“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, November 29, 2010

4 ciri lelaki hebat


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Anda tentu masih ingat entry Tazkirah: Ciri-ciri manusia unggul. Baiklah, apakah ciri-ciri lelaki hebat pula? Bunyinya seperti sesuatu yang sukar dicari. Memang ramai lelaki tetapi berapa ramai yang benar-benar hebat? Kategori lelaki ini adalah yang berkualiti baik dari aspek emosi, jasmani, spiritual mahupun mentalnya.

Karismanya akan wujud di masa saja dia berada sama ada di kalangan lelaki amnya dan wanita khususnya. Lelaki hebat juga mesti mewakili semua aspek disegani wanita iaitu kacak, bergaya, bijak pandai, memiliki sifat humor dan sebagainya. Bagaimana mahu menilai bahawa anda adalah lelaki benar-benar hebat?

1. Kehebatan terserlah

Lelaki yang hebat di mata wanita adalah lelaki yang sangat ringan tulang membantu pasangannya, baik di luar mahu pun di dalam rumah. Lelaki yang hebat juga bukan lelaki yang hanya tahu menyuruh isterinya menyendukkan makanan, melipatkan bajunya atau berbuat sesuatu tanpa menolong walau sedikit pun.

Tugas lelaki bukan lagi seperti pahlawan zaman dahulu yang perlu memikul tombak, menghunus keris dan membiarkan pasangan membuat semua kerja di dapur sendiri sebaliknya lelaki hebat masa kini adalah lelaki yang rajin tulang membantu pasangannya. Jika anda sudah ada ciri ini, anda adalah lelaki hebat di mata wanita.

2. Tahu akibat

Menjadi lelaki yang hebat juga bermakna anda tahu membezakan perkara baik dan buruk dalam kehidupan. Sebelum sesuatu perkara itu dilakukan, anda sudah memikirkan apakah kesannya kepada pasangan, adakah ia akan mengguris hati mereka dan mencacatkan hatinya yang tulus suci menyintai anda dan sebagainya.

Menjadi lelaki yang baik adalah bagaimana anda tahu menjaga hati pasangan sebaik mungkin. Percayalah, bila anda pandai menjaga hatinya, dia akan menyayangi diri anda sepenuhnya. Sebenarnya, ramai lelaki yang gagal berbuat begini kerana kebanyakan lelaki lebih suka mengikut fikiran sendiri tanpa memikirkan kesan kepada pasangan.

3. Ambil berat

Biarpun sikap ini dilihat biasa bagi sesetengah lelaki tetapi pasangan mudah ditawan jika anda benar-benar mengambil berat tentang diri mereka. Jangan sesekali mengambil kesempatan kerana ia akan hanya menunjukkan kelemahan anda di mata mereka.

Jadilah lelaki yang benar-benar lelaki, sanggup berkorban apa saja demi menjaga hati pasangan. Menyebut memang agak mudah tetapi mahu melaksananya mungkin agak sukar. Namun begitu, lelaki hebat tidak akan teragak-agak berbuat demikian kerana mereka tahu, penghabisannya sangat berbaloi. Diri akan disayangi oleh pasangan dan dia sanggup berbuat apa saja untuk anda, sama seperti anda yang sanggup berbuat apa saja demi menjaga hatinya.

4. Pandai ambil hati

Ramai lelaki yang berjaya, baik dari aspek kerjaya dan sebagainya. Lebih menambah karisma jika dilengkapi pakej wajah tampan, kekayaan, kedudukan, baik dan sebagainya. Tetapi dalam ribuan lelaki, bukan semua memilikinya.

Ada yang dilahirkan dengan wajah biasa-biasa saja dengan pekerjaan yang biasa juga. Semua ini membuatkan ada lelaki berasa rendah diri jika bergaul dengan lelaki yang hebat. Namun tidak mustahil anda juga boleh menjadi lelaki yang hebat di mata pasangan jika anda tidak menyakiti hatinya, pandai mengambil hati dan tidak mengungkit kisah-kisah lalunya. Mungkin anda tidak dapat menandingi semua kekayaan dan ketampanan tetapi cukuplah sekadar anda memiliki hati yang hebat.

Namun dalam anda mencari bagaimana menjadi lelaki hebat, jangan dilupakan satu perkara penting bahawa lelaki yang hebat juga adalah lelaki yang hatinya penuh takwa kepada Allah SWT. Dia bukan saja ingin sentiasa dekat dengan Yang Maha Esa malah mengajar pasangan dan anak-anak mencintai dan mengikuti ajaran-Nya.

Cuba terapkan ciri-ciri manusia unggul dan ciri-ciri lelaki hebat, anda tentu kelihatan begitu sempurna, bukan sahaja di mata isteri dan anak-anak tetapi juga di sisi-Nya, insya Allah.




Sumber rujukan : MW#1408

Capaian entry berkaitan :

Butiran selanjutnya ...

Ahad, November 28, 2010

Kaunselor Anda: Mangsa suami baran


Isteri trauma dipukul, diugut jatuh talak jika mengadu nasib

SOALAN :

Puan, saya sudah lama bersabar dengan sikap panas baran suami, termasuk suka memaki hamun. Saya tidak boleh menjawab langsung, walaupun hanya bertujuan meluahkan perasaan. Sebenarnya sejak anak kedua lahir (2004), dia sudah mula pukul, melempang dan terajang saya. Apabila marah, segala perkataan kesat dihambur walaupun ketika saya sarat hamil. Pernah saya menangis, merayu kasih sayangnya tetapi dia sebaliknya bertindak mengambil selipar tandas dan menyapu ke muka saya. Bayangkanlah betapa pedihnya hati ini.

Anak-anak turut dipukul biarpun melakukan kesalahan kecil. Saya pernah melaporkannya kepada polis tetapi menarik balik laporan itu kerana kasihankan dia. Suami saya juga suka berhutang. Terbaru, dia membuat pinjaman sebanyak RM40,000 untuk perniagaan jualan langsungnya. Dia yang buat pinjaman tetapi saya yang terpaksa mengikat perut biarpun saya bekerja. Duit simpanan saya pula banyak habis untuknya.

Saya juga pernah cuba bawa kes ke mahkamah tetapi saya tidak kuat terutama jika dia minta maaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatannya. Saya pernah memberitahu keluarga suami, tetapi mereka tidak percaya kerana suami ialah insan yang tidak mengabaikan solat dan lemah lembut.

Namun, kesabaran sudah memakan jiwa. Semakin disorok, semakin tertekan dan sakit hati ini. Katanya, saya tak mungkin tinggalkan dia kerana tak mungkin saya dapat hidup tanpanya. Saya juga tidak boleh keluar dengan adik sendiri kerana akan jatuh talak. Begitulah juga jika saya mengadu kepada emak mentua. Saya terlalu taat padanya hinggakan kawan mendakwa saya mungkin menjadi mangsa ilmu hitam olehnya. Puan, kadang kala saya mendoakan dia cepat mati, agar saya boleh bebas. Ayah dan keluarga saya menasihati saya agar bercerai. Saya buntu kerana masih sayangkan dia. Namun, kadang kala saya rasa yang dia tak sayangkan saya. Saya amat berharap puan dapat membantu saya .

Sekadar berteduh.

JAWAPAN :

Salam buat isteri mangsa baran. Tahniah puan kerana masih berusaha mencari penyelesaian, walaupun ibarat menghidupkan api di permukaan air. Penderitaan yang puan alami ini. Bangunkanlah keyakinan bahawa setiap perkahwinan akan diuji dengan kesenangan dan kesulitan bagi membolehkan kita menilai diri dan pasangan kita.

Dalam hal ini puan sudah diizinkan melalui kesulitan dalam kehidupan suami isteri hingga sudah muak dengan masalah yang tidak ada penghujungnya akibat ketidaktentuan pendirian puan. Sesungguhnya perkahwinan adalah hadiah dari Allah, namun Allah juga bekalkan penyelesaian dan pilihan bagi yang terbabit. Sebab itulah ada mahkamah dan ada pernikahan, ada perceraian, ada rujuk dan ada talak. Peraturan ini sangat indah disediakan kerana Allah SWT tidak mahu hamba-Nya menderita, tidak mahu hamba-Nya terperangkap dalam kesengsaraan.

Ini adalah susunan Allah tapi apa yang terjadi, puan seolah-olah tidak yakin dengan ketentuan Allah dalam hidup lalu berada dalam keadaan ragu-ragu bertindak , seolah-olah merelakan diri untuk diseksa, dihina dan dipermainkan dengan layanan seperti hamba dan orang tawanan. Mengapa keadaan kejam ini boleh berlaku, tidak lain dan tidak bukan kerana puan tidak mampu membuat tindakan yang pasti untuk menyelamatkan diri!

Ini yang disebut, mendukung biawak hidup hingga ke akhir hayat. Bagaimana orang yang sedar bahawa yakin ada Allah dan jodoh pertemuan ditentukan oleh Allah dan percaya Allahlah yang mengendalikan segala-gala kehidupan kita mengikut ketentuan-Nya, tiba-tiba berasa takut kepada orang yang menyeksa hidup sendiri? Bagaimana berasa takut dengan manusia lain yang hidupnya juga juga digenggam Allah? Bagaimana orang yang yakin Allah Maha Hebat dan Maha Berkuasa kemudian takut selain Allah SWT? Pada hal Allah berpesan dengan jelas, "Maka janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada Aku jika kamu benar-benar orang beriman." (QS Ali ’Imran :175)

Jika anda tidak memulakan langkah menyelamatkan diri, Allah SWT tidak akan ubah nasib dan angkat penderitaan kamu, yakinlah ini dengan berusaha dan bertindak serta banyak beristighfar akan menjadi pembuka kepada penyelesaian masalah yang kita hadapi.

Sikap ini dipakai oleh Ibnu Taimiyyah yang berkata, "Jika masalah yang saya hadapi mengalami kebuntuan, maka saya akan beristghfar kepada Allah SWT sebanyak 1000 kali dengan harapan dan keyakinan bahawa Allah akan membukakan jalan keluar." Sikap ini dipakai beliau kerana berpegang pada pesanan Allah, "Maka aku katakan kepada mereka, Mohonlah ampun keada Rabb-mu sesungguhnya Dia Maha Pengampun." (QS Nuh:10)

Akhir sekali saya suka mengingatkan puan, mereka yang cemerlang akan menjadikan orang lain bergantung kepadanya, bukan dirinya bergantung kepada orang lain. Ini bermakna jika anda sudah tahu apa yang patut dilakukan bagi membaiki kehidupan anda maka anda juga yang bertanggungjawab mengubahnya. Tiada orang yang akan membantu dan orang yang mahu selamat tidak akan mengharapkan orang lain datang menyelamatkannya, melainkan dia akan berusaha sendiri, mengambil keputusan berdasarkan keyakinan dan matlamat sendiri tanpa mempedulikan apa orang di luar katakan terhadap tindakan kita. Belajarlah membuat pilihan jika jelas anda tidak mampu menjadi orang tawanan seumur hidup.

Buat pilihan kerana Allah SWT tidak akan membuka jalan pada mereka yang tidak berusaha. Maka bertindaklah selagi masih ada kudrat dan umur, sekurang-kurangnya memberi pengajaran kepada suami yang bebas lepas melakukan kekejaman dan penderaan.

Jangan takut dengan solatnya sedangkan perangainya lebih ganas dari binatang ganas. Kukuhkan tanganmu berpegang pada tali Allah, kerana ia adalah tali yang paling kukuh dari semua tali yang ada di dunia ini. Dialah yang menghidup, yang mematikan dan yang memberi rezeki, lalu mengapa anda harus ada takut sesama manusia untuk bertindak dengan tidak menggantungkan hidup kepada orang lain atau mengharapkan simpati orang untuk mengubah hidup kita kerana semua yang kita mahukan hanya kita yang berhak mengusahakannya.
Wallahu'alam.




Rujukan : Kauseling bersama Dr Rubiah K Hamzah (Pakar Motivasi) di BHarian 14/06/2009

Butiran selanjutnya ...

Mati bersalin



Darah beku ke paru-paru, air ketuban masuki saluran darah antara punca utama

SEORANG wanita bersalin anak kelima dan cukup bulan tanpa sebarang komplikasi. Namun, ketika pemantauan rutin kira-kira empat jam kemudian, jururawat menemuinya dalam keadaan tidak bermaya, pucat dan sesak nafas.

Pemeriksaan awal tidak menunjukkan sebarang tanda pendarahan nifas yang berlebihan atau manifestasi penyakit jantung dan paru-paru yang jelas. Kajian ultrasound jantung atau ‘echocardiography’ mendapati bahagian kanan jantung membengkak dan tidak berdenyut dengan baik - petanda saluran darah ke paru-paru sudah tertutup berikutan peralihan gumpalan darah beku dari kaki ke paru-paru. Inilah kesan masalah embolisme paru-paru akut yang menjadi cabaran getir bagi setiap pengamal perubatan yang mengendalikan wanita mengandung dan baru bersalin. Di Malaysia, kajian menunjukkan lebih kurang 15% kes kematian ibu mengandung atau yang baru bersalin, disebabkan masalah itu.

Ia disebabkan dua punca iaitu pertama, gumpalan darah beku atau ‘deep vein thrombosis’ yang terbentuk di betis atau pinggul wanita yang mengandung akibat kurangnya kelancaran darah menerusi betis dan pinggul wanita berikutan tekanan kandungan dibawanya. Risiko ibu mengandung mengalami penyakit ini adalah empat kali ganda berbanding wanita biasa dan risiko ia berlaku selepas bersalin adalah lima kali ganda berbanding sebelum bersalin yang mana separuh kes dilaporkan berlaku melahirkan anak.

Kedua, air ketuban yang memasuki saluran darah ibu ketika bersalin atau ‘amniotic fluid embolisme.’ Ia tidak menyebabkan saluran darah tersumbat secara mutlak seperti di atas sebaliknya reaksi anafilaksis yang menjadikan saluran paru-paru menyempit dan akhirnya tertutup. Kadar kematian akibatnya amat tinggi dan sehingga kini, cara merawatnya masih belum dapat dikenal pasti.

Dua punca itu mempamerkan manifestasi klinikal yang sama iaitu, wanita berkenaan mengalami sesak nafas, tekanan darah merudum, kadar nadi meningkat drastik, pucat, tidak bermaya atau tidak sedarkan diri.

Justeru, mereka yang mengiringi wanita itu seperti suami, perlu prihatin dan mengamati keadaan isteri ketika bersalin dan selepas bersalin. Jika ia berlaku, wajarlah jururawat atau doktor dimaklumkan secepat mungkin bagi rawatan segera. Andai berlaku di rumah, pastikan bantuan pernafasan dan tekanan dada cardio-pulmonary resuscitation atau CPR didahulukan sementara menunggu bantuan ambulans.

Apakah faktor risiko masalah ini? Bagi wanita tidak mengandung, pengambilan pil perancang keluarga adalah faktor utama yang boleh menyebabkan masalah ini. Selain itu, merokok, berat badan berlebihan, penyakit kronik lain seperti kanser atau keadaan yang mana kurangnya pergerakan fizikal berpanjangan seperti patah tulang kaki atau pinggul, duduk terlalu lama dalam kapal terbang - semuanya boleh menambah risiko gumpalan darah di kaki.

Bagi ibu mengandung, faktor seperti umur, bilangan kehamilan yang ramai, kandungan kembar atau kehadiran penyakit lain seperti penyakit jantung akan menambah risiko.

Kaedah rawatan penyakit ini bergantung kepada puncanya. Jika disebabkan gumpalan darah beku, maka pesakit perlulah dirawat dengan cara ‘fibrinolysis’ iaitu menghancurkan gumpalan darah berkenaan. Tahap kejayaan menggunakan kaedah rawatan ini adalah amat tinggi tetapi perlu disusuli ubat untuk mencairkan darah bagi mengelakkan ia berulang.

Ubat seperti Heparin dan Warfarin perlulah diambil sekurang-kurangnya tiga bulan selepas bersalin dan tanpa henti. Jika disebabkan air ketuban, maka pesakit perlu diberi bantuan pernafasan ventilasi dan ubat untuk menyokong tekanan darah optimum. Seperti yang disebut, kadar kematian disebabkan oleh punca ini adalah 80% dan usaha menemui cara rawatan terbaik masih lagi diteruskan.

Info : Embolisme paru-paru akut

  1. Punca utama kematian ibu mengandung dan yang baru bersalin.
  2. Tanda-tanda perlu diamati termasuk sesak nafas, tekanan darah merudum, peningkatan kadar nadi dan pesakit kelihatan pucat, tidak bermaya atau tidak sedarkan diri.
  3. Faktor risiko - umur, bilangan kehamilan yang ramai, kandungan kembar atau kehadiran penyakit lain seperti penyakit jantung akan menambah risiko.

Rencana oleh Profesor Madya Dr Azarisman Shah Mohd Shah, Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Kardiologi, Timbalan Dekan (Akademik) dan Timbalan Pengarah Pusat Konsultasi Klinikal, Kuliah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Bandar Indera Mahkota, Pahang.



Sumber : BHarian 28/11/2010

Butiran selanjutnya ...

10 wanita didera sehari



Ramai mangsa enggan buat laporan

28 Nov, KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mendedahkan purata 10 wanita negara ini dilaporkan menjadi mangsa kes keganasan setiap hari, mencakupi keganasan seksual, fizikal dan emosi. Jumlah sebenar mangsa, katanya, bagaimanapun dipercayai lebih daripada itu kerana angka yang diberikan hanya membabitkan jumlah kes yang dilaporkan.

“Statistik ini diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kita percaya jumlah sebenar (mangsa) lebih banyak lagi, cuma tidak dilaporkan. Pada peringkat global pula, sekurang-kurangnya seorang daripada tiga wanita di seluruh dunia dipukul, dipaksa melakukan aktiviti seksual atau didera sepanjang hayatnya,” katanya. Beliau berkata demikian dalam teks ucapan dibacakan Timbalannya, Senator Heng Sei Kei pada majlis pelancaran Kelab Youth Orbit-Circle of Influence (YO!), di sini semalam.

Shahrizat berkata, apa yang lebih malang ialah pendera atau penjenayah itu lazimnya terdiri daripada individu yang dikenali atau sangat rapat dengan mangsa dan angka yang dilaporkan oleh PDRM itu hanya sebahagian kecil daripada keadaan sebenar yang berlaku.

“Realitinya, saya percaya lebih ramai wanita berdiam diri dan enggan melaporkan atau malu untuk melaporkan keganasan serta penderaan ke atas mereka. Situasi ini semakin membimbangkan kerana ia bukan saja mengancam nyawa dan kesejahteraan mangsa, bahkan boleh menggugat pertumbuhan moral masyarakat khususnya generasi muda negara.”

“Keganasan terhadap wanita adalah isu global yang masih menghantui kebanyakan negara termasuk negara maju. ini membuktikan isu ini tiada kaitan dengan faktor kaum, kepercayaan agama, status ekonomi dan sosial. Pendek kata keganasan terhadap wanita boleh berlaku kepada sesiapa saja dan di mana saja,” katanya.

Katanya, semua pihak perlu sedar zaman kian moden tidak menghalang keganasan terhadap wanita terus berlaku sama ada secara terang atau tersembunyi dengan keganasan dalam rumahtangga dan sumbang mahram lazimnya disorokkan daripada pengetahuan umum dan mungkin tidak dilaporkan kerana membabitkan maruah keluarga.

“Konotasi ini menyebabkan keganasan terus berlarutan, mangsa menderita untuk tempoh yang lama dan akhirnya menyebabkan kecederaan fizikal serta gangguan mental dan emosi,” katanya.



Rujukan : BHarian 28/11/2010

Butiran selanjutnya ...

Sabtu, November 27, 2010

Warga asing wajib ada insurans



PUTRAJAYA 25 Nov. - Semua pekerja asing di negara ini diwajibkan memiliki insurans kesihatan dengan premium maksimum sebanyak RM120 setahun mulai 1 Januari tahun depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu bagi memastikan kerajaan dapat mengurangkan tunggakan bayaran bil hospital yang kini mencecah RM18 juta. Malah jumlah itu dijangka meningkat dengan pertambahan kemasukan pekerja asing.

Menurutnya, langkah itu juga merupakan salah satu daripada enam projek permulaan (EPP) dalam segmen penjagaan kesihatan yang dikenal pasti di bawah Bidang Keberhasilan Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi memacu pencapaian ekonomi.

"Majikan perlu membeli insurans ketika melakukan proses permohonan permit sebelum membawa masuk setiap pekerja asing, manakala bagi pekerja asing sedia ada, insurans perlu dibeli ketika membuat urusan pembaharuan permit kerja. Kita memandang serius dalam melaksanakan langkah mewajibkan insurans kesihatan pekerja asing kerana tunggakan bil rawatan hospital yang terlalu tinggi. Ada di kalangan mereka yang bayar separuh tetapi ada (juga) yang tidak bayar langsung," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Kementerian Kesihatan 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

Laporan akhbar September lalu menyebut, dianggarkan 50% daripada 3.1 juta pekerja asing berdaftar di negara ini tidak dilindungi insurans dan bagi yang memilikinya, perlindungan yang diberikan masih belum memadai. Sehubungan itu, Makmal Penjagaan Kesihatan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) merangka formula supaya semua pekerja asing diwajibkan mempunyai perlindungan insurans.

Menurut Tiong Lai, kerajaan tidak menetapkan mana-mana syarikat insurans yang terlibat dalam skim insurans pekerja asing itu, sebaliknya ia terbuka kepada semua firma insurans dan majikan boleh membuat pilihan sendiri. Dalam pada itu, beliau berkata, selain insurans kesihatan, terdapat dua lagi EPP yang telah mula dilaksanakan iaitu mencergaskan semula pelancongan kesihatan dan mewujudkan ekosistem yang menyokong pembangunan penyelidikan.

Katanya, tiga lagi EPP yang masih dalam peringkat perancangan ialah meneroka dan mengejar peluang eksport generik, mewujudkan nexus perkhidmatan diagnostik dan membangunkan metropolis kesihatan iaitu sebuah kampus penjagaan kesihatan dan biosains bertaraf dunia.

KOMEN : Menteri ini sama ada tak sekolah punya species atau pendek akal agaknya... orang lain berhutang, orang lain pula yang kena jelaskan....




Sumber : Utusan 26/11/2010

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, November 26, 2010

Lelaki selalu berbohong dan wanita sering menangis


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lelaki dan wanita memang berbeza. Kerana itulah terjadinya 'opposite attract'. Lelaki dan wanita ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Hari ini Laman-Seri akan membicarakan tentang kelemahan lelaki dan wanita.

Jika kelemahan lelaki dan wanita begitu diambil kira, pastilah kedua-duanya tidak hidup berpasangan. Namun, sudah menjadi fitrah serta tuntutan hidup bahawa lelaki dan wanita saling memerlukan. Justeru, wujudlah percintaan dan perkahwinan.

Perkahwinan yang sebenar serta bersih adalah antara lelaki dan wanita. Mustahil berlaku perkahwinan sesama lelaki atau sesama wanita. Hanya perkongsian hidup lelaki dan wanita saja yang menghasilkan zuriat untuk kelangsungan kewujudan manusia di dunia ini.

Satu perkara yang menarik mengenai perhubungan lelaki dan wanita dalam konteks suami-isteri, ialah lelaki selalu berbohong dan wanita pula sering menangis.

Mengapa hal sedemikian terjadi?

Menurut Pakar Runding & Kaunselor Profesional, Dr. Tajudin Ninggal, lelaki dan wanita memang selalu serta wajar berkomunikasi antara satu sama lain. Katanya, dalam berkomunikasi itu, ada beberapa perkara timbul.

“Wanita bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar isteri. Sedangkan lelaki tidak pernah bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar suami,” katanya. Secara berseloroh, beliau berkata masalah wanita memang bermula daripada lelaki. Mari kita lihat apa masalah wanita yang dikatakan bermula daripada lelaki. Cuba lihat berapa perkataan dalam bahasa Inggeris yang mengandungi suku kata men, his dan guy yang berkaitan dengan masalah wanita. Sebagai contoh, menopause, mental illness dan menstrual pain, histerectomy dan gynaecologist. Anda setuju? He.. he...

Satu hakikat dalam ungkapan yang menarik, iaitu wanita berbohong agar lelaki berasa selesa [NB : which is not good, obviously]. Wanita menangis untuk menyelesaikan tiga perkara, iaitu membersihkan mata, mengeluarkan kimia stres dari tubuh dan sebagai tanda bersedih akibat perasaan yang amat tersayat.

Sementara lelaki berbohong agar dirinya kelihatan baik. Lelaki berbohong untuk kebaikan (???) dan mahu bergantung pada seseorang. Mereka mengambil alasan ini untuk menyelamatkan diri dan meredakan suasana. [NB : which is not good too!]

Perhubungan yang baik antara lelaki dan wanita amat wajar diwujudkan. Jika tidak, hilanglah
seri kehidupan ini. Untuk mewujudkan perhubungan yang baik itu, lelaki dan wanita perlu
berkomunikasi dalam dua bahasa, iaitu ‘bahasa lelaki’ dan ‘bahasa wanita’. Jika tidak, lelaki dan wanita akan terus saling menyalahkan.

Ada beberapa perkara yang diperlukan lelaki dan wanita. Yang menariknya, jumlah perkara tersebut sama banyak, iaitu kedua-dua lelaki dan wanita memerlukan enam perkara.

Lelaki memerlukan :

  1. kepercayaan,
  2. persetujuan,
  3. penghargaan,
  4. kekaguman,
  5. keizinan dan
  6. galakan.

Wanita pula memerlukan :

  1. perhatian,
  2. persefahaman,
  3. hormat,
  4. kesetiaan,
  5. pengesahan (jaminan) dan
  6. keyakinan.
Terdapat beberapa perkara yang kerap dilakukan wanita yang boleh menyebabkan lelaki berbohong serta merenggangkan perhubungan lelaki-wanita sebagai suami-isteri, iaitu berleter dan bertanya soalan remeh.

“Lelaki memang tidak suka mendengar leteran dan soalan remeh. Semakin banyak dileteri dan ditanya, semakin dia tidak mempedulikan. Oleh kerana terus diasak dan bosan, dia pun berbohong untuk meredakan keadaan,” jelas Dr. Tajudin lagi.

Selain itu, lelaki akan menganggap dirinya telah memberikan kepuasan penuh jika wanita tidak bertanya untuk meminta bantuan. Bagaimanapun, meminta bantuan perlu dilakukan dengan wajar. Jangan berselindung atau seperti mendesak. Wanita perlu meminta dengan berterus-terang, ringkas dan menggunakan perkataan seperti “Boleh tak?”.

Seperkara lagi yang tidak boleh dinafikan ialah lelaki mampu menjadi penyelesai masalah. Ini kerana, otak lelaki berorientasikan penyelesaian, sedangkan otak wanita berorientasikan proses. Semoga kerjasama antara lelaki-perempuan ini dapat melahirkan sebuah hubungan yang harmonis seterusnya membentuk keluarga bahagia.

Apa-apapun, perlu diingatkan di sini, jangan bohong kerana berbohong adalah satu pengkhianatan! Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, “Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Selaku ibu bapa adalah tidak wajar untuk membohongi anak-anak dengan alasan untuk memujuk mereka atau menahan mereka daripada sesuatu kemarahan. Hal ini kerana ia akan menghilangkan kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa menjadikan segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan tidak berkesan.

A man is never more truthful than when he acknowledges himself a liar ~ Mark Twain

Renung-renungkan!





Rujukan asal : Raja Yusoff Ariffin

Capaian entry berkaitan :

Butiran selanjutnya ...

Kelebihan selawat



Assalamualaikum warahmatullah,

Selawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah merupakan ibadah yang mulia dan terpuji, mengandung berbagai-bagai kelebihan dan mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari baginda SAW serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak. Di antara kelebihan selawat adalah seperti berikut:

1. Mendapat syafaat Nabi SAW

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa berziarah kekuburku maka baginya wajib menerima syafaatku.” (Hadis riwayat Ibnu Adi & al-Baihaqi)

2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi SAW

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi dan al-Khatib)

3. Mendapat keampunan dosa dari Allah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie & al-Hakim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.” (Hadis riwayat ad-Dailami)

Sabda Rasulullah SAW, dari Ubai bin Ka’ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyak selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: “Apa yang kamu kehendaki?” Ia berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga?” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai,jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” Ia bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Hadis Riwayat Ahmad, at-Tirmidzi & al-Hakim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa yang berselawat kepadaku dari umatku, maka dicatat baginya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh dosa.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku Azza Wa Jalla maka dia (Jibril) berkata: ‘Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari umatmu, Allah SWT mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya.’” (Hadis riwayat Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa & pembersih dosa) bagimu.” (Hadis riwayat Ibnu Murdawaih)

4. Mendapat rahmat dari Allah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.” (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa berselawat kepadaku di hari Jumaat seratus kali maka ia datang di hari Kiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya.” (Hadis riwayat Abu Nu’aim)

5. Mendapat hajat dunia dan akhirat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah datangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk di dunianya.” (Hadis riwayat Ibnu Majar dari Jabir r.a.)

6. Digembirakan dengan syurga

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Hadis riwayat Abu as-Syaikh dari Anas r.a.)

Sesungguhnya amat beruntunglah mereka yang sentiasa berselawat ke atas Nabi dengan menjadikannya sebagai wirid dan amalan harian dalam hidupnya. Sebaliknya amatlah rugi dan tercelanya mereka yang tidak mahu membaca selawat kepada Nabi SAW dalam hidupnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Manafaat berselawat

Di dalam kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada Nabi SAW mengandungi sepuluh macam manafaat dan mendatangkan kemuliaan iaitu:

1. Memperolehi selawat dari Tuhan Penguasa Alam
2. Memperolehi syafaat dari Nabi SAW
3. Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik
4. Menghapuskan dosa
5. Mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup
6. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir
7. Memperolehi nur lahir dan batin
8. Mendapat keselamatan dari azab neraka
9. Membolehkan memasuki syurga
10. Memperolehi ucap selamat dari Allah

Menurut para ulama yang berdasarkan keterangan-keterangan hadis, bahawa membaca selawat kepada Nabi SAW akan memperoleh berbagai-bagai faedah yang amat besar, di antaranya :

1. Memperolehi limpah rahmat dari Allah Taala
2. Ditulis sepuluh kebajikan
3. Dihapuskan sepuluh kesalahan
4. Diangkat sepuluh darjat
5. Memperolehi kesempurnaan iman
6. Menjauhi dari kerugian dan penyesalan
7. Tergolong sebagai mereka yang soleh
8. Mendekatkan diri kepada Allah Taala
9. Memperolehi syafaat Nabi SAW
10. Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi SAW
11. Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki
12. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa
13. Menghapuskan dosa dan menutupkan aib
14. Terselamat dari kebingungan di hari akhirat
15. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah
16. Terhindar dari kefakiran
17. Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi SAW
18. Memperolehi keberkahan dalam hidup
19. Terhindar dari mereka yang bakhil
20. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah Taala
21. Memudahkan jalan bagi memasuki syurga
22. Menjadi zakat dan pembersih diri
23. Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat
24. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan di langit
25. Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah
26. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati
27. Tergolong dalam mereka yang tidak melupai Nabi SAW
28. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari Padang Mahsyar
29. Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Sirat di akhirat
30. Terkabul segala hajat dan cita-cita

Demikianlah faedah berselawat yang sempat dikongsikan dalam entry kali ini. Semoga dipermudahkan Allah agar kita dapat membasahkan lidah dengan berselawat...



Rujukan asal : ahrasis.com

Butiran selanjutnya ...

Khamis, November 25, 2010

Bahagian tubuh suami dilarang sentuh


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama BG tak masukkan entry kategori 18SX. Sempena musim hujan yang sedang melanda, hari ini ada entry specel untuk pengunjung belog. AMARAN! Bacaan entry cuma sesuai untuk pasangan suami-isteri sahaja.

Lelaki memang sangat menyenangi sentuhan lembut atau belaian daripada pasangannya terutama sekali ketika mahu mengadakan hubungan intim. Sentuhan-sentuhan lembut isteri inilah yang akan membangkitkan ghairah seksnya.

Namun begitu ketika isteri asyik membelai suami, mereka harus beringat bahawa tidak semua bahagian tubuh suami anda boleh disentuh dan dirangsang. Ada bahagian pada tubuhnya yang dilarang untuk dibelai oleh tangan isteri. Sentuhan di bahagian tersebut membuatkan mereka berasa kurang selesa. Silap hari bulan boleh membantutkan mood untuk bercinta. Oleh itu penting untuk para isteri mengetahui bahagian terlarang di tubuh suami. Laman-Seri kali menerangkan bahagian-bahagian tubuh suami yang dilarang untuk disentuh.

1. Kepala

Apakah pasangan anda mempunyai rambut yang sedikit? Cenderung botak, atau keduanya sekali? Atau, apakah dia sering menutupi kepalanya kerana tidak selesa dengan rambutnya yang keriting halus itu? Sebagai isteri anda dituntut untuk memahami dan sedar dengan sensitivity suami. Pasangan anda mungkin berasa malu dengan keadaannya. Ini juga menandakan si dia tidak, atau kurang suka kalau anda mengusap, atau membelai kepala dan ubun-ubunnya. Mengusap dan meraba bahagian kepalanya yang botak misalnya kemungkinan besar akan mengurangkan ghairahnya

2. Cuping telinga

Tiada masalah sekiranya anda tertarik dengan telinga suami yang lucu, comel atau capang. Tapi jangan terus tergiur lalu membelainya. Sentuh sedikit dulu dan lihat reaksi. Jika suami menepis, jangan teruskan lagi sentuhan sebaliknya alihkan saja ke bahagian tubuhnya yang lain. Suami mungkin ada alasan tersendiri mengapa bahagian ini tidak selesa disentuh. Lihat saja pada diri anda sendiri, pasti ada bahagian-bahagian tertentu di tubuh anda yang membuat kurang senang jika disentuh atau distimulasi.

3. Perut buncit

Jangan main-main dengan bahagian tubuh suami yang satu ini. Suami boleh tersinggung atau malah marah-marah jika kekurangan di tubuhnya dibelai-belai apa lagi dirangsang oleh pasangannya. Perlu diketahui lelaki biasanya lebih 'paranoid' berbanding wanita sekiranya berbicara soal perutnya buncitnya. Maka tidak hairanlah jika suami akan tersinggung jika anda meraba-raba perutnya yang sudah seperti wanita hamil enam bulan itu.

4. Punggung

Siapa kata lelaki tidak malu jika isteri mengelus atau meraba bahagian punggungnya. Sebahagian besar lelaki sebenarnya tidak suka bahagian yang satu ini disentuh oleh pasangannya ketika bercinta. Mereka memang suka melihat dan mengelus punggung isteri tapi perkara yang sama jangan dilakukan kepada mereka.

Maklumlah, sekarang musim suami mengamuk, jadi diharapkan entry kali ini memberi manafaat kepada para isteri.

Jumpa lagi di lain entry!


Butiran selanjutnya ...

Penyakit mudah marah perlu dirawat


Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera,

Membaca kisah jenayah di Mati disyaki dikelar suami mengingatkan saya betapa pentingnya pengurusan emosi. Emosi yang tidak terkawal boleh mencetuskan stres yang melampau boleh menyebabkan seseorang hilang pertimbangan hingga tergamak melakukan sesuatu yang di luar kewarasannya.

Dari sumber HMetro 25/11/2010, individu yang mudah marah seharusnya berusaha mencari rawatan bersesuaian sama ada dari sudut agama atau perubatan moden, kerana amarah yang tidak terkawal sejenis penyakit yang perlu dipulihkan segera sebelum ia membawa kesan buruk kepada diri sendiri atau orang sekeliling.

Perunding motivasi yang juga penceramah bebas, Profesor Madya Md Izuddin Ali berkata, dalam melayari alam berumahtangga, perasaan marah boleh membawa masalah, tetapi pasangan perlu bijak bersama-sama mengawalnya.

Bagi pihak isteri, mereka digalakkan supaya tidak menaikkan kemarahan suami yang sedia baran iaitu dengan tidak melakukan perkara membangkitkan amarah, namun suami juga perlu banyak bersabar serta tidak mudah melenting.

Namun, ada juga suami memang jenis baran sehingga apa saja dilakukan isteri tidak kena pada matanya dan di sinilah suami perlu mendapatkan rawatan iaitu sama ada pengetahuan dari segi agama atau moden bagaimana untuk menangani rasa marah. Dari sudut agama, seseorang yang marah itu digalakkan mengambil air sembahyang, atau duduk jika sedang berdiri atau baring jika duduk dan digalakkan mengaji, berzikir ataupun bersembahyang bagi menghilangkan rasa marah.

Dari segi perubatan moden pula, jangan malu untuk mendapatkan rawatan contohnya dengan bertemu pakar psikiatri atau kaunselor bagi mendapat nasihat.

Berikut disenaraikan beberapa tips menangani tekanan (stress) :

1) Biasakan diri dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang-kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu. Membaca Al-Quran juga mampu membuatkan kita tenang sekaligus melupakan masalah yang sedang dihadapi.

3) Banyakkan solat sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat rawatib, solat sunat tahajjud, solat sunat witir adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah selalu berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan perlulah dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika sewaktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha bersunguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu disamping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah SWT yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik kepada Allah dan janganlah menyalahkan DIA jika terjadi sesuatu pada diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik satu-satu kejadian itu.

Dari Jabir bin Abdullah Al Anshari r.a. katanya tiga hari sebelum Rasulullah SAW wafat, baginda bersabda: "Janganlah kamu mati melainkan baik sangka terhadap Allah Azza wa Jalla. Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat) menurut keadaan (akidah atau imannya) ketika dia mati." (Hadis sahih riwayat Muslim)

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan dan beriadah

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh seperti bersukan. Situasi ini akan menjadi lebih mengembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Aamal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambian makanan berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik lain seperti lemah jantung, darah tinggi mahupun kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain, hati lain” - ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama-sama rakan-rakan, mereka ‘cool’ sahaja, seolah-olah mereka sentiasa gembira, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang boleh dipercayai adalah salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja. Menangislah sepuas-puas hati hingga anda berasakan sedikit kelegaaan.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masaalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masaalah. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sebelum kamu mencintai diri orang lain.” Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Semoga kita semua terlindung daripada musibah sebegini. Amiin.




Capaian entry berkaitan :

  1. Kenali ciri-ciri lelaki pendera
  2. Tips menangani tekanan (stress)
  3. Pengurusan stress (Stress Management)
  4. Luahkan perasaan anda
  5. Ilmu mengendalikan stres kurang ditekankan
  6. Tekanan melawan atau lari
  7. Tip menguruskan sendiri tekanan anda

Butiran selanjutnya ...

Rabu, November 24, 2010

Mati disyaki dikelar suami

~ gambar dari HMetro ~

Mangsa hamil ditemui pemilik rumah sewa terlentang dalam bilik

2010/11/24 ~ JOHOR BAHRU: Seorang wanita mengandung ditemui mati dengan kesan kelar di lehernya dipercayai dilakukan oleh suaminya sendiri di rumahnya di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram di sini, kelmarin.

Rohana Hamzah, 26, ditemui pemilik rumah yang disewa mangsa dan suaminya dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah kira-kira jam 1 tengah hari sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Bapa mangsa, Hamzah Mohd, 51, mendakwa anaknya mengalami masalah rumah tangga.

"Semalam (kelmarin) arwah ada menelefon saya kira-kira jam 11.15 pagi meminta salinan kad pengenalannya yang ada dalam simpanan saya. Dalam perbualan itu, saya terdengar bunyi bising seperti pertengkaran sedang berlaku sebelum talian terputus. Saya cuba menghubunginya kembali namun gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.

Hamzah berkata, beliau kemudian menerima panggilan bapa saudara menantunya kira-kira jam 2.30 petang, memintanya datang ke rumah anaknya untuk berbincang mengenai masalah keluarga.

"Ketika itu, hati saya semakin berdebar dan apabila sampai di rumah arwah, saya melihat orang ramai dan polis berada di pekarangan rumahnya. Saya terkejut dan hampir pengsan apabila polis menunjukkan mayat anak saya dalam keadaan terlentang di dalam bilik utama," katanya.

Hamzah berkata, beliau kemudian melihat suami mangsa dalam keadaan bergari dan dibawa polis. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, mengesahkan suami mangsa berusia 24 tahun yang juga suspek utama kes itu kini ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, polis akan menyiasat kes itu secara menyeluruh dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi hingga menjejaskan siasatan.



Sumber : BHarian 24/10/2010

Butiran selanjutnya ...

Selasa, November 23, 2010

Zikir terapi ajaib ubat kegersangan hati, roh insan


Assalamualaikum warahmatullah,

ZIKIR mempunyai kedudukan sangat istimewa kerana ibadah ini digalakkan Islam sebagai satu bentuk amal ibadah yang menunjukkan sifat tunduk serta patuh sepenuhnya kepada Allah, disertai pula rasa kasih, reda dan yakin kepada-Nya.

Mukmin yang sentiasa mengamalkan zikir akan dapat merasai kesannya seperti ketenangan jiwa. Firman Allah yang bermaksud: (Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang dan tenteramlah hati manusia. (Surah Ar-Rad, ayat 28)

Dalam kehidupan, kita sering berdepan pelbagai cabaran dan dugaan sehingga ada ketikanya membawa kepada keresahan jiwa. Justeru, dengan sentiasa mengamalkan ibadah zikir, ia ibarat terapi ajaib yang menyembuhkan keresahan jiwa manusia. Namun, penyerapan roh zikrullah tidak datang kepada pengamalnya jika hati tidak bersama tatkala berzikir. Ketenangan hati orang mukmin terhasil daripada zikrullah adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh hati yang diselaputi kemanisan iman.

Selain itu, mukmin yang sentiasa berzikir akan diberikan ganjaran pahala yang besar. Ini janji Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan orang lelaki yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya serta orang perempuan yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Allah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar. (Surah al-Ahzaab, ayat 35)

Walaupun zikir amalan yang mudah dilakukan, tetapi menjadi berat untuk dibiasakan. Antara penghalang kepada seseorang untuk membiasakan lidah berzikir ialah disebabkan dosa yang dilakukan. Apabila daki dosa tertampal pada hati, ia terhijab untuk menggerakkan seseorang berzikir. Faktor lain, seseorang itu dibelenggu sifat maz mumah seperti hasad dengki, suka mengumpat dan sebagainya. Sifat keji seperti ini juga akan menghijab hati untuk berzikir.

Ibnu Taimiyah berkata, keperluan hati terhadap zikir umpama keperluan ikan terhadap air. Cuba bayangkan, bagaimana keadaan ikan jika kita keluarkan dari air.

Al-Imam Syamsuddin Ibnu Qayyim mengatakan: Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, maka jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.

Demikian penting dan tingginya kedudukan zikir kepada seseorang mukmin. Kita seharusnya berpegang kepada prinsip hidup, tidak sempurna hari tanpa zikir. Inilah yang seharusnya kita didik supaya lidah dan hati sentiasa berzikir kepada Allah.

Ibnu Masud ada mengatakan, sesungguhnya aku bertasbih beberapa kali itu lebih aku sukai daripada aku menderma beberapa dinar dalam jumlah yang sama di jalan Allah. Zikir berkhasiat pula sebagai ubat bagi kekerasan hati.

Dikisahkan bahawa ada seseorang bertanya kepada Hasan al-Basri: Ya Abu Said, aku ingin mengadu kepada tuan, mengapa hati aku ini menjadi keras begini? Lantas kata Hasan: Lunakkanlah hatimu itu dengan zikir.

Kedudukan tinggi amalan berzikir turut digambarkan dalam kisah seorang bertanya kepada Salman al-Farisi: Amal apakah yang paling utama? Kemudian dijawab Salman: Tidakkah engkau pernah membaca ayat, Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (keutamaannya) daripada ibadah yang lain. (Surah Al-Ankabut ayat 45)

Abdullah bin Masud pernah berkata: Sesungguhnya sebuah gunung menyeru gunung yang lainnya dengan namanya dan bertanya, apakah hari ini ada orang yang lalui di atasmu dan menyebut Allah (berzikir)? Maka apabila gunung itu menjawab, ya, maka ia akan gembira.

Demikian juga riwayat yang mengatakan Abdullah bin Abbas pernah berkata: Tidak ada sebuah lembah yang di atasnya disebut nama Allah kecuali ia akan merasa bangga atas lembah yang berada di sekelilingnya, ia merasa gembira dengan zikir yang diucapkan itu. Kegembiraan itu juga turut dirasai oleh tujuh lapis di bawah lembah itu.

Begitulah gambaran jelas menunjukkan betapa amalan zikir mempunyai keistimewaan besar yang seharusnya menjadi amalan rebutan setiap mukmin untuk mencapai keredaan Allah dan menikmati ketenangan hidup.

Renung-renungkan dan mari berzikir....



Sumber : Mohd Rizal Azman Rifin di BHarian 22/11/2010

Butiran selanjutnya ...

Isnin, November 22, 2010

4 kategori manusia tak layak dilantik jadi pemimpin


Rasulullah tidak lantik sesiapa minta jawatan, sebalik serah kepada yang ada sifat tanggungjawab

MENYEDARI pentingnya pemimpin dan kepemimpinan, Allah sendiri menyatakan dalam al-Quran empat kategori manusia yang tidak boleh atau haram diangkat menjadi pemimpin, yang tidak termasuk dalam keempat-empat kategori itu dibolehkan.

Yang diharamkan ialah ialah pertama, orang Yahudi dan Nasrani. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jangan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian daripada mereka. Barang siapa antara kamu menjadikan mereka pemimpin, sesungguhnya ia jadi golongan mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Surah al-Maidah:51)

Keduanya, orang yang melebihi atau mengutamakan kekafiran daripada keimanan. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bapa, saudara kamu menjadi pemimpin jika mereka memilih kafir daripada iman. Barang siapa mengangkatnya menjadi pemimpin daripada kalangan kamu, maka mereka itu adalah zalim.” (Surah at-Taubah:23)

Ketiga, orang yang di luar kalanganmu termasuk dalamnya orang munafik. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu ambil sahabat yang setia selain daripada golongan kamu, mereka tidak henti-hentinya berikhtiar mencelakakan kamu, mereka itu suka apa yang menyusahkan kamu. Sesungguhnya kebencian telah terbit dari mulut mereka, tetapi apa yang tersembunyi dalam hati mereka adalah lebih besar lagi. Kami telah terangkan kepadamu tanda-tanda jika kamu mahu berfikir. Ingatlah kamu ini mencintai mereka sedang mereka tidak mencintai kepadamu dan kamu percaya kepada seluruh kandungan al-Quran, sedang mereka itu apabila bertemu dengan kamu, mereka mengakui kami beriman, tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari mereka lantaran marah bercampur benci kepadamu. Katakanlah kepada mereka: matilah kamu bersama kemarahan kamu itu. Allah mengetahui apa yang ada di dalam dadamu/hatimu.” (Surah ali-Imran:118-119)

Keempat, orang yang mengingkari al-Quran dan hukumnya. Berhubung perkara ini Alah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan daripada kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi alasan bagi Allah untuk menyiksamu?” (Surah an-Nisa':144)

Rasulullah SAW pula mengingatkan supaya kalangan yang berkehendakkan sesuatu jawatan/menjadi pemimpin hendaklah jangan dilantik kerana ia akan mendatangkan banyak masalah pemimpin itu sendiri dan juga yang dipimpin. Sebaliknya jawatan itu hendaklah diberikan kepada orang yang dipilih daripada kalangan yang tidak berkehendakkan sesuatu jawatan/menjadi pemimpin tetapi ada kebolehan.

Iman Bukhari diriwayatkan berkata bahawa Abu Zar menceritakan kepadanya bahawa beliau (Abu Zar) telah berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, tidakkah boleh Rasulullah melantikku ke sesuatu jawatan.” Lalu Rasulullah menepuk bahu Abu Zar dan bersabda: “Wahai Abu Zar! Engkau lemah. Jawatan itu adalah suatu amanah, ia pada hari kiamat adalah suatu kehinaan dan penyesalan kecuali orang menerimanya kerana berhak dan menunaikan tugasnya dengan betul.”

Dalam Islam, jawatan bukanlah satu hak yang mesti diberi, apatah lagi jika diperoleh melalui apa jua cara bermaksud penjawatnya berkehendakkan jawatan itu seperti melalui sogokkan, bodek dan sebagainya. Sebaliknya jawatan adalah satu tugas, tanggungjawab dan amanah.

Rasulullah tidak memberikan sesuatu jawatan/kepemimpinan kepada orang yang memohon atau orang yang berhasrat untuk mendapatkannya tetapi akan menyerahkan kepada mereka yang cukup layak menjawat sesuatu jawatan/memimpin tetapi tidak berhajatkan jawatan berkenaan.

Imam Al-Hakam meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melantik menjalankan urusan umat Islam, maka ia melantik seorang tertentu sedangkan ia dapati ada yang lebih baik daripadanya, maka sesungguhnya ia mengkhianati Allah dan Rasul-Nya.”



Rujukan : Ramli Abdul Halim di BHarian 22/11/2010

Butiran selanjutnya ...

Ubati segera rindu suami



Assalamualaikum warahmatullah,

Mood suami isteri kadang-kadang tidak sama. Saat isteri sibuk, suami mahu dibelai. Begitu juga isteri yang rindu tetapi suami buat tidak peduli, tentu terseksa dan boleh sakit hati rasanya. Mengapa pendamkan rindu anda, luahkan saja yang anda mahukan si dia saat ini.

“Baliklah, saya tunggu awak di bilik romantik kita!” Hantarkan mesej begitu, biarkan suami anda berdebar-debar. Tidak salah memaksa pasangan untuk bersama anda pada saat anda menginginkan dirinya. Ketundukan pasangan mengikut kemahuan anda menunjukkan dia amat mengambil berat terhadap perasaan anda.

Tapi bagaimana pula jika anda benar-benar sibuk tetapi suami mahukan anda saat itu juga? Isteri yang meletakkan prioriti hatinya untuk suami tidak akan tergamak meninggalkan suami kerinduan. Melainkan ada sebab-sebab dendam peribadi yang belum selesai!

Mana boleh bersama jika hati masih sakit? Suami pula tidak memahami perasaan isteri, terus dipaksa tanpa usul periksa, akhirnya kerdua-duanya bsertemu dalam keadaan isteri tidak redha dan sudah tentu suami tidak mendapat kerjasama isteri.

Hakikatnya, bukan sedikit pasangan suami isteri boleh menyelesaikan konflik mereka hanya dengan berada di atas katil dan melakukan aktiviti seksual, selepas itu semua masalah boleh selesai, tanpa perlu perbincangan.

Kepuasan seks keduanya lebih berkesan lagi daripada berbincang tetapi masih tidak juga selesai. Ada juga yang melakukan pendekatan selepas melakukan seks lalu berbincang dari hati ke hati. Inilah yang paling elok untuk diamalkan kerana di saat kepuasan sudah dikecapi, kedua-duanya berasa tenang dan mudah untuk memahami satu sama lain dalam keadaan yang seronok sebegini.

Jika isteri abaikan pelawaan suami, maka tidak akan berakhir konflik mereka sampai bila-bila. Berbincang saja tidak akan menyelesaikan masalah. Ia mesti dibincangkan dengan sentuhan dan kepuasan layanan. Singkirkan dulu ego anda dan taatlah perintah Allah supaya isteri mentaati suami selagi mana dia tidak menyuruh bermaksiat kepada Allah. Kalau anda masih marah, buat-buatlah merajuk tapi manja. Tunjukkan bahawa anda minta dipujuk, didengari segala keluhan, difahami perasaan yang terbuku, akhirnya tunjukkan yang anda mahu dieprlakukan dengan lembut. Suami pula jangan buat-buat poyo tidak tahu, jangan anggap seks boleh selesaikan segalanya, boleh jadi isteri tidak puas lagi dan dia memerlukan lebih dari sekadar seks iaitu sentuhan hati.

Penyelamat suami

Tetapi, isteri jangan sesekali lari dari sentuhan suami akibat terlalu marah. Buruk padahnya jika menutup pintu perdamaian dengan suami. Boleh jadi sikap anda ini akan menjadi kebiasaan buruk yang merosakkan mood suami. Kasih sayang boleh terjejas dan tidak ada kekecewaan yang paling dalam dirasai suami sedalam kekecewaan dipinggirkan isteri sendiri.

Suami tidak boleh menunggu jika rindunya datang. Isteri mesti memahami keghairahan suami lebih penting dari memasak di dapur atau menyusukan anak atau mengemas rumah. Mengikut kehendak suami bukan bermakna anda hambanya, bahkan sebenarnya anda telah menjadi ratu di hatinya. Kedudukan anda begitu hebat di jiwanya, sehingga suami ebrasa andalah satu-satunya yang dapat menolong ketika itu. Dia umpama anak kecil waktu itu. Andalah penyelamat suami yang dahagakan kasih sayang, bukan hamba seks atau mangsa dera sebagaimana yang selalu dikobarkan aktivis hak asasi wanita. Kecuali memang sahlah suami anda zalim, menganiaya tubuh badan anda, takkanlah setakat menyakiti hati kerana tidak ikut kemahuan isteri maka suami boleh sewenang-wenangnya dijauhi?

Kalau isteri benar-benar bijak, dia akan mengambil peluang dari kelemahan suami yang sedang rindu ini. Isteri secara halus menguasai suami ketika suami benar-benar memerlukannya. Nyatakanlah sebenarnya isteri lebih berperanan daripada suami yang tewas kerana kerinduan, isteri boleh memainkan mood suami sehingga dia merasakan ketenangan. Tangan anda yang membelainya dengan lembut sesungguhnya memiliki kekuatan berbanding ego suami.

Jika anda boleh mengalahkan ego anda sendiri, nescaya anda boleh mengalahkan suami anda. Semua kejayaan hanya dapat dieprolehi setelah anda mengawal diri anda sendiri. Tiada siapa yang menang dan kalah dalam percintaan.

Orang yang saling mencintai tidak akan memiliki perasaan terpaksa, terdera, terancam oleh pasangannya. Kerana cinta akan melahirkan perasaan rela dan redha di hati kepada pasangan. Inilah darjat cinta tertinggi.

Rindu suami mesti diubat cepat-cepat, jangan tunggu sampai moodnya hilang, nanti anda sendiri rugi, masalah pula tidak selesai, bahkan makin menjadi. Jika dia memanggil untuk bersama, inilah peluang keemasan yang tidak harus ditolak. Kepuasan jasad dan perasaan mesti dicari bersama, jangan setengah-setengah sahaja. Setelah puas maka berbincanglah soal hati. Barulah kita faham maksud dan kenyataan yang diluahkan Rasulullah SAW kepada para isteri dalam sabdanya yang bermaksud, “Apabila seorang suami mengajak isterinya untuk berhubungan intim, hendaklah isteri melayaninya walaupun dia sedang memasak di atas dapur api.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasa’i)

Para isteri hendaknya menjadikan hubungan intim itu sebagai peluang menakluki hati suami, bukan merasa terdera.

Semoga bermanafaat...



Rujukan : Dr Juanda Jaya MW#1371

Butiran selanjutnya ...

Ahad, November 21, 2010

8 ujian wajib lelaki

Pemeriksaan kesihatan bantu elak risiko penyakit


SOALAN:

Saya lelaki berumur 50 tahun dan setakat ini tidak mempunyai sebarang penyakit. Boleh doktor terangkan jenis pemeriksaan kesihatan yang bersesuaian boleh saya jalani untuk memastikan tahap kesihatan saya sentiasa baik?

JAWAPAN:

Saudara, ada beberapa jenis pemeriksaan kesihatan yang perlu dilakukan oleh setiap lelaki demi untuk mengekalkan tahap kesihatan dan juga untuk mengesan sekiranya ada penyakit di peringkat awal. Pada pandangan saya, sikap ingin tahu berkaitan maklumat kesihatan itu wajar demi memahami tahap kesihatan diri. Seperti yang diketahui, mencegah lebih baik daripada mengubati dan penting bagi mengetahui penjagaan kesihatan sesuai keperluan usia. Berikut beberapa pemeriksaan kesihatan yang boleh saudara jalani :

1) Ujian paras kolesterol

Kolesterol adalah sejenis lemak protein di dalam darah yang boleh menimbulkan masalah penyumbatan saluran darah jika di tahap tinggi. Maklumat tahap kolesterol darah dapat bantu usaha mengetahui tahap kesihatan jantung dan risiko saudara untuk mendapat penyakit jantung. Ada dua jenis kolesterol iaitu HDL atau High-density lipoprotein dan LDL atau low density lipoprotein. HDL adalah kolesterol yang ‘baik’ dan boleh melindungi dari penyakit jantung sementara LDL pula adalah kolesterol ‘buruk.’ Paras LDL yang tinggi boleh mengundang risiko penyakit jantung. Ujian ini boleh dilakukan seawal umur 20 tahun dengan kekerapan ujian setiap dua ke lima tahun sekali bergantung kepada paras normal. Jika paras tidak normal, ujian perlu berulang setiap enam bulan atau mengikut arahan doktor.

2) Tekanan darah

Pemeriksaan ini amat mudah dilakukan dan penting. Maklumat itu penting bagi mengelak penyakit serius seperti ‘angin ahmar’ dan sakit jantung koronari. Kajian menunjukkan satu bagi setiap lima dewasa iaitu lebih kurang 50 juta penduduk dunia mengalami masalah tekanan darah tinggi. Apabila tekanan darah melebihi 140/90 mmhg, ia boleh menimbulkan ketegangan pada jantung dan pada jangka masa panjang keadaan ini boleh membahayakan. Pemeriksaan ini tidak kira peringkat umur, tetapi elok dimulakan pada awal remaja dengan kekerapan setahun sekali jika dalam keadaan normal atau mengikut arahan doktor jika tekanan tidak normal.

3) Pemeriksaan darah untuk kencing manis/diabetes

Pemeriksaan darah ini perlu dilakukan dalam keadaan berpuasa. Pemeriksaan ini dikenali sebagai ‘fasting blood sugar.’ Jika keputusan menunjukkan tahap yang tinggi, doktor akan menasihatkan saudara menjalani ujian ‘glucose tolerance test’ untuk mengesahkan simptom penyakit kencing manis. Pemeriksaan ini membabitkan pengambilan darah selepas saudara diberi minuman bergula. Ia boleh dilakukan pada usia 45 tahun jika saudara tiada faktor risiko kencing manis seperti berat badan berlebihan atau sejarah penyakit dalam keluarga. Sekiranya saudara mempunyai berat badan berlebihan dan sejarah keluarga atau mengalami tanda-tanda kencing manis, saudara perlu menjalani ujian darah ini lebih awal. Kekerapan menjalani ujian adalah setiap tiga tahun bagi mereka yang normal.

4) Ujian densiti tulang

Lelaki juga boleh mengalami masalah pengurangan kekuatan tulang yang dikenali sebagai ‘osteoporosis.’ Kajian menunjukkan selepas usia 50 tahun, enam peratus lelaki mengalami masalah patah tulang pinggul dan lima peratus mengalami masalah patah tulang belakang akibat osteoporosis dan peratusannya meningkat mengikut peningkatan usia. Apabila umur kian meningkat, bahan mineral seperti kalsium akan mula berkurangan dalam badan. Ditambah dengan masalah penurunan paras hormon testosteron yang menyebabkan tulang rapuh. Lelaki 65 tahun sepatutnya sudah pun menjalani ujian ini. Pun begitu, lelaki yang mempunyai risiko mendapat osteoporosis seperti pesakit yang mengambil ubat ‘corticosteroid’ atau pernah mengalami patah tulang harus menjalani ujian ini lebih awal.

5) Pemeriksaan Colonoscopy

Kanser kolorektal iatu kanser membabitkan usus besar dan usus bawah (rectum) sering menyerang lelaki dan ia boleh dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal. Untuk mengesan pada peringkat awal, seseorang itu perlu menjalani ujian kolonoskopi. Ujian ini membabitkan alat berupa tiub yang mempunyai kamera dimasukkan ke dalam dubur dan seterusnya ke dalam usus besar. Melalui pemeriksaan ini, seluruh bahagian usus besar boleh diperiksa dan apa apa ketumbuhan atau tanda kanser usus besar dapat dikesan dan di ambil biopsy sekiranya perlu. Ia boleh dilakukan pada usia 50 tahun jika tiada faktor risiko.

6) Pemeriksaan mata

Ada pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan buta seperti glaukoma boleh dicegah dengan pemeriksaan mata secara berkala. Mengikut Akademi Oftahmologi Amerika Syarikat (AS), ada lebih kurang 43 juta rakyat AS mengalami masalah mata akibat penuaan dan hanya kurang satu pertiga rakyatnya menjalani pemeriksaan mata secara berkala. Ia boleh dilakukan pada usia 18 tahun dengan kekerapan satu hingga tiga tahun sekali mengikut lingkungan usia 18 hingga 61 tahun bergantung kepada saranan doktor. Bagi pesakit diabetes pula, risiko untuk mendapat masalah penglihatan adalah lebih tinggi dan mereka ini perlu menjalani pemeriksaan lebih kerap.

7) Pemeriksaan buah zakar

Kanser buah zakar sering melanda lelaki yang berusia antara 15 hingga 34 tahun. Sekiranya dikesan awal, 90 peratus dari pesakit kanser buah zakar boleh disembuhkan. Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri dengan memegang buah zakar di antara ibu jari dan jari telunjuk, permukaan buah zakar perlu dirasa untuk mengesan bonjolan, kawasan yang menjadi keras atau pembesaran buah zakar. Jika ada tanda-tanda itu, saudara perlu berjumpa doktor. Pemeriksaan dilakukan selepas baligh dengan kekerapan setiap bulan.

8) Pemeriksaan kanser prostat

Dua pemeriksaan yang perlu dilakukan, pertama menerusi pemeriksaan fizikal di mana doktor memasukkan jari telunjuk ke dalam lubang dubur untuk mengetahui sama ada terdapat bonjolan atas benda keras yang menandakan berlakunya kanser prostat. Pemeriksaan darah pula dikenali sebagai ujian ‘Prostate Spesific Antigen’ (PSA). Dapatkan nasihat awal doktor sebelum memilih menjalani ujian PSA. Pemeriksaan ini boleh dilakukan pada usia 50 tahun tetapi harus dilakukan lima tahun lebih awal jika ada saudara terdekat seperti ayah, abang atau bapa saudara yang mengalami kanser ini.




Sumber : BHarian 16/10/2010

Butiran selanjutnya ...

Lelaki berang bunuh bayi kekasih



Gary Alcock and Claire Flanagan

Nov 19 2010 ~ LONDON: Seorang lelaki yang asyik bermain permainan video berang dengan anak teman wanitanya berusia 15 bulan yang tidak henti menangis memukulnya dengan kuat sehingga merosakkan organ dalaman kanak-kanak itu, sekali gus menyebabkan kematiannya.

Gary Alcock berang dengan anak perempuan teman wanitanya, Violet Mullen, 15 bulan, apabila dia mula menangis. Dia memukulnya dengan kuat sehingga Violet maut akibat pendarahan dalaman di Hospital Diraja Oldham awal tahun ini, lapor akhbar Daily Telegraph, kelmarin.

Alcock, 28, menyerang bayi itu berulang kali dalam tempoh tiga minggu sehingga menyebabkan kematian tragik kanak-kanak terbabit. Mahkamah Crown Manchester diberitahu bahawa ibu Violet, Claire Flanagan, tidak melaporkan penderaan itu kerana dia mementingkan temannya daripada melindungi bayinya.


15-month-old Violet Mullen, who was murdered by Gary Alcock

Alcock menumbuk, menampar mencubit Violet, menyebabkan 35 kecederaan, termasuk lebam, patah tulang selangka dan kerosakan otak.

Mahkamah diberitahu kecederaannya sama dengan mereka yang terbabit dalam kemalangan kereta.

Hakim Clement Goldstone berkata: “Anda, Gary Alcock, melakukan penderaan ganas terhadap mangsa. Anda menyebabkan kecederaan pada otak, muka, tangan dan kaki dengan kombinasi menumbuk, tampar dan mencubitnya dengan kejam.” Hakim memutuskan Alcock dihukum penjara minimum 21 tahun sebelum dipertimbangkan untuk parol. – Agensi

Sumber : BHarian 21/11/2010, lihat juga di telegraph.co.uk : Gary-Alcock-murdered-baby-Violet-because-her-crying-interrupted-his-X-Box-game


Butiran selanjutnya ...

9 topik sensitif bagi lelaki



LELAKI tidak gemar isteri menjaja kisah rumah tangga kepada semua orang, jadi elakkan untuk memberitahu dia jika anda melakukannya.


KEHARMONIAN perhubungan dua orang insan bercinta berlandaskan banyak faktor terutamanya kefahaman yang utuh. Sikap saling bertolak-ansur menjurus kepada perhubungan yang lebih sihat dan kekal lama.

Dalam hubungan pasangan suami isteri mahupun kekasih adalah penting mengenali suka duka dan pantang larang sesama sendiri supaya keintiman dapat diwujudkan secara spontan. Jikalau golongan wanita mempunyai pantang tersendiri seperti lelaki perlu setia atau, kaum lelaki juga mempunyai topik sensitif sendiri.

Sememangnya lelaki penuh dengan ego tetapi wanita tidak harus mempermainkan ego mereka sehingga menjejaskan hubungan yang indah harmoni. Belajar memaksimumkan keegoan lelaki dalam cara positif untuk lebih memenangi hatinya.

Minggu ini memaparkan sembilan perkara yang wanita perlu elakkan berbincang bersama pasangan lelaki mereka. Tip-tip yang ringkas dan mudah ini mungkin membantu mengeratkan lagi perjalanan cinta anda.

Topik # 1 - Secret admire.

Elak menceritakan ada seorang lelaki yang secara diam meminati anda, apatah lagi jika lelaki tersebut adalah bekas kekasih anda.

Topik # 2 - Membenci ibunya.

Jikalau ada pun menyimpan perasaan kurang senang jangan terlalu vokal meluahkannya. Meskipun si dia yang membuka cerita soal keburukan ibunya. Jangan cuba menokoh tambah sebaliknya bertindak tenang. Jikalau ingin memberi komen utarakan hal-hal yang positif dan neutral sahaja.

Topik # 3 - Curang.

Hal kecurangan yang pernah dilakukan tanpa pengetahuannya. Ini akan menjejaskan kepercayaannya terhadap anda. Jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangannya terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

Topik # 4 - Prestasi seksual.

Semakin usia lelaki bertambah, minat dalam kehidupan seksual mungkin tidak sehebat seperti pada awal perkahwinan dan mungkin juga ada perubahan. Jangan cuba membandingkan hal itu dengan kehebatan prestasinya pada masa lalu.

Topik # 5 - Menceritakan kecurangan sahabat anda.

Elak menceritakan kecurangan sahabat anda terhadap suaminya. Suami anda akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak sedemikian kelak dan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan cuba mengongkong atas sebab keselamatan hubungan bersama anda.


CINTA boleh dipupuk untuk kekal lebih lama dengan menjauhkan perbalahan-perbalahan yang tidak berbaloi.


Topik # 6 - Melemahkan semangat.


Jangan membuat lelaki lemah semangat terhadap pekerjaannya. Jika satu hari dia mengeluh tentang majikannya yang bermasalah, maka sokong dan bantunya mencari jalan penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Lebih baik jangan bagi keputusan sebaliknya berilah dia pilihan.

Topik # 7 - Ugutan berpisah atau cerai.

Cerai adalah perkataan yang paling harus dihindari walaupun berlaku perselisihan faham yang teruk. Berpisah atau bercerai adalah perkara yang jarang dimain-mainkan lelaki.
Topik # 8 - Membandingkan status kewangan.

Elak membanding pendapatan apatah lagi jika gaji anda lebih besar. Ini akan menyinggung perasaan si suami dan menjadi punca menimbulkan konflik dalam hubungan yang harmoni.
Topik # 9 - Hal peribadi.

Pertemuan bersama teman membuatkan anda membuka hati untuk berkongsi hal-hal persendirian. Elakkan menceritakan hal itu secara teliti kepada pasangan anda kerana lelaki tidak gemar kisah mereka dijaja.

Semoga bermanafaat!




Rujukan : Kosmo! 30/07/2010

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails