“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Mei 21, 2010

Wanita jahat, 'senjata' syaitan


Assalamualaikum warahmatullah,

Melihat tajuk entry, ‘Wanita jahat, 'senjata' syaitan’, saya pun takut akan dimarahi oleh pembaca setia belog ini. Maaf, saya tidak berniat langsung untuk menjatuhkan kaum saya sendiri, tetapi banyak yang ingin saya kongsikan di sini. Saya mohon, bacalah entry ini dengan fikiran yang terbuka dan cubalah cari teladan yang boleh kita ikuti...

Beberapa minggu yang lalu, kami di al-Falaah sempat bersembang perihal ketidak-warasan suami dalam hal hubungan suami isteri dan berlanjutan pula hingga ke isu ‘tabarruj’. UW memberi komen, “Sekarang ni ramai sangat wanita yang ikut trend artis. Bertudung tapi ‘bertoncet’ (entah macam mana depa ikat rambut sampai jadi tinggi?). Bertudung tapi bibir berkilat-kilat, mata berwarna (pakai kanta warna), paling laris sekarang bulu mata palsu dan maskara pelebar bulu mata. Memang mengasyikkan siapa yang memandang... tapi boleh pandang saja, kalau kenyit mata kat depa mungkin anda akan dilapor melakukan ‘gangguan sexual’ pulak. Jadi lelaki yang memandang dah penuh gelodak nafsu dalam diri, balik rumah isteri pulak ada bekas bau ikan/bawang… agaknya itu yang menyinga jer.” [NB : ± kes suami simbah asid]

Saya mencelah, “Uik.. jangan sebut nama bawang kat sini. Sensitip... Toncet itulah yang saya ada highlight di sini tempohari, konon nak tiru fesyen dari Syria, nak kasi muka nampak tirus/panjang. Deme ikat tinggi, lepas itu letak rambut palsu yang macam bentuk siput itu. Sebab itu nampak toncet tinggi. Depa ada anak tudung syria, nama ‘anak tudung I-da’ ... ala.. yang macam si Aida pelakon tu pakai. Kat HxxxxA ada jual. HxxxxA ada branch dekat dengan rumah saya. Anak tudung tu ada macam-macam ‘kaler’, yang ‘pesen’ 2-3 lapis pun ada...”

Itu antara bait-bait bualan kami di al-Falaah. Dua hari lepas, saya terima email berkaitan tudung syria with high bun (toncet tinggi) daripada seorang teman. Dan saya teringat saya masih belum memasukkan entry berkenaan toncet ini di Laman Seri.


Tudung 'syria' dengan toncet tinggi ~ gambar hiasan ~

Cantik, kan tudung di atas? Masa mula-mula fesyen itu keluar, kalau tak silap pertengahan tahun lepas, saya teringat akan rambut bertoncet tinggi dalam satu hadis yang menyebutnya seperti ‘bonggol unta’. Agak pelik juga bila pertama kali saya melihat wanita bertudung dengan toncet tinggi-tinggi begini. Bolehkan kita berhias begini?... itulah persoalan yang bermain-main dalam benak saya. Jika tidak boleh, mengapa ada yang menggayakannya? Mungkin mereka tidak pernah terserempak jumpa hadis tersebut. Secara peribadi (bagi saya), jika kena gayanya memang nampak cantik dan sangat ‘kiut’, hendak-hendak pula si pemakai tudung bertoncet tinggi itu bentuk mukanya tirus, panjang atau bujur sireh, memang cantiklah. Saya pun teringin juga hendak buat toncet tinggi begini tapi bila teringatkan hadis yang pernah saya baca.... hemmm... Sesiapa yang masih tidak tahu atau ingat-ingat lupa akan hadis ‘toncet bonggol unta’ ini, teruskan bacaan anda hingga akhir tulisan ini.

Saya gemar memberi soalan cepumas kepada ‘sifu’ [UW] kerana beliau akan sentiasa ada jawapannya (alhamdulillah, setakat ini tidak pernah menghampakan soalan saya. Beliau ini semacam PST [Profesor Serba Tau] ... hik… hik…). Persoalan saya kepada ‘sifu’ di al-Falaah, “.... sanggul yang ditutup pun, aurat ke ummu?”, dan jawapan beliau :
Sanggul yang ditutup, tetapi ‘bentuknya’ dizahirkan (dinampakkan), tujuannya untuk bergaya (tabarruj). Bila orang pandang, maka orang akan tahulah yang dia (si toncet tinggi) itu berambut panjang. Sekarang ini sudah bocor rahsia, ada yang pakai rambut palsu pula rupanya...

Dalam agama, banyak perkara kita kena sensitif. Menceritakan pun sebenarnya tidak boleh (fasal rambut), tetapi tengok juga cerita macam mana yang hendak dibawa. Jika cerita itu untuk pengajaran atau cerita biasa, misalnya kita cerita rambut kita sudah mula beruban, itu bukanlah bermaksud ‘buka aurat’ dalam ertikata yang diharamkan.

Yang tidak boleh, misalnya, wanita yang cerita tentang bentuk badan mereka termasuk jenis atau warna rambut kepada lelaki ajnabi, bukan untuk tujuan berkahwin tetapi saja-saja hendak beri ilusi. Sekarang ini ramai orang tidak kisah bila bercerita atau ‘chatting’. Ada wanita yang siap bagi gambar ‘togel’ atau buka webcam lagi.


Contoh tudung 'bungkus'

Dalam Islam, aurat itu perlu ditutup bukan dibungkus. Tutup macam tutup tudung saji, makan dalam tak nampak bentuk. Trend sekarang lain, sikit sebanyak nak nampakkan juga bonggol dan bonjol, dalil mereka ialah contoh dari ustazah-ustazah glamer, payahlah, kan?

Begitulah komen ‘sifu’, jadi hasrat saya untuk bertoncet tinggi macam mereka yang banyak keluar TV itu saya buang jauh-jauh.

STOP HARESSMENT AGAiNST MEN!

Aduhai sahabat-sahabat wanita ku sekalian, jangan sesekali kita lupa akan peringatan Allah SWT yang bermaksud : Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nuur 24:31)

Memanglah ada PERINGATAN Allah SWT kepada kaum Adam perihal menjaga mata pandangan, seperti firman-Nya : Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah an-Nuur 24:30)

Wahai sahabat-sahabat ku, walaupun MEMANG ada peringatan Allah Taala kepada kaum Adam, tetapi berapa keratkah di kalangan mereka yang benar-benar menjaga pandangan mereka dan janganlah kita lalai kerana mereka ini mudah lupa, sering leka, gemar tergoda dan akan menyalahkan kaum Hawa juga akhirnya, jadi adalah lebih baik wajar kita menjaga diri kita sendiri daripada terjerus seperti mereka… huk... huk... Kaum Adam jangan marah... ek...

Memang kita tidak mampu menghentikan hobi mereka yang suka sangat ‘usha-mengusha’ kaum hawa kerana bagi mereka, amat RUGI jika tidak ‘usha-mengusha’ kaum Hawa. Namun kaum Hawa berkuasa mengubah diri sendiri daripada ‘diintai’ oleh mereka yang bermata keranjang ini. Saya teringat kata-kata yang agak famous yang sering disebut-sebut oleh kaum Adam. Dikatakan (entah siapa yang kata? Nabi SAW tidak pernah berkata begini), wanita dikurniakan dengan 1 akal 9 emosi. Manakala lelaki dikurniakan 9 akal 1 nafsu. Secara pemahaman literal membawa maksud wanita mampu mengawal 9 nafsu emosinya dengan hanya 1 akal, sebab hampir tidak pernah saya dengar ada kes perempuan mer*g*l lelaki, kan? Tetapi lelaki memerlukan keupayaan 9 akal untuk mengawal hanya 1 nafsunya. Kuang... kuang... kuang....

Adakah ini menunjukkan Allah SWT tidak adil dalam mengurniakan keupayaan akaf fikiran manusia mengikut gender? Hemmm.... Sejak azali lagi dan di dalam Islam sendiri, lelaki perlu sentiasa di depan dan wanita di belakang, menyokong lelaki. Wanita di zaman Rasulullah SAW menjadi penyokong kuat kaum lelakinya. Tetapi dunia kini hampir mempunyai fakta yang terbalik pula. Tak mengapalah... Lelaki dan wanita dilahirkan supaya lengkap-melengkapi. Kita kaum Hawa beralahlah... Beralah bukan bererti kita kalah, sebenarnya besar ganjaran untuk kita di kampung akhirat nanti, insya Allah.

Allah SWT menyebut dalam surah ali-‘Imran ayat 14 yang menyatakan bahawa antara perhiasan dunia ini ialah wanita, maksud firman-Nya : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”

Jadi, kita tidak berhias pun, masih dikatakan hiasan dunia, apatah lagi jika kita berhias berlebih-lebihan... ingat tu!

Wanita jahat senjata syaitan

Sebuah hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua golongan ahli (penduduk) neraka yang kedua-duanya belum pernah aku melihatnya; (iaitu) kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi (lembu) yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan (kedua) wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) sama seperti bertelanjang (pakaian terlalu ketat dan nipis, tidak menutup sebahagian aurat sebagaimana yang diperintahkan oleh agama yakni yang dapat dilihat rupa bentuk tubuh kepala dan badan) dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu (yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka) rambut mereka (disanggul) bagaikan bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadis riwayat Muslim)

Ini lagi satu versi hadis yang berlainan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat.” (Hadis riwayat Ahmad)

Menurut Muhammad Isa Daud dalam bukunya Dialog dengan Jin Islam, bahawa iblis mempunyai tentera yang berkeliaran di seluruh tempat. Mereka merupakan syaitan-syaitan peronda. Antara mereka ada yang berkumpul di jalan-jalan untuk menyambut kaum wanita yang keluar rumah dalam keadaan bersolek (berlebih-lebihan dalam berhias atau bertabaruj).

Janji Iblis

Sesungguhnya Iblis akan sentiasa berusaha mengganggu dan menyesatkan keturunan Adam agar berpaling daripada kebenaran. Ia tidak akan membiarkan manusia itu beriman dan taat melakukan suruhan Allah SWT. Allah SWT mendedahkan janji Iblis ini dalam surah al-A’raf ayat 14 hingga 17, maksud firman-Nya : Iblis berkata, “Berilah tempoh kepadaku (untuk menggoda manusia) hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).” Allah berfirman : “Sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu amsa yang tertentu).” Iblis berkata : “Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh-sungguh menghalangi mereka (daripada) jalan-Mu yang lurus. Kemudia aku akan mendatangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka. (Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”

Godaan wanita

Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Usamah bin Zaid r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yang dihadapi kaum lelaki dengan sebab kaum wanita.”

Imam Muslim juga meriwayatkan dalah Sahihnya, daripada Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kalian takut terhadap (godaan) dunia dan takutlah kalian terhadap (godaan) wanita.”

Imam Muslim dalam Sahihnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn al-Zubair, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya wanita itu, ketika datang dari depan, dia datang dalam bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula. Oleh sebab itu, jika salah seorang daropada kamu melihat seorang wanita yang menarik perhatian, maka hendaklah dia segera mendapatkan isterinya, dengan demikian itu dapat menolak (gejolak nafsu) yang ada dalam dirinya.”

Dalam satu hadis yang lain pula, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah maka syaitan akan menghias-hiasinya dan wanita yang paling dekat dengan rahmat Rabbnya adalah yang berada di dalam rumahnya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, dishahihkan Al Albani dalam Shahihul Jaami’)

Syaitan ini ‘menghias’ kaum wanita itu agar kelihatan indah pada pandangan sebahagian besar orang yang melihatnya, agar mereka semakin banyak menimbulkan dosa-dosa dan orang warak akan melihat hal-hal yang diharamkan Allah SWT.

Adakah wanita itu JAHAT dalam segalanya?

Eh.. Nanti ada pula kaum wanita yang marah-marahkan BG… jangan salah faham, ya… Mengenai fitnah (godaan) yang ada pada wanita, di samping fitnah yang ada pada harta dan anak-anak, di mana hal itu telah diterangkan di dalam al-Quran dan dianjurkan supaya mereka WASPADA dan MENJAGA DIRI dari fitnah (godaan) tersebut. Ertinya, daripada hadis di atas, ia menunjukkan bahawa wanita itu bukan jahat, tetapi mempunyai PENGARUH yang besar bagi manusia terutamanya kaum lelaki yang dikhuatirkan akan lupa pada kewajibannya, lupa kepada Allah dan terhadap agama.

Selain masalah wanita, al-Quran juga mengingatkan manusia mengenai fitnah yang disebabkan dari harta dan anak-anak. Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud, “Sesungguhnya harta-harta dan anak-anakmu adalah fitnah (godaan/cobaan bagimu); dan pada sisi Allah-lah pahala yang besar.” (Surah at-Taghaabun: 15)

Firman Allah SWT lagi, yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman! Janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu mengingat kepada Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah al-Munaafiquun : 9)

Selain dari itu (wanita, anak-anak dan harta yang dapat mendatangkan fitnah), harta juga sebagai sesuatu yang baik. Allah berfirman yang bermaksud, “Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri dan menjadikan bagimu dan isteri-isterimu itu, anak-anak dan cucu; dan memberimu rezeki dari harta yang baik-baik…” (Surah an-Nahl: 72)

Oleh kerana itu, dianjurkannya untuk waspada dari fitnah kaum wanita, fitnah harta dan anak-anak, hal itu bukan bererti ke semuanya bersifat jahat, tetapi demi mencegah timbulnya fitnah yang dapat melalaikan kewajiban-kewajiban yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.

Subhanallah... Tidak mungkin Allah SWT menciptakan suatu kejahatan, kemudian dijadikannya sebagai suatu keperluan dan keharusan bagi setiap makhluk-Nya. Makna yang tersirat dari suatu kejahatan itu adalah suatu bagian yang amat sensitif, realitinya menjadi lazim bagi kebaikan secara mutlak. Segala bentuk kebaikan dan kejahatan itu berada di tangan (kekuasaan) Allah SWT.

Berkaitan fitnah wanita ini juga, Ibn Abbas mengatakan, “Tidak ada dalam kalangan orang terdahulu yang menjadi kafir, kecuali gara-gara wanita dan orang yang terkemudian pun kafir gara-gara wanita (juga).”

Said Ibn al-Musayyab berkata, “Setiap kali syaitan berputus asa mengganggu seseorang, maka dia akan melancarkan gangguannya melalui wanita.”

Demikianlah penyebab di mana pelaku maksiat semakin terjerumus dalam dosa. Antara syaitan ini ada yang ‘pakar’ membuat indah pada bahagian tubuh wanita, sehingga tertarik setiap lelaki yang melihatnya. Syaitan melakukannya siang dan malam, tanpa putus asa sehingga ramai manusia terjerumus kepada dosa dari fitnah wanita ini.

Oleh sebab itu, Allah memberikan bimbingan bagi kaum lelaki untuk menjaga dirinya dari bahaya dan fitnah yang dapat disebabkan dan mudah dipengaruhi oleh hal-hal tersebut. Elok juga kaum lelaki mentelaah entry berkaitan Mata dan Bahaya Pandang Memandang.

Diwajibkan juga bagi kaum wanita, agar waspada dan berhati-hati dalam menghadapi tipu muslihat yang diupayakan oleh musuh-musuh Islam untuk menjadikan kaum wanita sebagai medium perosak budi pekerti, akhlak yang luhur dan bernilai suci. Seruan untuk diri saya sendiri juga dan bagi para wanita Muslimah, kembalilah pada kudrat mu sebagai wanita yang solehah, wanita hakiki, isteri solehah dan sebagai ibu teladan bagi rumahtangga, agama dan negara.

Mari kita sama-sama renung-renungkan!



Rujukan :

12 ulasan:

  1. assalamualaikum..

    akhirnya terjawab persoalan saya.. melihat orang perempuan memakai tudung dengan gaya sebegini.. terima kasih atas penjelasan akk.. mintak izin link blog nie di fb yek.. :)

    BalasPadam
  2. byk disiplin mnjadi wanita ni...

    dan lelaki kenalah mndidik wanita (isteri, anak, adik), bkn mengambil pluang.

    BalasPadam
  3. Waalaikum salam...

    Silakan Nieza... Kita patut ingat-mengingatkan rakan-rakan yang mungkin tidak tahu tentang ini...

    BalasPadam
  4. bagus peringatan ini.. semoga kita bagitau kepada mereka yang masih tak tahu nie...

    BalasPadam
  5. UglyPooh : Betul... Sbb itu kaum lelaki kena didik kaum wanita betul-betul. Kalau tiada lelaki yang mahu mendidik, kita didiklah diri sendiri. Jangan sebab dia terjun gaung, kita pun hendak ikut sama...

    ZIK : Baru aje usha nak beli tudung syria... tak jadi beli... hik... hik...

    BalasPadam
  6. AbuMuaz [mokhtar_s@ymail.com]24 Mei 2010 pada 2:35 PTG

    BG quote : dikurniakan dengan 1 akal 9 emosi. Manakala lelaki dikurniakan 9 akal 1 nafsu. Secara pemahaman literal membawa maksud wanita mampu mengawal 9 nafsu emosinya dengan hanya 1 akal, sebab hampir tidak pernah saya dengar ada kes perempuan mer*g*l lelaki, kan?

    AbuMuaz : Puan Bawang, Ini mantra zaman moden, kajian psikologi moden mendapati lelaki sering utamakan rasionaliti, wanita pula perasaan dalam tindak tanduk dan keputusan.

    Lihat bila lelaki berborak mereka berkongsikan pendapat mereka. Bila wanita berborak mereka kongsikan perasaan mereka.

    Antara kejahatan lelaki bila mereka buat jahat ialah mahu mer*g*l, kejahatan wanita bila mereka buat jahat pula bukan merogol lelaki, tetapi mahu menyerahan badan kepada yang lelaki yang tidak patut. Sebab tu tak pernah dengar wanita nak ro*ol lelaki, tetapi biasa dengar wanita serah diri kepada lelaki.

    Nafsu tidak hanya kepada seks. Bahasa Melayu selalu rujuk syahwat kepada seks, tetapi ayat 14 Surah AliImran menyebut syahawaat merujuk kepada bermacam jenis keinginan manusia. Wanita anak-anak, harta benda dll.

    Walaupun lelaki banyak buat keputusan dengan fikiran, tetapi titik perubahan lelaki ialah emosi.

    BalasPadam
  7. AbuMuaz :

    Sama-samalah kita ingat- mengingatkan.

    Allah sebut 24:30, kemudian baru 24:31. Mungkin ada hikmah di situ. Lelaki kena buat dahulu. Sebab lelaki itu katanya 'pemimpin'. Tetapi hari ini kita lihat, RAMAI yang tak layak jadi pemimpin, Melayu Muslim semakin huru-hara gejala sosialnya.... Mengapa?

    Tempohari, seorang bukan guru biasia TETAPI Penolong Kanan sebuah sekolah rendah dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret, selepas didapati bersalah atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang murid lelaki, tiga tahun lalu. Murid itu baru 11 tahun ketika kejadian. Tak dapat murid perempuan, murid lelaki pun jadilah. Pasai apa? Guru itu guna nafsu lebih daripada akal. Apa kes?

    Nasib baik saya tak jadi Majistret.

    Ini semua sebab tak mahu beriman dengan 24:30.

    Ingat kisah Imam dikatakan Imam Syafie sekiranya TERLIHAT tumit perempuan sewaktu di pasar beliau boleh merasai hafalannya luntur.

    Cuba cari kisah Ghazwan yang menangislah kerana tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata : "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

    Sekurang-kurangnya saya cuba sampaikan apa yg ada dalam fikiran. Orang hendak ikut atau tidak, itu urusan Allah....

    BalasPadam
  8. AbuMuaz [mokhtar_s@ymail.com]24 Mei 2010 pada 4:05 PTG

    Lelaki selamanya jadi pemimpin, dulu pemimpinnya firaun, Abu jahal, lalu Allah yang Maha Pengasih menghantar rasulnya Musa as dan Muhammad saw memimpin manusia kpd redha Allah dan syurga.

    Lelaki patut buat dulu, tapi tak perlu tunggu lelaki buat dulu. Firaun langung tak mahu buat. Asiah yang berjaya. Tak payah tunggu. Kita hanya akan menerima buku catatan amal kita sahaja, bukan orang lain. Ummu Sulaim dulu yang desak Abu Thalhah masuk Islam.

    BalasPadam
  9. Alangkah bagusnya kalau semua wanita punya kesedaran...

    Semoga diberi kekuatan utk terus 'mengingatkan' teman-teman di belog....

    BalasPadam
  10. Wanita2 yang disebut oleh abu muaz tu adalah wanita 'icon' di zamannya. Ttp wanita sekarang yg dikatakan icon tu ialah mcm Linda Onn kalau kita ambil iktibar dari wanita surga, tak adalah masalah mcm sekarang.

    al-qur'an itu turun untuk membimbing ummat jadi ikutlah bimbinganya (al-quran). Dalam al-qur'an disebut ar-rijalu qawwamuna alan nisa... ikutlah... jgn terbalikkan. Sejarah cuma sebagai perbandingan, kisah asiah isteri firaun bukan panduan untuk semua umat Islam isteri2 nabilah ummul mukminin idola mukminah masa kini kita ummat Muhammad, muhammad lah uswatun hasanah kita.

    Nabi2 lain wajib kita percaya tak wajib kita ikut. Di kampung akhirat, setiap nabi akan bangga dengan umatnya kita akan berada di belakang Nabi Muhammad bukan di belakang nabi Musa. Jika wanita zaman ini 'jalan dulu' di hadapan lelaki maka bakal terbaliklah dunia. Kalau sekejap tak per. Kalau selamanya wanita perlu jadi 'imam', teruklah masyarakat. Isteri boleh jadi leader tp tak kan sepanjang musim perkahwinan...

    Wanita boleh jd PM kalau terpaksa, kalu dah hilang kelayakan semua lelaki kat dunia ni lelaki pun patut dan perlu ada sifat malu iaitu malu kalau 'bodoh' terutama bab ibadah dan hukum hakam.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum wbt..
    mohon share^^
    terima kasih

    BalasPadam
  12. @Ain

    Waalaikumsalam wbt...

    Silakan ambil jika bermanfaat.

    :)

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails