Dalam situasi seperti di atas, apa yang selalunya akan kita lakukan? Di sini anda mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman anda dan buatlah pilihan yang bijak.
Pilihan 1
Kebanyakan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpu yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel, “Apa pasallah aku bangun awal sangat...?” Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah.
Pilihan 2
“Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ini doa makbul! Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.” Kemudian sambung kembali ‘ibadah senyap’.
Pilihan 3
Sebaik menyedari SUDAH pukul 3 pagi (bukan BARU pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud. Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kisa masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah.
Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang menyerupakan kurniaan Allah. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Allah SWT ( ‘rahmat Allah’ ) akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: ‘Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dari-Ku maka Aku akan mengampuninya.’” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah, mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. Tetapi alangkah baiknya, andai tahajud dapat ditunaikan.
terima kasih kerana mengingatkan..
BalasPadam