Salam,
Saya terima email ini dari Taman2Syurga, memang amat menarik untuk dikongsikan bersama penunjung blog, yang dipetik dari perlukah-wanita (isteri)-tahu-memasak?
Berikut disajikan klip video pendapat Dr Danial tentang tentang persoalan di atas. Rakaman diambil ketika kuliah tafsir pada hari ahad yang lepas (2009-05-03). Untuk mereka yang belum pernah mendengar nama Dr Danial, sila lawati www.mindasuper.com untuk keterangan lanjut. Kepada kaum isteri, saya peringatkan, jangan taat bodoh (UmmuWaheeda selalu sebut ini juga, kebetulan Dr Danial juga berpesan yang sama... kuang... kuang... kuang...)
Saya fikir, tentu ramai suami yang marah-marah bila dengar ceramah Dr Danial ini. Sebelum anda marah-marah, apa kata ambil wudhuk dulu dan cubalah berlapang dada mendengar cebisan ilmu yang jarang-jarang dikupas oleh ahli-ahli agama.
Capaian berkaitan :
- Benarkah Tugas Istri Itu Mengurus Rumahtangga?
- MUSYKiL: Ketaatan yang dituntut/wajib
- Benarkah memasak dan mengemas tanggungjawap isteri?
- Dilema Isteri Bekerja dan Keputusan Majlis Fiqh Sedunia
- Siapa suami yang layak dihormati?
- Layakkah anda dihormati sebagai suami?
- FiKRAH iSLAMiAH : Suami yang layak ditaati isteri
Aik ummu waheedah pun ada gak? he he makin teruk lah saya kena 'hentam' nanti...
BalasPadamTapi tak apa lah, seorang kutuk datang seorang back-up. Alhamdulillah, innallaha ma'as sobirin.
Saya ada juga bebrapa kuliah Dr danial yg saya dah d/load. Lambat gak nak d/load ceramah dia. Selalu juga saya dengar , tapi bab macam ni yg sedap dengar ceramah ust Ismail Kamur, dia nanti kata tu bukan taat tu, bangang namanya ..:)
Semalam kan, saya ada dengar celoteh tok ki kat radio IKIM. Saya tak pasti tokki ni kerja apa tapi selalu sgt sembang kat IKIM sebelah petang.Biasa dia cerita macam2 hal minda masyarakat kita dari hal ekonomi sampai hal2 undang2 hudud. Semalam dia cerita tetang sikap orang Islam yg biasanya bersifat 'mengalah' . Kalau ada apa2 pertikaian mereka selalu nya minta polis ambil tindakan, atau sabar. Bila polis tak ambil tindakan mula kutuk polis, kadang2 perkara kecil sahaja. Kata tokki orang Islam kenalah ada skill /kemahiran mengatasi masalah, mesti ada yg sifatnya macam saidina Umar. Orang nak buat salah pun takut.
Begitulah orang ppuan , kena tahu apa yg dia wajib taat dan tak wajib taat tapi elok kalau dapat memenuhi permintaan suaminya. Tapi janganlah sampai hal masak pun nak dijadikan bahan umpat keji suami. Saya teringat arwah abang saya, dia pandai masak . Kakak ipar tak minat bab masak.Tapi kak ipar ni tak pernah komplen apa pun yg ada, dia makan sahaja, Semua sedap. Kalau arwah abang nak makan yg keluarga kami biasa makan dia pergi rumah kakak saya atau suruh saya masak.. habis cerita.
Memang lah kita jgn taat bodo, bak kata tokki kalau org pukul kita tak pasal2 kita pukullah balik ... ha apa macam? jangan lah diam jer sebab taat dipukul... tambahan pula kalau suami pukul sebab makanan tak sedap. Ni bukan rekaan, saya pernah diadukan perkara ni... isteri masak nasi goreng taruk telur (gaul sekali), suami campak nasi tu. Sebab dia nak telur mata kerbau, letak atas nasi.
Saya pandai cakap jer.. berteori lah katakan..belum terkena lah katakan.
p/s link yg bawang bagi tu, tak leh d/load pulak http://mindasuper.com/v2/index.php?option=com_fireboard&Itemid=52&func=view&catid=13&id=119#119
saya belum dengar kuliah Dr Danial tu, tapi bab masak memasak pun haru juga...
BalasPadamsaya sendiri sebelum kawin memang tak pandai memasak dan jarang memasak, setakat masak air. adalah .. sebab waktu sekolah duduk asrama kemudian masuk U.
Mula-mula kawin dah mengaku kat suami saya tak pandai masak lebih-lebih lagi masakan Perak. lepas kawin belajar dari keluarga suami.. bila balik kampung tengok keluraga suami masak..boleh lah buat gulai tempoyak, colek tempoyak, rendang perak, sekarang dah boleh lah.. setakat mee goreng, behoon goreng sambal nasi lemak, kari, gulai kuning udang pucuk paku tu dah pass .. ..yang saya tak berani nak buat, jeruk maman.... selalunya suami yang buat sendiri.. sebab saya pun tak pandai makan..
Senang cerita formula yang mudah sama ada nak masak atau tidak mudah ja:..
- kerja masak memasak bukan tugas utama isteri tetapi kita ambil panduan bagaimana jawapan Rasulullah kepada anaknya Saidatina Fatimah yang mengadu tentang kerja mengisar gandum.. macam tu juga masak memasak .
- kerja masak memsak bukan tugas utama, tetapi kita ambil kira ketaatan kepada suami selagi tidak menyuruh maksiat, kalau suami nak makan masakan kita masak ja lah..
- kerja masak memasak bukan tugas utama tetapi apa kerja lain yang baik kita boleh lakukan, mana lebih baik antara memasak dengan ngadap tv, shopping, menysuarat tingkap dll..
- kalau tak pandai masak, belajarlah memasak yang ringkas, tak kan nak goreng pun tak boleh..belakang parang kalau diasah tajam juga..alasan tak pandai masak tak munasabah dah.. benda lain yang susah boleh tak kan masak tak boleh..
- adat orang melayu memang isteri buat kerja rumah walaupun sekarang kebanyakan isteri dah bekerja adat tu masih relevan , walau pun pakai pembantu, memasak masih isteri yang lakukan...... isteri yang rasa puas dan bahagia bila masakannya habis dimakan oleh ahli keluarga. banyak faedahnya.. makanan keluarga terjamin bersih, suci dan sihat, berdoa sambil memasak..
ada suami yang memang suka makan dirumah walau pun dia tahu masakan isterinya tak kena dengan seleranya.. bila dah lama hidup bersama isteri akan tahu selera suaminya.. ( saya teringat kawan kita Alias Yahya orang pantai barat kahwin dengan orang kelantan, ..sambal orang kelantan ada gula, suami pun bagi tau untuk dia tak payah letak gula... o.k sampai la..
pendek kata, bab memasak ni remeh ja..
selalunya isteri complaint suami bukan bab masak.. tapi ada hal lain.. kadang-kadang dia nak suaminya bergaya macam suami orang lain..pandai protokol..
ada kisah yang saya pernah dengar isteri complaint suami sebab tak pandai protokol, si suami dah biasa dengan gaya simple tak kisah dengan protokol, si isteri nak protokol, masa makan dirumah pun suami mesti duduk di kepala meja..
ha ha pagi ni dapat tazkiraz dari ustazah di Ipoh..tingkiu, tingkiu. saya share ngan member2 lain.. tak salah kan. Betui la an ckp tu, tak pandai blajo le yong. Masakan organg perak hmmm memang class gitu. Bab sedap tak sedap ikut tekak dan memng ada orang masakan dia lebih sedap, jadi sebagai isteri kalau suami puji masakan orang lin tak perlu hangin.. makan jer la. Kak saya yg kat Meru tu ha... hari2 Pk apa nak masak.. tapi kalu sesekali mood dia tak baik, jgn tanya la. pi kedai beli lah apa patut.. he he ini semua satu keluarga dia tau lah hangin mak dia. Sampai cucu pun tahu, satu hari kakak saya jln ke rumah saya dgn aiman cucu dialah.. Aiman siap tanya " nenek, nenek kat sini sapa nak masakkan atok, paksu, takkan atok masak sendiri.. ? Sibuk jer budak tu.
BalasPadamYer lah kan saya tengok kakak2 saya sibuk pun depa masak. Dah biasa masak anak2 tak mahu makan luar.. sampai kalau saya masak pun depa tak berapa makan, tak pedas!.. Tak macam tangan mak dia.. emm elok lah tu. Saya pun kalau balik Kelang tumpang sekaki maleh masak. Kakak saya masak sedap sikit he he... kita tolong puji lagi rajin lah dia masak. tapi sekarang ni saya tgk abang ipar pun dah rajin sesekali masak.. lempeng la. he he. Kakak saya cerewet, anak2 dia tak brani nak masak pasai dia komplen..
bab yg akhir tu pun betui gak.. kakak saya kat kelang tu bukannya kerja pun, tapi bab gaya dia lebih dari saya. Siap nak matching jer... Abang ipar saya kalau gi mana2 dia lah sibuk, tak boleh pakai seliparlah, malu lah...tapi depa tak lah gaduh . buat gelak2 jer. tapi abang ipar ipoh pulak dia yg lebih lama bersiap, rambut botak pun nak bersikat.. he he orang dah siap dia tak habis2 berandam. Kelakar.
apa apa pun hidup ni biar simple jer la kan.. jangan muncung2. tapi kalau asyik kena marah, serba tak kena doalah bnyk2. jaga hubungan dengan Allah s.w.t insyaAllah yg lain Allah mudahkan .
Salam,
BalasPadamBaca celoteh ni.. saya nak tambah sikit ..hal isteri mesti taat suami.. ye benar boleh taat tapi kalau sampai pukul memukul tu .. tak tahan lah kena buat sesuatu, muasabah diri ...sama ada kita leh duduk dalam keadaan gitu atau cari jalan keluar dari masalah itu....
Hal sabar ni saya coretkan satu kisah yang saya perhatikan.. untuk dikongsi bersama..iaitu satu contoh wanita solihah masa kini. Katanya ' rumah tangga memang banyak godaan. Apa taknya ..Mengucap panjang kita baru balek nak sampai gate rumah suami pulak selisih dah nak keluar.... tata aje dalam keta .. Kekadang selisih kat tol.. kita tak nampak dia, dia kata nampak kita... entahlah ..Kita lena tidur dibuai mimpi .. suami lak kul berapa balek tak pasti.. Itu pun masih boleh diam dan sabar suami ada urusan keja gaknya. . tak gaduh dan tak berkira duit pun keluar aje macam air asalkan keluarga selesa dan aman bahagia katanya. Pegi keja balek keja jaga anak2 asalkan makan pakai ada dan dapat tidur lena memadai.tak pernah disakiti. , dan sanak saudara tetap harmoni dan baik... Kesihan wanita berkerjaya .. Wanita masa kini banyak pengorbanannya selain jadi isteri, ibu dan guru kepada anak2, menantu yang baik dan sebagai sumber kewangan keluarga. Yang paling utama dia pasrah dengan ketentuannya, taat dan kasih kepada Yang Maha Esa.
Sekian, terima kasih.
RAJA HABIBAH
Wsm,
BalasPadamTerima kasih kak raja atas perkongsian kisah. Dalam kesibukan tugas masih sempat kak raja menghulur cetusan minda yg bernas. Terasa pula adakalanya wanita seperti tak dihargai. Sebagai orang yg biasa mendengar kisah r/tangga pincang, memang kadang2 kita rasa terkesima, speechless! tak tahu nak respon macam mana. Seorang isteri pernah kata kpd saya " akak tak kesah kalau dia tak ada duit, cuma jangan pukul, jangan maki hamun. Kalau tengok dia baik sejuk rasa hati.."
Tapi bagi saya tetap ada satu perkara yg kita kena jaga iaitu hubungan dengan Allah. Tak ada guna juga kita banyak komplen atau adu kpd orang lain, baik adukan kpd Allah sambil kita bertaubat.Biar kita tak dihargai oleh manusia ttp dihargai oleh Allah s.w.t. Biat tak bahagia di dunia asal ada tempat bahgia di akhirat. Kena ingat Allah tak akan memberatkan manusia melainkan apa yg termampu dia pikul sebab tu kena banyak doa spt dalam surah al-baqarah 286.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
Allahu'aklam.
Susah betul hidup ni ya macam-macam dari bak makan, pakai, rumahtangga, keluarga kepada yang besar iaitu negara.
BalasPadamLagi susah sesuatu benda tu nak kita dapat lagi hebat nikmatnya apabila kita berjaya memperolehinya. gitulah hukumnya.
Sebetulnya kalau kita pegang satu prinsip iaitu cabaran yang tuhan beri itu untuk menguji kita sama ada kita lulus atau kandas dalam ujian dan kemudian sekiranya kandas berusaha semula cari jalan untuk lulus tapi kalau kita gagal juga bermakna kita masih ingin diuji, redha saja. Allah tak zalim mungkin tak dapat di dunia tapi dibalas diakhirat. Kalau kita tengok hadiah yang besar seperti memperolehi 10A1 untuk pelajar, dapat naik pangkat bagi pekerja, dapat tender besar dari perniagaan atau ringkasnya untung besar dari perniagaan dan menang pilihanraya bagi politikus semuanya perlu kerja kuat. Ianya melalui banyak ujian hanya orang yang ada kualiti saja yang akan lulus dalam saringan tersebut, jumlahnya pasti kecil berbanding peserta yang masuk dalam perebutan tersebut. Begitu jugalah syurga yang dijanjikan Allah ianya merupakan hadiah yang nilainya tidak ternilai oleh kita kerana tiada seorang pun boleh menceritakan pengalamannya tentang syurga tu bagaimana hebatnya hadiah Allah. Oleh kerana hebatnya hadiah itu hebat juga dugaannya maka kita sama-samalah cuba rebutnya dengan banyakkan ilmu atau tip-tip untuk dapat hadiah tersebut.Ikhlaskan diri keranaNya semasa buat amalan dan serahkan kepadaNya salah satu tip untuk dapat hadiah tersebut.
emm nampaknya topik2 kehidupan yg lebih menarik minat rakan2 saya..:).
BalasPadamSaya duk tunggu respon pasal taklimat di Raoha tu juga ni...
Apa pun yg malek cakap tu memang itulah hakikat hidup macam bzness gak.. high risk high profit. Cuma jangan tinggal tiang agama, kalau tiang tak der maknanya tak ada akaun. Kita nak masuk surga kena beli tiket syahadah dulu. Baru dibuka akaun debit kredit yg dicatit malakat rakid atiq. Di Masyar buku tu lah yg akan dihisab, yaumul hisab. Yaumul matematik tak ada lah...
Hadiah Allah tu kita cuma boleh angan2kan shj. sebagai manusia kita perlukan hadiah yg boleh dilihat dgn mata, didengar dengan telinga.Sebab tu kebanyakkan masalah yg saya dengar komplen pasal tak dapat penghargaan la. Dulu masa saya kerja di pej Kuantan, pejabat tu jadi macam 'pej kebajikan masyarakat'. Tak tahu apa pasal...ada sorang nyonya dari s'pore datang cari maklumat suami. Dia dengar suaminya ada affair dgn ppuan kuantan dan jadi pengarah syarikat di Kuantan. Dia ni cina tapi cakap indon muka macam artis indon, lawa.Orang kaya lah kan... itu pun ada masalah, nangis2 dia depan saya. Saya dengar shj sebab diluar bidang kuasa, alamat suaminya pun palsu. Apa nak kata?.
Oh rupanya bukan org melayu jer ada kisah r.tangga, semua ppuan/lelaki ada. Tapi kan orang cina/non muslim depa tak ada mahkamah syari'ah nak mengadu. Lagi kesian dia ada masalah kat dunia, kat akhirat pun nanti ada masalah kalau dia tetap kafir... itu yg kita orang Islam kena syukur banyak2.Syukur dengan nikmat Islam.
Rumusan dari diskusi kalian maka jelas sekali terhadap perlunya kefahaman serta penghayatan agama secara syumul dan bijaksana, ini termasuklah preparation sebelum berkahwin baik pada lelaki maupun pada wanita,bukan sahaja memasak malahan mengasuh diri dan hati terhadap kesabaran, istiqamah disamping telah puas dengan segala sikap negatif. (tapi dosa besar jangan dekatilah).Playboy sikit2 tu bolehlah supaya boleh mengenali sifat rakan2 berlainan jantina. Semuga satu waktu tahu selok belok kehidupan, termasuk mampu menasihati anak2 atau budak2 baru, serta mencari mekanisme penyelesaian utk solve masalah mereka.
BalasPadam"Dan tidak kami jadikan kamu daripada lelaki dan wanita, berbangsa2 dan berpuak2 supaya kamu dapat kenal mengenali diantara kamu"
Daripada sabda Rasulallah s,a.w.; "Sebaik baik kamu dari lelaki, adalah orang yang bebuat baik kepada kedua ibu bapanya. dan sebaik2 wanita ialah yang mentaati suaminya". Namun lelaki tidak pula boleh mengekploitasi konsep ketaatan ini, malahan wanita sekalipun hanya diwajibkan mantaati suaminya selagi sisuami mentaati Allah. Sekiranya melibatkan fasiq, tidak menunaikan tangungjawap nafkah, tidak mampu membimbing kaarah amal maaruf wa nahi mungkar maka Allah mengharuskan cerai sebagai jalan keluar meskipun amat dibencinya sehingga mengoncangkan araf. " Dan hindarkanlah diri kamu dan keluarga kamu dari bencana api neraka".
"Sebaik baik harta kamu didunia ialah memiliki isteri/suami yang baik"
"Dan sesungguhnya kami berikan kamu harta dan anak anak sebagai ujian bagi kamu"
" Kami jadikan kamu pasangan kamu, supaya kamu merasa senang dengannya dan dia juga senang dengan kamu"
Namun begitu sekiranya ada diantara kita diberikan ujian dengan kegoncangan hubungan dengan pasangan, dinasihatkan janganlah mentaati dengan memkhinzir - buta tapi carilah penyelesaian dan jalan keluar dengan bersandarkan kerahmatan Allah. " Dan sekiranya kamu memberi hatimu kepada seorang lelaki/wanita mungkin akan mengecewakan. Namun jika kamu kembalikan semula hatimu yang kecewa itu kepada Tuhanmu(Allah) , nescaya ia akan membaiki kembali hatimu itu.(sabda Rasullah)
Tentang tabiat suka keluar malam, sering balik lewat mid night atau awal pagi untuk tujuan sembang2 dengan kawan2, bagi saya ini tabiat yang amat rugi.Tidakkah lebih baik cuba2kan berjinak dengan sembahyang malam (Qiyaimullai) . Saya bukan meyeru tuan2 sahaja malah pada diri saya sendiri. Ini adalah amalan para wali2 Allah dan mereka sebelum dari kita yang telah diberikan kemuliaan disisinya didunia ini.Amalan ini jika diamalkan hati kita akan terasa tenteram, masalah kita akan sendiri solve atau cuma dengan usaha yang amat minima, kita terasa kelapangan hidup walaupun orang tengok pendapatan kita macam tu je, diberikan kesihatan yang sentiasa baik, doa2 kita terasa mudah sangat dimakbulkan Allah, Orang2 yang menkhianati kita mudah kena balasan bagaikan sumpahan walaupun kita tidak pernah pinta pun kearah itu,dan macam2 lagi. Cubalah kalian cuba barang 3 kali seminggu tengok betul tak saya bagitau ni. Sebaik2nya mulakan dengan solat sunat taubah, diikuti dengan tahajjud dan solat hajat. Solat sunat taubah penting , kalau rajin setiap sebelum apa2 solatpun atau tiap masa pun amalkan demi pembersihan diri zahir batin, bukan sekada dari hadas sahaj." janganlah kamu mendirikan solat, melainkan dalam keadaan suci".
BalasPadamBerkaitan masak memasak tu, perempuan tu patutnyalah kena anggap macam wajib le utk belajar, walaupun bukan begitu pada hukum. Manakala bagi lelaki pula jika pandai masak, banyak dapat mengatasi kerja isteri maupun jika isteri tiada utk apa jua urusan. Tapi masak ini perlulah kreatif dan berinovasi dan selalu upgrade selalu , dengan itu barulah sedap. Makan diluar sebagai alternatif memang boleh, tapi terdedah dengan HipetetisB, banyak penggunaan MSG, tidak terjamin kesucian, tidak memulakan dengan kalimah. Saya agak bertuah sebab berasal dari adik beradik 9 orang ,semua lelaki, so semua kena maszak. At last semua pandai masak, malah sedap dan mampu menandingi kedai2 masak yang popular di Kelantan rasanya. Saya kalau semua resepi masakan Kelantan atau Thai bolehlah masak dengan tak perlu rujuk pada buku resepipun. Kalau nak tanya resepi bolehlah. Husband YM Raja Habibah pun hebat memasak, saya lama dah nak tanya dia resepi masak Asam Pedas Melaka, utk upgrading skill saya.
tqvm
W. Abd. Rahim bin W. Daud
Ketua Seksyen
Seksyen Pengurusan Dokumen
waduh waduh tak sangka dah jadi ostaz2 rupanya rakan2 saya. Wan, mujur i kenal u, kalau tak mungkin ku pinang.. he he, gurau jer ha. Apa yg u cakap tu semuanya benar, tak ada yg dusta atau auta..terasa kebenaran sampai ketulang sum2 he he.
BalasPadamI cuma nak resipi , ia tau lah u terror masak. Share lah ngan yg lain. U gi la jengak kat blog resipi i , bagilah rsipinya nanti masuk situ. Senang nak refer. Kak raja pun boleh lah minta resipai kat husband tu.. ha kita kumpul 2 kat blog saya tu, meriah sikit dengan masalah member koop.. nanti senag kita nak buka restoran.
Wan, bulan 7 rasanya ada satu kursus di MKM tu ttg restoran dan catering, boleh lah mmeber koop minta. Saya tegok modul derang la.. kut koop nak buat cafe kat pejabat ker. Say ingat nak minta juga, ramai2 jopin best la kan. Kak raja sekali, realese lah dr kerja pejabat. Kan u all boleh dapat perlepasan..cuti tanpa gaji menghadiri kursus.
Nnti klik kat sini tau Resipi ala kadar.
Nanti u bagi yer resipi, gambar tak der tak per. Bagi resipi dulu. Sup gear box yg dulu kita makan kat tepi jalan kat KB tu.. ada tak? i nak cuba ni, ni member al-falaah boleh tumpang sekaki.
Salam..
BalasPadamSaya tak kutuk ummu ler... keh keh... Cuma quote orang yang pernah quote yang same aje... he.. he.. Saya tak pandai masak masakan yang menjadi kegemaran suami. Apa dia suka makanpun, saya kurang periksa. Yang saya perasan, arwah MIL dulu suka masak gulai lemak, mcm2 gulai.. pisang, ikan masin, ikan kecik (entah ape name...?), belimbing buluh, nenas etc etc. Saya kalau masak, mmg nasi bertambah, dah tentu ikut selera tekak, tapi suami makan tak tambahpun... hik hik...
Sejak dapat no 4 ni, saya tak jengah dapur, kecuali bila teringin nak makan telur masin. Biasa suami atau bibik yang masak, kalau tidak, tapau aje kat cafe. Penyakit malas masak sungguh, nasib suami tak komplen. Kalau dia komplen, kena bagi link ceramah Dr Danial... :)