SOALAN :
- Adakah cium mayat dibenar?
- Apabila seorang suami meninggal dunia mengapa isteri tidak dibenarkan menyentuh atau menciumnya buat kali terakhir? Adakah batal wuduk si mayat isteri/suami apabila dicium oleh suami/isteri?
- Soalan yang sama... adakah batal wuduk si mayat apabila dicium oleh orang yang bukan mahramnya?
- Adakah wajib atau sunat atau harus atas seorang Islam lelaki yang mati isterinya tetakal sudah dikapankan ia melainkan mukanya sahaja lalu dicium oleh suaminya muka mayat isterinya itu dihadapan khalayak yang banyak. Dan jika tiada wajib atau sunat atau harus. Adakah haram perbuatan itu atau adakah keji pemandangan perbuatan yang demikian?
JAWAPAN :
1. Cium mayat dibenarkan kepada mereka yang merupakan mahram kepada mayat tersebut seperti, adik-beradik dan ibu bapa. Begitu juga harus bagi suami dan isteri. Dalilnya ialah hadis Bukhari daripada Aishah r.a. bahawa Abu Bakr al-Siddiq telah mencium Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda. (Hadis no 4098, 13/363). Hadis ini menunjukkan keharusan mencium mayat bagi orang yang harus mencium dan melihat wajahnya ketika hidup. Tujuan mencium adalah kerana kasih dan sayang kepada si mati. Sesetengah ulama merasakan kurang elok memperbanyakkan cium mayat tersebut, memadai dengan sekali sahaja. Rujuk : ibn-jebreen.com
2. Masalah kedua dan ketiga termasuk dalam hukum bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita yang bukan mahram (termasuk isteri). Ada khilaf di kalangan ulama. Fatwa yang dipilih oleh Lembaga Fatwa Arab Saudi ia tidak batal sama ada dengan syahwat atau tidak. (Rujuk Fatwa 1405, 7/253)
[1&2 dipetik dari : al-ahkam.net]
Hukum mencium mayat (jenazah) itu harus. Dalilnya Abu Bakar mencium mayat Nabi SAW (HR Bukhari dan Muslim). Keharusan mencium itu terhad kepada orang yang harus bercium ketika mayat masih hidup sahaja, maka jika keduanya bukan mahram, maka tak bolehlah cium. (fatwa ibn Jibreen, www.jibrin.com, no 8929)
Banyak hadis menyebut tentang keharusan mencium mayat sebagai tanda kasih sayang. Antaranya :
- Dari Aishah r.a. bahawa aku telah melihat Rasulullah SAW mencium Uthman bin Maz’un apabila beliau meninggal dan aku telah melihat linangan air mata Baginda SAW. (Hadis riwayat Abu Daud)
- Dari Ibn Abbas r.a. bahawa Abu Bakar r.a. telah mencium dahi Rasulullah SAW apabila Baginda wafat. (Hadis riwayat Bukhari)
- Dari Aishah r.a. bahawa Abu Bakar r.a. telah mencium Rasulullah SAW apabila Baginda wafat. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)
Dari Umm Attiya r.a. bahawa Baginda SAW ketika anak perempuannya meninggal, Baginda berkata: “Mandikanlah dari bahagian kanan dan bahagian anggota wuduk.” (Sahih Bukhari dan Ibn Majah)
Mayat diangkat hukum wuduknya. Ada khilaf di kalangan fuqaha sekiranya najis atau air kencing keluar selepas memandikannya, apakah perlu membasuh pada bahagian itu sahaja ataupun keseluruhannya. Jadi tidak timbul sama ada mayat itu batal wuduk ataupun tidak.
Rujukan: Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq
[dipetik dari sumber : qawanitadanperkahwinan]
4. Tiada wajib bahkan sunat jua atas qaul yang Aujah (satu pendapat) jika tiada membawa hilang maruah dan mencium itu bukan kerana syahwat dan jikalau begitu (kerana syahwat) nescaya haram. Adapun perbuatan itu di hadapan khalayak hilang maruah dan terkeji pada pandangan atau tiada maka itu dikembalikan kepada uruf dan adat tempat atau negeri yang melakukan perbuatan itu.
[dipetik dari : infad.usim.edu.my]
Wallahu‘alam.
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...