
Assalamualaikum warahmatullah,
Bagi yang pernah membaca entry Mandaling dan Horas mandailing! Saya marga (clan) Nasution! dan jika anda juga berketurunan Mandailing, bolehlah menyertai Persatuan Halak Mandailing Malaysia (Mandailing Malaysia). Sebenarnya saya baru saja bertemu dengan persatuan ini di laman sesawang rasminya di sini ⇨ MandailingMalaysia. Juga ada di Facebook ⇨ fB MandailingMalaysia ...
Saya pernah menghubungi Wartawan BH meminta beliau ketengahkan etnik Mandailing namun difahamkan, beliau pernah menghubungi Persatuan Mandaling Malaysia atas tujuan untuk membuat liputan bagi kolum Misteri Etnik. Walau bagaimanapun, saya diberitahu Pengerusi persatuan tersebut tidak berminat untuk bekerjasama kerana padanya tiada apa-apa yang menarik untuk diketengahkan. Saya sudahpun meminta agar wartawan tersebut menghubungi Persatuan Halak Mandaling Malaysia, kerana mungkin etnik Mandailing berpeluang diketengahkan, namun dimaklumkan “Sebenarnya selepas usaha tidak disokong, kami dah buat keputusan untuk tidak lagi cari etnik ini...”
Sedihnya, saya rasa begitu sedih sekali. Hanya kerana seorang Mandailing tidak mahu memberi kerjasama, etnik ini telah ‘diboikot’ dan berkemungkinan besar tidak akan disenaraikan dalam buku Misteri Etnik yang akan dilancarkan tahun depan.
Banyak yang boleh diketengahkan untuk etnik Mandailing ini, antaranya seperti dalam entry Semangat Mandailing Sekental Gordang Sembilan. Juga, Mandaling di Malaysia mempunyai budaya dan adat yang hampir sama dengan etnik Rawa (Rao). Tentu banyak lagi yang dapat diketengahkan, dan saya sangat-sangat berharap agar wartawan tersebut bertukar fikiran.
Dalam entry kali ini, saya sertakan berita yang dipetik dari UM untuk dikongsikan bersama rakan-rakan Mandailing yang pernah menjenguk belog ini. Jika ada kesempatan, luangkanlah masa anda dan sertailah Persatuan Halak Mandailing Malaysia.
Anak-anak Mandailing diseru sertai persatuan ~ UM 22/08/2011
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Persatuan Halak Mandailing Malaysia (Mandailing Malaysia) mempelawa rakyat berketurunan suku kaum Mandailing di seluruh negara agar menjadi ahli persatuan tersebut yang ditubuhkan baru-baru ini.
Setiausahanya, Abu Bakar Abdul Fatah Harahap memberitahu, persatuan itu diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 10 Ogos lalu dan keanggotaannya terbuka kepada anak-anak Mandailing berusia 18 tahun ke atas serta beragama Islam.
Menurutnya, persatuan itu ditubuhkan bertujuan mengumpulkan seramai mungkin anak-anak Mandailing yang kini majoritinya terdapat di Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur selain sebahagian lagi di Kedah, Pahang, Johor dan Kelantan.
“Mandailing Malaysia bermatlamat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli di samping melaksanakan program-program berbentuk keagamaan, pendidikan, kesenian, kebudayaan dan sosial di kalangan anak-anak Mandailing di negara ini,” katanya.
Abu Bakar memberitahu, Mandailing Malaysia kini diterajui Presiden, Ramli Abdul Karim Hasibuan yang juga Pengarang Berita Khas Utusan Malaysia manakala seorang ahli perniagaan, Rosli Adnan Nasution sebagai timbalannya. Menurut beliau, Pengerusi Persatuan Saroha Mandailing Ayer Tawar, Perak, Suhainul Balqiah Sohimi Nasution dan Ketua Kampung Kerangai, Jelebu, Negeri Sembilan, Mahalil Abas Nasution masing-masing sebagai Naib Presiden 1 dan 2, manakala seorang guru besar, Abdul Barri Razak Nasution sebagai Bendahari.
“Selain 24 ahli jawatankuasa lain mewakili hampir semua perkampungan Mandailing di negara ini, Majlis Pimpinan Mandailing Malaysia melantik pelakon terkenal, Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan ahli perniagaan, Datuk Baharom Nunjadah Nasution sebagai penasihat,” katanya.
Abu Bakar memberitahu, Perhimpunan Anak-Anak Mandailing Se-Malaysia akan diadakan serentak dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432H Mandailing Malaysia di Kampung Kerangai, Jelebu bagi zon selatan pada 17 September ini manakala bagi zon utara di Ayer Tawar, Perak pada 24 September ini.
“Anak-anak Mandailing di Malaysia sama ada yang sudah menjadi ahli persatuan atau belum dijemput hadir ke kedua-dua program tersebut,” ujarnya.
Sementara itu, menurut Abu Bakar, baru-baru ini persatuan telah meraikan dan menyampaikan saguhati Aidilfitri kepada anak-anak yatim dalam program sulungnya iaitu Majlis Berbuka Puasa Ramadan 1432H Mandailing Malaysia di Kelab Golf Negara Subang, Kelana Jaya dekat Petaling Jaya.
Pada majlis itu, Ramli disarungkan ‘ulos’ (selimut Mandailing) oleh Ahmad Tamimi dalam upacara menaikkan ‘tondi’ (semangat) dan juga simbolik rasminya penubuhan Mandailing Malaysia.
Sesiapa yang ingin menjadi ahli Mandailing Malaysia boleh menghubungi Abu Bakar 019-6684505 atau Ramli (019-6752206), Rosli (012-2325103), Suhainul Balqiah (012-5132169) dan Mahalil (019-6011884).
Semoga kita mendapat manfaat daripada persatuan ini ~ “Padomu Na Marotak, Palagut Na Marserak” (Mempertemukan Yang Berpecah dan Menghimpunkan Yang Terpisah)!
Capaian entry berkaitan :
❀ Mandaling
❀ Horas mandailing! Saya marga (clan) Nasution!
❀ Semangat Mandailing Sekental Gordang Sembilan
❀ Gordang Sambilan
❀ Hargai hari penubuhan Malaysia
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Ahad, November 27, 2011
Horas Mandailing!
Semangat Mandailing Sekental Gordang Sembilan
SEMANGAT MANDAILING SEKENTAL GORDANG SEMBILAN
IRAMA (Gordang Sembilan, salah sau kesenian masyarakat Mandailing dari Tapanuli Selatan, Sumatera, yang memenuhi setiap ruang auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, menyimpan pelbagai rahsia tersirat suku kaum ini.
Paluan sembilan gendang panjang, sebuah sesayak, gong (dua), canang (1) dan cak lempong (3) oleh guru pelatih Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) perempuan dan lelaki di bawah pemimpinan Mohd. Sharifudin Yusof, yang begitu bersemangat, seolah-olah mewakili kekentalan hubungan sesama orang Mandailing.
Tidak sia-sia, IBMM, menjadikan Gordang Sembilan sebagai salah satu program angkatnya kerana nyata persembahan guru pelatih IBMM itu memikat tetamu.
Daya tarikan tersendiri, Godang Sembilan ini sehingga berjaya memikat seorang kanak-kanak berusia sekitar dua tahun untuk sama tenggelam dalam irama yang penuh bertenaga manakala khalayak dewasa pula tidak kedekut dengan tepukan.
Persembahan pembuka majlis Pengkisahan Sejarah Masyarakat Mandailing di Malaysia, Sabtu lalu, membuka peluang kepada kalangan generasi muda suku kaum berkenaan untuk mengenali khazanah warisan budaya mereka.
Lalu tidak pelik apabila Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan memilih Gordang Sembilan sebagai sebahagian daripada kesenian rasminya kerana ia turut membawa lambang perpaduan yang menjadi salah satu ciri khas masyarakat Mandailing. Salah seorang ahli panel majlis Pengkisahan sejarah Masyarakat Mandailing di Malaysia, Ashari Mohd Yakub, berkata hubungan sesama orang Mandailing begitu rapat biar di mana mereka berada.
"Orang Mandailing amat mementingkan hubungan sesama mereka dan tidak seperti orang Melayu yang akan bersifat seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing," katanya.
Masyarakat Mandailing dikatakan bertumpu ke Tanah Melayu kerana mereka adalah suku kaum yang suka merantau sama ada untuk mencari ilmu atau rezeki dan lazimnya mereka berpindah secara berkelompok berserta dengan pemimpinnya sekali.
Ramai juga orang Mandailing yang berpindah ke Tanah Melayu selepas tamat Perang Paderi (1816-1833M) kerana enggan berada di bawah telunjuk Belanda yang mahukan mereka mengusahakan ladang kopi.
"Mereka enggan menjual hasil tuaian kopi pada harga yang ditetapkan Belanda kerana dianggap merugikan dan kemelut itu memaksa sebahagian daripada masyarakat mandailing berpindah ke Klang," katanya.
Masyarakat Mandailing meskipun berasal daripada keluarga tani tetapi apabila berpindah ke Tanah Melayu turut muncul sebagai peniaga berjaya selain meneroka perlombongan bijih dan emas.
Ashari berkata, maklumat lisan yang beliau perolehi turut menunjukkan bahawa orang mandailing lebih dahulu menguasai bidang perlombongan bijih dan emas dan bukannya Yap Ah Loy.
"Yap Ah Loy dikatakan merompak bijih milik orang Mandailing yang menjalankan kegiatan perlombongan di Perak ketika mereka membawa turun hasil dagangan ke Kuala Lumpur untuk dijual," katanya.
Seorang lagi ahli panel, Ahmad Mahidin Ulong Shaban, berkata Raja Alang dan Raja Asal adalah di antara pemimpin masyarakat Mandailing yang menguasai perlombongan bijih dan emas. Taukeh bijih dan emas itu dikatakan mengambil Yap Ah Loy bekerja dengan mereka bai memudahkan bekalan buruh pada harga yang murah diperolehi dari Tiongkok. Ahmad Mahidin juga mendakwa masyarakat Mandailing di awal perpindahan mereka di Tanah Melayu, tidak berani mendedahkan jati diri suku kaumnya bagi menjamin peluang pendidikan di sekolah yang sama rata kepada anak masing-masing.
"Jika kami mengaku sebagai marga Mandailing, kami akan dilayan sebagai warga kelas kedua oleh penduduk tempatan dan tidak berpeluang untuk menghantar anak ke sekolah," ujarnya.
Seorang lagi ahli panel, Tengku Salaturrahim Tengku Alias dari Kampung Kerangai, Negeri Sembilan, pula berkata hubungan suku kaum Mandailing yang begitu erat menyebabkan 'orang luar' tidak berani meminang anak-anak mereka.
Keadaan itu dikatakan berlaku diperingkat awal masyarakat Mandailing bermukim di kampung terbabit dan mereka sendiri pula tidak akan meminang orang luar untuk diterima sebagai ahli keluarga mereka.
"Bagaimanapun fenomena itu sudah berubah sekaran dan penduduk Mandailing di Kampung Kerangai lebih kerap menerima menantu dari kalangan orang luar dan juga sebaliknya," ujarnya.
Sungguhpun demikian, masyarakat Mandailing di kampung Kerangai sehingga hari ini masih mempertahan bahawa suku-kaum mereka dan menerima pendedahan bahasanya sejak dari tangisan pertama lagi.
Kanak-kanak Mandailing di kampung terbabit hanya mula berkomunikasi secara meluas dalam bahasa Melayu baku apabila mereka memulakan alam persekolahan dan peringkat awal akan dibantu oleh adik-beradik yang lebih dewasa.
Sementara itu, Ketua Pengarah Arkib negara, Datuk Habibah Zon, yang juba berasal dari marga Mandailing berkata sejarah suku kaum penting sebagai sumber pengetahuan, kefahaman dan mengingatkan asal usul sesuatu marga itu.
"Arkib Negara bersedia menerima mana-mana persatuan yang mahu menyumbang rekod mempunyai nilai sejarah tanpa mengira mereka dari suku kaum mana sekalipun," katanya ketika merasmikan pengkisahan berkenaan.
Majlis Pengkisahan Sejarah Masyarakat Mandailing di Malaysia anjuran arkib Negara dengan kerjasama Ikatan kebajikan Mandailing Malaysia (Iman Malaysia) itu bertujuan merekodkan maklumat tidak bertulis mengenai marga berkenaan.
Habibah yakin bahawa sejarah suku kaum boleh membantu sesuatu marga itu untuk membina kekuatan diri dan rasa bangga kepada apa yang mereka warisi sekalipun ketika berada dalam era siber.
"Rekod ini membolehkan berlangsungnya kesinambungan budaya dan bersifat kekal selain dapat membantu orang Melayu membina kekuatan jati diri sebagaimana yang dimanfaatkan bangsa lain.
Usaha memelihara warisan budaya bangsa perlu diperhebat memandangkan semakin ramai generasi muda yang tidak lagi mengenalinya, apalagi ketika budaya dari Barat begitu hebat melanda.
"Arkib negara kini sudah mempunyak koleksi Raja Bilah, salah seorang pemimpin masyarakat Mandailing yang berhijrah ke Tanah Melayu dan ia dipamerkan di pejabat kami, cawangan Papan," katanya.
Sumber : HorasMadina
Ahad, Mei 23, 2010
Gordang Sambilan
Sebagai alat musik adat dan sakral, Gordang Sambilan terdiri dari sembilan gendang. Ukuran besar dan panjang ke sembilan gondang itu bertingkat, mulai paling besar sampai paling kecil.
Tabung resonator Gordang Sambilan terbuat dari kayu yang dilubangi, dan salah satu ujung lobangnya ditutup dengan membran terbuat dari kulit lembu dan ditegangkan dengan rotan sebagai alat pengikat.
Untuk membunyikan alat kesenian itu digunakan pemukul terbuat dari kayu. Masing-masing gondang mempunyai nama sendiri. dan tidak sama di semua tempat di seluruh Madina, karena masyarakat Mandailing yang hidup dengan tradisi adat punya kebebasan untuk berbeda.
Instrumen musik tradisional ini dilengkapi dua buah ogung, satu doal dan tiga salem-pong atau mong-mongan. Juga dilengkapi alat tiup terbuat dari bambu dinamakan sarune atau saleot dan sepasang simbal kecil yang dinamakan tali sasayat.
Belakangan ini, Gordang Sambilan sudah ditempatkan sebagai alat musik kesenian yang merupakan salah satu warisan budaya tradisional Mandailing, serta sudah mulai populer di Indonesia bahkan di Eropa dan Amerika Serikat (AS).
Karena dalam beberapa lawatan kesenian tradisional Indonesia ke sejumlah negara, diperkenalkan Gordang Sambilan. Sedangkan orang Man-dailing yang banyak bermukim di Malaysia sudah mulai pula menggunakan Gordang Sam-bilan untuk berbagai upacara.
Dengan ditempatkannya Gordang Sambilan sebagai instrumen musik kesenian tradisional Mandailing, maka alat musik ini sudah digunakan untuk berbagai keperluan di luar konteks upacara adat Mandailing. Misalnya menyambut kedatangan tamu agung, pe-rayaan nasional dan acara pem-bukaan berbagai upacara besar serta haru raya Idul Fitri.
Bagi orang Mandailing, Gordang Sambilan merupakan adat sakral, bahkan dipandang berkekuatan gaib yang dapat mendatangkan roh nenek mo-yang untuk memberi pertolo-ngan melalui medium atau se-macam shaman yang dinama-kan Sibaso
Pada zaman animisme, Gordang Sambilan digunakan untuk upacara memanggil roh nenek moyang apabila diper-lukan pertolongannya. Upacara tersebut dinamakan Paturuan Sibaso (memanggil roh untuk menyurupi medium Sibaso).
Tujuannya meminta perto-longan roh nenek moyang, me-ngatasi kesulitan yang sedang menimpa masyarakat, seperti penyakit menular. Juga digunakan untuk upacara meminta hujan atau menghentikan hujan yang turun terlalu lama dan menimbulkan kerusakan.
Selain itu dipergunakan pula untuk upacara perkawinan yang dinamakan Horja Godang Markaroan Boru dan untuk upacara kematian yang di-namakan Horja Mambulungi
Penggunaan Gordang Sambilan untuk kedua upacara tersebut, karena untuk kepentingan pri-badi harus terlebih dahulu men-dapat izin dari pemimpin tradisional dinamakan Namora Natoras dan Raja sebagai kepala pemerintahan.
Oleh karena itu pada masa lalu, di setiap kerajaan di Man-dailing harus ada satu ensambel Gordang Sambilan yang ditem-patkan di Sopo Godang (balai sidang adat dan pemerintahan kerajaan), atau disatu bangunan khusus terletak di dekat Bagas Godang (istana raja).
Permohonan izin itu dilaku-kan melalaui suatu musyawarah adat yang disebut Markobar Adat yang dihadiri tokoh-tokoh Namora Natoras dan Raja berserta pihak yang akan menyelenggarakan upacara. Selain harus mendapat izin dari Namora Natoras dan Raja, untuk penggunaan Gordang Sambilan dalam kedua upacara harus disembelih paling sedikit satu ekor kerbau jantan dewasa.
Jika persyaratan tersebut tidak dipenuhi, maka Gordang Sambilan tidak boleh diguna-kan untuk upacara kematian (Orja Mambulungi) hanya dua buah yang terbesar dari in-strumen Gordang Sambilan yang digunakan, yang dinama-kan Jangat. Tapi dalam konteks penyelenggaraan upacara ke-matian dinamakan Bombat.
Penggunaan Gordang Sam-bilan dalam upacara adat diser-tai peragaan benda-benda ke-besaran adat, seperti bendera adat yang dinamakan tonggol, payung kebesaran dinamakan Payung Raranagan dan berbagai jenis senjata seperti pedang dan tombak yang dinamakan Podang dan Tombak Sijabut.
Gordang Sambilan juga dapat digunakan mengiringi tari yang dinamakan Sarama Penyatarama (orang yang melakukan tari sarama), kadang-kadang mengalami kesurupan pada waktu menari karena di-masuki oleh roh nenek moyang.
Sumber : Panyabungandansekitarnya

Capaian entry berkaitan :
Isnin, Mei 17, 2010
Horas mandailing! Saya marga (clan) Nasution!
Assalamualaikum warahmatullah,
Entry kali ini sedikit berbeza daripada biasa. Sebetulnya entry yang ini ditulis untuk rujukan
Minggu lepas, saya berkesempatan balik kampung, menjenguk mak dan ayah. Sambil bersembang, saya terlepas tanya hal-hal asal-usul keturunan ayah [NB: hu.. hu.. dulu takut sangat hendak bersembang hal-hal keturunan... tak tahu kenapa... mungkin sebab ayah garang...] dan akhirnya saya mendapat tahu, nama marga (clan) mandailing ayah yang saya cari selama ini... NASUTION rupanya... hu... hu...
Sayang seribu kali sayang, moyang Jaafar Abbas Nasution tidak ‘menurunkan’ surname Nasution, jadi kami yang lahir kemudiannya hampir-hampir tidak mengetahui asal-usul keturunan moyang. Saya juga difahamkan, ramai keturunan Mandailing tidak ‘menurunkan’ surname kerana tidak mahu ‘dipinggirkan’ atau ‘disisihkan’ daripada masyarakat Melayu di Tanah Melayu, wallahu ‘alam.
Mungkin masih ada harapan untuk menjejaki jejak ‘moyang’. Menurut ayah, ada persatuan Mandailing di sekitar Lembah Klang dan setiap tahun diadakan perjumpaan keluarga di sini. Jika ada kesempatan, saya akan mencari info lebih lanjut, supaya anak-anak saya tahu asal-usul moyang datuk mereka, insya Allah.
Info setakat entry ini dimasukkan :
- Jaafar Abbas Nasution (moyang) – berhijrah dari Sumatera ke Perak (Kuala Dipang / Jeram) bersama adik/abang, bernama Othman (Osman) Abbas Nasution (saya pernah mendapat berita, Tun Hanif Omar berasal dari keturunannya ** kurang pasti betul atau tidak, kena further checking lagi)
- Abdullah bin Jaafar (datuk) – lahir (1910~1951) di Kuala Dipang, Perak. Adik-beradik datuk yang saya ingat : Ismail bin Jaafar (Tok Ngah), Abdul Rasyid bin Jaafar (Tok Uda)
- Ibrahim bin Abdullah (ayah) – lahir 1941 di Kuala Dipang, Perak. Adik-beradik ayah :
- Safiyah Abdullah (1933)
- .... (1935), male deceased (1939) ~ [NB : I didn't get his name..]
- Syamsiah Abdullah (1937)
- Hassim Abdullah (1939)
- Ibrahim Abdullah (1941)
- Saodah Abdullah (1945)
- Fatimah Abdullah (1947)
- Raesah Abdullah (1949)
- Nasibah Abdullah (1952)
Semasa menyediakan entry ini, saya belajar sedikit tentang bahasa mandailing :
- Horas = Salam [NB: ** agak sukar menemukan kata yang tepat dalam Bahasa Indonesia - kata Horas mempunyai makna yang sangat luas, di antaranya bererti: apa khabar, wa’lafiat, selamat perkenalan, selamat pagi/siang/malam, selamat datang/jalan tinggal dan lain-lain.... mungkin statusnya sama dengan 'anyong haseyo' = bahasa Korea.]
- Biado = Apa khabar? (How do you do)
- Horas do = ayat sapaan ketika berselisih/bertemu
- Sai horas jala gebe = Selamat dan berbahagia
- Mangan = makan (?)
- Maridi = mandi
- Tu dia ho? = Nak ke mana?
- Tu dia omak? = Mak nak ke mana?
Sedikit info berkenaan Marga-marga Mandailing yang dipetik dari Mandailing.Org.
Orang-orang Mandailing mengelompokkan diri mereka dalam beberapa marga, sebagai keturunan daripada seorang tokoh nenek moyang. Masing-masing kelompok marga mempunyai seorang tokoh nenek moyangnya sendiri yang ‘berlainan asal’. Pendek kata, masyarakat Mandailing merupakan kesatuan beberapa marga yang berlainan asalnya.
Silsilah keturunan itu dinamakan tarombo dan sampai sekarang masih banyak disimpan oleh orang-orang Mandailing sebagai warisan turun-temurun yang dipelihara baik-baik. Melalui tarombo, orang-orang Mandailing yang semarga mengetahui asal-usul dan jumlah keturunan mereka sampai ini hari. Melalui jumlah keturunan dapat diperhitungan sudah berapa lama suatu kelompok marga mendiami wilayah Mandailing.
Marga dapat dirumuskan sebagai ‘kelompok orang yang dari keturunan seorang nenek moyang yang sama, dan garis keturunan itu diperhitungkan melalui bapa atua bersifat patrilineal. Semua anggota marga memakai nama marga yang dipakai/dibubuhkan sesudah nama sendiri, dan nama marga itu menandakan bahwa orang yang menggunakannya mempunyai nenek moyang yang sama. Mungkin tidak dapat diperinci rentetan nama para nenek moyang yang menghubungkan orang-orang semarga dengan nenek moyang mereka, sekian generasi yang lalu, namun ada suatu keyakinan bahwa orang-orang yang menggunakan nama marga yang sama terjalin hubungan darah, dan salah satu pertandanya adalah larangan kahwin bagi wanita dan pria yang mempunyai nama marga yang sama’.
Nama marga-marga yang terdapat di Mandailing pada umumnya tidak muncul serentak. Kebiasaannya nama marga muncul dan mulai dipakai pada keturunan ketiga setelah nenek moyang bersama. Ini mungkin kerana pada generasi ketiga keturunan seorang nenek moyang mulai banyak jumlahnya sehingga mereka mulai memerlukan suatu nama identitas, iaitu nama marga.
Ada yang memperkirakan bahwa di Mandailing terdapat 13 marga. Marga-marga itu ialah:
1. Hasibuan
2. Dalimunte
3. Mardia
4. Pulungan
5. Lubis
6. Nasution
7. Rangkuti
8. Parinduri
9. Daulae
10. Matondang
11. Batu Bara
12. Tanjung
13. Lintang
Lumrahnya setiap marga mempunyai nenek moyang yang sama. Tetapi ada juga sejumlah marga yang berlainan nama tetapi mempunyai nenek moyang yang sama. Misalnya, marga Rangkuti dan Parinduri; Pulungan, Lubis dan Harahap; Daulae Matondang serta Batu Bara. Melalui tarombo atau silsilah keturunan dapat diketahui nenek moyang bersama sesuatu marga. Dan dari jumlah generasi yang tertera dalam tarombo dapat pula diperhitungkan berapa usia suatu marga atau sudah berapa lama suatu marga tinggal di Mandailing.
Dari banyak marga tersebut, terdapat dua marga besar yang berkuasa, yang masing-masing menduduki sebuah wilayah luas yang bulat. Marga itu adalah Nasution di Mandailing Godang dan Lubis di Mandailing Julu.
Sedikit info berkenaan marga Nasution yang dipetik dari Mandailing.Org.
Makamnya Si Baroar, leluhur marga Nasution di Panyabunga. (Basyaral Hamidy Harahap & Hotman M. Siahaan, Orientasi Nilai-Nilai Budaya Batak: Suatu Pendekatan Terhadap Perilaku Batak Toba dan Angkola-Mandailing, Sanggar Willem Iskander, Jakarta, 1987.) ~ gambar dari sumber Mandailing.Org
Orang-orang Mandailing bermarga Nasution meyakini mereka adalah keturunan Si Baroar yang pada masa bayinya ditemukan di tengah hutan oleh Sutan Pulungan raja dari Huta Bargot di Mandailing Godang. Versi lain mengatakan bahwa "Nasution yang pertama kiranya adalah putera dari Raja Iskandar Muda dari Pagar Ruyong (pusat dari kerjaan Minangkabau kuno), yang pada gilirannya adalah cucu dari Sultan Iskandar, nama bagi Alexander de Grote (the Great) dalam cerita-cerita Indonesia. Dalam perjalanan menjelajahi pulau Sumatra, Iskandar Muda sampai berhubungan dengan seorang gadis bunian, yang melahirkan seorang anak lelaki untuknya."
Anak tersebutlah kemudiannya ditemukan Sutan Pulungan di tengah hutang sedang ia berburu.
Kisah tentang Si Baroar sangat meyakinkan bagi masyarakat Mandailing karena sekitar pertengahan abad yang lalu kisah tersebut telah dituliskan oleh Willem Iskander (1840-1876) dalam buku karangannya berjudul Si Bulus-Bulus Si Rumpuk-Rumpuk. Buku tersebut yang ditulis dalam bahasa Mandailing dipakai untuk bacaan di sekolah-sekolah sampai pada masa awal kemerdekaan Indonesia.
Cukup dulu sampai di sini, nanti-nanti masukkan entry lagi...
Checklist untuk saya : check out on ‘IMAN’ ~ Ikatan Kebajikan mandailing Malaysia
Rujukan lebih lanjut tentang Mandailing :
Updated : 1 July 2010
Capaian entry berkaitan :
Ahad, September 20, 2009
Hargai hari penubuhan Malaysia
Sekarang akibat dari kehidupan yang selesa maka kita boleh lihat sendiri tentang apa signifikannya Hari Malaysia kepada mereka.- Khoo Kay Kim
MINGGUAN: Boleh Tan Sri terangkan tentang sejarah awal penubuhan negara ini?
KHOO KAY KIM: Kita kena lihat kembali kepada tarikh 31 Ogos 1957 di mana Tanah Melayu merdeka. Kita cuma tahu kita merdeka daripada penjajahan British. Kebanyakan kita tidak tahu dari segi undang-undang apa yang sebenarnya berlaku. Sebenarnya pada tarikh 31 Ogos ialah kita muncul sebagai sebuah negara bangsa.
Kita wujud sebagai sebuah negara yang mempunyai kewibawaan sendiri dalam membuat keputusan dan kemudian diterima sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam keadaan sekarang sebuah negara yang bebas dipanggil nation state atau negara bangsa. Bangsa merujuk kepada warganegara atau rakyat dan state merujuk kepada sempadan tertentu. Kita bukan dijajah oleh British sebenarnya dan mungkin ia dilihat agak ganjil. Mereka hadir di ke negara ini dengan membuat perjanjian dengan raja. Raja memberi hak kepada British untuk mengambil alih pemerintahan. Jadi pegawai British berfungsi sebagai eksekutif dan bukan pemerintah. Maka kedaulatan masih kekal kepada raja.
British menjajah negeri-negeri Selat tetapi bukan kerajaan Melayu. Hanya pada masa Malayan Union di mana British cuba mewujudkan Tanah Melayu sebagai negara bangsa. Namun British berpandangan cara paling cepat ialah dengan tidak bertanya kepada raja dan cuba menggunakan kekerasan dan tipu helah. Tetapi orang Melayu menentang dan British berasa serba salah dan merasa Malayan Union sebagai tidak sesuai. Oleh itu mereka keluar dengan idea baru dengan mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu. Pada masa itu kedaulatan dipulangkan kepada rakyat. Maka dari 1 Februari 1948 bila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan hingga 31 Ogos 1957 kedaulatan ada pada rakyat. Bermula tarikh kemerdekaan, raja memindahkan Perlembagaan kepada rakyat dan raja menjadi Raja Berperlembagaan. Dahulu raja yang berkuasa mutlak dan kemudian kita muncul sebagai negara bangsa yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
Demokrasi bermakna pemerintahan ke atas rakyat oleh rakyat untuk rakyat. Jadi kedaulatan ada pada rakyat. Maka sekarang jika ditanya siapa yang memerintah sebenarnya ia adalah rakyat. Itu adalah asal usulnya negara ini.
MINGGUAN: Bagaimana dengan penubuhan Malaysia dan asal usul nama Malaysia itu sendiri?
KHOO KAY KIM: Kerana keadaan politik di mana ada gerakan yang mahu mewujudkan sebuah negara baru yang lebih besar maka Singapura dimasukkan berserta dengan Sabah dan Sarawak. Pada peringkat awalnya Brunei turut dimasukkan tetapi apabila tiba tarikh 16 September 1963 Brunei tidak jadi masuk. Bagi penduduk di Sabah dan Sarawak mereka tidak menerima tarikh 31 Ogos sebagai tarikh kemerdekaan kerana mereka masih belum keluar dari tanah jajahan British. Mereka hanya bebas pada 16 September 1963 maka mereka tidak boleh menerima tarikh 31 Ogos sebagai tarikh kemerdekaan.
Sebenarnya ini tidak menjadi masalah kerana perbezaan hari antara dua tarikh ini hanya dua minggu maka untuk menjamin semua pihak puas hati perayaan penubuhan hari negara bangsa boleh dilakukan bermula pada 31 Ogos hinggalah 16 September setiap tahun.
Nama Malaysia sebenarnya telah lama digunakan, sejak Perang Dunia Kedua nama ini telah ada. Pihak British yang sebenarnya menggunakan nama itu dan nama Malaysia merujuk kepada gugusan kepulauan Melayu. Tetapi dalam laporan banci 31 British telah membezakan antara orang Melayu iaitu mereka yang sudah lama berada di sini dengan orang yang datang dari Indonesia. Dalam laporan banci itu ada dibezakan antara Malays dengan other Malaysians. Dan orang yang berasal dari Indonesia dipanggil other Malaysians. Namun nama Malaysia tetap merujuk kepada rantau ini. Nama ini dapat diterima oleh semua pihak. Kalau Malayans, orang Melayu tidak boleh terima. Mengikut fahaman orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua, Malayans bererti orang bukan Melayu dan di negara ini ada Malays dan Malayans.
MINGGUAN: Bagaimana dengan reaksi negara asing terutama negara-negara jiran?
KHOO KAY KIM: Indonesia terutamanya memang sangat marah dengan perkara ini. Saya berpandangan mungkin kerana Indonesia mahu mengawal keseluruhan pulau Kalimantan. Filipina juga tidak berpuas hati, jika kita merujuk balik kepada sejarah memang benar Sabah merupakan sebahagian daripada Filipina. Dua negara ini memang menolak sama sekali penubuhan Malaysia ketika itu, namun Thailand tidak ada masalah tentang hal ini.
Satu perkara yang menimbulkan kebimbangan di kalangan pemimpin ketika itu ialah bagaimana untuk menjadikan rakyat Malaysia bersatu padu. Ketika itu kita lihat jika di Indonesia boleh mewujudkan satu ideologi nasional maka Malaysia pun boleh melakukannya. Maka dicadangkan supaya negara ini diadakan satu ideologi nasional iaitu Rukun negara.
Kita tidak boleh nafikan ilham datang dari Indonesia tetapi pengisiannya jauh berbeza sama sekali. Rukun Negara kita sememangnya dibuat berasaskan realiti misalnya yang pertama, kepercayaan kepada Tuhan. Ini tidak bermakna ada antara rakyat yang menolak agama tetapi setelah berbincang dengan mendalam, majoriti dan keseluruhan rakyat Malaysia tetap percaya kepada tuhan. Tidak timbul soal kita meniru atau cuba menjadi Indonesia kedua. Apa yang dilakukan oleh Malaysia dalam perkara ini adalah berasaskan realiti sebenar negara ini. Kalau dalam soal budaya pun kebanyakan budaya ini dibawa oleh orang Indonesia semasa mereka berhijrah. Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk menetap di Semenanjung Tanah Melayu mereka tentunya tidak akan membuang budaya yang telah diamalkan sejak sekian lama.
Ini budaya asal maka mereka terus mengamalkannya. jadi tidak timbul soal mencuri atau meniru dalam perkara ini. Dalam perkara yang dibangkitkan oleh media Indonesia mereka mungkin tidak faham sejarah negara ini. Kita ambil contoh Negeri Sembilan yang sememangnya ditubuhkan oleh orang Minangkabau dari Sumatera. Mereka tentunya tidak akan menghapuskan budaya yang telah diamalkan secara tradisi sejak sekian lama. Selangor pula ditubuhkan oleh orang Bugis dan pengaruh Aceh di Perak sangat kuat. Kita mungkin sudah lupa tetapi orang yang mula-mula membuka bandar Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan ialah orang Mandailing. Hanya ketua mereka yang tidak dilupakan iaitu Sultan Puasa.
MINGGUAN: Kini setelah 46 tahun penubuhan Malaysia, pada pandangan Tan Sri apakah aspirasi yang dirancang tentang penubuhan perkara ini telah berjaya dicapai?
KHOO KAY KIM: Jika kita dilihat dari segi politik, tujuan utama penubuhan Malaysia ketika itu ialah untuk menghalang perluasan ideologi komunis. Dan atas asas ini sememangnya kita telah berjaya. Paling penting ialah untuk menolong Singapura kerana ia pada masa itu sangat kuat dipengaruhi oleh ideologi komunis.
Kemudian, setelah keadaan pulih dengan kemasukan Singapura ke dalam Malaysia, berlaku perselisihan dan singapura dipecat dari Malaysia. Ramai orang yang tidak tahu tentang perkara ini. Sabah dan Sarawak pula sejak dari awal lagi telah meminta lebih banyak autonomi diberikan kepada mereka.
Maka Semenanjung perlu menghormati Sabah dan Sarawak bagi menjamin apa-apa yang boleh ditafsirkan sebagai percubaan oleh Semenanjung untuk campur tangan dalam hal ehwal kedua negeri ini. Satu masa dahulu, kita merujuk Sabah dan Sarawak sebagai Malaysia Timur dan di Semenanjung sebagai Malaysia Barat.
Kini tidak lagi dan dikenali sebagai Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. Namun saya lihat aspirasi dari segi hubungan membentuk dan menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum itu masih perlu mengambil masa lagi. Tempoh 46 tahun masih belum cukup dan mungkin masa yang agak lama perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini.
Namun saya lebih suka untuk melihat satu usaha serius dan mendalam untuk mendidik golongan muda kita supaya mereka memahami dan mengenali antara satu sama lain. Jika tidak, masih lagi berlaku keadaan di mana kita tanya sesuatu tentang keadaan di Sabah atau Sarawak kepada orang di Semenanjung atau sebaliknya mereka masih tidak dapat memahami atau menerangkan dengan baik.
Sistem pendidikan kita perlu melakukan sesuatu tentang perkara ini kerana saya masih tidak nampak usaha dilakukan tentang perkara ini. Golongan muda perlu ditekankan tentang semangat bahawa kita hidup di sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum terutama di Sabah dan Sarawak itu sendiri. Saya sendiri pernah disoal oleh seorang pelajar dari Kelantan tentang apakah mata wang yang digunakan oleh Sabah. Begitu juga jika kita tanya orang bukan Melayu di Johor tentang Terengganu, saya yakin kebanyakan mereka tidak tahu. Saya pelik kenapa perkara ini berlaku dan seharusnya sistem pendidikan kita perlu diubah untuk menerap pemahaman tentang semangat penubuhan Malaysia.
MINGGUAN: Kenapa tidak sebarang sambutan yang signifikan untuk meraikan 16 September sebagai Hari Malaysia?
KHOO KAY KIM: Ini kerana kebanyakan orang di sini sibuk dengan sambutan 31 Ogos sedangkan di Sabah dan Sarawak mereka tidak biasa dengan 31 Ogos. Namun saya melihat sekarang adalah perlu untuk kita melakukan sesuatu tentang Hari Malaysia. Kita jangan hilangkan semangat ini dan ia boleh dilakukan seperti yang saya katakan tadi, kita mula dengan sambutan 31 Ogos di sini dan dilanjutkan sehingga 16 September.
Tempoh hanya dua minggu sahaja dan kita boleh isikan dengan pelbagai program sepanjang tempoh tersebut. Jika dilaksanakan, ia adalah selari dengan gagasan 1Malaysia supaya kita boleh mendedahkan kepada golongan muda apa sebenarnya yang dimaksudkan tentang hari Malaysia. Generasi muda sekarang saya lihat hidup terlalu selesa dan langsung tidak ada keghairahan untuk mewujudkan semangat Kemalaysian.
Mereka tidak faham tentang perjuangan menentang British dan sekarang akibat dari kehidupan yang selesa maka kita boleh lihat sendiri tentang apa signifikannya Hari Malaysia kepada mereka.
MINGGUAN: Apa harapan Tan Sri tentang Malaysia dalam konteks masa depan?
KHOO KAY KIM: Semuanya terpulang kepada pihak pemerintah. Kalau kita hendak membina sesuatu, kita perlukan cara yang berkesan. Kita tidak boleh berharap kepada golongan dewasa sekarang kerana pemikiran dan cara mereka berbeza. Maka kita kena kembali kepada golongan muda terutama mereka di sekolah rendah. Sistem pendidikan seharusnya memberi penumpuan terhadap perkara perpaduan melebihi dari perkara lain. Kita tidak boleh berharap kepada keputusan peperiksaan di mana markah yang tinggi adalah yang terbaik tetapi dalam soal perpaduan mereka masih terkebelakang. Jika kita mahu melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh maka kita boleh melakukannya. Kita tidak boleh bergantung lagi kepada slogan jika ia tidak dilaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh.
Sumber : Utusan 20/09/2009
Sabtu, Ogos 30, 2008
Mandaling
Assalamualaikum warahmatullah,
Masih saya ingat opah Hindun (opah adalah gelaran untuk nenek bagi orang Perak), selalu bercerita yang datuk dan moyang kami berketurunan Mandaling dan berasal dari tanah Sumatra, Indonesia. Menurut opah, datuk saya, Abdullah bin Jaafar bin Abas (Abbas?) adalah generasi ke-tiga pertama yang lahir di Tanah Melayu. Ayah kepada datuk (Jaafar Abas), berhijrah ke sini (Perak) bersama abangnya (dua-beradik).
Menurut sejarah-mandailing, Serangan Raja Gadumbang Porang atau Tuanku Mandailing dengan tentera paderi tidaklah begitu menekan tetapi apabila Tuanku Lelo bertubi-tubi menyerang Penyabungan dan memburu yang Dipertuan Huta Siantar bersama pengikutnya; pembunuhan beramai-ramai telah memaksa sebahagian besar penduduk Mandailing melarikan diri ke Tanah Melayu, sekitar tahun 1816 – 1832. Ada pula di antara raja-raja Mandailing yang mengikut tentera Paderi seperti Patuan Maga, Baginda Sidursat dan lain-lainnya telah menentang Tuanku Lelo. Di bawah pimpinan Tuanku Mandailing beberapa orang panglima perang paderi akhirnya menyerang Kubu Tuanku Lelo di Padang Sidempuan dan menewaskannya. Salah seorang anak raja Mandailing bernama Jahurlang yang bergelar Tuanku Bosi yaitu anak kepada Patuan Maga telah menyertai Tuanku Imam Bonjol sebelum jatuhnya benteng Padang Sidempuan. Beliau diamanahkan oleh Tuanku Imam Bonjol untuk menjaga Bentang Bonjol pada tahun 1837 – sewaktu beliau berunding dengan Belanda.
Menurut cerita opah, moyang datuk adalah pendekar di tanah kelahirannya... Waaa... jika moyang saya pendekar satu ketika dulu, makanya saya juga berdarah pendekarlah..... (heh heh!). Saya kurang pasti berapa ramai yang berhijrah ke tanah Melayu pada masa itu, kebanyakan mereka menetap di Kampar, Gopeng, Jeram dan Gunung Panjang, Kuala Dipang dan kawasan sekitarnya.
Saya sendiri mempunyai seorang kenalan di Dumai yang berketurunan Mandailing, marga Nasution. Menurutnya, Mandailing sangat kuat memegang adat (seperti keturunan Minangkabau yang kuat memegang adat), tetapi apa yang saya lihat di kampung dan kawasan sekitarnya tidak lagi mengamalkan adat-istiadat orang Mandailing. Malahan, tutur kata (loghat) mereka pun tidak melambangkan keturunan dan asal usul. Berkemungkinan besar, yang berhijrah ke sini dulu orang-orangnya muda belaka dan tiada orang-orang tua, jadi saya dapat simpulkan mereka telah meninggalkan adat keturunan dan menyerapkan adat Melayu Perak.
Kalau ikut kata kenalan saya ada beberapa marga dalam Mandailing, marga yang 'major' ada tujuh (7), menurut listing Wikipedia, marga Mandailing terdiri dari :
1. Lubis
2. Nasution
3. Siregar
4. Hasibuan
5. Harahap
6. Tanjung
7. Dalimunthe
8. Matondang
9. Rangkuti
10. Parinduri
11. Pulungan
12. Rambe
13. Daulae(y)
14. Pohan
15. Batubara
16. Barus
17. Hutajulu
Saya nak kongsi info tentang orang Mandailing yang dipetik dari SiMgrup, semoga info ini ada manafaatnya.
Marga boleh dikenali berasaskan kepakaran masing-masing. Ada yang terdiri daripada pahlawan, ahli seni, orang besar, guru dan sebagainya. (NB : jika moyang saya seorang pahlawan, apakah marganya?)
Di sebelah Pulau Sumatera, masih ramai yang pakai nama bangsa ini dihujung nama sendiri; contohnya Hakim Nasution bin Abu Samah Nasution, Faisal Tanjung bin Saleh Tanjung dll. Di Malaysia, ramai yang orang mandailing yang kaya dan power, contoh keluarga Tun Siti Hasmah, Tun Hanif Omar (NB : menurut opah, Tun dari berketurunan adik-beradik Abbas yang berhijrah), Daim Zaindudin atau ahli seni seperti Saifudin Nasution, Cico Harahap, Ahmad Tarmimi Siregar dan lain-lain.
Perantauan Orang Mandailing ke Malaysia
- Amalan Dalian Na Tolu dalam perantauan
- Tradisi Gordang Sambilan di Klang
Rencana
- Abdur-Razzaq Lubis, Selamatkan Masjid Papan (Surat Berita Mandailing Jilid 1, No. 1)
- Abdur-Razzaq Lubis, Sutan Puasa dan Kuala Lumpur (Surat Berita Mandailing Jilid 1, No. 1)
- Abdur-Razzaq Lubis, Adam Malik, anak Chemor (Surat Berita Mandailing Jilid 1, No. 2)
- Abdur-Razzaq Lubis, Kampung Batu Sembilan, Chemor, (Surat Berita Mandailing Jilid 1, No. 2)
Orang Mandailing mempunyai tradisi Pai Kolang, perantauan ke pantai barat Semenanjung Malaysia. Perang Paderi (1816-1833) ada yang menyebut dari 1803-1838, memasuki Mandailing untuk menguasai tambang/lombong dan pengeluaran mas di samping menyebarkan agama Islam. Perang antara kaum adat dan kaum Paderi di Minangkabau, Perang Paderi bertukar menjadi perang antara kaum Paderi dan Belanda setelah Belanda memihak kepada kaum adat. Sekitar tahun 1820, Paderi memasuki Mandailing . Sebagian orang Mandailing ada yang memihak Paderi dan sebagian menyebelahi Belanda. Kaum Paderi coba menghancurkan segala sesuatu yang ada hubungannya dengan amalan/agama nenek moyang yang dianuti oleh orang-orang Mandailing yang bertentangan dengan Islam ala-Paderi. Peristiwa ini mencetuskan perantauan besar-besaran orang-orang Mandailing ke Malaysia pada abad ke 19, dikepalai oleh Raja-Raja Mandailing yang diikuti oleh marga-marga.
Kehadiran orang-orang Mandailing di Malaysia meledakkan peperangan di tiga negeri yang berlangsung selama 30 tahun. Dari Melaka, pelarian Mandailing mengungsi ke Sungai Ujong (Seremban, Negeri Sembilan, hari ini), melombong/menambang mas sebelum terlibat dalam Perang Rawa, 1848. Mereka kemudian mengungsi ke tambang/lombong mas di Pahang, di mana mereka terheret dalam Perang Orang Kemaman (Perang Pahang, 1857-1863). Kemudian mereka coba menguasai tambang bijih timah di Selangor yang menjadi rebutan, sebelum mengepalai Porang Kolang (Perang Selangor, 1867-1873). Menjadi buruan orang Melayu Pahang, Bugis dan British, mereka melepaskan diri ke negeri Perak dan menjadi askar-askar upahan British dalam Perak War (1875-1876) menentang orang Melayu Perak. Sampai ke hari ini, keturunan "pengacau-pengacau" Mandailing masih dapat ditemui di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan di Perak. Mulanya sebagai pelombong, pedagang/peniaga dan askar upahan, mereka kemudian menjadi pentadbir (penghulu), pendidik dan forester.
Caption: Peta perantauan orang-orang Mandailing ke Semenanjung
Credit: Donald Tugby, 'Cultural Change and Identity: Mandailing Immigrants in West Malaysia', University of Queensland Press, 1977.
http://www.mandailing.org/ind/perantauan.html
http://maulanusantara.wordpress.com/2008/01/22/mandailing-dalam-lintasan-sejarah/
Bangsa Mandailing dimelayukan Inggeris
Kalau penjajah Belanda melabelkan orang Mandailing sebagai Batak, penjajah Inggeris melabelkan orang Mandailing sebagai "foreign Malays" (Melayu dagang). Di satu pihak, orang Mandailing disebut Batak Mandailng, dan di pihak yang lain, disebut Melayu Mandailing.
Penjajah Inggeris memakai istilah "foreign Malays" untuk merujuk kepada orang Mandailing dengan alasan kemudahan administratif (administrative convinience). Pada mulanya, kategori Mandailing dan Batak terpisah dalam sensus-sensus British Malaya, kemudian kedua kategori tersebut dihapuskan menyebabkan orang Batak mahupun orang Mandailing pilih 'masuk Melayu' atau menjadi Melayu dalam pengambilan sensus.
Meskipun berabad-abad orang-orang Batak sudah 'masuk Melayu', pemisahan Batak-Melayu terus kekal. Hinggakan proses memelayukan orang-orang Batak termasuk bangsa/umat Mandailing yang dikategorikan sebagai sub-Batak itu, berkelanjutan hingga masakini. Apakah muslihat dan strategi penjajah dan sarjana-sarjana Barat mahu menghapuskan kemajemukan kebangsaan bangsa-bangsa lain di Sumatra Utara supaya bertuankan Batak? Apakah muslihat dan strategi penjajah dan sarjana-sarjana Barat mahu menghapuskan kemajemukan kebangsaan bangsa-bangsa Nusantara yang kedapatan di Semenanjung supaya bertuankan Melayu?
Bermula dengan rekayasa sosiol engineering kolonial Belanda dan British, disusuli proses Malayanisasi (kemudian Malaysianisasi) dan Indonesianisasi yang berlaku sejak dari abad ke 19 sampai sekarang menerusi pendidikan nasional, polisi kebudayaan nasional dan nasionalisme Melayu dan Indonesia. Ciri-ciri khusus kebangsaan bangsa/umat Mandailing seperti bahasa dan aksara, digugat dan kemudian terhapus sama sekali atas nama asabiah (fanatik perkauman) pembangunan nasional, identitas nasional dan kesatuan nasional.
Artikel ini di copy&paste dari berbagai sumber website, grup perbincangan formal, saya sgt berharap member yg lebih pakar sila perbetulkan jika ada berlaku kesilapan fakta.
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
The Mandailing is a traditional cultural group in Southeast Asia. They are found mainly in the northern section of the island of Sumatra in Indonesia. There are also significant groups of Mandailing in Malaysia, especially in the states of Selangor and Perak. The Mandailings in Indonesia are often considered to be part of the Batak people, but are often also considered to be a separate group. They came under the influence of the Kaum paderi who ruled the Minangkabau of Tanah Datar. As a result, the Mandailing were influenced by Muslim culture and converted to Islam. Previous to their conversion, they practised Hinduism and Parmalim (Batak native religion). The etymology of 'Mandailing' is said to be a coupounding of the words manda, meaning 'mother', and ilang, meaning 'lost'. Thus, the name is said to mean 'lost mother'. Some research has suggested that the Mandailing are the descendants of the Toba Batak, who migrated to the south centuries before the coming of the Portuguese and Dutch colonisation of Sumatra. There they converted to Islam and intermarried with Minangkabau and the Malay peoples. Mandailing society is patriarchal, employing family names, or marga, in the same manner as the Toba Batak. The same marga can be found, such as Lubis, Nasution, Siregar, Hasibuan, Harahap, Dalimunthe (originally from Munthe), Matondang, Rangkuti, Parinduri, Pulungan, Rambe, Daulae(y), Pohan, Batubara (not to be confused with the Batu Bara people from the east coast of Sumatra), Barus and Hutajulu. They are closely related to the Angkola, who are mixed between Muslim and Christian adherents.
'Mandailing' is the name of region (Luat Mandailing) which is now almost in Mandailing Natal Regency in North Sumatra Province. The first group who came to this region were the Lubis, later followed by the Siregar, Harahap and so forth. These groups migrated from the northern region, which now belongs to North Tapanuli Regency and Tobasa Regency. One of these groups, the Harahap, left, which makes their identification to the region difficult. Matondang, Rangkuti and Parinduri are the local groupss of Luat Mandailing. Harahap and Siregar dwell almost in Luat Angkola, which now belongs to South Tapanuli Regency, situated between Mandailing-Natal Regency and North Tapanuli Regency.
Capaian entry berkaitan :
* Horas mandailing! Saya marga (clan) Nasution!










