Dakwa isteri tidak cantik satu kesalahan
Ho.. ho.. ho... Kalau mulut tiada insurans, kena fikir banyak kali baru boleh cakap ek... Maka sesiapa yang pernah berkata pada isteri, "hang tu, la ni kalau letak di pasar, sekupang pun tak laku" atau lain-lain seumpamanya, berhati-hatilah... Dan sesiapa yang suami dia selalu kata, "u ni dari dulu sampai la dok cantik, dok manis, dok menawan macam tu juga!" pun berhati-hatilah...
Seorang suami yang memberitahu isterinya tidak lagi cantik bertujuan memalukan si isteri boleh dikategorikan sebagai kesalahan keganasan emosi sekiranya pindaan dibuat terhadap akta keganasan rumahtangga 1994, demikian paparan berita dalam akhbar baru-baru ini (www.mstar.com.my) yang menarik perhatian untuk diketengahkan sebagai satu isu.
Dalam berita tersebut, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, ketika ini, golongan wanita hanya dilindungi daripada penderaan fizikal di bawah akta tersebut.
Tujuan cadangan pindaan itu adalah bagi memastikan keselamatan wanita dari segi fizikal dan emosi. Keganasan emosi adalah satu bentuk penderaan yang memberi kesan mendalam terhadap wanita yang boleh merendahkan harga diri, maruah serta keyakinan diri. Islam sentiasa menyuruh umatnya berbuat kebaikan. Ini termasuklah dalam perhubungan dan pergaulan suami dan isteri. Allah SWT di dalam al-Quran, firman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik.” (Surah an-Nisaa’, ayat 19)
Selain itu, Nabi Muhammad SAW pernah berkata, sebaik-baik manusia di kalangan bani Adam ialah orang baik dengan isterinya, ini kerana isteri adalah lebih utama dijaga haknya sebelum orang lain. Setiap manusia yang dicipta oleh Allah SWT tiada yang sempurna. Oleh yang demikian, si suami seharusnya menutup keaiban yang ada pada diri isterinya. Allah SWT menjadikan manusia sering memerlukan antara satu sama yang lain.
Ingatlah, Rasululullah SAW banyak meninggalkan pesanan melalui hadis-hadisnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarganya dan akulah contoh yang paling baik di kalangan kamu terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ibnu Majah)
Sabda baginda SAW lagi, “Tidak ada yang memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak ada yang menghinakan wanita melainkan orang yang hina.” (Hadis riwayat Ibn Asakir daripada Ali r.a.)
Sabda baginda SAW lagi, “Cukuplah seseorang berdosa bila menyia-nyiakan (sia-sia) orang yang dinafkahinya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Suami yang soleh itulah yang merasa senantiasa dalam pengawasan Allah ketika berinteraksi dengan isterinya dalam segala hal, besar ataupun kecil. Ia mengetahui dari hadis Nabi bahawa kesewenang-wenangan adalah kegelapan pada hari kiamat. Dengan demikian, sudah pasti isterinya akan hidup bahagia dan nyaman bersamanya.
Justeru, si suami tidak seharusnya mengaibkan isterinya hatta kepada saudara dan sahabat handainya. Ini kerana setiap keaiban yang ada pada isteri merupakan cermin bagi suami. Hakikatnya suami yang mengutuk atau memalukan si isteri secara tak langsung mengaibkan dirinya sendiri. Dalam hal ini suami harus bijak menangani sebarang masalah yang berlaku dan jangan hanya sekadar menunding jari menyalahkan pasangan.
Begitu juga si isteri harus tahu menjaga penampilan diri supaya sentiasa kelihatan cantik untuk suaminya. Dalam kebanyakan artikel Dr. Haji Juanda Haji Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam melalui siri wanita Anggun (keluaran MW), berkata sekiranya muncul konflik dalam rumah tangga, hendaklah suami isteri mengambil langkah-langkah penyembuhan yang diajar melalui al-Quran dan Al-Sunnah Rasullah SAW supaya keretakan itu dapat disambung semula dengan izin dan reda Allah SWT.
Renung-renungkan!
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Isnin, Jun 29, 2009
ISU: Keganasan emosi, penderaan buat wanita
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/29/2009 01:02:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ASSALAMUALAIKUM pUAN
BalasPadambolehkah saya copy paste artikel yang ditip oleh Puan ini?saya juga peminat Dr Juanda
Waalaikumsalam wbt.,
BalasPadamSila-silakan. Terima kasih atas kunjungan.
Agak byk entri oleh Dr Juanda. Tak lama lagi Dr Juanda akan bercuti selama 10 bulan, harap2 beliau ada masa untuk menulis buat tatapan peminatnya.
Selamat mentelaah.