“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Februari 12, 2011

Rotan Ðini

Pokok Rotan Ðini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sedikit pelik nama flora ini, jangan silap faham. Ini bukan kisah merotan anak bernama Ðini. :)

Rotan Ðini atau nama notaninya Flagellaria Indica L. tidak sesuai dijadikan ubat herba terutamanya untuk wanita yang subur kerana tumbuhan ini dikatakan mampu menyebabkan kemandulan.
Tetak Rotan Ðini
Bawa sungai ulu
Cik Abang nak berbini
Bayar hutang dulu...


~ pantun seloka Mohd Taib Osman, 1976 dalam Warisan Puisi Tradisional, DBP ~
Ðikenali juga dengan nama ‘rotan bini’ atau ‘rotan tikus’, tumbuhan yang termasuk dalam keluarga flagellariaceae ini mempunyai taburan semulajadi di sekitar Indo-China, Filipina, Thailand, Malaysia, Indonesia, Papua New Guinea, Pulau Maskaren dan New Caledonia.

Pokok Rotan Ðini lazimnya boleh dilihat tumbuh di kawasan lapang, terutamanya yang berhampiran laut. Tetapi pokok ini boleh juga didapati di kawasan sekitar belukar, pinggir hutan dan di kawasan tanah pamah.

Rotan Ðini


Pokok Rotan Ðini adalah pokok jenis memanjat dengan menggunakan sulur pada hujung daun. Batangnya kecil tirus dan tumbuh beberapa meter panjang. Ðaun pokok ini tirus dan panjang. Bahagian daun yang paling lebat terletak berhampiran pangkal manakala hujung daun bertukar menjadi sulur. Ðaun pokok ini tidak mempunyai tangkai tetapi ada sarung yang menutup ruas batang. Panjang daun adalah daripada 7.5 hingga 20 sentimeter dan lebarnya adalah daripada 0.6 hingga 1.3 sentimeter.

bunga Rotan Ðini


Bunganya pula terletak dalam jambak sepanjang 15 sentimeter serta mempunyai banyak cabang. Bunganya adalah dwijantina, kecil dan banyak di hujung cabang jambak bunga. Buahnya pula adalah daripada jenis beri dan mempunyai ukuran garis pusat lebih kurang 0.6 sentimeter. Buahnya berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi warna merah jambu setelah masak.

buah Rotan Ðini


buah Rotan Ðini ~ closed up


Seluruh bahagian pokok Rotan Ðini mempunyai kandungan alkaloid, asid hidrosianik, glikosid sianogenetik dan enzim seperti emulsion. Alkaloid ada yang jenis beracun, merangsang sistem saraf, penghadaman atau pengedaran darah dan bersifat narkotik. Asid hidrosianik adalah racun yang kuat tetapi kesan racunnya berkurangan atau lenyap selepas pokok dimasak atau direbus. Ðaun Rotan Ðini bersifat astringen. Biji yang masak bersifat toksik.

Pelbagai khasiat ubatan

Rotan Ðini turut mempunyai khasiat dari segi ubatan. Batang dan rizomnya dikatakan boleh direbus. Air rebusannya jika diminum dikatakan mampu melawaskan buang air kecil.

Buah Rotan Ðini pula dikatakan mampu dijadikan ubat pupuk pada kulit terutamanya untuk menghilangkan parut akibat demam campak. Buah Rotan Ðini pula dikatakan boleh dibakar dan abunya dicampurkan air lalu diminum untuk merawat sakit kepala atau kolera.

Ðaun pokok Rotan Ðini boleh ditumbuk lumat dan ditampal pada luka supaya cepat sembuh. Ðaunnya yang muda dikunyah dan ditampal pada luka kecil. Air rebusan daun dan bunganya diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil, merawat penyakit urinari dan batu karang.

Pucuk daun Rotan Ðini dikatakan boleh ditumbuk lumat dan digunakan terus atau dicampurkan air untuk mencuci rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut dan kelimumur. Ia juga dikatakan dapat merangsang pertumbuhan rambut dan janggut.

Air rebusan akar Rotan Ðini dikatakan mampu dijadikan ubat untuk merawat selsema, batuk dan muntah-muntah. Air rebusan akar Rotan Ðini juga dikatakan mampu digunakan sebagai tonik kesihatan. Caranya adalah dengan meminum air rebusan ini tiga kali sehari selama tiga hari berturut-turut.

Selain berkhasiat dari segi ubatan, Rotan Ðini juga boleh digunakan untuk kegunaan lain. Batang Rotan Ðini boleh dibuat bakul dan mengikat atap. Buahnya boleh dipanggang, direndam di dalam air lalu diberi minum kepada haiwan yang berpenyakit. Seluruh bahagian digunakan sebagai ubat perancang keluarga, untuk wanita sebagai penjarang anak tetapi ia boleh menyebabkan mandul yang berkekalan.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan dan khasiat pokok Rotan Ðini, namun begitu sebelum menggunakannya, dapatkanlah nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.




Rujukan : MisteriAlam MW#1148

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails