“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Jun 09, 2009

Kehamilan wanita bersaiz XXL perlu diawasi




Masalah 1 – Tekanan darah tinggi semasa mengandung

Jika anda disahkan mengalami tekanan darah tinggi (pada kadar bacaan 140/90 atau lebih) selepas kandungan berusia 20 minggu dengan urin atau air kencing tidak mengandungi protein, anda mungkin didiagnosis mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung. Ia juga dinamakan pregnancy-induced hypertension (tekanan darah tinggi dalam kehadiran protein di dalam urin boleh disifatkan sebagai pre-eklamsia)

Sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi sebelum mengandung atau didiagnosis mengalaminya sebelum minggu ke 20 kehamilam, keadaan itu dipanggil tekanan darah tinggi kronik. Tekanan darah tinggi kronik ini menyebabkan risiko pada jantung, namun tekanan darah tinggi semasa mengandung selalunya memberi kesan sederhana dan tidak menyebabkan masalah yang nyata kepada ibu dan bayi. Walau bagaimanapun, ia masih meletakkan ibu hamil dengan risiko pre-eklamsia, kelahiran pramatang, gangguan uri dan bayi meninggal sebelum atau semasa dilahirkan.

Sesetengah kajian menunjukkan anggaran 10% wanita obes (BMI 30 ke atas) akan mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung, berbanding kira-kira 4% wanita pada kadar BMI antara 19 hingga 25.

Apakah yang perlu dilakukan?

Lakukan pemeriksaan kehamilan secara berkala – doktor yang memeriksa anda akan mengambil bacaan tekanan darah tinggi setiap kali lawatan. Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, doktor akan memerhatikan tahap kesihatan secara rapi dan mungkin akan memberikan ubat untuk menurunkan tekanan darah.

Masalah 2 – Pre-eklamsia

Ia juga dikenali sebagai toksemia. Ia merupakan ketidakteraturan kompleks yang dikenal pasti sekiranya penghidap mengalami tekanan darah tinggi dan mempunyai protein di dalam urin selepas minggu ke-20 kehamilan. Ia menyebabkan saluran darah menjerut, yang mana ia meningkatkan tekanan darah dan mengurangkan alirannya ke seluruh badan. Sesetengah kes boleh menyebabkan serangan mengejut. Keadaan itu dinamakan eklamsia. Wanita yang mempunyai pre-eklamsia yang teruk akan diberikan ubat anti serangan mengejut.

Pre-eklamsia selalunya berlaku oada wanita di bawah usia 20 tahun dan wanita melebihi usia 35 tahun. Sekiranya anda berusia 35 tahun ke bawah dan mempunyai berat badan berlebihan, risiko untuk mengalami pre-eklamsia adalah rendah berbanding wanita berusia 35 tahun ke atas dengan berat badan sihat. Kajian menunjukkan 9 hingga 12% wanita berlebihan berat badan dan obes akan didiagnosis mengalami pre-eklamsia sementara hanya 4 hingga 5% wanita dengan BMI 19 ke 25 akan mengalaminya.

Apa yang perlu dilakukan?

Lakukan jadual pemeriksaan kehamilan seperti yang telah ditetapkan. Doktor atau pembantu perubatan akan menjalankan pemeriksaan tekanan darah tinggi. Sekiranya tekanan darah tinggi anda tinggi, ujian urin akan dijalankan untuk mengetahui wujud atau tidak protein di dalamnya. Segera hubungi doktor sekiranya anda mengalami bengkak di muka, kesakitan di bahagian abdomen, perubahan visual misalnya dwi pandangan, kabur atau melihat titik-titik atau kilasan cahaya, sensitif pada cahaya atau pitam.

Masalah 3 – Bayi besar

Kebanyakan wanita bersaiz besar akan melahirkan bayi bersaiz antara 3kg. Obesiti memungkinkan ibu hamil melahirkan bayi besar sekitar 4kg atau lebih. Keadaan ini dikenali sebagai rosomia. Bayi besar sekiranya ibu hamil tidak mengawal kencing manis semasa mengandung atau mungkin disebabkan sejarah keluarga atau bayi lewat dilahirkan. Biasanya bacaan paling tepat untuk mengukur kebesaran bayi adalah dengan memerhatikan jumlah cecair amnion yang banyak dan ujian ultrasound. Ia dapat dilihat menerusi saiz fetus; walau bagaimanapun, bukti sahih untuk melihat bayi makrosomik adalah selepas bayi itu dilahirkan.

Apa yang perlu dilakukan?

Sekiranya disahkan kencing manis semasa mengandung, pastikan membuat ujian paras gula dalam darah. Sekiranya doktor mensyaki bayi besar, berbincang dengannya mengenai pilihan yang anda ada. Sesetengahnya akan mencadangkan kelahiran secara pembedahan, kebanyakkannya akan memberikan pilihan melahirkan secara normal.

Masalah 4 – Tempoh bersalin yang panjang

Kajian yang dijalankan pada 2004 dalam Journal Obstetrics and Gynecology mendapati wanita berlebihan berat badan kurang aktif dan akan mengambil masa hingga 80 minit semasa proses bersalin, manakala wanita obes memerlukan 105 minit berbanding wanita kurus. Namun ia tidak bermakna anda akan melalui tempoh bersalin yang panjang.

Apa yang perlu dilakukan?

Bersenam, ambil makanan seimbang sesuai dengan keperluan ibu hamil, dapatkan berat badan yang sepatutnya agar tidak mengganggu tempoh waktu bersalin. Pergi ke kelas persediaan bersalin dan melakukan senaman untuk memudahkan bersalin. Minda yang positif juga membantu. Masalah dalam bilik bersalin dengan penuh doa dan yakinkan diri yang anda boleh mengawal situasi semasa bersalin nanti.

Masalah 5 – Pembedahan

Banyak kajian menunjukkan wanita obes dan berlebihan berat badan lebih kerap bersalin secara pembedahan, iaitu 26 hingga 35% berbanding 20% wanita hamil dengan BMI 19-24. ia mungkin disebabkan faktor-faktor lain yang berkaitan dengan wanita bersaiz besar dan kehamilan. Sekiranya anda berada lama di bilik bersalin atau mengalami pre-eklamsia, tekanan darah tinggi dan lain-lain komplikasi kesihatan, doktor akan mencadangkan agar melahirkan secara pembedahan.

Apa yang perlu dilakukan?

Berbincang dengan doktor anda. Adakah anda disifatkan sebagai berisiko tinggi dan perlu melahirkan secara pembedahan? Dapatkan sebabnya. Jika tidak mengalami masalah kesihatan yang menyulitkan, tanya padanya bolehkah melahirkan secara normal. Semasa proses kelahiran normal, apakah yang menyebabkan kelahiran itu tidak dapat diteruskan dan perlu melakukan secara pembedahan.

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails