keluar dari dirinya adalah kebaikan.

Hatinya jauh daripada prasangka buruk, iri, dengki; lidahnya tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang baik perilakunya tidak menyusahkan orang lain melainkan malah membahagiakan; hartanya bermanfaat bagi banyak manusia; kalau dia berkuasa atau memegang amanah tertentu, dimanfaatkannya untuk sebesar-besar manfaat manusia.

Tidak pernah merosak seperti yang disebutkan dalam hadis yang sedang kita bahas ini, lebah tidak pernah merosak atau mematahkan ranting yang dihinggapi.

Begitulah sifat seorang mukmin. Dia tidak pernah melakukan kerosakan dalam hal apa pun: baik material mahupun bukan material. Bahkan dia selalu melakukan kebaikan terhadap orang lain. Dia melakukan kebaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman apa pun bentuknya dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu.

Jika kerosakan terjadi akibat rasuah, ia perlu membanterasnya kemudian menjauhi perilaku buruk itu. Berbalik kepada lebah, ia serangga yang kuat bekerja.

 Ketika muncul pertama kali dari biliknya (menetas), lebah membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu.

Begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal. Bukankah Allah pun memerintahkan umat mukmin untuk bekerja keras? “Maka apabila kamu selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (Surah al-Insyirah ayat 7).

Kerja keras dan semangat pantang undur itu lebih dituntut lagi dalam upaya menegakkan keadilan. Meskipun memang banyak yang cinta keadilan, namun kebanyakan manusia kecuali yang mendapat rahmat Allah- tidak suka jika dirinya “dirugikan” dalam menegakkan keadilan.

Bekerja secara berkumpulan (jama’i) dan tunduk pada satu pimpinan. Lebah selalu hidup dalam kelompok besar, tidak pernah menyendiri. Mereka pun bekerja secara kolektif dan masing-masing mempunyai tugas sendiri. Ketika mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya.

Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu zat kimia yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat tertentu) untuk memanggil teman-temannya untuk membantu dirinya.

Itulah seharusnya sikap orang beriman. “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah Ash-Shaff ayat 4).

 Tidak pernah melukai kecuali kalau diganggu. Lebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan menyerang ketika terasa terganggu atau terancam. Untuk mempertahankan “kehormatan” umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. 

Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari.

Tapi jika ada, tidak lari. Itulah beberapa karakter lebah yang perlu dicontohi orang beriman. Bukanlah sia-sia Allah menyebut dan mengabadikan binatang kecil itu dalam al-Quran sebagai salah satu nama surah: An-Nahl.

Wallahu a’lam.



Sumber : HMetro

Butiran selanjutnya ...

Selasa, Julai 01, 2014

Jangan mencela makanan



Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, bertemu kita lagi dalam entry kali ini di bulan Ramadhan yang mulia. Syukur masih ada kelapangan untuk saya nukilkan sedikit pengalaman untuk tatapan dan pengajaran yang dapat kita ambil, insyaAllah.

Makanan adalah suatu nikmat yang sangat penting bagi manusia, kerana manusia perlukan makanan untuk hidup. Makanan itu pula ada kalanya disukai, sedap dan menyelerakan dan ada kalanya pula sebaliknya. Apabila dihidangkan dengan makanan yang tidak disukai, tidak sedap dan tidak menyelerakan, ada kalanya seseorang itu tidak dapat menahan diri daripada mencela makanan tersebut.

Sesuai dengan tajuk entry, saya nak cerita sikit al-kisah yang berlaku sewaktu iftar Ramadhan kedua (semalam). Gambar di atas adalah makanan yang dihidangkan oleh caterer yang dilantik oleh Masjid XXXX berdekatan kediaman saya. Saya rahsiakanlah, sebab tak mahulah dikatakan mengumpat pula nanti. Ikut menu yang disediakan, dalam pinggan ada nasi putih, sayur campur, ikan keli goreng + sambal, sambal belacan + timun, dalam pinggan asing pula ada gulai lemak daging salai + belimbing buluh + ubi kentang. Pencuci pulut pula pudding cendol dan air laici. Waaaah…. Sedap,kan? Jangan ada yang meleleh air liur baca entry saya sudahlah, ya… hehe...


Saya duduk semeja dengan anak-anak, kebetulan sewaktu hampir-hampir berbuka, seorang hamba Allah bersama anak kecilnya menyelit masuk duduk bersama meja sehidangan. Masuk sahaja waktu berbuka, kami pun mulalah mengisi perut. Agaknya disebabkan lapar seharian berpuasa, saya sangat consentrate makan, tanpa sempat menoleh ke kiri dan kanan lagi. Tiba-tiba hamba Allah yang duduk semeja membuka mulut, “Isy… apasal nasi ni mentah.” Sayapun kuis-kuis sedikit nasi yang di dalam pinggan. Dalam hati, “Hemmm…. Sedikit keras, ada juga yang tak cukup kembang. Tak apalah, rezeki depan mata, perut tengah lapar…”. Hamba Allah ini terus menegur, “Nasi tak mentah ke? Elok je makan…”, saya jawab sambil senyum, “Mentah sikit, tapi boleh makan.” Saya memang tak cerewet sangat soal makan, lebih-lebih lagi bila makanan tersebut diberi percuma.

“Ish… akak tak lalu makan nasi mentah macam ni. Ini salah sukat air, masak tak betul memanglah mentah….” rungut hamba Allah ini lagi. Saya cuma senyum aje.

“Kalau budak akak yang masak nasi ni memang kenalah… Akak memang jaga bab-bab macam ni sebab akakpun buat catering juga…” 

Hemmm… tak terkata apa, entahlah… bukan saya tak mahu layan celoteh hamba Allah ini, tapi terasa rugi kalau tak ‘khusyuk dan tawadduk’ menikmati makanan yang ada… heh heh heh… Saya ingatkan hamba Allah ini akan ‘senyap’ sebab saya tak layan dia merungut, tapi rupa-rupanya ada lagi rungut-sambungannya.

“Nampak selera betul makan ya, ambik la lauk akak ni (ikan keli). Akak tak makan ikan-ikan macam ni. Tak lalu tekak. Lauk semalam sedap, hari ni tak berapa sedap. Nasi pulak mentah…” Saya senyum aje, entahlah… Rasanya memang eloklah saya diam, sebab teringat satu hadis nabi berkenaan larangan mencela makanan. Saya beritahu hamba Allah ni, “tak apalah kak, lauk anak ni pun (sambil tunjuk lauk anak yang duduk sebelah) tak habis lagi, nanti kalau nak saya ambil.” Saya sambung habiskan makanan yang ada, licin pinggan tinggal tulang tengah di badan ikan keli saja… he he… Dalam pada itu, hamba Allah ini terus-menerus merungut akan ‘ketidak-sempurnaan’ juadah yang dihidangkan. Astagfirullah, nak saja saya ‘ceramah’ sikit pada hamba Allah ini, tapi entah mengapa tiada kekuatan untuk menegurnya. 

Saya kongsikan kisah ini agar kita dapat iktibar daripada apa yang berlaku. Memang ada hadis yang melarang kita mencela makanan. Saya godek-godek EnGoogle dan ambil dari JAKIM : Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, “Rasulullah SAW tidak pernah mencaci sesuatu makanan. Jika baginda suka makanan tersebut ia memakannya dan jika Baginda tidak menyukainya maka Baginda tinggalkannya.” (HR Muslim) 

MasyaAllah, begitu tinggi pekerti Rasulullah s.a.w., tidak mencela makanan kerana setiap rezeki yang dikurniakan Allah semuanya baik kerana dengan rezeki tersebut juga dapat memberi beberapa faedah dan manfaat kepada hambanya, sesuai dengan tempat dan keadaan di mana berada. Janganlah kita mencela atau mencaci makanan yang kita diperolehinya. Imam al-Ghazali Rahimahullah berkata dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin bahawa seharusnya seorang muslim itu redha dengan rezeki dan makanan yang ada. Apabila sesuatu makanan yang dihidangkan itu tidak disukai, tidak sedap atau tidak menyelerakan, maka janganlah makanan itu dicela, cukuplah sekadar diam ataupun tidak memakannya, itulah yang lebih aula...

Dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Hurairah r.a. berkata, maksudnya, “Aku tidak pernah sekali-kali melihat Rasulullah s.a.w. mencela makanan. Sesungguhnya apabila Baginda menyukainya, Baginda memakannya dan apabila Baginda tidak menyukainya Baginda diam.” (HR Muslim)


Berdasarkan hadis di atas, para ulama mengambil kesimpulan bahawa makruh mencela makanan yang halal dimakan. Adapun makanan yang haram pula maka bolehlah dicela dan melarang orang lain memakannya. Imam an-Nawawi r.a. berpendapat bahawa antara adab makan yang penting untuk dijaga ialah tidak mencela sesuatu makanan yang dirasakan tidak sedap atau tidak menepati cita rasa; umpamanya mengatakannya masin, masam, kurang garam, cair, tidak cukup masak dan sebagainya.

Sebahagian ulama mengharuskan mencela makanan jika ianya bertujuan untuk mengkritik cara masakannya, bukannya bertujuan untuk mencela makanan tersebut. Bagaimanapun, menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalaani Rahimahullah, larangan mencela makanan tersebut adalah umum kerana mencela masakan seseorang boleh melukakan hati orang yang memasaknya. Akan tetapi jika ianya bertujuan untuk kebaikan masa hadapan, iaitu supaya masakan tersebut dapat diperbaiki maka tidaklah menjadi kesalahan menurut sebahagian ulama.


Jika dihidangkan sesuatu makanan sedangkan makanan tersebut tidak disukai ataupun tidak pandai memakannya, maka diperbolehkan menolak dengan mengatakan: “Saya tidak menyukai makanan ini” atau “Saya tidak biasa atau tidak pandai memakannya” atau dengan apa jua ungkapan yang seumpamanya.

Rasulullah s.a.w. pernah dihidangkan dengan daging dhab bakar lalu Baginda tidak mahu memakannya. Khalid bin al-Walid r.a. lalu bertanya kepada Baginda, maksudnya, “Adakah dhab itu haram wahai Rasulullah!?” Rasulullah s.a.w. pun menjawab, maksudnya: “Tidak, akan tetapi binatang itu tidak ada di bumi (lingkungan) kaumku, sehingga aku tidak menyukainya.” (HR al-Bukhari dan Muslim). 

Dalam sebuah riwayat yang lain pula diceritakan bahawa Baginda menjawab maksudnya: “Makanlah kamu, sesungguhnya ianya adalah halal. Akan tetapi ianya bukanlah daripada makananku (yang biasa aku makan).” (HR Muslim)

Nah kawan-kawan, makanan adalah nikmat kurniaan Allah SWT yang patut dihargai dan disyukuri dan jangan sekali-kali ianya dicela. Jika makanan yang dihidangkan kepada kita itu kita sukai, maka makan dan pujilah makanan itu selayaknya, sebaliknya jika makanan itu tidak kita sukai, maka diam adalah lebih baik atau boleh saja makanan itu ditinggalkan. 

Ingat, jangan mencela makanan, ya!

XOXO...


NB: Sebahagian info dipetik dari JAKIM dan Mufti BN

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Jun 30, 2014

Sunnah buka puasa dengan rutab


Assalamualaikum rakan-rakan...

Lamanya tak berblogging... he he... Semoga rakan-rakan sihat-sihat belaka disamping menjalani ibadah puasa. Bagaimana dengan puasa kali ini? Rasanya agak mencabar juga ya, sebab kita masih dalam musim El-Nino, panasnya ahuhai... 

Ada kesempatan di bulan puasa ni, bolehlah BG masukkan entry terbaru. Kali ini nak kongsikan apa yang BG baca di fB DrMAZAdotcom, katanya, Nabi s.a.w berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Apa rutab tu ya? Haaa... kalau nak tahu, rutab adalah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering.  Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Dalam hadith daripada Anas katanya: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ 

Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, katanya hadis ini hasan) 

Inilah tertib yang dilakukan oleh baginda Nabi s.a.w, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada maka tamar dan jika tiada maka air.

Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): "Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunnah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah). 

Ohhh.... selama ini kita panggil buah tamar/kurma aje, rupanya ada namanya yang tersendiri. Apa rasa rutab ni ya? Menurut DrMaza, katanya rutab lembut dan manis. BG pernah makan rutab ni, ada yang macam dalam gambar di atas, dan ada juga yang berwarna merah. Rasanya manis-manis kelat, kalau ada yang tak suka rasa kelat, kenalah tunggu rutab masak ranum dan jadi lembik sedikit. 


gambar ehsan EnGoogle

BG beli rutab ni di Cold Storage, SACC Mall, beberapa tahun lepas. Masa belek-belek rutab ni, ada seorang hamba Allah beritahu BG, pilihlah yang warna kuning kerana ia lebih sedap daripada yang berwarna merah. Haaa... jika ada yang nak mencuba, sila-silalah rasa kedua-dua jenis rutab ini... Semoga bertambah lagi pahala berbuka dengan mengikut sunnah.  


Butiran selanjutnya ...

Ramadan Kareem 1435H/2014M


Assalamualaikum wbt. muslimin & muslimat..... 

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan menyambut Ramadhan 1435H. Selamat menjalani ibadah puasa dan melipat-gandakan amalan yang lainnya. 

Jangan lepaskan peluang untuk meraih yang lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga sentiasa dilindungi dan beroleh rahmat-NYA. Aamiin... 

XOXO

Butiran selanjutnya ...

Selasa, April 15, 2014

Shawl Chiffon Aurora





Material : High quality chiffon 
Design : Long Shawl with end halfmoon curve. 

Measurement : Measurement : 1.75m X 0.75 m 
*generous and wide size, you could style it with various style!* 
*Color may slightly vary from actual item due to lighting during photoshooting & monitor display setting*  

Full album : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1467675630116713.1073741853.1423506917866918&type=1

✿ PM/INBOX : Messages to SoigneeLaTiffaCouture 

LiKE | COMMENT | SUPPORT ☛| Soignee LaTiffa Couture |☚ 

Thank you. 

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, April 04, 2014

Rafflesia is now at SoigneeLaTiffa






Assalamualaikum, 

We are selling muslimah attire at affordable price. 

Our product range from ready made and also custom made hijabs (shawl, trendy scarfs, instant hijab) and dress. 

Please fee free to visit our page → SoigneeLaTiffaCouture.

Thank you. 

| LiKE | COMMENT | SUPPORT | ☛ SoigneeLaTiffaCouture ☚


Butiran selanjutnya ...

Only Allah...


Only ALLAH can turn
a MESS into a MESSAGE,
a TEST into a TESTiMONY,
a TRIAL into a TRiUMPH,
a ViCTiM into a ViCTORY.

| LiKE | SHARE | SUPPORT | ☛ SoigneeLaTiffaCouture ☚ 


Butiran selanjutnya ...

Isnin, Mac 03, 2014

Sendiri bos, sendiri kuli

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Apa khabar rakan-rakan blogger sekalian? Lama sungguh tak jengah blog, kalau rumah tinggal, makanya sudah dipenuhi sawang labah-labah agaknya... he he he...

Sebenarnya saya menyibukkan diri dengan bisnes online. Angan-angan tinggi, hendak jadi tokey. Tokey kecikpun jadilah, asalkan tak jadi kuli orang lagi... 

Kalau rakan-rakan blog ada masa yang terluang, sudi-sudilah melawat ke page saya di Soignee LaTiffa couture ya! Ada banyak pilihan yang menarik, insya Allah. 












Sehingga jumpa lagi. 

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails