“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Jun 02, 2009

Jadilah hero di hati isteri



Salam,

Wanita masa kini memang sudah pandai berdikari. Memandu sendiri ke tempat kerja, melakukan semua kerja rumah, membayar bil, malah mampu juga memaiki alatan rumah yang rosak. Namun biarpun berupaya melakukan banyak perkara sendirian berhad, tidak salah jika anda memberi peluang untuk suami membantu.

Misalnya dari memabaiki sendir peralatan dapur yang rosak, apa kata serahkan tugas tersebut kepada suami saja. Anda akan dapat lihat betapa bangganya dia setelah berjaya membaikinya. Perasaan ini sekali gus mencetuskan perasaan dihargai, diperlukan dan penting dalam diri suami. Ibarat wira yang datang menyelamatkan sang puteri di saat dia memerlukannya.

Jadi pelajarilah cara menjadikan suami, wira di hati anda dan anda pula adalah wira wati di hatinya. Semak caranya :

Checklist # 1 – Memperbaiki kerosakan

Cubalah perhatikan bagaimana bangganya suami bila dia dapat membaiki kerosakan kereta yang kecil. Biarpun suami anda bukan orang yang mahir membaiki kereta, jangan sekali-kali menidakkan kebolehannya. Jangan memandang hanya sebelah mata apa yang telah dilakukannya. Sekecil apapun usahanya, berilah pujian dan sanjungan agar suami dapat merasakan cinta anda. Jangan sampai suami cemburu dengan teman anda yang mahir membaiki kereta kerana anda lebih mengharapkan teman daripada dirinya.

Checklist # 2 – Mampu memberi jalan penyelesaian

Perbezaan memang kerap kali menajdi punca pertengkaran bagi setiap pasangan. Dalam menghadapi masalah, wanita kadang-kala tidak memerlukan jalan penyelesaian eraka yang penting pasangan berempati terhadap mereka. Sedangkan lelaki pula lebih senang menawarkan solusi kerana menurut mereka wanita akan berasa lebih senang bila mereka memberi jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.

Biarpun bukan itu yang anda kehendaki, namun janganlah sesekali mengabaikan idea penyelesaian yang diberikan oleh suami kerana ia akan menbuatkan dirinya berasa tidak mempu dan bersalah kerana tidak dapat membantu. Bagi membuatkan suami berasa dirinya penting, dengarkan saja idea yang hendak diberikannya. Kalau masuk akal, ikuti saja, juka tidak, cukup sekadar mendengar.

Checklist # 3 – Hantar dan jemput pulang

Jiwa hero sang suami selalunya akan keluar saat anda sesekali memintanya menghantar dan menjemput anda dari tempat kerja. Sikap ini sebenarnya menunjukkan isyarat anda memerlukan dirinya. Anda akan melihat senyuman tersirat melalaui matanya semasa dia melakukannya. Tapi sebelum memintanya berbuat demikian, anda perlu melihat kelapangan suami. Sekiranya dia sibuk dan tidak mahu diganggu, jangan lakukannya.sebabnya, bagi kaum lelaki, wanita yang kerap merengek meminta dihantar dan dijemput akan membuatkan dirinya berasa bosan dengan sikap anda yang mengada-ngada.

Checklist # 4 – Jangan membantah

Semasa suami sedang membuat penjelasan tentang sesuatu perkara, tahan mulut anda daripada menyampuk atau membantah kata-katanya terutama apabila yang diucapkannya itu bertentang dengan pendapat anda. Elakkan perang mulut apatah lagi di hadapan khalayak ramai kerana ego lelaki akan cepat terusik dengan keadaan ini.

Jika anda tidak berkenan dengan kata-kata atau penjelasannya, balas dengan tenang sambil meminta ia dibahaskan apabila emosi sudah reda. Apabila perasaan sudah stabil, barulah nyatakan pendapat atau pendirian anda pula. Suami pasti boleh menerima pendapat anda dalam keadaan perbincangan yang sedemikian.

Checklist # 5 – Tempat terbatas

Setiap insan pasti mahu diri diletakkan di tempat yang paling teratas dalam hidup seseorang apa lagi oleh orang yang dicintainya. Begitu juga dengan suami. Tetapi, kadang-kala wanita kurang peka dalam hal ini. Isteri tanpa disedari meletakkan rakan lebih utama daripada suami sendiri.

Tatkala bersembang dengan rakan, ada yang sanggup membiarkan suami duduk menunggu lama malah tidak menghiraukan kehadiran suami di sebelah. Biarpun kelihatan remeh tapi ada suami yang berkecil hati dengan sikap isteri sebegini. Tempatkanlah suami sebagai orang yang amat penting di hati anda, kerana dengan cara itu dia akan berasa sangat disanjungi dan dihargai.

Checklist # 6 – Senyuman

Lelaki cukup senang melihat pasangannya senyum dan sentiasa ceria. Meskipun anda berada dalam keadaan ‘bad mood’, cubalah sedaya-upaya berikan senyuman untuk suami. Senyuman itu akan membahagiakan dirinya. Bukankah senyuman itu satu sedekah?

Checklist # 7 – Mampu memuaskan pasangan

Bukanlah hanya bermaksud memuaskan dalam hal aspek seks saja, tetapi dalam hal lain juga. Sebagai contoh, luahkan keinginan kepada suami untuk memiliki barang tertentu, makan di restoren kegemaran dan perkara lain yang anda impikan. Bagi kaum lelaki, permintaan isteri bukanlah satu beban. Meraka akan berasa bangga sekiranya dapat memenuhi permintaan isteri tersayang. Meraka akan berusaha mewujudkan apa yang diimpikan oleh pasangan. Namun anda mesti ingat, permintaan anda itu biarlah dalam lingkungan kemampuan suami anda.

Checklist # 8 – Perhatian khusus

Baik lelaki mahupun wanita suka dimanjakan. Bagi membuatkan suami berasa dia adalah insan terpenting dalam hidup, berikanlah perhatian khusus untuknya. Masak makanan kegemaran suami ketika hujung munggu. Paling mudah semasa berdua-duaan dengannya, peluklah tubuhnya sambil membelai rambutnya dengan penuh mesra.

Anda sudah mengetahui cara membangkitkan jiwa keperkasaan dalam diri suami. Jangan tunggu lagi untuk mempraktikkannya kerana ia secata tidak langsung menunjukkan padanya bahawa anda memuja dan memerlukan dirinya untuk selalu berada dekat di samping anda.

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails