Assalamualaikum warahmatullah,
Anda tentu pernah mendengar, “Wang bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya adalah wang.” Cuba anda tukarkan perkataan ‘wang’ dengan ‘seks’, ayat ini akan dibaca, “Seks adalah segala-galanya, dan segala-galanya adalah seks.” Aduhai… agak menjengkelkan bunyinya, setuju? Apa ke jadahnya hari Jumaat yang mulia ini selalunya tazkirah yang keluar, tapi BG buang tabiat pulak menulis tentang seks, ek? Semuanya disebabkan suasana panas di SIM, jadi terhasillah entry yang ini.
Rasa-rasanya, semua orang setuju, selain cinta dan kesetiaan, satu lagi unsur penting dalam perkahwinan adalah seks. Ia juga menjadi antara faktor yang menjamin kerukunan rumahtangga, sebab itulah banyak konflik suami isteri mahupun perceraian yang turut bersangkutan dengan faktor seks.
Faktor kualiti seks itu mungkin kerana kuantiti seks itu sendiri. Sama ada terlalu sedikit ataupun terlalu banyak hingga tidak sanggup melayaninya. Kuantiti seks yang tidak sesuai dengan kehendak pasangan boleh saja menyebabkan hubungan suami isteri kurang serasi.
Sebagai contoh, suami menginginkan hubungan intim tujuh kali seminggu, manakala si isteri pula hanya mahukan dua atau tiga kali seminggu, sudah tentu suami tidak puas hati. Begitu juga jika isteri menginginkan seks selang sehari, sedangkan suami sibuk bekerja hingga lewat malam dan hanya mampu memenuhi kehendak isteri dua kali seminggu.
Selain kuantiti, kualiti seks juga mesti diambil kira. Apalah maknanya hubungan intim jika ia dilakukan seolah-olah terpaksa tanpa menjiwainya. Seks yang tidak berkualiti selalunya tidak mampu memberi kepuasan kepada pasangan.
Berikut adalah faktor memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti seks yang harus diketahui oleh setiap pasangan suami isteri.
Faktor 1
Keadaan fizikal pasangan suami isteri sebelum hubungan intim dilakukan. Sekiranya suami atau isteri dalam keadaan kepenatan, harapan untuk seks mungkin agak tipis. Begitu juga jika pasangan mempunyai masalah kesihatan apa lagi yang boleh menjejaskan mood untuk seks.
Jika anda fikir yang pasangan tidak memberi kepuasan seks kepada anda, anda seharusnya bermuhasabah diri. Check list yang boleh anda lakukan ialah sudahkah anda menunaikan nafkah zahir dan batin pasangan dengan secukupnya? Ramai suami lupa tentang hal ini yang sememangnya ia sedikit sebanyak akan menjejaskan mood pasangan. Jika anda telah berusaha memberikan 100% komitmen kepada isteri, anda akan mendapat pulangan 101% daripada isteri. Adakah anda cukup memberi pelaburan untuk maintainance fizikal isteri setelah ‘overhaul’ berkali-kali? Tidak mustahil isteri anda akan bertukar Siti Muti’ah sekiranya anda cukup perihatin dengan keadaan pasangan anda. Siapa pulak Siti Muti’ah ini, ya? Hah! Cuba Mr Google sendiri, jika masih tertanya-tanya sebab tak jumpa, sila PM saya.
Capaian entry berkaitan :
1. Nafkah batin bukan sekadar keperluan seks
Faktor 2
Bergantung kepada cara anda melakukan hubungan intim. Misalnya, posisi yang hendak dilakukan kurang kerjasama daripada pasangan, ia mungkin menjejaskan kualiti seks yang dilakukan, atau kerana hal-hal lain yang bersifat sangat peribadi.
Anda digalakkan berbincang secara terbuka dengan pasangan. Anda tidak boleh mengagak apa pasangan anda mahukan dalam hubungan intim atau mengharapkan pasangan memahami kehendak anda tanpa perbincangan dua hala. Lelaki dan wanita adalah dua individu yang berbeza, jadi fanatasi seks lelaki dan wanita tidak mungkin sama.
Capaian entry berkaitan :
1. 10 sebab tukar posisi seks
Faktor 3
Prestasi suami semasa di ranjang amat mempengaruhi mood isteri untuk hubungan di masa akan datang. Ingat! Wanita memerlukan waktu pemanasan yang lebih panjang iaitu selama lebih kurang 15-20 minit untuk mendapatkan mood dan bersedia untuk melakukan hubungan penestrasi. Jika suami tewas sebelum isterinya apa-apa, ini akan menjejaskan mood untuk melakukan hubungan intim di masa akan datang kerana isteri dapat mengagak yang suaminya tidaklah sehebat mana ketika di ranjang.
Sekitar 38% lelaki di Malaysia dikatakan menghadapi masalah mati pucuk (ED) dan dianggarkan hanya satu dari 10 pesakit ED sahaja yang mendapatkan bantuan. Selebihnya, hanya mengharapkan bantuan datang atau mencari di tempat yang salah. Menurut Dr. King, lelaki yang menghidap ED seterusnya mungkin berhadapan dengan tahap kepuasan seksual yang berkurangan dan semakin kurang hubungan seks. Jangan hanya mementingkan diri dengan menyorokkan masalah yang dihadapi sehingga membiarkan pasangan anda terkapai-kapai tanpa dapat menikmati kepuasan yang sebenarnya. Seks dalam hidup berumahtangga adalah sesuatu yang amat penting dan tidak boleh diambil mudah kerana ia akan memberi kesan kepada kepuasan hidup anda dan pasangan.
Usah malu untuk mendapatkan khidmat bantuan pakar sekiranya suami bermasalah mengekalkan eraksi bagi memuaskan keperluan seks isteri. Jadi, pastikan suami mantop prestasinya diranjang.
Anda boleh rujuk capaian berkaitan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.
1. 'Mati pucuk' (disfungsi seksual) versi wanita
2. Pulih tenaga batin lelaki
3. Petunjuk kesihatan dan kepuasan hidup
4. Suami : Perbaikilah kesalahan di ranjang
Faktor 4
Usia juga memainkan peranan dalam kekerapan seks. Sesuaikan frekuensi hubungan intim dengan usia anda dan pasangan. Lelaki yang sudah berusia pula mesti memahami kehendak seks isteri, sekiranya pasangannya itu masih lagi muda, manakala untuk pasangan yang lebih tua atau lebih kurang sebaya, lain pula kehendak seksnya. Suami sepatutnya belajar tentang kehendak seks isteri dan berusaha memenuhi kehendak seks isteri sekiranya berkehendakkan layanan yang tip top daripada isteri. Cuba semak capaian berkaitan untuk perincian yang lebih jelas :
1. Isteri kepingin seks yang lebih romantik
2. Lelaki abai mukadimah seks
3. 9 Ukuran Kehebatan Suami
Kajian tentang frekuensi seks
Pakar seksologi barat banyak membuat kaji selidik tentang frekuensi seks di kalangan suami isteri di sana, antaranya kaji selidik Kinsey. Kajian ini ada mengatakan, kekerapan seks lelaki akan berkurangan seiring dengan pertambahan usia mereka.
Kajian mengatakan lelaki berusia 20 tahun akan melakukan seks 3-9 kali seminggu, manakala lelaki berusia kurang 60 tahun pula kekerapan seksnya adalah sebanyak 0-9 kali seminggu. Sementara lelaki yang mencecah usia 70 tahun, mungkin hanya melakukan seks sekali dalam sebulan.
Kekerapan seks wanita pula berbeza, dalam kajian tersebut, menyatakan wanita yang berkahwin pada usia 20 tahun berkehendakkan seks 2-3 kali seminggu pada tahun pertama, 1-5 kali seminggu pada usia 30an, satu kali seminggu pada usia 50 tahun dan sekali setiap 12 hati pada usia 60 tahun.
Selain itu, kajian Kinsey mengatakan hampir semua wanita melakukan hubungan seksual meskipun frekuensinya menurun setalah dua tahun berkahwin. Kajian tersebut juga mendapati sekitar 93% wanita berusia 50 tahun masih melakukan hubungan kelamin, sedangkan 97% lelaki melakukannya pada usia yang sama. Sementara itu, lelaki pada usia 60 tahun, 94% daripadanya masih mampu melakukan hubungan seksual manakala wanita hada usia tersebut hanya 84%.
Hasrat seks lelaki dikatakan paling membara pada usia 20-30 tahun, manakala wanita pula pada usia 30-40 tahun. Sebab itulah pada tahun pertama perkahwinan dicatatkan hanya 70% wanita memeproleh orgasma dan ia akan semakin meningkat setelah usia perkahwinan bertambah. Sebabnya, wanita dikatakan berusaha untuk menangani hambatan dalam seks di masa. Hanya pada usia 35-40 tahun barulah mereka dapat menikmati seks yang sebenarnya.
Apa-apapun, kualiti patut diutamakan daripada kuantiti. Setelah disenaraikan faktor-faktor di atas dan jika anda masih berfikir kuantiti lebih utama, cuba baca petikan kitab al-Hikam pula.
Para 43 – Pokok segala maksiat kerana ingin memuaskan nafsu
Pokok dari semua maksiat dan kelalaian serta syahwat itu, kerana ingin memuaskan hawa nafsu. Sedang segala pokok dari segala ketaatan, kesedaran dan kesopanan akhlak budi, ialah kerana ada pengekangan (penahanan) terhadap hawa nafsu.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu mengajak (menyuruh) kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku (bagi sesiapa yangmendapat rahmat/perlindungan Tuhanku). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [QS 12:53]
Menurut Abu Hafsh : “Sesiapa yang tidak menuduh hawa nafsunya sepanjang masa, dan tidak menentangnya dalam segala hal dan tidak menariknya ke jalan kebaikan, maka ia telah tertipu. Dan sesiapa yang memandang padanya dengan merasa sudah baik, bererti telah membinasakan dirinya sendiri.”
Menurut al-Junaid pula : “Jangan mempercayai hawa nafsumu, meskipun telah lama taat kepadamu, untuk berbuat ibadat kepada Tuhanmu.”
Al-Bushiry dalam Burdahnya berkata : “Lawan hawa nafsu dan syaitan dan jangan menurutkan keduanya, meskipun keduanya itu memberi nasihat kepadamu untuk berbuat kebaikan, tetap engkau harus curiga dan berhati-hati.”
Para 44 – Sebaik-baik sahabat
Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.
Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.
Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”
Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”
Jadi, antara kuantiti dan kualiti, yang mana satukah penting bagi anda? Tepuk kepala, tanyalah akal. Tak usahlah asyik menepuk ‘kepala’ yang lagi satu, tentulah jawapannya kuantiti... kuang... kuang... kuang....
Apa-apapun, kesederhanaan dalam segala-galanya amat penting untuk kesejahteraan diri sendiri dan juga pasangan anda.
Renung-renungkan!
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Jumaat, Jun 19, 2009
Antara kuantiti dan kualiti seks suami isteri
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/19/2009 01:45:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Good!
BalasPadamBiar quantity seks agak kurang tapi berkualiti..... lebih baik dari kuantiti banyak tapi tidak berkualiti.
nice article.. TQ
BalasPadam