“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Februari 08, 2011

Islam utamakan belanja secara berhemah, bukan ikut nafsu



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

PENGGUNA bijak dan berhemah sentiasa berjimat cermat, menabung, menyimpan atau melabur wang demi masa depan. Mereka tidak boros dan tidak pula kedekut. Segala perbelanjaan secara sederhana atau mengikut keperluan.

Pengguna bijak dan berhemah dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.” (Surah al-Furqan, ayat 67)

Islam sama sekali tidak menghalang pengguna daripada berbelanja tetapi mereka diajar tatacara berbelanja supaya tidak berlebih-lebihan atau boros. Sikap penting diamalkan ketika berbelanja ialah sentiasa sederhana, elakkan pembaziran dan tidak membeli sesuatu yang diharamkan.

Amat mendukacitakan apabila ada kalangan kita hari ini masih suka berbelanja melebihi keperluan dan kemampuan sehingga sanggup berhutang. Hal ini jelas dilihat ketika jualan murah pada musim perayaan atau jualan runtuh menjelang tahun baru.

Sikap berbelanja mengikut hawa nafsu bertentangan dengan prinsip kesederhanaan. Islam melarang umatnya mengamalkan cara hidup membazir dalam apa juga urusan berkaitan perbelanjaan harta atau pengurusan masa.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Israk, ayat 26-27)

Masalah tidak cukup atau perbelanjaan melebihi pendapatan disebabkan tiada perancangan kewangan untuk mengawal aliran wang. Kelemahan ini boleh menyebabkan timbulnya masalah termasuk perselisihan suami isteri dalam rumahtangga.

Justeru, bagi mengelak masalah ‘bajet lari’, ekonomi diri serta keluarga perlu ditadbir dengan betul. Perbelanjaan perlu melihat kepada keutamaan kerana keperluan sampingan masih boleh ditangguhkan menunggu jika ada wang lebihan.

Ibarat pepatah Melayu, ‘ingat sebelum kena, jimat sebelum habis’. Sebaik-baiknya berhemah dalam perbelanjaan dan jangan terburu nafsu kerana kita tidak tahu apa menanti di hadapan dan keadaan semakin sukar jika dalam keadaan mendesak, tiada wang simpanan untuk digunakan.

Selain itu, sentiasa bersyukur dengan nikmat dikurniakan Allah kerana orang yang bersyukur tidak terpengaruh dengan dorongan nafsu yang boleh menyebabkan kita membuat keputusan di luar kemampuan iaitu berbelanja besar sedangkan kedudukan kewangan tidak mengizinkan.

Jangan tepuk dada tanya selera tetapi seluk poket dan tanya diri, cukupkah untuk belanja sementara menunggu gaji akan datang.




Sumber : Mohd Shukri Hanapi di BHarian 21/01/2011

3 ulasan:

  1. Abah saya pernah berpesan pada saya. Bila dapat gaji perkara pertama adalah menyimpan dahulu. Allocatekan setiap bulan berapa byk kita nak simpan dan tetap. Jika ada lebih barulah boleh digunakan utk yg lain.

    BalasPadam
  2. hee. salam

    hmm, biasanya beli ikut kemahuan atau dengan erti kata lainnya nafsu daripada keperluan. Kadang2 beli ikut keperluan pun, bila tengok dah rse memang bukan keperluan. lagi2 time YES. huu.
    yela, kalau orang lain tengok,

    "uu. dasyatnya minah/mamat ni. semua jenama. kereta mahal, rumah besar" ~mungkin akan ada penyakit hati di situ. :p

    walhal, selepas itu, mula la yg sebenarnya tuan punye diri rasa kesempitan. sebab, semasa ada tidak beringat. memanglah semuanya cantik, hebat belaka. hakikatnya, beban lain pula yang ditanggung selepas itu.

    ~maaf, saya tidak terlibat dalam ini kes. ~tidak ada rasa ujub di hati. hehe :p
    alhamdulillah..

    SubhanaAllah, membebel pula di entry orang lain. ish. sorry.

    BalasPadam
  3. Salam...

    @BroAzwan : saya cuba juga ketepikan 10% dari gaji, tapi kekadang terbabas juga... :)

    @sar : Petua tidak berbelanja mengikut nafsu ialah, jangan simpan cash byk2 dlm purse dan gunting kad kredit kalau ada ... :)

    Tapi kan, godaan tu kuat betul...

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails