“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Februari 01, 2011

Al-Quran panduan bentuk akhlak mulia


Sikap Muslim menjauhi ajaran Islam punca keruntuhan moral generasi masa kini

BUDI pekerti dan akhlak (moral) mulia satu-satunya asas kuat untuk melahirkan masyarakat ikhlas dan amanah. Pemimpin yang mantap perlu menggarap diri mereka kepada piawaian akhlak supaya dapat diterima masyarakat serta menjadi teladan.

Orang yang tidak berakhlak mudah terjerumus dalam aktiviti jenayah. Sebenarnya tiada agama yang berkompromi mengenai isu akhlak. Contoh, sami Buddha di Thailand pernah berdemonstrasi membantah penjualan arak secara berleluasa hingga menyebabkan keruntuhan moral di kalangan generasi muda. Di Eropah, banyak garis panduan dan peraturan dibuat bagi membendung gejala sosial.

Undang-undang sebenarnya bersandarkan akhlak dan akhlak bersandarkan agama. Walaupun antara teras Rukun Negara adalah Kesopanan dan Kesusilaan, namun permasalahan akhlak sering diketepikan. Keruntuhan akhlak kini kita hadapi. Sepatutnya dalam membuat keputusan, kita merujuk kembali kepada Islam sesuai kedudukannya sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Diriwayatkan, ketika ditanya kepada Saidatina Aishah, apakah akhlak Rasulullah, Aishah menjawab: “Akhlak Rasulullah ialah al-Quran.”

Oleh itu, apabila dalam al-Quran melarang orang Islam minum arak, adakah salah kerajaan membuat perundangan bagi mengharamkan orang Islam minum arak? Apabila ada dalam al-Quran larangan berzina, adakah silap kerajaan membuat perundangan mengharamkan perzinaan dan pelacuran? Begitu juga tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) baru baru ini, yang mensyaratkan orang Islam tidak boleh bekerja di premis penjualan minuman keras adalah sejajar kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

Maksud sabda Rasulullah: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu diutus untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.”

Pada masa sekarang, kita tidak dapat lari daripada menyusun semula ajaran Islam kerana masyarakat Islam sendiri sudah renggang daripada Islam. Jika dulu apabila ayat al-Quran mengenai pengharaman arak diturunkan, sahabat membuang arak tanpa mempersoalkannya. Tetapi sekarang selepas 1,400 tahun berlalu, penghayatan terhadap al-Quran amat rendah. Oleh itu, hukuman berbentuk keduniaan perlu sebagai penghalang kepada gejala meminum arak ini. Pelaksanaan hukuman terhadap peminum arak juga mendapat tentangan suatu ketika dulu sedangkan kita tahu arak punca segala gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat.

Akhlak manusia tidak akan terdidik tanpa panduan undang-undang. Malah, ada perundangan pun akhlak masyarakat menyedihkan, apa akan jadi jika semua perundangan dihapuskan. Tanpa undang-udang bagaimana agaknya keadaan masyarakat?

Pendidikan adalah elemen penting untuk mengawal akhlak seseorang tetapi pendidikan saja tidak mencukupi kerana pendidikan bertindak sebagai ‘amar makruf’, manakala hukuman adalah ‘nahi mungkar’. Kedua-dua kaedah ini sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Bagi negara yang rakyatnya berbilang bangsa, perasaan saling hormat menghormati penting untuk mengekalkan perpaduan.

Justeru, kita tidak boleh mempertikaikan nilai agama sesuatu bangsa. Kita ada undang-undang seperti Seksyen 298 A Kanun Keseksaan yang memberi jaminan bagi mengelak penghinaan terhadap ajaran sesuatu agama.

Malah tindakan juga boleh diambil mengikut Akta Hasutan terhadap individu yang menghasut ke arah kebencian antara satu sama lain atas dasar agama. Semua pihak perlu bijak mengendalikan isu membabitkan agama bangsa lain.

Penulis, Zainul Rijal Abu Bakar ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan boleh dihubungi melalui zainul.rijal@abubakar.my di BHarian 30/01/2011


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails