“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, November 05, 2010

Manafaat tangisan untuk kesejahteraan diri – Part 1

Aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis
Bila kekasih hatiku, pergi meninggalkan aku...
Ayahku selalu berkata pada ku, laki-laki tak boleh nangis...
Begitulah antara lirik sebuah lagu nyanyian anak cilik dari negara jiran. Apa tajuknya... saya tak dapat recall.

Saya berminat untuk mengulas sedikit ayat terakhir yang dinyanyikan “laki-laki tak boleh nangis...” Erk... iya ke lelaki tak buleh nangis? Siapa kata? .... Itu salah dik, lelakilah yang patut belajar supaya banyak menangis... Mengapa kita tidak boleh menangis, sedangkan firman Allah SWT yang bermaksud, “Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.” (Surah at-Taubah 9:82)

Saya tak berapa risaukan kaum wanita kerana mereka memang species ‘kememeh’. Cuba tanya wanita yang anda kenali, pernahkah mereka tidak menangis? Adalah agak mustahil bagi anda untuk mendengar jawapan ‘pernah’ daripada mereka. Dikatakan lagi, kaum wanita mampu hidup lebih lama jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Hendak tahu rahsianya? Salah satu rahsia awet muda dan panjang usia adalah menangis. Jadi, lelaki memang patut belajar menangis supaya dapat mempraktikkan rahsia ini.

Menurut satu laporan, penyelidikan terkini menunjukkan tangisan dan air mata mampu menambahkan usia seseorang. Kesimpulan penyelidikan ini bukan sekadar suka-suka, tetapi ia adalah hasil daripada kajian. Kita dapat lihat usia wanita, rata-rata adalah lebih panjang daripada lelaki. Mengapa?

Salah satu faktor di sebalik usia panjang ini adalah kerana wanita mudah menangis apabila mereka menghadapi masalah, tekanan dan kesusahan. Dengan itu, mereka merasa lebih selesa dan tenteram. Menangis sebenarnya membawa pengaruh positif pada kesihatan fizikal dan mental yang akhirnya menjadikan wanita mampu hidup lebih lama berbanding lelaki.

Daripada sudut imunologi, menangis adalah satu mekanisme tubuh bagi membersihkan dirinya sendiri daripada bahan-bahan toksik atau racun. Air mata mengeluarkan bahan kimia daripada tubuh, sama seperti peluh dan air kencing. Air mata mengandungi pelbagai jenis garam yang berasal daripada makanan. Usus menyerap garam dalam makanan sehingga ia masuk ke dalam aliran darah. Sewaktu darah mengalir melalui kelenjar penghasil air mata, garam memasuki air mata. Air mata yang keluar sewaktu memangis membawa bersamanya bahan-bahan toksik tersebut.

Kajian-kajian ilmiah

Ahli kimia Perancis, Antoine Lavoisier (1743~1794), orang yang pertama menyelidik tentang air mata pada tahun 1791 mengatakan bahawa air mata mengandungi natrium klorida (garam biasa). Selain itu, air mata juga mengandungi garam-garam lain seperti potassium klorida dan baha-bahan lain yang membantu pembentukan garam. Di antaranya adalah kalsium bikarbonat dan mangan. Percubaan-percubaan yang dilakukan lebih daripada 200 tahun lalu menunjukkan kandungan sodium (natrium) yang berada dalam air mata sama dengan kandungan yang berada dalam darah.

Dalam sebuah artikel klasik yang terbit pada tahun 1906 dalam American Journal of Phychology, Alvin Borquist melaporkan kajiannya iaitu 54 daripada 57 pesakit merasakan manafaat positif bagi kesihatan mereka selepas mereka menangis.

Willian Frey menemukan ‘air mata emosional’ iaitu air mata yang dihasilkan oleh orang yang menangis sewaktu menonton filem sedih berbeza kandungan kimianya daripada ‘air mata iritasi’ yang dihasilkan apabila mata kita terkena wap bawang merah yang dihiris.

Amat mengagumkan info yang didapati daripada kajian saintifik tentang menangis dan air mata yang dilakukan oleh orang-orabng bukan Islam ini. Bila membaca hasil-hasil saintifik ia menambahkan keinsafan dalam hati tentang nilai tangisan dalam kehidupan insan yang telahpun diajar oleh baginda Rasulullah SAW semasa hayatnya.

Menangis dalam kehidupan Rasulullah SAW

Sesungguhnya ajaran Islam memberi penekanan kepada soal menangis dan air mata ini. Buktinya, Rasulullah SAW sering menangis terutamanya ketika bermunajat kepada Allah di keheningan malam. Begitu juga generasi sahabat yang banyak menangis bila membaca ayat-ayat al-Quran yang difahami pengajarannya.

Ali bin Abu Talib berkata, “Tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenderai kuda sewaktu perang Badar kecuali Migdag. Tidak ada seorang pun di antara kami yang tidak tertidur pada malam harinya selain Nabi Muhammad SAW. Baginda solat di bawah pohon sambil menangis sampai pagi.”

Aisyah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah meminta izin daripadanya sewaktu baginda hendak mengerjakan solat tahajud. Sebaik sahaja baginda mengangkat takbiratul ihram, baginda menangis teresak-esak. Begitu juga sewaktu baginda membaca ayat-ayat al-Quran. Baginda sujud hingga janggutnya basah dengan air mata. Baginda terus solat hingga menjelang subuh.

Beberapa ketika sebelum masuk waktu subuh, Bilal bin Rabah menemui baginda di tempat sujudnya. Apabila Bilal melihat bekas air mata di pipi Rasulullah SAW, Bilal bertanya, “Ya Rasulullah, mengapa engkau menangis? Apakah yang engkau tangisi? Bukankah Allah telah mengampunkan dosa-dosamu, baik yang dahulu mahupun yang akan datang?” baginda menjawab, “Bukankah aku belum menjadi hamba-Nya yang pandai bersyukur?”

Paksa diri untuk menangis

Memang tidak dapat dinafikan, ada orang yang sukar untuk menangis mengeluarkan air mata. Walau pun berhadapan dengan suasana yang sedih dengan orang-orang sekeliling yang menangis, dirinya tetap sukar untuk menangis.

Seorang sahabat iaitu Abu Dzarr al-Ghifari menyebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah berkata, “Apabila salah seorang daripada kamu sanggup menangis, janganlah menahan tangisan itu. Apabila kamu tidak mampu menangis, rasakan dalam hatimu seluruh penderitaan itu. Berusahalah memangis kerana hati yang keras dan tidak menangis akan dijauhkan daripada Allah.”

Pada suatu hari Rasulullah SAW membaca bahagian akhir daripada surah al-Zumar ayat 71 yang bermaksud, “Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahanam berombong-rombongan.”

Sahabat-sahabat Ansar yang berada bersama Rasulullah SAW pada waktu itu menangis teresak-esak mendengar bacaan itu kecuali seorang pemuda. Pemuda itu berkata, “Wahai Rasulullah, susah bagiku hendak menangis. Tidak ada setitis air mata pun yang jatuh dari mataku.”

Lalu Rasulullah SAW berkata, “Apabila seseorang tidak dapat menangis tetapi hatinya duka selepas mendengar bacaan ayat al-Quran seperti tadi, Allah menyediakan syurga baginya.”

Bila melihat catatan sirah kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat, menangis ini patut dijadikan amalan terutamanya bagi meredakan tekanan mental dan emosi yang melanda kita. Kalau melihat kepada cara Rasulullah ajarkan, paksa diri untuk menangis dan mengalirkan air mata. Jangan tahan bila air mata tangisan mula mengalir, biarkan ia mengalir dengan semahu-mahunya.

Sungguhpun begitu, ada pelbagai sebab yang membuatkan manusia akan menangis. Orang akan menangis bila terlalu gembira. Begitu juga ketika terlalu bersedih, orang akan mudah juga mengalirkan air mata. Semakin besar kesedihan, maka semakin lama air mata kesedihan yang mengalir.

Rasulullah SAW menyebutkan, “Semua mata akan menangis pada hari kiamat kecuali tiga mata. Pertama, mata yang biasa menangis di dunia kerana takutkan Allah. Kedua, mata yang berpaling daripada semua hal yang dilarang Allah. Ketiga, mata yang tidak tidur kerana mendahulukan keperluan Allah dalam mempertahankan agama-Nya.”

Justeru itu, maka berilah nilai kepada air mata tangisan yang mengalir keluar itu. Bukanlah tidak bagus tangisan bila ditinggalkan kekasih atau sedu-sedan akibat menonton cerita Hindustan 2Alam cerita Dato'DrRozmey... kui kui kui .... tetapi sebaik-baik tangisan adalah di saat seseorang hamba menghampirkan diri kepada Allah, memohon keampunan kepada-Nya serta memunajatkan diri bagi menyelesaikan segala kesulitan hidup di dunia. Semoga tangisan sebegini akan menyelamatkan kita daripada seksaan azab-Nya di akhirat kelak.

Dalam usaha penyembuhan daripada pelbagai penyakit, dunia perubatan moden menawarkan beberapa kaedah. Namun di samping besarnya biaya yang perlu kita keluarkan, tidak ada jaminan kita akan sembuh sepenuhnya dan pada masa yang sama terhindar daripada kesan sampingan. Apa yang jauh lebih baik adalah mencegah diri kita daripada terkena penyakit-penyakit itu. Salah satu cara pencegahan dan penyembuhan adalah dengan mengurangkan tekanan mental dan emosi. Dalam hal ini, tangisan dan air mata kerana bermunajat kepada Allah adalah saranan yang berkesan bagi menurunkan tekanan dan memperbaiki sistem ketahanan tubuh kita.

Renung-renungkan....



Rujukan asal : MW#1404

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails