“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, November 30, 2007

Nafkah zahir hak Isteri


Nampaknya ada yang tidak bersetuju dengan posting saya di IbuGroup.


Puncanya saya komen, nafkah terletak di bahu suami. Jika suami mampu hantar isteri ke slimming center, apa salahnya. Isteri pula jika sedar suami tak mampu, janganlah meminta-minta... Saya setuju dengan kenyataan "Duit i, i punya, duit u pun I Punya" ... sebab nafkah memang terletak pada suami dan sesungguhnya tiada hak ke atas duit isteri. TAPI, adalah satu bonus jika isteri redha dan sudi berkongsi duit dengan suami....

Saya nasihatkan dia, cuba2lah semak balik buku kursus kahwin... kalau tak jumpa, usahakanlah cari info bab2 nafkah...

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Saya sendiri masih menuntut bab-bab ni dari macam-macam sumber. Kalau dulu saya tak kisah dan tak berkira tentang nafkah, tetapi sekarang saya sedar hak saya senagai seorang isteri. True, I'm an independent person, unfortunately just the sake of my +ve attitude, I have contribute this lack of 'nafkah' unawareness, towards my husband!!!


I'm the MAIN bread winner of the family for the past few years. (I know I'm not alone out there, saya selalu baca artikel yg Pn Rohimah forward sedikit masa dulu, dan saya salute dia!) Until now I still respect my husband, but these few months I realized people should not take advantage on me, not even my husband. Sebelum lemak di perut menebal, saya ingatkan suami akan tanggungjawap dia and of course I support him from behind. Untuk apa itu semua? Tak lain tak bukan tujuannya supaya kami bahagia dan hidup dengan rukun dan damai.

Ada sesetengah suami, saya tak kata semua, ya... dapat isteri yang bekerja or bergaji lebih, lupa or buat-buat lupa menunaikan hak isteri.
Yelah, isteri dah berduit sendiri, pada dia tak perlu diberi duit. Salah tu.... Perlu diingatkan walaupun isteri bekerja, suami tetap wajib beri nafkah pada isteri, walau cuma RM50 sebulan (untuk kegunaan isteri, bukan untuk beli barang dapur, ya...). Isteri berhak menuntutnya nafkah zahir ini, dan jika suami ingkar, isteri boleh mengadu atau buat laporan... (bukan utk bercerai, ya.... tapi mengadu yang suami gagal beri nafkah pada isteri). Alhamdulillah, saya masih belum sampai ke tahap bab-bab mengadu nih...

Suami juga tiada hak atas duit isteri. Jika dia menggunakan duit isteri tanpa izinnya (atau tanpa rela), HARAM hukumnya. Kalau masa berbelanja barangan dapur atau keperluan lain, jika suami ckp "guna duit awak dululah, nanti abang ganti.".... suami WAJIB ganti sebab itu dah jatuh hutang, unless si isteri menghalalkan. Jangan pandang remeh soal nafkah, kerana ia melibatkan dosa pahala.

Hidup suami isteri kena ada give & take... Tapi saya perhati kebanyakkan kepincangan rumahtangga berpunca dari soal nafkah zahir & batin. Kenalah ingat, jika isteri gunakan duitnya untuk perbelanjaan keluarga, isteri itu dapat pahala sedekah, tapi tidaklah bermakna suami boleh lepas tangan kerana nafkah zahir TETAP tanggungjawab suami.

Saya sedar, sesungguhnya tanggungjawab suami amat berat, sebab itulah saya saling ingat-mengingatkan. Jika suami gagal menunaikan nafkah dan jika terdetik di dalam hati yang saya tidak redha dengan apa yang berlaku, automatically dah jatuh berdosa. Sebagai isteri yg diizinkan bekerja, saya bantulah apa yang patut untuk meringankan beban suami.

Saya menulis supaya isteri-isteri di luar sana sedar akan HAK-HAK isteri dalam perundangan ISLAM & PERKAHWINAN. Memang ramai isteri kurang sedar akan hak-hak mereka, sebab dulu saya pun jahil, tak tahu.

Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri ini berdasarkan perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Firman Allah yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan orang yang disempitkan rezekinya maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

Ayat itu menjelaskan suami wajib menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk isteri secukupnya, berdasarkan kemampuan tanpa lokek atau berlebih-lebihan. Jika suami tidak menjalankan tanggungjawabnya atau nafkah yang diberi tidak mencukupi sedangkan dia mampu maka isteri boleh mengambil daripada harta suami dengan cara yang makruf walaupun dia tidak mengetahuinya.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Hindun binti Utbah, isteri Abu Sufyan mengadu kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang yang kedekut. Dia tidak memberi nafkah kepadaku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya. Baginda menjawab: Ambillah apa yang mencukupi untukmu dan anakmu dengan cara yang makruf.”

Pemberian nafkah boleh dilakukan dengan cara suami menyediakan segala yang diperlukan isteri dan anaknya atau suami memberikan wang kepada isteri untuk membeli keperluannya. Jika suami sudah sediakan nafkah wajib ke atasnya, wang tidak perlu diberikan lagi.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kepada yang belum bernikah, bawa-bawalah bincang soal nafkah awal-awal. Siapa sapa nak bayar kereta, rumah, bil-bil, barang dapur dll, supaya tidak timbul masalah setelah kahwin. Sekarang, clause taklik (masa nikah tu) boleh ditambah ikut keperluan pasangan itu sendiri utk kebaikan bersama....


Butiran selanjutnya ...

Nafkah pengikat kasih

Ikut keperluan, situasi

NAFKAH adalah perkara asas dalam sebuah keluarga yang membawa kepada kesejahteraan, kecemerlangan dan keutuhan institusi berkeluarga. Tanpanya, ia mengakibatkan kehidupan rumah tangga terumbang-ambing.


Isu nafkah, walaupun tidak diberikan perhatian oleh sesetengah pihak, sama ada menganggapnya perkara remeh atau sengaja ingin lari daripada tanggungjawab, sebenarnya satu topik asasi dalam kehidupan.

“Hendaklah orang yang mampu, memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, hendaklah ia menafkahkan dari apa yang diberikan Allah kepadanya; Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar yang diberikan Allah kepadanya. Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” (At-Talaaq:7)

Persoalan nafkah diterangkan di dalam al-Quran seperti dalam petikan ayat berkenaan, tetapi bagi sesetengah masyarakat disebabkan tiada fokus pada isu terbabit menyebabkan mereka gagal memahami maksud dan konsep nafkah.

Nafkah itu apa dan siapa yang sepatutnya memberi serta menerima nafkah? Bagaimana kedudukannya jika tidak diberikan nafkah, bolehkah diambil tindakan dan apakah tindakan permulaan?

Pensyarah Kanan, Pusat Pemikiran dan Pemahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Norhidayah Mohd Hashim, berkata perkara ini memang jelas disebut khusus di dalam al-Quran, malah Rasulullah s.a.w juga ada menyatakannya.

Menurutnya, ruang lingkup nafkah sangat besar, bukan terbatas pada wang ringgit saja, malah merangkumi semua keperluan, termasuk makanan, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan.

“Mengikut pendapat ahli fiqah, seperti Ibnu Qudamah, nafkah ialah sesuatu yang dibelanjakan oleh suami untuk melengkapkan apa saja keperluan isteri, termasuk dalam aspek makan, minum dan pakaian.

“Imam Nawawi mengatakan, makanan dan pakaian itu mengikut musim, termasuk tempat tinggal seperti rumah, tempat duduk seperti sofa dan jika perlu selimut, selimut itu nafkah.

“Demikian juga, jika isteri perlu syampu, syampu itu juga perlu disediakan dan itulah nafkah,” katanya sambil menegaskan, seorang suami wajib memberikan nafkah dalam apa saja keadaan kepada isterinya.

Beliau berkata, sekiranya seorang lelaki berkahwin dengan wanita berada yang tidak biasa melakukan kerja rumah, mencari dan mendapatkan orang gaji itu juga termasuk nafkah.

“Isteri yang bergaji besar juga perlu diberikan nafkah, kecuali isterinya mengatakan tidak mengapa sekiranya tidak diberikan padanya,” katanya.

Nurhidayah berkata, begitupun seorang suami wajib memberikan nafkah sekadar termampu.

“Walaupun anak Datuk, Tan Sri tetapi sekiranya suami tidak mampu menyediakan yang lebih selesa, seperti menyediakan orang gaji, si isteri kena reda.

“Nafkah diberi secara berpada, misalnya mengikut keperluan dan situasi. Jika wang ringgit mahu dinilaikan jumlahnya, ia boleh dinilai mengikut keadaan semasa dan lokasi tempat tinggal.

“Tetapi bagi isteri nusyuz (iaitu melakukan perkara yang dianggap menderhaka pada suami), mereka tidak layak menerima nafkah,” katanya.

Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Dr Mohd Naim Mokhtar, berkata jika tidak mengetahui nafkah itu tanggungjawab siapa, masyarakat akan menjadi kelam-kabut.

“Mengikut peruntukan undang-undang, tanggungjawab nafkah terletak pada suami dan isteri berhak menuntutnya di mahkamah jika suami tidak memberikan nafkah kepadanya.

“Nafkah isteri bermula daripada akad nikah. Dalam konteks nafkah kita perlu pada isteri dan ibu-ibu bertindak. Allah sudah mengatakan atas diri kita ada hak.

“Jika suami masih abai tanggungjawab, isteri kena ubah, tegur dan bertindak untuk mendapatkan keadilan,” katanya sambil memberikan ingatan kepada masyarakat: “Banyak rumah tangga terkorban kerana nafkah.”

Kes berkaitan nafkah antara kes utama difailkan di Mahkamah Syariah, sama ada berkaitan nafkah ke atas isteri atau anak-anak.

“Nafkah suatu kewajipan secara umum berkaitan fizikal, jika tidak diberi berlaku kezaliman dan tiada keadilan.

“Satu lagi mengenai nafkah adalah berbentuk spiritual. Sebenarnya undang-undang saja tidak boleh menyelesaikan masalah manusia. Ini kerana dalam undang-undang tidak menyebut mengenai kasih sayang.

“Kita lihat hari ini, walaupun anak isteri diberikan banyak wang, diberikan kad kredit, mereka masih ke mahkamah (kerana berasa terabai).

“Ada kebelakangan ini persoalan kasih sayang yang berkaitan nafkah dan yang ini perlu kepada pindaan,” katanya.

Sumber: HMetroOnLine

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20070921103657/Article/indexv_html


Butiran selanjutnya ...

Pesan Rasulullah

Nabi bila pesan kepada wanita; agar taat dan menghormati hak-hak suami.
Nabi bila pesan pada lelaki; agar berbuat baik dan berlemah-lembut dengan isteri.
Lelaki dijadikan kuat; agar ditaati dan dhormati.
Wanita dijadikan lembut dan lemah; agar dikasihi dan diperlaku baik.
Anak dilahirkan tanpa tahu apa-apa; agar dididik kedua ibubapanya.
Anak dilahirkan lemah dan kecil; agar dikasihi dan dibelai.

Sebahagian orang diluaskan rezeki, agar menafkahkan sebahagian harta kepada yang miskin.
Dunia dijadikan sempit agar manusia selalu ingin keluar darinya.
Mati dijadikan dekat agar manusia sentiasa ingatkannya.

Quote by: abumuaz fdb, ibu group


Butiran selanjutnya ...

Khamis, November 29, 2007

INFO SIHAT : Rahsia Pemakanan Cendekiawan Islam


Seperti yang kita sedia maklum, makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak. Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas.

Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga mempunyai rahsia dan formula makanan mereka tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain ini cuba diketengahkan kembali. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1. MADU

  • Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit.
  • Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
  • Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
  • Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang, dan bermesyuarat.

2. KISMIS
  • Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
  • Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.

3. SUSU SEGAR

  • Susu berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Ia mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak, dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
  • Susu merupakan makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh badan iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
  • Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

4. TELUR

  • Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
  • Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.
  • Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
  • Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan masih baru.

5. HALIA

  • Ia sangat mujarab untuk mengelak sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

6. LIMAU OREN

  • Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
  • Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7. DAGING BURUNG MERPATI

  • Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
  • Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

8. DAGING AYAM
  • Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
  • Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

9. DAGING BIRI-BIRI

  • Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.

10. HATI (NB : iya ke…?)
  • Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

11. KEKACANG
  • Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
  • Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang tinggi.

12. BUAH BADAM

  • Untuk meningkatkan kecerdasan.

13. KEMENYAN PUTIH
(Kemenyan Serani/Luban/Kundar)
  • Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula

14. BUNGA KUBIS

  • Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.

15. BUNGA CENGKIH

  • Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecergasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.

16. LABU

  • Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan untuk memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

17. BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

  • Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

18. MINYAK SAPI

  • Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
  • Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.

19. SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR

  • Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori

Sumber : Majalah estidotmy keluaran Mac 2007 - Ruangan Fakta Menarik

Butiran selanjutnya ...

Rahsia jadi isteri solehah

ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.

Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami.
Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

Sumber: HMetro OnLine


Butiran selanjutnya ...

Suami mithali idaman isteri


SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi?

Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa. Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan oleh Dato' Fadilah Kamsah ini, ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik.

Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan.

Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri.

Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.

Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat.

Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Gurau senda

Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Bertanya khabar

Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Menghiburkan

Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Makan bersama

Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Mandi bersama

Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Hulurkan bantuan

Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Bermesyuarat

Hah! Jangan ingat mesyuarat cuma ada di pejabat saja... Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Penampilan

Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil?

14. Mendidik mengikut syariat

Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

15. Nafkah, nafkah, nafkah, jangan lupa!

Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Penawar

Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Mesti muslim

Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Menyimpan rahsia

Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Memuliakan keluarga

Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Cemburu itu wajib!

Bentukkan sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Pemaaf

Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami apabila suami redha kepadanya. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur

Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Ikut sunnah sedaya upaya

Gunakan Rasulullah SAW sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Utamakan pasangan

Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.

25. Ingat-mengingati

Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintailah tanpa syarat

Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Positif

Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Perihatin

Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Matang

Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memulia dan menghormati wanita

Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.




Sumber: MHetro 2007/11/22

Butiran selanjutnya ...

Stres di pejabat

SATU ketika dalam kerjaya anda pasti mengalami burnout iaitu situasi kehabisan tenaga atau dalam lain perkataan, anda sudah tidak kuasa lagi. Kalau diberikan pilihan antara jatuh sakit dengan pergi ke tempat kerja, pada saat itu anda pastinya memilih kesakitan.

Fikir anda, itu jauh lebih baik daripada berdepan dengan bos, melihat wajah rakan setugas, pelanggan mahupun meja dan komputer di pejabat.

Kamus Merriam-Webster's Collegiate mendefinisikan burnout sebagai kehabisan kekuatan fizikal dan emosi atau dorongan yang selalunya berpunca daripada stres atau kekecewaan berpanjangan. Tidak kurang juga yang mengenal-pasti pekerjaan sebagai penyebab stres No. 1 dalam kehidupan mereka berbanding lain-lain pencetus seperti masalah kewangan mahupun keluarga.

Stres pekerjaan merupakan respons fizikal dan emosional yang terjejas apabila kehendak tugasan tidak dapat disesuaikan dengan keupayaan, sumber atau keperluan kakitangan kerajaan mahupun swasta. Regangan berikut boleh anda amalkan di pejabat.

1 - Regangan jari

Kerja kuat nampak. Bagi mengelakkan jari anda sakit dan haus, berhenti sekejap untuk melakukan regangan setiap 20 hingga 30 minit. Sekiranya anda memperuntukkan banyak masa menggenggam pen atau menaip papan kekunci, mulakan dengan regangan jari. Luruskan jari-jemari dan jarakkannya sehingga berasa regang, kekalkannya selari dengan pergelangan tangan (kiri). Tahan kira-kira 10 saat. Kemudian, bengkokkan buku jari hujung dan pertengahan (kanan), letakkan tangan dan pergelangan tangan dalam kedudukan yang sama. Biarkan selama 10 saat. Relaks dan ulang.

2 - Menggaru belakang

Capai belakang kepala dan letakkan tangan di atas belakang. Pastikan lengan rapat dengan telinga. Pegang siku dengan tangan bertentangan, tarik ke belakang kepala dan capai tangan ke arah tengah belakang sehingga terasa regangan lembut. Tahan 10 ke 15 saat. Relaks. Ulang bahagian sebelah.

3 - Regangan lengan dan bahu

Tekan kedua-dua tangan jauh dari badan untuk meregangkan lengan dan bahu. Taut jari-jemari anda secara songsang. Luruskan lengan di hadapan anda. Tahan 10 ke 20 saat. Rehat. Ulang regangan ini dua, tiga kali.

4 - Regangan dada

Tautkan jari di belakang kepala, bawa siku sejauh mungkin sehingga terasa otot-otot meregang. Tahan 20 saat. Relaks, ulang.

5 - Regangan sebelah leher

Pandang ke depan. Miringkan kepala ke kanan, sentuhkan telinga ke bahu. Tahan 10 ke 15 saat. Tegakkan semula kepala. Relaks. Ulang tiga, lima kali sebelum ke kiri.

6 - Pusing kepala

Hadapkan muka ke depan. Perlahan-lahan, pusingkan kepala dan pandang ke sebelah sehingga dagu selari bahu. Pastikan bahu tetap tegak. Tahan lima ke 10 saat. Kembali ke kedudukan asal, relaks. Ulang dua kali setiap bahagian.

7 - Melipat dagu

Menghadap ke depan. Luruskan badan, turunkan dagu mencecah ke dada sehingga berasa regangan sepanjang belakang leher. Tahan lima ke 10 saat. Relaks dan kembali ke asal. Ulang dua, tiga kali.

8 - Mengangkat bahu

Bawakan kedua-dua belah bahu ke arah telinga perlahan-lahan. Tahan tiga ke lima saat, pusing bahu ke belakang dan bawah. Relaks. Ulang lima ke 10 kali.

9 - Regangan belakang

Duduk di kerusi dengan meninggalkan sedikit ruang dengan tempat bersandar. Silang kaki kanan ke atas kaki kiri. Letakkan tangan kiri atas lutut kanan, tarik ke kiri perlahan-lahan. Dalam masa sama, pusingkan kepala dan bahu ke kanan.

Butiran selanjutnya ...

Rabu, November 28, 2007

Semarakkan cinta pudar


MEMBINA semula cinta yang sudah pudar tidak sesukar yang dijangka jika tahu mengembalikan rasa cinta dan sifat romantis. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, suasana romantis juga harus dipertahankan. Romantis pada saat sudah membina rumah tangga tentu tidak jauh berbeza daripada saat bertemu janji dengan kekasih dulu bukan?


Ada pelbagai cara mengungkapkan cinta termasuk menyelitkan sentuhan istimewa yang lain daripada kebiasaan misalnya menyediakan makan malam dalam suasana penuh romantik bertemankan kehangatan lilin dihias indah.

Keluar menonton wayang bersama juga dapat mengeratkan kasih sayang.

Jika terasa cinta kian pudar, usah sekali-kali menjauhkan diri. Tiada siapa yang merasakan getar dan pupus cinta itu kecuali anda dan pasangan.

Bahkan bijak pandai mengatakan, untuk merosakkan sesuatu hubungan begitu mudah sedangkan membina dan mempertahankannya semula adalah detik yang begitu mencabar.

Cinta dan perasaan kasih harus diperlihatkan manakala ungkapan sayang haruslah tiada hentinya. Barangkali peluang tidak sering datang bergolek dalam hidup ini.

Usah terlepas peluang untuk merasakan bahawa anda begitu menyayangi seseorang. Lontarkan kata-kata indah yang akan dikenang sepanjang hayat oleh si dia. Justeru, bagaimana caranya?

1. Berilah pujian-pujian kepada pasangan anda

Pujian haruslah diberikan dengan sejujurnya. Bukan bermakna anda memerhatikan segala kelebihannya saja malah menyuntik rasa bangga serta harga dirinya sebagai seorang isteri. Sedar atau tidak, dengan memberi pujian kepada pasangan, anda juga akan membuatkan hari anda berdua terasa berbeza.
Jika si dia mempunyai kelebihan dari segi fizikal, apa salahnya memuji. Begitu juga kepandaian si isteri memasak atau kepandaian suami dalam tugasan sehariannya. Usah lupa bersikap positif kerana ia akan membuatkan hubungan perkahwinan serta kasih sayang semakin mendalam.

2. Memberi bunga

Bukan hanya pada peristiwa tertentu seperti ulang tahun perkahwinan atau hari lahir, kiriman bunga buat si dia mampu memberikan kehangatan cinta yang hampir pudar. Kirimkan bunga pada bila-bila masa saja malah anda boleh meletakkannya di atas tempat tidur. Lebih terasa apabila sesekali ia disertai kad ucapan berisi ungkapan betapa besar cinta anda dan betapa bererti dirinya. Jika anda bimbang cara ini membosankan, kiriman bunga itu boleh diselang-seli dengan hadiah lain terutama apabila hadiah itu sesuatu yang sangat diimpikan si dia.

3. Perlakukan dia seperti seorang puteri

Luangkan waktu supaya anda boleh bermesra dengan isteri atau suami. Tidak salah mengajak pasangan anda menonton tayangan filem lewat malam ketika anak-anak sudah terlelap. Anda juga boleh mengajaknya makan malam di tempat romantis. Makan malam biasa di rumah pun boleh diselitkan dengan suasana romantis. Ditemani lilin yang memancarkan cahaya suram dengan alunan muzik yang lembut pasti menjadikan suasana agak luar biasa.

Suasana romantis memang sangat diperlukan apabila diri mencintai seseorang. Dalam perkahwinan misalnya, romantis memang berkait erat dengan keutuhan sesebuah rumah tangga. Jika suasana romantis sering dihidupkan dalam suasana perkahwinan, hubungan suami isteri pasti semakin hangat. Dari segi seksual juga tidak terkecuali, malah saat itu anda berasa perkara paling mengghairahkan adalah suami atau isteri yang paling romantis.

4. Buat kejutan

Dalam usaha meraih cinta si dia, lakukan sesuatu yang mungkin dianggap mengejutkan pasangan anda. Misalnya, sesekali tunjukkan kepandaian memasak resipi istimewa untuk si dia. Biarpun selama ini si isteri yang biasa memasak, katakan pada hari itu bahawa anda ingin mencuba resipi terbaru.

Biarkan si isteri bersantai dengan membaca akhbar atau melakukan hobi yang digemarinya. Berilah kesempatan padanya untuk bersantai bersama rakannya seperti membeli-belah dan seumpamanya manakala anda pula melakukan kerja rumah.

Jika sebelum ini hanya si isteri yang bergelumang di dapur dengan menyediakan sarapan untuk anda, sesekali anda pula mengambil alih. Tentunya sesuatu yang tidak pernah dicuba akan membuat si isteri berasa bahagia.

Jika diaju kata-kata: “Abang dah buang tabiat ke?” atau pelbagai kata-kata sindiran lain, usah ambil peduli. Apa yang penting, hatinya bahagia, begitu juga diri anda apabila melihat si dia gembira dan bahagia.

Sumber: HMOnLine

Butiran selanjutnya ...

Isnin, November 26, 2007

Soda and drinks Guidelines


Some experts are saying that the new school soda and drink guidelines from The Alliance for a Healthier Generation, William J. Clinton Foundation, American Heart Association, and beverage industry leaders to limit soda and other high calorie drinks in schools are a good first step in the battle against child obesity.

Many others think that much more needs to be done and that the guidelines may not go far enough though. For example, although the guidelines ban no sugar added juice, these drinks still have a lot of calories in them and diet soda, which also isn't included in the ban, will likely become the new favorite drink among high school students. Although they won't be getting a lot of calories from diet soda, high schoolers still won't be getting any nutrition from these drinks either, which they might if these drinks were banned altogether and kids were just encouraged to drink low fat milk.

If you don't think that these guidelines go far enough or don't want to wait until they go into effect in a few years, why not consider choosing your own healthy soda and drink guidelines for your family? Educating your kids about what they should be drinking is especially important because many kids can bypass guidelines about what is sold at schools by making unhealthy choices in other places, such as when they go to the store, are out to eat, or at a friends house, etc.

Healthy drink choices for your family, which you can also start at home to set a good example, might include:

1) Drink milk. How much milk should your kids be drinking? Keep in mind that the American Academy of Pediatrics recommends that children:

  • 1-3 years old get about 2 servings of milk (low fat milk after age 2 years)
  • 4-8 years old get about 3 servings of low fat milk
  • 9-18 years old get about 4 servings of low fat milk

2) Limit juice to 100% fruit juice, which is usually going to have less sugar and more vitamins and nutrients than other fruit drinks. Keep in mind that even 100% fruit juice has a lot of sugar in it, there is just no extra sugar added, and they can have almost 100 calories per 6 ounce serving. As far as juice, the AAP recommends that you be much more limiting. Among the recommendations of the from the AAP are that:

  • when you give your child juice, it should be 100% pasteurized fruit juice and not fruit drinks
  • infants under 6 months of age should not be given juice
  • younger children aged 1 to 6 years should have only 4-6 ounces of juice a day
  • older children should be limited to 8-12 ounces of juice a day
  • instead of juice, children should be encouraged to eat whole fruits

3) Drink water.

4) Avoid soda, fruit drinks, sports drinks (unless your child is actively involved in a sporting activity at the time) and other sugary, high calorie drinks.

5) Teach your kids about serving sizes. For example, while a bottle of Gatorade might say it has 50 calories per serving, it is important to keep in mind that a single serving is supposed to be just 8 ounces. Since these and many other drinks, such as fountain drinks you can by at convenience stores, can often be bought in much larger 32 ounce or even 64 ounce servings, you can get a lot more calories than you think if you drink the whole thing.

6) Limit the amount of money that you provide for your kids and which they could use in school vending machines or after-school to buy soda, diet soda, and juice.

7) Remember that when you are choosing what to drink, you aren't simply looking at calories and sugar. Getting other vitamins and minerals from your drinks is important too, such as the calcium, vitamin D, and Vitamin A you get from milk and fortified orange juice. Or the Vitamin C you can get from 100% fruit juice.

8) Avoid caffeine.

9) Talk to your kids about what they are drinking at school. Many parents are surprised that their kids are buying soda or juice in between classes from vending machines or coffee on the way to school. Talking to your kids about how to make healthier choices and your expectations for what they should be drinking can help make sure they choose healthier things to drink, like low fat milk and water.

Our list of Common Drink Choices for Kids can help you compare some common drinks that kids like to drink and good choices. Obviously, with the extra sugar and calories, the chocolate milk would not be a good choice. And even though they don't have any fat, the Coca Cola Classic and Minute Maid Coolers have a lot of sugar in them. Comparing the drinks, you can see that the low fat milks, 100% fruit juice, and water would be the best choices.

10) Keep a drink diary to get a good idea of what your kids are actually drinking each day. Many kids get way too many calories from things they drink, including fruit drinks, tea, and soda. A drink diary can help you figure out how many calories your child is getting each day from milk, juice, etc., and why they are overweight.

Calories in Drinks

Common Drink Choices for Kids

Drink

Serving Size

Fat

Sugar

Calories

Whole Milk

8oz

8g

11g

150

2% Milk

8oz

5g

12g

120

1% Milk

8oz

2.5g

12g

100

Skim Milk

8oz

0g

12g

80

Hershey's Choc Milk

8oz

4.5g

30g

200

Gatorade Thirst Quencher

8oz

0g

14

50

Coca Cola Classic

8oz

0g

27g

97

Crystal Light Lemonade

8oz

0g

0g

5

Tropicana Healthy Kids Orange Juice

8oz

0g

22g

110

Diet Coke

8oz

0g

0.1g

1

Minute Maid Coolers

6.7oz

0g

27g

100

Minute Maid 100% Apple Juice

6.7oz

0g

21g

100

Water

8oz

0g

0g

0


Info : http://pediatrics.about.com/od/nutrition/a/06_drink_gdlnes.htm

Butiran selanjutnya ...

Sirkumsisi cegah penyakit


SEBATANG pokok pisang, kain putih sepanjang lima hasta, seekor ayam jantan, buyung air dan sirih pinang pada cuti penggal persekolahan hujung tahun.

Mungkin anda belum menangkap apa maksudnya. Tetapi kalau disebut tok mudim? Ia boleh bikin kanak-kanak kecut perut mendengarnya.

Tidak kurang juga yang teruja dan tidak sabar-sabar lagi hendak mengalami satu pengalaman yang menjadi tanda alam kedewasaan mereka.

Satu ketika dahulu, berkhatan atau bersunat diiringi dengan majlis kenduri-kendara yang meriah sekampung.

Dalam pakaian yang dihias cantik, kanak-kanak lelaki Melayu Islam yang berusia lingkungan 10 ke 12 tahun akan diarak keliling desa persis pengantin sahaja lagaknya.

Mereka siap didudukkan atas pelamin dan tetamu diberikan bunga telur. Budak yang akan disunatkan itu kemudiannya disembur dengan air.

Selesai memotong ‘anu’, tukang sunat akan mengambil ayam jantan dan disuakan kepada alat kelamin kanak-kanak itu. Kononnya, jika tengkok ayam kembang itu menandakan budak itu garang dan akan beristeri ramai.

Namun kini, kebanyakan masyarakat Melayu lebih gemar menghantar anak-anak mereka bersunat di hospital mahupun klinik yang dikatakan lebih selamat kerana dilakukan oleh doktor yang berkemahiran, selain cepat sembuh.

Malah, ia turut meraih minat keturunan lain untuk melakukan prosedur yang banyak dikaji oleh para saintis dunia kerana manfaatnya yang turut dikaitkan dengan pengurangan risiko jangkitan HIV/AIDS.

Topik berkhatan kebiasaannya jarang dibincangkan dalam masyarakat umum dari sudut saintifik memandangkan ia adalah satu amalan yang sebati dengan sesuatu masyarakat terutama sekali atas dasar agama ataupun adat resam.

Untuk artikel ini, perbincangan berkhatan merujuk kepada berkhatan ke atas kaum lelaki sahaja. Topik berkhatan di kalangan kaum wanita adalah satu topik dan isu yang amat berlainan sekali.

Dalam sejarah peradaban manusia, bukti pertama khatan atau istilah perubatannya disebut sebagai sirkumsisi, didapati pada lukisan dinding Mesir purba yang melewati 5,000 tahun usianya.

‘‘Berkhatan adalah satu prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan sebahagian atau keseluruhan selaput kulit yang menutupi zakar (kulup/kulit khatan).

‘‘Ia merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit yang menjadi tempat pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan,’’ kata Pakar Perunding Bedah Am, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

Menurutnya, tanpa khatan, bahagian di bawah kulit yang menutupi kepala zakar akan menjadi tempat takungan berjenis-jenis kuman dan ini meningkatkan risiko mendapat pelbagai jangkitan penyakit.

Kadangkala keadaan ini akan mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan.

Ujar beliau lagi, lebih kurang satu per lima lelaki di seluruh dunia telah menjalankan khatan, kebanyakannya atas sebab keagamaan dan adat resam yang kebiasaannya dilakukan sejurus selepas kelahiran ataupun di sekitar umur akil baligh.

Walaupun kadangkala bersunat ke atas orang dewasa dilakukan atas sebab-sebab keagamaan, kebiasaannya ia dilakukan bagi tujuan kesihatan.

‘‘Buat masa ini, lebih kurang 80 peratus lelaki di Amerika Syarikat telah pun berkhatan kebanyakannya atas alasan selain dari keagamaan.

‘‘Peratus berkhatan di kalangan bayi yang baru lahir menurun dari 90 peratus di tahun-tahun 1950-an ke sekitar 60 peratus sahaja masa kini,’’ ujar beliau.

Sementara itu, di Korea, lebih dari 90 peratus kaum lelaki telah pun berkhatan, kebiasaannya dilakukan sewaktu umur belasan tahun dan 20-an.

Khatan di kalangan masyarakat Arab berbeza dengan masyarakat di Malaysia kerana kebanyakan masyarakat padang pasir itu memilih untuk mengkhatankan anak mereka ketika baru lahir atau ketika mencapai usia tujuh tahun.

Sebab-sebab berkhatan tergolong kepada tiga kumpulan:

1. Atas sebab kesihatan

2. Untuk mengelakkan sesuatu penyakit

3. Atas dasar agama

Berkhatan atas sebab kesihatan

1. Kulit zakar yang tidak dapat ditarik ke belakang

Boleh dikatakan semua bayi yang baru lahir mempunyai kulit zakar yang meliputi kepala zakar dan ia tidak dapat ditarik ke belakang.

‘‘Ibu bapa tidak seharusnya cuba menarik kulit ini untuk mencuci kepala zakar sebelum kulitnya benar-benar lembut dan boleh ditarik ke belakang dengan mudah.

‘‘Tarikan kulit yang belum bersedia dengan kuat boleh menyebabkan kecederaan kepada zakar itu sendiri,’’ kata Dr. Abd. Hamid.

Tambahnya, lebih kurang 50 peratus kanak-kanak yang berumur 1 tahun akan mengalami ada kulit zakar yang tidak dapat ditarik ke belakang ini.

Sementara itu, 30 peratus kanak-kanak berusia 2 tahun, kanak-kanak 4 tahun (10 peratus) dan kanak-kanak 10 tahun (lebih kurang 5 peratus) mengalami masalah yang sama.

Ada peratusan kecil orang dewasa yang mempunyai kulit zakar yang tidak dapat ditarik ke belakang dan mereka ini mempunyai risiko untuk menghidap fimosis.

Pada umumnya, kulit zakar yang tidak dapat ditarik ke belakang bukanlah satu penyebab kesihatan atau perubatan untuk berkhatan.

2. Fimosis

Dr. Abd. Hamid berkata, penyakit ini melibatkan pembukaan (mulut) kulit yang melitupi kepala zakar, mengecut dan menyebabkan kulit zakar tidak dapat ditarik ke belakang.

‘‘Jika kulit itu normal dan ketidakbolehan kulit ditarik ke belakang tidak mengganggu proses membuang air kecil, hubungan kelamin ataupun tidak menyebabkan jangkitan kuman yang berulang, maka keadaan ini tidak memerlukan berkhatan.

‘‘Kadangkala, di tepi kulit yang melitupi kepala zakar (kulit khatan) ada kesan parut yang putih dan keras rasanya dan tidak akan berlipat jika kulit zakar ditarik ke belakang.

‘‘Perubahan pada tepi kulit yang disebut di atas diberi nama Balanitis Xerotica Obliterans, yang boleh bertukar menjadi kanser jika tidak dibedah. Berkhatan amatlah perlu dalam keadaan ini,’’ jelasnya.

Antara 1 hingga 1.5 peratus kanak-kanak lelaki akan menghidap keadaan ini sampai umur 17 tahun. Gejala-gejala atau tanda-tanda yang akan dihadapi adalah seperti berikut;

* Gangguan atau pendarahan dari tepi kulup

* Pedih atau sakit sewaktu membuang air kecil (disuria)

* Air kencing tersumbat (akut atau kronik)

3. Balanopostitis akut

Keadaan ini melibatkan keradangan pada kulup di mana ia akan menjadi merah, bengkak dan bernanah dari celah kulit khatan dan kepala zakar/glan.

Kadangkala keseluruhan zakar akan menjadi bengkak dan radang. Antara 3 hingga 10 peratus kanak-kanak lelaki akan menghidapi penyakit ini.

Balanopostitis boleh menjadi petanda awal kepada mereka yang menghidap penyakit diabetes.

Jika tidak terdapat penyakit sistemik di sebalik balanopostitis, penjagaan kebersihan kepada zakar, ubat-ubatan penahan sakit, mungkin juga antibiotik dan mengelak dari menarik kulit zakar ke belakang sudah mencukupi untuk merawat penyakit ini dalam kebanyakan kes yang akan pulih tanpa apa-apa intervensi yang lain.

Bersunat akan dilakukan di dalam kes-kes yang berulang dan susah untuk pulih dengan tatacara yang disebutkan di atas.

4. Parafimosis

Keadaan ini terjadi apabila kulup ditarik ke belakang dengan kuat sekali dan melepasi sempadan glan dan batang zakar (korona) tanpa dapat ditarik balik ke hadapan semula.

‘‘Kulit khatan yang tersangkut itu akan menjadi jerat di sekeliling batang zakar dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

‘‘Keadaan ini kadangkala dapat dirawat dengan memicit glan supaya ia mengecil dan menyelinap ke belakang melepasi jerat yang terbentuk oleh kulit khatan.

‘‘Jika ini tidak berjaya tanpa bius kerana kesakitan, maka rawatan pemulihan parafimosis sebegini harus dilakukan dengan pembiusan umum,’’ kata Dr. Abd. Hamid. Khatan amat jarang diperlukan untuk merawat parafimosis.

MENGELAK dari dijangkiti penyakit-penyakit tertentu adalah sebab kedua diberikan untuk berkhatan walaupun buat masa ini, bukti saintifik berkaitan dengannya tidak begitu kukuh.

Amalan berkhatan adalah lebih dipengaruhi oleh adat resam sesuatu masyarakat walaupun masyarakat Barat amat susah untuk menerima kenyataan ini.

1. Kanser zakar

Kanser zakar adalah satu penyakit yang amat jarang berlaku. Pada awal kurun yang lalu, ia langsung tidak pernah dijumpai di kalangan orang-orang lelaki yang sudah berkhatan.

Sungguhpun begitu, kata Dr. Abd. Hamid, terdapat bukti yang menyatakan bahawa berkhatan hanya dapat mengelakkan dari kanser zakar jika ia dilakukan semasa peringkat kanak-kanak, tidak jika dilakukan semasa dewasa.

‘‘Penjagaan kebersihan diri yang rendah, merokok dan pendedahan kepada Virus Ketuat yang bernama Human Papilloma Virus (HPV) meninggikan risiko terjadi kanser zakar sama seperti tidak berkhatan.

‘‘Bagi mereka yang sudah berkhatan, risiko untuk dijangkiti Virus HPV pada zakar adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang tidak berkhatan.

‘‘Ini menjadikan risiko mendapat kanser zakar bagi lelaki yang berkhatan dan lelaki yang tidak berkhatan lebih kurang sama sahaja,’’ jelas beliau.

Kesimpulannya, berkhatan yang rutin tidak dapat dilakukan atas alasan mengelak dari penyakit kanser zakar.

2. Penyakit yang ditularkan melalui hubungan seks/penyakit kelamin (STDs)

Dr. Abd. Hamid memberitahu: ‘‘Penyakit kelamin yang menyebabkan ulser pada organ-organ kelamin seperti sifilis, syankroid dan herpes simpleks kerap terjadi pada lelaki yang tidak berkhatan.”

Walau bagaimanapun, uretritis atau keradangan pada saluran air kencing yang melalui batang zakar (penis) yang disebabkan oleh kuman-kuman gonorea dan bukan gonorea adalah lebih kerap terjadi pada orang-orang berkhatan jika dibandingkan dengan lelaki-lelaki yang tidak berkhatan.

Begitulah juga dengan ketuat zakar. Risiko jangkitan kulat oleh kuman kandida pula adalah sama bagi kedua-dua kumpulan lelaki ini.

Tetapi, lelaki yang berkhatan adalah lebih mudah untuk mendapat gejala dari jangkitan ini dan mereka lebih berisiko menjangkiti pasangan kelamin mereka.

Terdapat tatacara dan teknik-teknik lain yang lebih efektif dari berkhatan di dalam mengurangkan risiko jangkitan STDs seperti penggunaan kondom dan amalan seks yang selamat.

Kesimpulannya, bersunat tidak dapat dijadikan satu cara yang kukuh untuk mengelakkan lelaki dari dijangkiti STDs.

3. Jangkitan Human immunodeficiency virus (HIV)

Terdapat pandangan yang bercanggah di dalam isu berkhatan mengelakkan jangkitan HIV.

Di dalam artikel British Journal of Urology baru-baru ini, para penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat hubungkait di antara tidak berkhatan dengan risiko jangkitan HIV.

Walau bagaimanapun, terdapat satu artikel di dalam British Medical Journal yang membuat kesimpulan sebaliknya.

Berkhatan mungkin sesuai sebagai pembedahan rutin untuk mengelak jangkitan HIV di kalangan masyarakat yang mempunyai insiden HIV yang tinggi seperti di Sub-Saharan Afrika.

Dalil saintifik masa kini tidak mencukupi untuk mengesyorkan berkhatan secara rutin sebagai tindakan pencegahan jangkitan HIV di United Kingdom atau negara-negara yang mempunyai insiden jangkitan HIV yang rendah di dalam masyarakat.

4. Kanser serviks/pangkal rahim

Satu kajian telah dibuat di sekitar tahun 1947 yang mendapati wanita-wanita Yahudi jarang menghidap penyakit kanser pangkal rahim.

Para penyelidik itu telah mendapati pasangan lelaki kepada wanita-wanita ini telah pun berkhatan. Kajian selanjutnya dalam masa 50 tahun kemudian telah mendapati pelbagai jawapan yang berbeza-beza.

Para pengkaji telah dengan ghairahnya memberi pendapat yang bercanggah di antara satu sama lain tentang kebaikan dan keburukan berkhatan di dalam mencegah penyakit kanser pangkal rahim.

Kesimpulannya, sehingga kini tidak terdapat fakta yang kukuh untuk mencadangkan berkhatan sebagai metod untuk mencegah penyakit ini.

5. Jangkitan air kencing-urin (UTI)

Semenjak tahun 1987, beberapa kajian telah mengesyorkan bahawa bayi lelaki yang tidak berkhatan mempunyai risiko 10 kali ganda untuk menghidapi UTI.

Satu dalam 100 bayi yang tidak berkhatan akan diserang UTI berbanding dengan 1 dalam 1,000 bayi yang telah berkhatan.

Penyakit UTI bukanlah satu penyakit yang kritikal yang akan menyebabkan risiko kesihatan yang tinggi kepada pesakit.

Oleh itu, amatlah tidak wajar untuk melakukan pembedahan ke atas 100 bayi untuk mengurangkan seorang bayi dari dihinggapi UTI.

Berkhatan sebagai tanda keagamaan

BERKHATAN kanak-kanak lelaki adalah satu sifat utama kedua-dua agama Islam dan Yahudi. Ia satu budaya yang amat penting di kalangan masyarakat Afrika dan Barat.

Di kalangan sesetengah masyarakat, sikap yang negatif terhadap berkhatan boleh menimbulkan perkelahian yang hebat di kalangan keluarga dan masyarakat.

Di masa lampau, banyak peperangan telah berlaku dan ramai telah terkorban demi memastikan kelangsungan budaya berkhatan.

Judaisme

Berkhatan di atas dasar keagamaan ini yang dilakukan secara tradisi dilakukan oleh mohel pada hari kelapan selepas kelahiran kecuali jika ada keadaan bahaya kepada kesihatan bayi.

Di dalam keadaan ini, berkhatan akan dilakukan kemudian hari setelah bayi pulih dari keadaan kesihatan yang menidakkan berkhatan.

Di United Kingdom, seseorang mohel harus menjalani latihan dengan membantu lebih kurang 50 kes-kes berkhatan, lulus dalam ujian praktikal dan juga peperiksaan teori sewaktu dalam program latihan, sebelum boleh ditauliah melakukan khatan secara individu.

Islam

Berkhatan tidak disebut secara spesifik di dalam al-Quranul Karim tetapi ia mempunyai status Sunah Nabi.

Hanya mazhab Syafii yang menganggap hukum berkhatan adalah wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim sedangkan mazhab-mazhab Hanafi, Maliki, Hambali, Zaidi dan Ja‘afari semuanya menganggap ia hanya disunatkan.

Amat sedikit sekali penganut-penganut agama lain melakukan berkhatan atas dasar agama.

Butiran selanjutnya ...

Khatan - pencacatan organ seks perempuan?


Assalamualaikum warahmatullah,

Saya ada baca artikel yang mufti di negara timur tengah (Mesir - Syeikh Dr. Ali Jum'ah) mengeluarkan fatwa mengharamkan khatan perempuan. Memang isu ini telah menjadi satu isu antarabangsa yang hangat diperdebatkan.

Seingat saya, sejarah khatan perempuan dilakukan oleh isteri pertama Nabi Ibrahim, Sarah. Ia dilakukan kerana Sarah 'jeles' dgn Hajar dan bersumpah utk memotong 3 bahagian badan. Salah satu bahagian badan yang dipotongnya adalah telinga kiri dan kanan (ditindik) dan Nabi Ibrahim menasihatkan Sarah memotong sedikit kat 'tut'.

Dari segi kebersihan/kesihatan, tiada bukti yang menyokong amalan ini kerana ia tiada kena-mengena dengan alat kelamin perempuan. Saluran kencing terletak jauh dari klitoris dan tidak 'berkongsi' dengan saluran vagina, jadi mengapa ia dikatakan bagus dari segi kesihatan? Alaman sunat cuba baik untuk lelaki (dari segi kesihatan) kerana saluran kencing lelaki tertutup oleh lebihan kulit dan boleh menyebabkan jankitan kuman jika tidak dibersihkan dgn sempurna.

Kita ikut Mahzab Syafie, hukum khatan perempuan adalah sunat sahaja, BUKAN wajib! Jadi kalau tak buatpun taklah berdosa. Personally, saya tak setuju dengan khatan perempuan. Sebab tiada hadis yang sahih tentang amalan ni, yang WAJIB cuma pada lelaki. Banyak amalan tradisi turun-temurun yang tidak diketahui dengan jelas kebaikan/keburukannya. Bagi saya, tak perlulah kita lakukan amalan yg tidak jelas dan disebabkan turun-temurun. This is just personal opinion, minta jangan diperdebatkan.

Sedikit info tentang KHATAN WANITA, sumber dari UtusanOnLine

PENGKHATANAN bayi perempuan yang diamalkan di negara ini tidak seperti yang digambarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Khatan wanita telah menjadi satu isu antarabangsa yang hangat diperdebatkan. Kalangan Barat banyak menentangnya kerana menganggap ia tidak lebih dari pencacatan anggota kelamin selepas berlaku beberapa peristiwa tidak diingini ke kanak-kanak perempuan yang dikhatan.

Ulama Islam berbeza pendapat berhubung amalan ini. Nas yang ada mengenainya juga adalah tidak sahih. Apa yang lebih penting adalah penjagaan hak-hak wanita, pendidikan dan pemeliharaan kehormatan mereka. Fatwa mutakhir Dr. Yusuf Qardawi – semuanya bergantung kepada ibu bapa. Jika mereka hendak mengkhatankan anak masing-masing, ia diharuskan, dan sebaliknya jika mereka enggan melakukannya, ia tidaklah menjadi suatu kesalahan. Walau bagaimanapun, berdasarkan sepotong hadis, bagi ibu bapa yang cenderung untuk mengkhatan anak-anak perempuan mereka, beliau menasihatkan agar dikhatankan sedikit sahaja daripada kulit (NB: bukan daging!).

“Potonglah sedikit sahaja dan jangan sampai ke akarnya kerana ia mengelokkan wajah dan menyenangkan hati suami.” (Hadis Daif)

Di Sudan, ramai bayi perempuan dikhatankan. Ia dilabelkan sebagai pencacatan genital perempuan. Di kalangan penduduk pantai timur Semenanjung pula, berkhatan atau juga dikenali sebagai bersunat ini masih diamalkan tetapi dengan cara yang berbeza.

Kajian yang dilakukan oleh Prof. Mohd Shukri Othman dan Prof. Datin Rashidah Shuib di Kelantan mendapati, apa yang diperakukan oleh masyarakat tempatan merupakan satu ritual dan bukannya pembedahan yang mencacatkan. Mengapakah ia masih dipraktiskan oleh masyarakat tempatan yang rata-ratanya menerima pakai upacara turun-temurun? Sedangkan amalan ini telah diabaikan oleh masyarakat yang celik ilmu perubatan.

‘‘Dalam perkhidmatan perubatan serta kesihatan di hospital terutamanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan tidak pernah menerima pesakit bayi perempuan yang telah dicacatkan organ kelaminnya kerana perbuatan berkhatan seperti yang diamalkan di Afrika,’’ demikian menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, HUSM, Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor.

Beliau berkata, istilah yang diguna pakai di Barat (pencacatan genital perempuan) yang secara longgar dilabelkan sebagai perkhatanan bayi perempuan sebenarnya melibatkan prosedur pembuangan sebahagian atau kesemua bahagian luar genital perempuan.

Ia dilakukan sama ada kerana upacara tradisi, keagamaan dan mungkin juga kepercayaan perawatan terhadap sesuatu penyakit.

Pencacatan genital perempuan mengikut klasifikasi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dibahagikan kepada empat.

1. Jenis Pertama: Pemotongan/pembuangan prepus/kulup, melibatkan sebahagian atau kesemua bahagian klitoris

2. Jenis Kedua: Pemotongan klitoris dan juga pembuangan separa atau sepenuhnya labia minora (bibir kecil di organ genital perempuan)

3. Jenis ketiga: Pemotongan sepenuhnya ataupun separuh dari anatomi luaran genital perempuan serta pengecilan faraj dilakukan

4. Jenis keempat: Memotong klitoris dan juga bibir-bibir genital, menegang serta menarik keluar klitoris untuk tujuan pemotongan, bibir-bibir genital juga dipotong buang.

‘‘Ada juga prosedur melecuh serta melecurkan klitoris, bibir-bibir dan tisu-tisu di sekelilingnya. Ada juga masyarakat yang mengikis bukaan faraj dan juga memotong sebahagian dari luar faraj. Sekiranya prosedur-prosedur di atas gagal, ada yang memasukkan bahan berkorosif serta herba-herba lain ke dalam faraj, bertujuan untuk mengecilkan faraj,’’ ujarnya.

Di Malaysia, kata Dr. Shah Reza, perkhatanan anak perempuan tidak seperti mana yang digambarkan oleh WHO.

‘‘Berdasarkan pengalaman, khatan ini dilakukan secara simbolik dengan mengguriskan bahagian prepus klitoris ataupun badan klitoris itu sendiri menggunakan jarum yang dicuci serta disteril. Bukan semua masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu, mempraktikkan prosedur ini,’’ jelasnya.

Konon mengapa berkhatan dilakukan pada bayi perempuan

* Sebab keagamaan. Ada mereka yang percaya yang praktis ini merupakan satu amalan yang dituntut agama namun kalau mengikut sejarah, berkhatan ini telah pun ada sebelum kehadiran Islam.

* Mitos, kononnya berkhatan ini meningkatkan kesuburan dan juga melanjutkan kemandirian bayi tersebut

* Faktor kebersihan serta kecantikan. Aib sekali genitalia perempuan dikaitkan dengan kekotoran, jadi pembersihan perlu dilakukan.

* Faktor sosial di mana perempuan yang dikhatankan diterima sebagai ahli masyarakat, menunjukkan kebalighan lantas mengintergrasikan masyarakat yang berkepercayaan sama.

* Kononnya untuk kebersihan dan juga kecantikan, genitalia perempuan dikatakan selepas berkhatan akan membersihkan lagi perempuan dan menaikkan seri, semua ini mitos belaka.

* Dongeng tradisi yang menyatakan berkhatan akan meningkatkan kesuburan serta kemandirian bayi yang dilahirkan.

* Konon menambahkan lagi nafsu serta syahwat suami, mengekalkan sifat kedaraan.

* Melindungi dari perbuatan curang dan juga bertukar-tukar pasangan

Asal usul berkhatan di kalangan wanita

Di muzium British, fakta yang ditulis di atas papyrus bertarikh 163 tahun Sebelum Masihi, telah pun ada kenyataan berkhatan di Memphis semasa penerimaan mas kahwin. mungkin juga praktis ini dari upacara kebalighan masyarakat puak-puak di Afrika yang menular ke Mesir. Di Afrika, puak Kreophagoi yang menduduki sekitar pantai barat, merupakan antara puak yang memotong serta mencederakan genitalia perempuan. Perkara ini telah pun dicatatkan oleh mubaligh Kristian pada peringkat awal kehadiran mereka.

Orang Roman juga ada sejarah yang meletakkan cecincin logam di bibir genital perempuan dengan tujuan kontraseptif. Pada abad ke-12, wanita-wanita pejuang Perang Salib dipakaikan cawat besi dengan pembukaan hanya untuk membuang air kecil bertujuan untuk memelihara kehormatan mereka. Di Amerika Syarikat, aktiviti bersunat ini pernah popular pada tahun 1890.

Kajian pada tahun 1995 di Mesir mendapati, seramai 97% daripada wanita yang dikaji menjalani berkhatan, 90% sahaja yang mengamalkannya di kalangan mereka yang terpelajar. Praktis ini tidak pula menjadi amalan di Asia Barat dan semenanjung Arab.

Di pusat ketamadunan Islam sekarang, iaitu di Arab Saudi dan juga negara-negara lain seperti Iraq, Libya, Iran, Morocco dan Tunisia, amalan bersunat ini tidak diamalkan. Di zaman Internet sekarang, amalan ini berkait rapat di antara berpendidikan dan kejahilan. Mereka yang berpendidikan tinggi lazimnya tidak mengamalkan berkhatan bayi perempuan ini. Sekiranya diamalkan, hanya berbentuk ritual atau sebagai simbolik meletakkan jarum di klitori tanpa apa-apa kecederaan fizikal berlaku.

Yang paling mengecewakan dikhuatiri ada mereka yang melakukan amalan ini dengan bermotivasikan kewangan. Ibu bapa akan dicaj dengan terminologi pembedahan kecil. Sehingga sekarang masih tiada bukti-bukti perubatan yang menyokong amalan bersunat di kalangan bayi perempuan. Ia juga bukan amalan agama sebab amalan ini wujud sebelum kehadiran agama Kristian lagi.

Akhir sekali, amalan bersunat ini tidak dijalankan di hospital-hospital kerajaan mahupun hospital universiti. Tidak pula bersunat ini salah satu dari kurikulum mata pelajaran perbidanan dan sakit puan.




Sumber : Utusan 18/11/2007

Butiran selanjutnya ...

Pengabaian Hak Seorang Isteri/Suami

Terdapat beberapa peruntukan di dalam Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri yang memberi peluang kepada mereka menuntut hak mereka menerusi kuatkuasa undang-undang.

Sebagai contohnya, dalam Undang-undang Keluarga Islam Selangor (1985) terdapat beberapa peruntukan membenarkan para isteri menuntut cerai atau fasakh atau khulu' jika diri mereka teraniaya, menuntut nafkah yang diabaikan atau tertunggak, menuntut hak penjagaan anak, menuntut harta sepencarian jika mereka bercerai hidup ataupun mati dan lain-lain (rujuk Bahagian V, seksyen 49, 58, Bahagian VI, seksyen 59-80, Bahagian VII, seksyen 81-88).

Para isteri hendaklah mengambil tahu tentang peruntukan-peruntukan tersebut dan berani menampilkan diri untuk menuntut hak mereka. Maklumat-maklumat seperti ini hendaklah diterapkan lebih awal sebelum sesuatu pasangan itu berkahwin. Suatu modul ringkas tentang peruntukan-peruntukan ini wajarlah disampaikan kepada pasangan yang akan berkahwinan selain hal-hal berkaitan dengn fardu 'ain dan fardu kifayah yang menjadi asas.

Khidmat guaman dapat mereka gunakan sebagai saluran yang tepat ketika menuntut hak mereka jika mereka tidak mampu atau tidak arif mengemukakan aduan atau berhujah di kamar mahkamah. Mereka juga tidak harus teragak-agak untuk mengemukakan aduan kepada pihak keselamatan berkaitan apa-apa penginayaan dan kezaliman menimpa diri mereka tanpa bersifat kasihan atau kerana takutkan maruah diri atau keluarga sendiri tercabar akibat tindakan itu. Kelewatan membuat aduan sehingga setelah hilang kesan pengniayaan atau kegagalan mendapatkan kenyataan doktor berkaitan dengan kecederaan deraan akan melemahkan hujah mereka di hadapan hakim.

Pelbagai Hak Isteri

Di antara pelbagai hak seorang isteri yang menjadi tanggungjawab suami menyediakannya ialah:
  1. Hak terhadap pergaulan yang baik (bagi mengelak penderaan emosi),
  2. Hak terhadap nafkah (zahir),
  3. Hak terhadap nafkah (batin),
  4. Hak terhadap giliran bermalam (masa bersama suami),
  5. 5. Hak mendapatkan bimbingan suaminya dalam pembentukan peribadi dan penghayatan agama (fardu ain dan fardu kifayah),
  6. Hak terhadap keselamatan dan kehormatan diri, dan
  7. Hak terhadap pembantu.
Kegagalan suami dalam memenuhi tuntutan hak-hak ini sedikit sebanyak mengundang kemurungan dalam kehidupan mereka, kalaupun tidak ketegangan dan perceraian. Justeru, para suami hendaklah bertindak segera dan pada kadar kemampuan sendiri dalam menangani hak-hak ini.


Pelbagai Hak Suami

Di sebalik hak-hak tersebut yang menjadi tanggugnjawab suami terhadap isterinya, kita perlu fahami bahawa Islam juga telah mengatur beberapa perkara yang dibebankan ke atas si isteri memenuhinya, antaranya:

  1. Hak ketaatan dan layanan yang baik,
  2. Hak keperluan batin,
  3. Hak kepimpinan rumahtangga, ini termasuk tanpa keluar rumah kecuali dengan keizinannya,
  4. Hak memberi keizinan mengerjakan ibadat sunat,
  5. Hak memberi keizinan orang asing memasuki rumah kediaman,
  6. Hak pemeliharaan maruah dan harta bendanya.
  7. Hak menerima pembayaran zakat harta isterinya jika berada dalam keadaan kesempitan,
  8. Hak mengawal hebahan harta isterinya, dan
  9. Hak terhadap penerimaannya dengan baik,

Disamping itu, terdapat hak terhadap harta sepencarian yang dianggap terbaru di dalam perbincangan ulama' pada masa ini.

Kesimpulan

Dengan mengenali hak-hak ini yang kesemuanya menjadi tanggungjawab pihak yang kedua sama ada suami atau isteri dan merealisasikannya dengan baik, maka kerukunan rumahtangga akan terjamin sepanjang usia. Dengan kedudukan ini tidak akan ada lagi apa yang dinamakan landing husband atau super quin dan sebagainya.

Hakim syarie perlu memahami hak dan tanggungjawab ini ketika menerima aduan mana-mana pihak, sama ada ianya terlaksana atau tidak, kerana inilah punca sebenar keretakkan rumahtangga selain campur tangan orang ketiga yang menjadi racun memusnahkan kerukunan sesebuah rumahtangga.




Sumber : iKiM.gov.my

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails