Assalamualaikum warahmatullah,
Tentu anda masih ingat lagi entry Kelopak mata bergerak-gerak. Kalau anda tak ingat terlupa, bolehlah cuba baca entry terdahulu.
Sebenarnya, entry itu merupakan entry yang agak popular cariannya di Mr Google. Dan di Laman-Seri sahaja, entry itu mendapat 671 hits, sehingga hari ini. Tak sangka, ramai sungguh yang mengalami masalah kelopak mata bergerak-gerak.
Penyakit kelopak mata kiri sebelah atas bergerak-gerak yang saya hadapi tempohari sudah sembuh. Alhamdulillah, situasi merimaskan itu sudah berakhir. Apa petua untuk menghentikannnya? Hemmm... saya tak buat apa-apapun, melainkan cuba buat-buat tak tahu.
Walau bagaimanapun, saya perasan, setiap kali kelopak mata kiri saya bergerak-gerak, dua atau tiga hari selepas itu, ia akan berhenti dengan sendiri. Tidak berapa lama selepas itu, saya dapat tahu, ada sesuatu yang tidak baik berlaku. Contohnya : Barang milik peribadi saya dicerobohi! Cukuplah sekadar memberi satu contoh.
Mungkin yang berlaku itu satu kebetulan, tetapi tidak mustahil juga ia sebenarnya satu 'alamat' yang Allah maha Mengetahui titipkan 'amaran' kepada saya, supaya saya berjaga-jaga atau berwaspada. Jadi, tiap kali kelopak mata kiri saya bergerak-gerak, apa yang boleh saya usahakan ialah istighfar banyak-banyak, memohon keampunan dari-Nya.
Saya pernah diberitahu oleh 'foster mother' saya di Jepun yang saya panggil Meno-san, katanya jika kita bersin secara tiba-tiba (tanpa disebabkan oleh habuk atau bau-bauan), alamatnya ada seseorang yang sedang 'mengata' kita di belakang. (誰があんたの事を悪口をしているよ。。。) Maknanya, kutuklah. Sama seperti apa yang berlaku bila kelopak mata kiri saya bergerak-gerak.
Bueno!!! Kini saya di'anugerah'kan 6th sense! Hik.. hik...
Capaian entry berkaitan :
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Selasa, Februari 01, 2011
Kelopak mata bergerak-gerak - part 2
Susunan :
Bawang Goreng
pada
2/01/2011 08:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hehe
BalasPadam6th sense ya? :)
hmm. selalu jgak la almi bnde yg sama. cuma tak brani nak agak or assume ada bnde bruk nak berlaku.
kadang2 smpai berhari2.
cara hilangkan? sama la, kena buat tak tahu.
but after that, biasanya memang ada benda yg berlaku, cuma tak berani nak kaitkan dgn kes tsebut.
hmm, mungkin juga ianya stu ptanda dan kelebihan yang Allah bagi. Alhamdulillah.
Kelopak bawah mata kiri saya bergerak2 selama kira-kira sebulan sebelum Al-marhumah ibu saya meninggal dunia pada Ramadhan 2004.
BalasPadamاَللّهُ Maha Pengasih Maha Penyayang
Saya yakin setiap perkara yang diizinkan untuk berlaku oleh-NYA pasti mempunyai hikmah, kegunaan dan maksud yang tertentu.
@ice95 : Allahumma firgh laha warham ha. Terima kasih atas perkongsian ini.
BalasPadamSaya juga percaya, setiap yang berlaku, ada sebabnya.
Tapak tangan gatal pun ada alamatnya, kalau bukan alamat berkaitan duit, mungkin alamat ada yang nak kena 'tampar' .... hik... hik...
Bila tapak tangan kanan terasa gatal, cepat2 berdoa semoga ianya menandakan akan menerima wang, dan moga2 wang yang bakal diterima adalah dari punca yang halal.
BalasPadamBila tapak tangan kiri terasa gatal, cepat2 batalkan niat nak window shopping ;-)
Yang juga saya kerap alami, gatal tapak kaki - nanti pasti perlu berpergian jauh. Tapi kadang2 sebab tersilap pijak..
Saya dulu mmg pcayalah bab mata, kaki, tgn berdenyut2 ni. Tp skrg tak lagi.. dah kurang sebab tak selalu btul cuma kebetulan.
BalasPadamKalau kejadiannya berturut2 tu mmg hati jadi gundah gulana. Cuma saya ingatkan diri dengan doa abu darda yg telah saya amalkan, antara kalimahnya " masyaAllahu kana, wa ma la yasyak la yakun" -apa yg dikehendaki Allah pasti berlaku, apa yg tidak dia kehendaki tidak kan berlaku."
Tanda2 tu mungkin satu 'siren' supaya kita bersedia dgn musibah.
Masa dua anak saudara saya meninggal kemalangan tahun2009, tak ada apa2 tanda pd diri ttp ada lolomgan burung yg berturut2 datang sampai ada yg hinggap ke tingkap dan berbunyi yg sayu... bunyi2 burrung mmg kami sekeluarga akan terima jika ada ahli keluarga yg akan pergi... tapi itu pun jgn salah dengar , sebab burung mmg setiasa berzikir.
saya pun baru je kene kelopak mata klip2 tapi alhamdulilah takde ape yang tk kene cume kawan pinjam duit tak bayar tp tak rase marah pe pun,tu bukan rasenye penyebab kot coz klip2 lagi.
BalasPadammybe bagi saya ade org rindu bukan ape saya setiap minggu kan melawat ayah di rumah ayah tapi dah lama tak menziarahhi ayah tapi sekarang 1 kerluarga ade kat kg mate tak klip2 lgi(dah macam iklan lak)lagi satu dapat duit angpow dari bonus huhuhuhuhu
hey betul la.. sayapun mcm awak juga. Bila kelopak mata kiri bergerak-gerak, tak lama selepas itu, mesti ada sesuatu yg menyedihkan dlm hidup saya berlaku. anih!! Dan bila kelopak mata kanan pula bergerak-gerak, tak lama selepas itu, saya akan mendapat perkhabaran yg baik!! Betul la... saya sendiri mmg tdk mempercayai benda2 mcm ni.. namun ia memang kenyataan bagi diri saya.
BalasPadamSaya pernah mengalami perkara yg sama,kelopak mata denyut2...
BalasPadamsekarang dah jarang tukar pulak fesyen lain,nampak macam asap kepul2 depan mata, biasanya kalau asapnya nipis2 petanda yg ringan mungkin jumpa org, khabar berita dll, tapi kalau asap tebal2 lebih2 lagi macam berkepul2 macam asap kemeyan adalah petanda buruk akan berlaku...
sebenarnya setiap org ada tingkat2 petanda yg dia miliki ada org boleh nampak masa depan, ada yg boleh ramal macam dapat ilham dan perkara ini di alami bukan berdasarkan tingkat warak dlm agama atau jahil banyak bukti dalam hidup saya tenguk manusia yg biasa2 malah yg buruk perangainya tetapi ada mendapat versi petanda2 yg mereka miliki...
Saya pun sama, bila dah beberapa hari kelopak mata kiri bergerak2 x lama lepas tuu biasanya pasti ada berlaku msalah or hal2 yang menyedihkan..
BalasPadameyna@lyna
Sekadar berkongsi :
BalasPadamSaya baru saja kehilangan (kematian) bibik yang telah bekerja dengan saya selama lebih kurang 5 tahun. Awal bulan April lepas, kami menghantarnya ke rumah adiknya di Seksyen 24, memang sebulan sekali dia bercuti. Janjinya, kami ambil di tempat yang sama kami turunkan dia, tapi pada waktu yang dijanjikan, bayangnya tak ada. Kami tunggu hingga lebih kurang 2 jam, dia tak juga kelihatan.
Saya memang tak call handphone dia sebab anak ada beritahu saya, handphone bibik rosak. Keesokkannya juga dia tak balik-balik hingga saya terpaksa ambil cuti emergency kerana tiada siapa boleh tengokkan anak-anak. Bila sudah dua minggu bibik tak balik-balik, hati saya kuat mengatakan, yang dia memang tak mahu kerja lagi dan mungkin hendak balik ke Medan.
Masa itu saya perasan, mata sebelah kiri bahagian bawah bergerak-gerak. Saya mula rasa tak sedap hati....
Tak mungkin bibik tak nak kerja lagi, sebab masa kami hantar dia tempohari, dia cuma bawa sehelai baju, buat basahan. Kemuncak pening saya cuba 'geledah' barang-barang dalam bilik yang dia selalu lepak. Saya jumpa handphone dia yang dikatakan rosak. Bukanlah rosak sebenarnya, cuma bateri dan body tak ketat, jadi macam rosak. Tidak mustahil juga alasannya begitu kerana tak mahu anak-anak main dengan handphone dia.
Kebetulan poket baju anak koyak, saya cari jarum dan benang untuk jahit, terjumpalah pulak sekeping sim kad dalam bekas jarum. Saya cuba sim kad dan memang sim kad bibik. Akhirnya saya dapat trace beberapa nombor yang bibik selalu call. Akhirnya dapat juga bercakap dengan adiknya yang tinggal di Seksyen 24. Sangkaan saya bibik mahu berhenti tersasar. Kata adiknya, bibik demam on and off, sudah hampir dua minggu. Saya offer nak bawa dia ke klinik, tapi dia tak mahu.
Kami sangat kelam-kabut dengan ketiadaannya. Iyalah, kalau saya tidak bekerja, mungkin bukan satu masalah besar jika dia tiada. Jadilah suami Mr Mama, ke hulu ke hilir mengangkut anak ke site dan ulang-alik hari hari begitu hingga anak no 2 nampak gelap dibakar matahari. Masing-masing demam, selesema, batuk bersilih berganti, agaknya tak tahan ke sana ke sini berpanas.
Saya ajak suami jenguk bibik di rumah adiknya masa cuti Hari Buruh. Kesian saya tengok keadaannya yang tinggal kulit dan tulang. Kami ajak ke klinik, dia masih tak mahu. Seminggu selepas itu, adiknya talipon, minta saya tengok kakaknya di Hospital Klang. Memang keadaannya teruk, tapi dia masih faham dan boleh bercakap. 2 hari kemudiannya, adiknya beritahu saya yang bibik meninggal (pagi Jumaat 6/5/11).
Subhanallah, selepas mendapat berita itu, saya perasan, mata kiri saya tidak lagi membuat gerakan yang merimaskan.... Mungkinkah ini satu kebetulan? Atau isyarat dari Allah Taala?
Allah lebih mengetahui.
Da 1 hari mata saya bergerak-gerak sebelah kanan bawah....adakah nasib yang baik Akan saya dapat?
BalasPadamHi Bryan...
PadamKebiasaannya jika sebelah kanan bukanlah bermaksud nasib baik, tetapi dikatakan (dipercayai) mahu melihat atau jumpa seseorang... mungkin teman yang sudah lama tidak bertemu. Kebiasaannya (my case) jika mahu balik kampung, mata sebelah kanan saya akan bergerak-gerak...
Mata sebelah kiri (atas) bergerak2 dah lbh 2mggu. Sgt merimaskn sy dan risau tkt2 ad benda buruk yg akan tjadi. Allahuakbar :(
BalasPadam