“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Jun 28, 2009

Persoalan Agama: Anak tak sah taraf dibintikan Abdullah ketika akad nikah

SOALAN :

SAYA bakal mendirikan rumah tangga akhir tahun ini, Insya-Allah. Saya ingin tahu dengan jelas kedudukan atau prosedur yang bakal saya hadapi berikutan status saya sebagai anak tidak sah taraf. Apakah akad nikah yang dilafazkan wali hakim dan benarkah ada perbezaan akad yang bakal dilafazkan terhadap anak yang tidak sah taraf? Saya perlu dibintikan dengan siapa? Saya perlu jawapan ustaz demi persiapan yang perlu dibuat dan pada masa sama, menjaga maruah ibu dan keluarga bakal suami.

Gadis Keliru,
Perak.


JAWAPAN :

KES yang menimpa saudari ini amat dikesali. Inilah akibat apabila manusia melakukan sesuatu perkara berdasarkan kepentingan syahwat. Allah SWT berfirman dalam surah al-Nisaa' ayat 176, maksudnya: "Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

Apabila manusia melakukan tindakan tanpa mengikuti batasan syariat, berlaku fitnah dan keburukan. Firman Allah SWT lagi dalam ayat surah al-Rum ayat 41: "Sudah timbul pelbagai kerosakan dan bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak berasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."

Antara kemusnahan itu ialah kelahiran anak tanpa bapa yang sah akibat perbuatan aniaya membabitkan rogol dan zina.

Bagaimanapun dalam kes saudari, saudari ialah mangsa salah laku dan tidak wajar dipersalahkan kerana Allah SWT berfirman dalam ayat ke-164, surah al-An'am, maksudnya : "Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh seseorang melainkan orang itu saja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya saja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisih padanya."

Benar apa yang dikatakan saudari iaitu wali yang akan menikahkan saudari adalah wali hakim.

Tiada sebarang perbezaan antara lafaz nikah itu. Cuma pihak wali akan meletakkan binti saudari kepada Abdullah kerana saudari tidak memiliki bapa sah. Saudari perlu menjelaskan keadaan ini kepada wali berkenaan bagi mengelakkan kerumitan berlaku pada hari akad nikah.

Sumber : BHarian 2009/06/29

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails