Terdapat pelbagai posisi berbeza sewaktu melakukan hubungan seks malah, mungkin ada lebih daripada 50 posisi. Jika anda penggemar posisi MISIONARI, terdapat 12 variasi dalam posisi ini saja. Namun begitu Persoalannya berapa posisikah yang telah anda cuba?
Bagi si pengantin baru wajar sekali jika hanya satu posisi dipraktikkan di awal perkahwinan, maklumlah urusan seks masih baru dipelajari. Tapi buat pasangan suami isteri yang telah lama mendirikan rumah tangga seharusnya anda sudah menguasai banyak posisi bagi mewarnai kehidupan seks anda.
Khasiat peluk isteri
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Demikian kata pakar Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah. Fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar di German mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
Jelasnya, seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk hormon endorphin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Hormon endorphin adalah sejenis bahan kimia semulajadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunnah Rasulullah SAW.
Kata Dr Mohd Fadzilah lagi, ada kajian di Amerika Syarikat juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol yang mampu meningkatkan tahap kesihatan isteri. Selain itu, hubungan seks yang dijalinkan dengan penuh kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
Paul Jenner dalam bukunya Great Sex, menyatakan ada 10 sebab mengapa setiap pasangan harus selalu menggunakan posisi yang berbeza tiap kali bercinta.
1 – Psikologi wanita dan lelaki berbeza, bagi yang berada di atas mereka akan merasa dominan sedangkan perasaan pasrah di pihak lain. Apa kata cuba selam perasaan ini.
2 – Posisi berbeza memberikan emosi yang berbeza, sedangkan posisi yang sama saja hanya membabitkan hubungan genital saja.
3 – Posisi berbeza, juga tentunya akan memberikan rangsangan visual yang berlainan.
4 – Cuba rasai tegangan otot yang berbeza, kerana beberapa posisi seks mencipta lebih banyak tegangan otot daripada yang lain.
5 – Memperoleh rangsangan yang berbeza, kerana dengan posisi yang berlainan, anda berdua akan merasakan rangsangan pada bahagian tubuh yang berlainan juga.
6 – Variasi. Percayalah, anda pasti tidak akan mahu melakukan seks dengan cara yang sama setiap hari, seumur hidup, bukan?
7 – Kadang-kala, anda juga harus merehatkan beberapa otot dengan cara menukar posisi seks.
8 – Mencari kenikmatan yang berbeza, anda boleh memilih mana satu posisi yang boleh memberi lebih kepuasan.
9 – Mencuba posisi-posisi baru juga boleh menjadi hiburan bagi suami isteri. Jika tidak selesa denga satu posisi, jangan terus putus asa. Jadikan sebagai pengajaran.
10 – Posisi yang berbeza akan memberi senaman yang berbeza. Tentunya ini baik sekali untuk tubuh anda berdua.
Oleh itu selamat mencuba!
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Jumaat, Jun 19, 2009
10 sebab tukar posisi seks
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/19/2009 01:05:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...