“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Februari 09, 2011

Isteri tangkai jering vs suami kedekut



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seorang sahabat lelaki, berstatus suami dan bapa kepada dua orang anak yang baru bersekolah, merungut mengenai sikap isterinya yang dikatakannya ‘tangkai jering’, yang sikit-sikit semuanya minta suami belikan.

“Padahal isteri aku tu kerjanya boleh tahan, gajinya lebih kurang gaji aku juga, tetapi duitnya semuanya dia simpan. Masuk bank sana, bank sini, simpan dalam ASB, melabur amanah saham dan beli barang kemas,” rungutnya lagi.

“Bengang juga aku, duit aku langsung tak bersisa. Segala-galanya guna duit aku. Ðuit rumah, duit kereta aku bayar, yuran belanja sekolah anak-anak, air, api, makan pakai seisi rumah, hatta pakaian dalam dia pun semuanya korek dari poket aku,” sambungnya lagi dengan wajah kusutnya.

“Kalau aku tengah sesak, nak minta pinjam sikit punya susah. Soalan dia mengalahkan pegawai bank, disoal-siasat itu ini. Itupun belum tentu dapat. Kalau dapat, kenalah ikhtiar cepat-cepat bayar. Kalau tidak, mahu setahun diungkit-ungkitnya fasal hutang aku tu,” rungutnya lagi.

Hemmm… Ðiam sajalah, karang kalau menyampuk, kena sembur pula. Bukan selalu dengar orang lelaki melepaskan perasaannyamembebel’ tentang ketidak-puasan hatinya.

“Aku pernah juga beritahu dia, semuanya duit abang. Habis tu duit awak, buat apa? Simpan buat apa? Esok mati, bukan boleh dibawa ke kubur!” Si sahabat menyambung cerita.

“Habis, apa kata isteri?” saya bertanya, cuba untuk bersikap neutral ketika mendengar ceritanya.

“Isteri aku buat muka selamba. Kata dia, ‘Ðuit saya, duit saya. Ðuit abang, duit saya!’ bengang betul aku!” Lagi dia mengulang kalimah bengangnya.





Bidang kuasa siapa

Terasa hendak tergelak juga mendengar kisah sahabat ini. Saya tersenyum sahaja apabila sahabat ini bertanya yang masa satu bidangnya sebagai suami, yang mana harus berada di bawah tanggungjawabnya dan yang mana pula berada bawah tanggungjawab isteri. Aisey... kalau yang asas pun tidak tahu, syusahlah. Saya rasa saya tidak patut menjawab, tetapi kata sahabat ini, dia sekadar meminta pandangan saya sebagai seorang wanita bekerjaya, yang mempunyai wang dan boleh menjana pendapatan sendiri, sama seperti isterinya.

“Semua yang dinyatakan tadi, adalah tanggungjawab awak. Sebab awak suami!” kata saya.

Terkejut agaknya, berubah air mukanya!

Saya bukan orangnya yang pakar untuk bercakap hal ehwal rumahtangga, hak seorang suami, hak seorang isteri. Tetapi saya kira, mana-mana orang yang sudah memasuki alam berumahtangga, malah orang yang masih bujang trang-tang-tang pun, tahu akan bidang kuasa dan bidang tugas seorang suami dan isteri.

Mendengar cerita sahabat ini, saya cuba bandingkan dengan kehidupan ibu bapa salah seorang sahabat saya pula. Ibunya seorang surirumah tangga sepenuh masa tetapi selain mengemas rumah, memasak dan menjaga anak-anak, dia menghabiskan masa yang lain untuk menjana pendapatan dengan membuat kuih, acar limau, bercucuk tanam dan mengambil upah menjahit. Hasil tanaman seperti pisang dijual ke kedai runcit berhampiran rumah.

Semua pakaian sahabat saya ketika zaman kanak-kanak sehingga masuk alam remaja, ibunya yang jahit. Baju Melayu ayah dan adik-beradik lelakinya, juga ibunya yang menjahitnya. Ðari situlah mereka dapat berjimat. Ðia juga mengambil upah menjahit pakaian jiran-jiran dan saudara-mara. Ðapatlah sedikit wang. Jadi jika ayah sahabat saya sudah kering duit pada setiap hujung bulan, maka ibunya yang tolong menokok tambah.

Sahabat saya tidak dengar pula ayahnya merungut menyatakan ibunya kedekut atau tangkai jering. Cuma kadang-kala, sahabat saya dengar juga ibunya merungut (nadanya begitulah) katanya, kalaulah duit jualan kuih, acar limau dan pisang serta duit upah menjahitnya dapat disimpan tanpa disentuh setiap bulan, pasti sudah banyak simpanannya.

Ðahulu, ketika masih kecil, kita mungkin kurang menganggapi apa yang dirungutkan itu. Tetapi sekarang, setelah semakin dewasa, kita mula memahami bahawa ada ketikanya, wanita juga inginkan wangnya sendiri, mahu menyimpan serba sedikit. Apatah lagi jika dia mampu menjana wang sendiri tanpa meminta-minta daripada orang lain (walaupun orang lain itu adalah suaminya yang paling dicintai), tentunya dia mahu yang itu disimpan untuk kegunaannya sendiri.

Cara berhemah

Naluri dan keinginan untuk menyimpan, saya kira ada pada semua orang. Wanita juga tidak ketinggalan, mereka merasakan mereka juga berhak untuk berbuat demikian. Mungkin dari satu segi, simpanan itu adalah suatu jaminan baginya jika apa-apa berlaku. Iyalah, kata orang, panas bukannya seharian, perlu juga sediakan payung sebelum hujan.

Pentingnya bukan sahaja jika berlaku keretakan rumahtangga, tetapi andai suami mengalami krisis kewangan, maka kebiasaannya, wang isterilah yang akan menyelamatkan keadaan. Setuju?

Berbalik pada cerita sahabat tadi, saya cuba juga mencari logik pada ceritanya. Apabila bercakap mengenai suami isteri tangkai jering, saya kerap teringat mengenai kisah seorang isteri sahabat Rasulullah yang bernama Hindun binti Utbah bin Rabi’ah yang datang mengadu kepada Baginda SAW, “Wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah seorang suami yang kedekut. Bolehkah aku mengambil sebahagian hartanya untuk keperluan keluarga kami?” Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Tidak mengapa engkau mengambil sekadar keperluanmu dengan cara yang makruf.” (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari no. 2460)

Diriwayatkan, suaminya Abu Suffian yang amat kedekut. Disebabkan suaminya terlalu kedekut, Hindun bertanya bolehkah dia mengambil wang suaminya tanpa pengetahuan suaminya itu. Tetapi jawab Rasulullah SAW dengan penuh berhemah, “Tidak mengapa engkau mengambil sekadar keperluanmu dengan cara yang makruf.”

Adakah perbuatan itu dianggap perbuatan mencuri? Tentu sekali tidak, kerana kewajipan suami menyediakan nafkah yang cukup untuk isteri dan anak-anak. Maka, jika seorang isteri berhadapan dengan suami yang kedekut, Rasulullah membenarkan isteri 'mencuri' atau ambil sedikit harta (wang) suami untuk mencukupkan keperluan isteri dan anak-anak, dengan sekadar secukupnya sahaja, tetapi jangan terlebih-lebih untuk bermewah-mewah pula!

Itu kisah Hindun mengenai suaminya yang kedekut. Tetapi bagaimana pula kalau isteri yang kedekut? Wajar atau tidak, suami mengambil mencuri sedikit daripada isterinya? Eh.. memang tak wajar langsung! HARAM ambil harta isteri, tanpa izinnya, ingat tu!

Puji kecek bodek

Bagaimana kedudukan seorang isteri berkerjaya? Adakah isteri sebegini layak mendapat nafkah daripada suaminya? Rasa-rasanya tak perlulah saya tulis dengan panjang lebar, sebab sepatutnya semua maklum, pemberian nafkah kepada isteri yang berkerjaya masih di bawah tanggungjawab suami walaupun isteri berkenaan pada dasarnya mempunyai pendapatan sendiri. Bermakna, tidak gugur hak isteri tersebut walaupun dia mampu menjana pendapatan sendiri. Suami masih berkewajipan memberi nafkah kepada isteri. Nafkah yang diberikan oleh suami kepadanya, hendaklah berdasarkan kepada ukuran yang menjadi kebiasaan hariannya.

Jika sebelum berkahwin, isteri biasa makan daging dan buah-buahan setiap hari atau seminggu sekali, maka pada dasarnya, suami harus mengadakan keperluan itu selepas mereka berkahwin. Atau jika sebelum berkahwin, isteri mempunyai peruntukan untuk membeli baju atau kosmetiknya, itu juga termasuk dalam tanggungjawab suami. Bagaimanapun, ukuran tersebut bergantung juga kepada kemampuan suami dan iteri tidak berhak menuntuk jaminan nafkah melebihi kemampuan suaminya. Oleh itu, dalam hal ini, isteri haruslah bertolak ansur dan bersimpati dengan keadaan suaminya.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa suami TIDAK BOLEH mengambil kesempatan daripada keikhlasan isteri membantunya dengan menyerahkan segala urusan kewangan kepada isteri sahaja. Malah, suami tidak berhak memaksa isteri mengeluarkan wang sendiri untuk perbelanjaan rumah atau menyimpan semua wang gaji isteri.

Sebaiknya, jika isteri seorang tangkai jering, cara terbaik adalah dengan berbincang antara kedua-dua belah pihak. Kalau isteri sukarela hendak membantu, jangan LOKEK ucapan 'terima kasih'. Biasanya gitulah. Lokek sangat hendak memuji isteri. Memang patutlah isteri jadi 'tangkai jering'. Jika isteri kedekut sikit, pandai-pandailah memuji, mengecek dan membodek, basic psychology ler.... Pasti cair hatinya!

Kalau suami isteri sendiri susah hendak duduk berbincang dan tidak berlapang dada dalam hal-hal begini, memang jadi susahlah jawabnya!




Diubah-suai dari rujukan asal : Nur, Januari 2010

Capaian entry berkaitan :
* Menangani suami culas dan suami kedekut

3 ulasan:

  1. Nenek saya pernah berpesan, orang lelaki ni jangan ada sifat ragu dan bimbang. Manakala orang perempuan pula jangan ada sifat boros. Kedekut bagi seorang wanita sgt perlu. Kerana hasilnya, saya lihat pada isteri saya ialah dia mampu membeli barang yang diinginkan sendiri walaupun tidak bekerja.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, terima kasih atas pesanan ini. Kira, jika saya kedekutpun, memang patutlah... :)

    Tentu isteri bro seorang yg menyenangkan suaminya. Semoga bro suami-isteri diberkati-Nya. Amiin.

    BalasPadam
  3. apepun kena bertolak ansur dan juga saling bantu membantu.. kalau ada kekurangan dalam masalah kewangan.. berbelanja pun memang kena plan... tapi jangan berkira sangat dalam membeli barang dapur...

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails