“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Jun 25, 2009

Buah kiwi lindungi tubuh daripada radikal bebas


Salam,

Sedikit lain daripada biasa. Saya masukkan entry ini kerana tengah 'gila' makan buah kiwi. Anak ke-tiga saya yang berusia 2 tahun 3 bulan, si Ilham Darwish juga 'kemaruk' kiwi seperti mamanya. Hik.. hik... Pertama kali saya melihat pokok kiwi ketika saya berkunjung ke Saitama-City, Japan ketika pergi melawat rumah rakan seperjuangan. Geram melihat buah kiwi bergayutan di pokok yang menjalar di atas awning porch jiran rakan saya.

Buahnya tidak masam dan tidak juga manis. Itulah kelebihan buah kiwi yang mendapat namanya sempena dengan nama burung kiwi yang berasal dari New Zealand, malah di kebanyakan kawasan di Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan, buah kiwi secara amnya dikenali sebagai kiwi sahaja.

Kiwi merupakan beri daripada kumpulan Kultivar Actinidia Deliciosa dan hybrid antara kultivar ini dan spesies lain dalam denus Actinidia. Ia mempunyai kulit Berbulu coklat halus di luar. Manakala bahagian isinya berwarna hijau muda dan berbiji halus membulat di tengahnya membentuk seperti bunga. Rasa buah kiwi seakan campuran buah pisang, nanas dan strawberi.

Dari segi khasiat, kiwi mengandungi banyak vitamin, flavonoid dan mineral. Antara vitamin yang terdapat di dalam buah kiwi adalah vitamin C, A dan E. Malah, buah ini mengandungi jumlah vitamin C yang tinggi daripada buah oren, serta jumlah potassium yang sama banyak dengan pisang, serta sejumlah beta-karotena yang bagus. Biji hitam buah yang terdapat di dalam isinya boleh dihancurkan bagi menghasilkan minyak buah kiwi yang dikatakan kaya dengan asid Linoleik Alfa.

Vitamin C merupakan antioksidan yang telah terbukti mampu melindungi tubuh daripada radikal bebas sekaligus memperbaiki kesihatan individu yang mengambilnya secara kerap terutamanya mementang semua jenis penyakit daripada masalah kardiovaskular kepada kanser dan obesiti.


Buah kiwi yang bergayutan


Sumber antioksidan


Kajian membuktikan bahawa buah kiwi amat berguna dalam memperbaiki masalah asma di kalangan kanak-kanak, dan merendahkan kemungkinan kanser kolon melalui cara menyediakan sejumlah serat pemakanan yang baik.

Sifat perlindungan antioksidan kiwi telah ditunjukkan dalam kajian terhadap kanak-kanak enam hingga tujuh tahun di bahagian utara dan tengah Italy. Lebih banyak buah kiwi atau buah sitrus diberikan kepada kanak-kanak ini, lebih kurang mereka mengalami masalah kesihatan berkaitan pernafasan termasuklah sukar bernafas, nafas termengah-mengah atau batuk pada waktu malam.

Beberapa kajian yang telah dilakukan membuktikan bahawa pengambilan tidak atau lebih hidangan buah sehari termasuklah buah kiwi mampu mengurangkan kira-kira 36% risiko untuk menghadapi masalah berkaitan mata yang dipanggil kemerosotan Makular berkaitan usia (sebab utama kehilangan penglihatan terhadap orang dewasa), jika dibandingkan dengan mereka yang mengambil kira-kira 1.5 hidangan buah sehari.

Buah kiwi juga dikatakan mempunyai kebolehan untuk melindungi DNA dalam sel nukleus manusia daripada kerosakan berkaitan oksigen. Para penyelidik tidak pasti sebatian mana yang memberikan perlindungan antioksidan tetapi mereka pasti bahawa bahan untuk menyembuhkan ini tidak terhad kepada Khasiat biasa yang berkaitan denga buah kiwi. Disebabkan buah kiwi mengandungi pelbagai jenis flavonoid dan karotenoid yang menunjukkan aktiviti antioksidan, maka khasiat fito dalam kiwi mungkin bertanggungjawab terhadap perlindungan DNA ini.


Bunga pokok kiwi

Sumber terbaik serat

Buah kiwi juga merupakan sumber terbaik serat pemakanan. Pemakanan seharian yang mengandungi banyak serat boleh mengurangkan tahap kolesterol tinggi, sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung dan serangan jantung. Serat juga baik untuk mengikat dan membuang toksin daripada kolon. Makanan kaya serat seperti buah kiwi juga amat baik untuk mempastikan tahap gula dalam darah pesakit diabetes terkawal.

Pengambilan serat dapat membantu mengawal nafsu makan dan melancarkan fungsi usus. Gabungan serat, magnesium dan potassium mampu mengurangkan tahap kolesterol, menormalkan tekanan darah dan membina arteri yang kuat. Garam galian tersebut juga penting bagi proses pertumbuhan tulang rangka dan membaik pulih.

Selain itu buah kiwi juga baik untuk gigi kerana jusnya dapat meninggikan kawalan dos asid askorbik. Vitamin C yang dimiliki juga boleh bertindak sebagai ‘berus gigi penyingkir’ untuk mengurangkan pertumbuhan karang gigi.

Sungguhpun buah kiwi amat berkhasiat, namun disebabkan ia mengandungi aktinidin iaitu enzim protein larut, buah ini boleh menyebabkan alahan kepada meraka yang tidak tahan, oleh itu, sebelum mengambil buah kiwi, dapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu.

2 ulasan:

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails