Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bilik tidur macam tongkang pecah? Macam mana boleh tidur nyenyak apatah lagi hendak bermesra dengan isteri, boleh jadi suami tidak betah di rumah. Wahai para isteri, malas merupakan penyakit jiwa. Kotor dan tidak kemas adalah amalan orang yang sters. Adapun kebersihan itu sebahagian dari tanda keimanan seseorang. Bersih pakaian, rumah, tempat kerja dan yang paling penting, bersih hati dan budi pekerti.
Kadang-kadang orang beranggapan bersih dan cantik itu mesti guna duit, mahal! Tidak semestinya dengan duit saja anda boleh merubah penampilan, mengatur susun bilik tidur dengan kemas, merubah segala-gala yang lama menjadi baru.
Bukankah hanya dengan tangan yang berseni dan semangat menjaga kebersihan semua itu boleh didapati dengan percuma. Apatah lagi diiringi dengan hati yang bersih, dada yang lapang dan menerima apa seadanya suami anda.
Tidur seperti pengantin maknanya menjadikan suasana bilik tidur anda penuh cinta dan kasih sayang, walaupun duit suami tidak cukup membeli kemewahan mengikut hawa nafsu anda. Lihatlah pasangan pengantin baru, mereka tidak kisah langusng dengan kelemahan dan kekurangan pasangannya, asalkan mereka dapat disatukan pada malam hari. Cinta mereka tanpa syarat, tidak bertanya pun berapa duit awak dan berapa simpanan awak? Mereka cuma mahukan pasangan memberi kasih sayang, cinta dan kenikmatan bersama. Yang lain tidak penting kerana bagi mereka cinta hakiki itu buta segalanya.
Tetapi setelah melewati malam-malam yang panjang selama bertahun-tahun, suasana bagai pengantin itu mula hambar, pudar dan luntur. Tidak lagi romantik seperti dulu, jika bayi di kanan kiri merengek minta susu, suami mula dipinggirkan kerana isteri sibuk menjadi ibu. Padahal suami hanya mahukan anda sebagai isterinya selama-lamanya, janganlah berubah watak pula dengan menjadi ibu baginya, parah tu!
Seri bilik tidur
Keindahan seri bilik pengantin seakan tidak wujud lagi buat selama-lamanya. Apatah lagi jika isteri mula mempersoalkan ketidak-upayaan suami memberi wang ringgit yang dimahukan. Ataupun menuruti apa saja tidah perintah isteri macam kerbau lembu dicucuk hidung.
Pergolakan di atas katil pun terjadi, kalau dulu bergolak semasa pengantin baru dengan cinta dan rindu, tapi kini sudah menjadi pengantin lama dan kusam, dihumbannya perasaan suami ke dalam tong sampah seperti tidak bermakna. Sudahlah letih bekerja, tidurpun diganggu. Alahai, malang sungguh nasib suami. Impiannya hanya satu, bilakah isterinya kembali menjadi pengantin di hatinya seperti mana dulu.
Sebenarnya, bukan isteri saja yang harus berperanan menjaga keharmonian rumahtangga. Suami sebagai ketua keluarga juga lebih wajar memainkan peranan. Janganlah menyalahkan isteri atas segala perubahan yang terjadi. Cuba tanya kepada diri sendiri :
* Sejauh mana usaha suami untuk membangkitkan api kemesraan dan cinta yang membeku?
* Sudahkah suami pandai memujuk dan memuji?
* Sudahkah suami bekerja keras untuk memberi nafkah dan kebahagiaan kepada keluarga?
* Sudahkah suami menunjukkan teladan seorang pemimpin yang amanah dan lemah-lembut?
* Sudahkan suami membekalkan ilmu agama kepada isteri dan anak-anak?
* Sudahkah suami menjaga keluarga sebelah isterinya sebagaimana dia menjaga keluarganya sendiri?
*Sudahkah suami berlaku adil kepada isteri dan tidak menyalahkan isteri 100%?
Layan terhadap isteri haruslah dengan mesra dan lembut, bukannya mengherdik dengan kata-kata kesat, bukan mencari perhatian perempuan lain di atas kelemahan isteri, bukan lari dari masalah, bukan merendah-rendahkan agama dan akhlaknya di depan orang tua, bukan menahan mafkah zahir batinnya, bukan memandangnya dengan pandangan jijik, menghadapnya dengan wajah angkun dan ego serta memenuhi hatinya dengan benci dan dendam, bukan....
Sesungguhnya atas nama cinta yang dimanterai dengan Allah Taala, cinta ini ibadah! Sungguh cinta kepada suami dan isteri kita adalah titah perintah Allah yang mesti dijunjung dan mendapat pahala melakukannya. Anda menjadi insan yang paling istimewa dalam hati pasangan anda. Ia merupakan realisasi iman anda kepada Allah SWT. Mari mulakan dari bilik tidur anda. Pastikan semua permasalahan hidup boleh diatasi setelah suami keluar dari bilik tidur anda.
Rasulullah SAW mengajarkan anak perempuannya, Fatimah dan suami untuk mengamalkan zikrullah sebelum tidur, kerana itulah kekayaan sebenar. Ia mampu mengatasi masalah hati yang kusut dan ggelisah diuji dunia.
Bacalah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 33 kali sambil membanyangkan betapa sayangnya Allah kepada kita, sedangkan ujian yang datang itu tidak bererti apa-apa dibandingkan nikmat-Nya yang banyak.
Kemudian sambil menggenggam tangan suami dengan penuh kasih-sayang, berdoalah dengan doa Rasulullah SAW ini yang bermaksud, “Dengan nama-Mu wahai Tuhanku, aku letakkan tubuhku dan dengan nama-Mu, aku mengangkatnya. Jika Engkau genggam jiwaku ya Allah, maka rahmatilah ia, jika Engkau lepaskan ia, maka jagalah jiwaku seperti mana Engkau menjaga hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Nescaya suasana penuh keimanan dalam bilik tidur anda mampu menjada suami dari gangguan dunia di luar sana.
Semoga bermanafaat!
Rujukan : Dr Juanda Jaya # 1364
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Khamis, Februari 10, 2011
Pengantin selamanya ~ pengikat kasih sayang suami
Susunan :
Bawang Goreng
pada
2/10/2011 10:01:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tima kasih kongsi.. Info yg sangat menarik dan berguna utk para isteri dan suami :)
BalasPadamAkak!
BalasPadamterima kasih mengajar adik sebelum menerjah ke dunia baru. Syukran