Ramai lelaki yang tidak memahami keinginan isteri dalam perhubungan intim. Kaum wanita mahu diri mereka dibelai, dan diberi sentuhan nan lembut terutama sekali bila bersama suami. Mereka juga mahu suami bersifat romantik malah mereka lebih kepingin perkara ini lebih dari seks itu sendiri.
Malangnya, jarang ada suami yang memahami kehendak isteri mereka sendiri. Bagi mereka, jika sudah dibelai dan melayani isteri dengan cara romantik kesudahannya pastilah seks. Romantik tanpa seks apalah maknanya buat suami tambah lagi jika hasrat sudah tidak dapat ditahan lagi. Begitulah umumnya sikap lelaki terhadap seks. Tapi, benarkah saat-saat romantik harus diakhiri dengan hubungan seks? Mari kita lihat penjelasan di bawah.
Seks menjadi keperluan besar yang perlu dipenuhi setelah seorang lelaki dan wanita mendirikan rumahtangga. Bagi lelaki pula, berada di kamar tidur bersama dengan pasangan apatah lagi dengan persekitaran yang romantik bererti inilah masanya untuk seks. Sedangkan hakikat sebenarnya tidak. Berdua di kamar tidur bersama pasangan bukan hanya untuk acara seks.
Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan bersama tanpa melibatkan acara seks. Bermesra-mesraan, berbual sambil berdakapan ataupun saling mengurut bagi meredakan stres adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan. Unsur-unsur sebegini memberi kesan kepada kaum wanita. Dengan romantik seks ini, suami telah memberikan kepuasan secara psikologi kepada isteri. Sebabnya, pada kaca mata wanita, kontak seksual tidak bermakna hubungan badan semata-mata.
Harus seiring
Selain itu, perlu diketahui bahawa unsur romantis ini turut memegang peranan penting dalam sebuah hubungan seksual yang sihat dan harmonis. Sebabnya, unsur romantis itu adalah tunggak dari satu-satu aktiviti seksual. Romantik seks pula adalah suasana melakukan hubungan seksual dalam keadaan romantis. Tanpa sesuatu yang romantis, belum tentu anda boleh melakukan sebuah ritual seks yang lengkap.
Cuma dalam perkembangannya, ramai yang cenderung melupakan unsur romantis dalam melakukan aktiviti seksual. Yang diingati hanyalah unsur seks saja. Perkara ini menyebabkan timbulnya masalah-masalah dalam hubungan seks kerana unsur penting telah diabaikan.
Unsur romantis dan seksual juga harus berjalan seiringan. Jangan pula kerana terlalu menekankan aspek romantis, kualiti hubungan seks diketepikan. Ini juga akan memberi satu masalah. Kesimpulannya, unsur romantis dan aktiviti seksual mestilah berjalan seiringan.
Pasangan suami isteri tua lebih romantik
Dalam pada itu, perlu diingatkan romantik seks bukan hanya untuk pasangan suami isteri muda saja. Mereka yang telah lama melayari rumahtangga juga harus terus mengamalkannya. Tapi jangan tidak percaya, suami isteri mudalah yang banyak meninggalkan unsur romantik seks ini. Mereka cenderung hanya berfikiran ke arah seksualnya saja. Di benak mereka, hanya seks dan mencari kepuasan.
Pasangan suami isteri yang dianggap dewasa (veteran) pula sebaliknya. Merekalah yang lebih kerap memikirkan tentang unsur romantis seperti teknik pemanasan yang berbeza dan sebagainya. Mereka lebih cenderung memikirkan hal yang lebih menyenangkan secara psikologi, bukan cuma menyenangkan secara seksual, seperti saling berkongsi perasaan cinta, memuji, menghargai yakni perkara yang condong ke arah keperluan wanita. Tapi persoalannya, haruskah wanita menunggu hingga ke usia tua untuk merasai semua ini?
Hanya suami anda yang dapat menjawabnya.
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Ahad, Jun 07, 2009
Isteri kepingin seks yang lebih romantik
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/07/2009 10:38:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...