“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, November 10, 2010

Lelaki ditetak menantu meninggal

KOTA TINGGI: Hanya kerana perselisihan faham, seorang pemuda sanggup menikam bapa mertuanya sehingga parah di rumahnya di Jalan Bendahara 3, Bandar Tenggara, di sini semalam.

Armen Suardi, berusia 52 tahun parah akibat ditetak menantu berusia 23 tahun dalam pergaduhan di rumahnya di sini petang kelmarin, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, mangsa cedera di kepala dan dada selepas diserang menantunya menggunakan objek tajam dipercayai pisau. Mangsa berlumuran darah pergi sendiri ke Balai Polis Bandar Tenggara bagi membuat laporan berhubung perkara itu sebelum dihantar ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, mangsa terpaksa dirujuk ke HSA sebelum disahkan meninggal dunia selepas 16 jam kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, ketika mengesahkan kejadian berkata pihaknya terus melancarkan gerakan memburu suspek sejurus menerima laporan.

“Siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang merupakan seorang penganggur sebelum kejadian. Suspek melarikan diri ke Mersing selepas kejadian itu namun dengan kerjasama semua pihak, lelaki berusia 23 tahun itu berjaya ditahan di rumah keluarganya di Kampung Lubuk, Pengkalan Batu,” katanya.

“Suspek kini direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, semalam.




Sumber : BHarian 10/11/2010 dan rujuk juga Utusan 10/11/2010

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails