“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Jun 15, 2009

Anda menghisap rokok?


Jika anda menghisap rokok, bacalah artikel ini. Tidak kira anda perempuan atau lelaki, masih anak-anak sekolah, remaja, dewasa ataupun sudah di usia emas, mereka yang menghisap rokok ini bukan sahaja seperti membunuh dan menyeksa dirinya sendiri, malah boleh juga dianggap sebagai seorang pembunuh yang tidak ditangkap, dibicarakan, dimasukkan ke dalam penjara dan digantung sampai mati.

Seorang yang menghisap rokok ialah ‘pembunuh’ atau ‘murdered who gets away with murder’. Renungkanlah perkara ini dan buatlah keputusan supaya berhenti merokok. Kajian demi kajian yang telah dijalankan telah jelas menunjukkan bahawa bahaya rokok bukan sahaja daripada asapnya, bahkan juga daripada kertas pembalut dan puntungnya. Dari asap rokok sahaja, terhasil tidak kurang 3000 jenis bahan kimia yang merupakan racun, yang bukan sahaja dihidu oleh perokok sendiri, malah dihidu terus menerus oleh orang yang selalu berdekatan dengan si perokok, seperti isteri, anak-anak dan rakan-rakan karibnya sendiri.

Di waktu tidurpun, perokok boleh mengeluarkan racun-racun ini dan menjejaskan kesihatan isteri atau anak yang tidur di sebelahnya. Lebih berbahaya lagi sekiranya si isteri sedang mengandung, kerana boleh meracuni anak dalam kandungan dan dengan itu anak akan meninggal dalam kandungan atau lahir dengan kecederaan otaknya yang menyebabkan dia dikatakan ‘cacat’. Kadar kecacatan ini meningkat oleh kerana keadaan persekitaran yang dialami oleh anak termasuk asap rokok daripada ayah atau ibu atau orang lain yang mendampingi ibu mengandung, menghisap rokok.

Rela dan redha untuk berhenti

Asap rokok juga boleh mencemarkan udara dan boleh menjejaskan kesihatan orang lain. Ramai orang yang menghisap rokok kadang kala juga terlalu sombong dan tidak menghiraukan orang lain di sekelilingnya. Umpamanya, tentu anda pernah dihembuskan asap rokok daripada orang yang duduk di sebelah anda dalam restoran. Pernahkah anda terserempak dengan anak kecil di kedai membeli rokok untuk ayah/atuknya? Mungkin kempen ‘Tak Nak’ tidak mencukupi, kempen yang lebih baik ialah, ‘Saya tidak mahu jadi pembunuh’.

Saya difahamkan Arab Saudi antara negara pertama yang telah mengharamkan rokok. Berbeza dengan negara sendiri, apabila harga petrol/diesel, minyak masak dan beras naik, wujudlah pelbagai kempen ‘marah’. Tetapi apabila harga rokok naik, tidak kedengaran seorang perokok pun berbunyi tentang Peruntukan untuk rokok terpaksa ditambah. Kalau ibubapa yang menghisap rokok, bayangkan berapa banyak wang yang dapat diselamatkan untuk membeli beras dan makanan harian dan juga bahan-bahan keperluan lain, termasuklah minyak petrol, gas dan lain-lain. Malah, wang itu juga boleh disimpan atau dilaburkan dengan membeli polisi insurans pendidikan anak-anak.

Jika setiap perokok menyedari dan menerima bahawa sebenarnya dia adalah pembunuh, maka tentu sekali dia akan rela dan redha untuk berhenti merokok. Cara berhenti amat senang sekali. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, bak kata pepatah, hendak seribu daya, jika mahu seribu usaha. Caranya amat senang, tetapi mesti bermula dengan kerelaan dan keredhaan perokok mahu berhenti dan amalan ini mestilah berterusan. Perokok yang mahu berhenti, dinasihatkan :

  1. Kira berapa batang rokok dihisap setiap hari dan buat catatan harian
  2. Mulai dengan mengurangkan satu badan rokok sehari. Selepas 2-3 hari, Kurangkan sebatang lagi dan buat catatan
  3. Demikianlah caranya sehingga dapat berhenti
  4. Gantikan rasa ketagih dengan makan vitamin c, kalsium dan magnesium, vitamin b kompleks dan minyak ikan.
Bagi mereka yang telah ada penyakit jantung tersumbat, strok, darah tinggi, kencing manis, arthritis dan lain-lain, ini di antara perkara pertama yang mesti dilaksanakan termasuk menjaga makanan dan minuman, melakukan senaman tertentu disamping darah juga perlu dicuci dengan menggunakan teknik tertentu.

Etika untuk perokok

Kaki lima pusat membeli belah kini menjadi zon larangan merokok. Peraturan baru yang ditetapkan ini sedikit sebanyak memberi impak yang positif kepada pejalan-pejalan kaki dan pengunjung pusat membeli belah. Jika diperhatikan, budaya merokok ini adalah aliran kemegahan yang cuba ditonjolkan oleh masyarakat barat terhadap ketamadunannya.

Contoh yang paling jelas dapat dilihat menerusi filem-filem aksi dan lasak yang dipaparkan oleh watak ‘hero’ mahupun watak antagonis. Pastinya ada diselitkan lagak gagah mereka sambil menghisap rokok tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Bagaimanapun, bukan semua perokok itu mempunyai perlakuan yang negatif. Ada cara-caranya yang membolehkan para perokok ini tidak dipandang sinis oleh kebanyakan orang yang tidak merokok.

Etika # 1 - Jaga perasaan orang sekeliling

Berdasarkan situasi seperti ketika di dalam kereta, perokok tidak boleh mementingkan diri sendiri dengan menyalakan api rokok tanpa menghiraukan perasaan penumpang yang lain. Keadaan bertambah buruk apabila dalam kereta berkenaan dinaiki ibu mengandung.

Asap rokok bukan sahaja membahayakan wanita yang mengandung, malah bayi dalam kandungan juga berisiko untuk menerima kesan negatif asap rokok berkenaan. Cara yang paling baik adalah meminta izin kepada penumpang sama ada anda boleh meneruskan merokok atau tidak. Jika mereka keberatan memberi kebenaran, hormatilah hak meraka. Anda boleh meminta pemandu untuk berhenti seketika. Dalam pada itu, anda boleh merokok sama ada di bawah pokok atau di tepi-tepi jalan. Menghormati perasaan orang lain adalah etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh perokok terutamanya perokok tegar.

Etika # 2 - Gunakan zon merokok

Hak bukan perokok juga lebih terpelihara kala ini, yang mana ada sesetengah restoran atau kafe menyediakan zon merokok dan zon larangan merokok. Pembahagian zon-zon sebegini sebenarnya memberi kelebihan dan keselesaan kepada pelanggan. Sekurang-kurangnya perokok tidak membahayakan pelanggan yang tidak merokok. Jika anda terjumpa zon-zon begini, seharusnya perokok pergi ke kawasan itu untuk meneruskan niat di hati. Jangan abaikan zon-zon yang disediakan khas untuk perokok ini. Ia bertambah kurang elok jika anda ingkar dan tidak menghiraukan peraturan yang telah ditetapkan.

Etika # 3 - Amalkan kebersihan

Ketika di rumah juga, para perokok perlu mengamalkan kebersihan dan peraturan sebagaimana ketika berhadapan dengan masyarakat umum. Jangan mengambil kesempatan dengan kebaikan dan sifat memahami seorang isteri. Walaupun isteri anda tidak bising-bisinga dan membebel dengan keinginan anda, anda perlu menghormati haknya. Yang mana, anda tidak boleh merokok ketika sedang berbual dengannya. Jika perlu, anda boleh keluar daripada rumah untuk merokok, sama ada di luar rumah atau di bawah pohon-pohon berdekatan rumah. Tidak salah jika merokok di dalam tandas, jika tandas itu dikhaskan untuk anda seorang saja (kerana aliran udara di tandas boleh berbahayakan kesihatan orang lain yang tinggal bersama anda) dan anda perlu pastikan habuk rokok dibersihkan dengan kemas dan putung rokok tidak dibuang merata-rata. Disiplin sebegini sebenarnya memberi kelebihan kepada keluarga dan anak-anak yang memandang anda sebagai ketua keluarga.

Etika # 4 - Belajar cara kurangkan merokok

Sebolehnya, perokok belajar setiap hari bagaimana cara-cara untuk mengurangkan jumlah pengambilan rokoknya. Sekarang ini ada pelbagai produk yan gdiperkenalkan untuk membantu perokok mengurangkan kadar hisapan harian mereka. Ia boleh diperolehi sama ada di farmasi ataupun dibeli dengan orang perseorangan.

Perlakuan merokok ini tidak diwarisi. Belum tentu ayah yang merokok akan melahirkan ana yang merokok dan begitulah sebaliknya. Namun, ia boleh dicegah apabila seseorang sedar akan hakikat merokok itu tidak memebri kebaikan melainkan pembaziran wang semata-mata. Seseorang yang tidak merokok juga tidak boleh secara terang-terangan mempertikaikan perlakuan seseorang yang merokok. Apatah lagi jika mereka merokok di dalam zon merokok. Menegur mereka dengan cara berhemah adalah lebih baik lagi dan siapa tahu, lama-kelamaan keinginan untuk berhenti merokok hadir dalam diri mreka.

Larangan merokok di kali lima juga memberi kelebihan kepada perokok. Sekurang-kurangnya imej negatif tidak membelenggu diri perokok itu sendiri. Hal ini kerana, ramai wanita yang meletakkan syarat ‘tidak merokok’ sebagai kriteria utama mencari pasangan hidup. Namun, jika jodoh mereka bertemu dengan lelaki yang merokok, pasangan ini perlu berbincang sama ada si lelaki perlu berkorban untuk berhenti merokok atau wanita pula perlu belajar memahami dan memberi garis panduan yang terbaik agar ia tidak memberi impak negatif kepada keluarga berkenaan. Jangan kerana sebatang rokok, pasangan harmoni bertukar menjadi huru-hara.

Bertegaslah dalam pelaksanaan larangan merokok



Baru-baru ini, perokok sekali lagi berdepan dengan ‘rintangan’. Kali ini apabila kerajaan menambahkan jumlah kawasan yang bakal dijadikan zon larangan merokok. Penambahan terbaru itu akan menyebabkan mereka tidak lagi boleh merokok di tempat kerja yang mempunyai sistem pendingin hawa berpusat dan juga di lobi-lobi hotel. Demi kepentingan majoriti rakyat yang tidak merokok, kerajaan terpaksa mengambil pendekatan terbaru itu walaupun ia pastinya tidak menyenangkan golongan perokok.

Langkah terbaru itu diharap mampu membuatkan mereka yang tidak merokok menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya ada alasan untuk mereka menegur rakan-rakan sekiranya tidak mematuhi peraturan berkenaan. Bagaimanapun, langkah kerajaan untuk mewartakan serta-merta larangan terhadap peniaga dan peruncit agar tidak menyertakan tawaran hadiah apabila menjual hasil tembakau kepada orang ramai dilihat sebagai langkah terbaik dalam ‘kempen larangan merokok’ selama ini. Setidak-tidaknya langkah tersebut akan menyekat usaha syarikat-syarikat pengeluar rokok daripada mempromosikan keluaran mereka secara halus ataupun menggunakan ‘taktik kotor’ untuk melariskan produk.

Pewartaan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2009 itu juga menyaksikan larangan untuk sebarang objek atau benda dijual bersekali dengan hasil tembakau. Pengeluar, peruncit atau peniaga juga diharamkan untuk menawarkan hasil tembakau ke atas pembelian sebarang jenis produk. Paling menarik, pihak yang didapati bersalah melanggar larangan atau peraturan tersebut boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Peraturan atau larangan berkenaan memang tepat pada masanya. Kempen antirokok yang semakin diperhebatkan - termasuklah mewajibkan pengeluar atau pengedar mempamerkan amaran kesihatan bergambar dengan enam imej ngeri - itu diharap menjadi antara faktor tekanan terbaru kepada perokok selain kenaikan cukai saban tahun. Walaupun ada yang mengatakan ‘imej ngeri’ itu tidak akan mampu mengekang tabiat ketagihan di kalangan perokok, namun kita berharap keadaan itu hanya berlegar dalam kalangan perokok tegar sahaja. Sementara itu, dalam keghairahan kerajaan meningkatkan peraturan serta larangan terhadap perokok, penjual, peruncit, pengedar dan pengeluar produk-produk hasil tembakau, kita juga berharap ia juga akan meliputi aspek penguatkuasaan.

Ramai yang melihat matlamat kerajaan memperkenalkan pelbagai larangan itu sebagai satu usaha murni. Dan ia sepatutnya diiringi dengan penguatkuasaan sebenar. Bukan setakat hanya indah pada kertas tetapi pelaksanaan pula pada tahap ‘suam-suam kuku’ sahaja. Selepas ini, pihak berkenaan terutama yang mempunyai kuasa untuk mengenakan kompaun atau denda ke atas mereka yang melanggar peraturan mengenai larangan merokok ini perlu lebih bersikap proaktif.

Jangan pula selepas ini, asap rokok terus dibiarkan berkepul-kepul di ruang atau premis yang telah pun diwartakan sebagai ‘zon larangan merokok’. Jangan lagi pihak berkuasa dikatakan ‘sekadar melepas batuk di tangga’ sahaja.

Sumber : NURY dan Utusan

3 ulasan:

  1. Abdul Rahim Him [fizhimz@yahoo.com]18 Jun 2009 pada 8:59 PTG

    salam, kalu tak renti jugak hispa rokok tak tau la korang ni jenis ape...memam babey(cakap temerloh pekat) betul la korang nie

    BalasPadam
  2. fizawan [fizawan_123@...]22 Jun 2009 pada 6:59 PTG

    Semua cara atau pendekatan tersebut tidak dapat direalisasikan. walaupun ada segelintir yang terasa bahangnya.

    Namun apa yang paling penting kerajaan sendiri perlulah menghentikan pengimportan dan pengeluaran rokok ini. bukan perokok tersebut yang menjadi pembunuh sebenarnya tetapi kerajaanlah yang telah menjadi pembunuh no 1 apabila terus mengeluarkan lesen dan membenarkan produk ini digunakan dinegara kita dengan sewenangnya.

    saya sentiasa bergaduh dengan suami setiap hari apabila masalah rokok ini timbul. bukankah kerajaan akan semakin kaya raya hasil dari pengeluaran rokok ini apabial lesen dan cukai yang dikenakan semakin tinggi. kerajaan akan semakain seronok dengan peningkatan hasil negara dari cukai dan lesen rokok ini. tapi rakyat tetap menderita dengan
    perokok yang tidak mahu mengambil iktibar atas keburukan rokok itu sendiri.

    semakin lama semakin banyak wang yang di habiskan kepada rokok. walaupun keperluan lain boleh dikurangkan dan peruntukan kepada rokok tetap juga dikeluarkan.

    kerajaan perlu sedar dimana punca dan akar umbi bahan terlarang
    ini. sedangkan fatwa telah dikeluarkan mengatakan ianya haram. sedangkan kerajaan sendiri yang tak mahu melepaskan keuntung yang merosakkan rakyat dan anak bangsa sendiri.

    fiza, ijs resources

    BalasPadam
  3. maxtor019 [maxtor019@......]22 Jun 2009 pada 7:00 PTG

    rokok adalah sumber pendapatan kerajaan.. rugi la klu nak di hapuskan serta merta, lagi pun klu rokok di hapuskan nati org dah mula nak isap ganja lak, lagi la parah, klu tak pun mula la nak buat yg bukan2 nak gantikan rokok tu..tak apa
    la biar je dia org hisap rokok, nati tahu la berenti sendiri..

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails