“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Mei 26, 2010

Bayangkan ini anak kita...


Sebahagian pelajar Sekolah Kebangsaan Gentisan meniti titi usang dalam keadaan berbahaya untuk menaiki perahu menuju Kampung Numbak, Sepanggar, Sabah, setelah selesai sesi persekolahan, semalam.– Utusan/Ghazali Basri

Inilah hakikat yang terpaksa dihadapi sebahagian pelajar Sekolah Kebangsaan Gentisan, Sepanggar, dekat Kota Kinabalu yang terpaksa meniti kayu kecil untuk berulang-alik ke sekolah setiap hari.

Namun pelajar yang kebanyakannya berasal dari Kampung Numbak itu tiada pilihan melainkan terpaksa meniti kayu sepanjang 15 meter ekoran laluan jambatan kayu berkenaan reput dan patah sejak tiga minggu lalu.

Seorang pelajar yang dikenali sebagai Siti berkata, meskipun takut terjatuh dia terpaksa juga meniti kayu berkenaan setiap hari.

“Saya memang pernah hampir terjatuh kerana agak sukar meniti apatah lagi dengan membawa beg sekolah yang berat tetapi terpaksa juga kerana tiada jalan lain dari jeti untuk ke sekolah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gentisan, Awang Pasih Abdul Kahar berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Jainab Ahmad untuk tindakan lanjut.

“Beliau telah berjanji akan memberi perhatian dengan membeli peralatan untuk membuat titi baru yang akan dibuat melalui gotong royong oleh penduduk kampung,” ujarnya.

Sumber : Utusan 25/05/2010


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails