“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, November 22, 2008

Merancang keluarga dari pandangan Islam


Assalamualaikum warahmatullah,

Tertarik saya nak beri sedikit pandangan setelah saya membaca mesej ini, “Nak merancang dia tak izinkan”. Mengapa perlu izin suami? Isteri boleh membuat keputusan sendiri untuk menggunakan pencegah kehamilan walaupun tanpa persetujuan suami kerana ia adalah untuk kebaikan tubuh badan sendiri.

Dalam Islam, kita tidak perlu taat kepada orang yang menentang perintah al-Quran. Lelaki selalunya ego dan enggan memberikan kerjasama dalam hal ini, tetapi mereka perlu fikirkan kesan kehamilan yang tidak dirancang atau dikehendaki kerana ia melibatkan banyak perkara dari segi emosi, kesihatan, fizikal (jasad/badan) dan juga mental isteri. [Rujuk entry Sihat: Rancang kelahiran anak pertingkat kesihatan ibu dan Kehamilan perlu dirancang]

Aduhai perempuan yang bergelar isteri... yang nak membawa zuriat kalian ke sana ke sini selama sembilan bulan 10 hari dengan 1001 jerih perit serta segala jenis kepayahan adalah diri kamu sendiri, bukan suami. Yang nak menempuh kepayahan dan bertarung nyawa mengeluarkan zuriat kalian juga kamu sendiri, bukan suami. Seterusnya yang nak berpantang selama 44 hari, kamu juga yang menempuhnya, bukan suami. Tempoh berpantang adalah waktu rehat yang sangat penting kerana pada masa inilah, sistem peranakan serta organ dalaman wanita perlu dipulihkan, yelah, dah ‘kembang’ lebih sembilan bulan, ambil MASA dan juga USAHA untuk pulihkan diri. Wanita yang bernasib baik mendapat suami yang PERIHATIN dan BERPERIKEMANUSIAAN akan mempastikan isterinya pulih seperti sedia kala. Tapi bukan semua suami bersikap demikian, jadi kita sendirilah yang kena jaga diri kita. Jasad kita ni memang kita akan guna hingga ke hujung nyawa bukan untuk 10-20 tahun saja, jadi kalau jasad rosak, kita sendiri juga yang susah, bukan suami. Sengaja saya tekankan perkataan bukan kerana kalau bukan kita yang SAYANGKAN diri kita, siapa lagi?

Agama Islam versi yang mana kata kita tidak boleh merancang keluarga? Mazhab atau fahaman mana pula yang ajar jika kita nak merancang, kena minta izin suami? Loh! Memang ramai pasangan yang beragama Islam yang keliru dan was-was tentang undang-undang Islam berkaitan perancangan keluarga. Ada yang merasakan amalan tersebut bertentangan dengan agama. Disebabkan itu, mereka hanya berserah kepada takdir tanpa fikirkan risiko kepada kesihatan ibu dan ekonomi keluarga.

Saya perasan, ramai pasangan yang kurang berkemampuan memiliki anak yang ramai. Saya tak nafikan setiap anak yang lahir di dunia memiliki keistimewaan dan dijanjikan rezeki masing-masing oleh Allah Taala. Sungguhpun begitu, mcmana pulak dengan nasib mereka sekiranya tidak mendapat mendapat keperluan yang sepatutnya? Kesian saya tengok keluarga miskin, punya anak yang ramai, especially yang keluar dalam siaran BersamaMu TV3. Dek kerana wang yang tidak mencukup, anak-anak bukan sahaja tidak ke sekolah, terpaksa menahan lapar dan bekerja pada usia yang muda.

MAJLIS Fatwa Kebangsaan 1981 menghalalkan penggunaan kaedah pencegah kehamilan selagi ia bukan berfungsi secara kekal (kasi). Sebaliknya jika disebabkan oleh faktor kesihatan ibu, penyakit ginetik dan kehamilan terlalu kerap, kaedah mengikat rahim adalah dibenarkan. Matlamat perancangan keluarga adalah untuk memastikan setiap kehamilan dirancang dan dikehendaki.

Institusi keluarga adalah unit sosial yang penting dalam masyarakat. Sungguhpun Islam menggalakkan lelaki dan wanita berkahwin dengan tujuan mendapatkan zuriat, tetapi kualiti hidup perlu dititikberatkan. Perancangan keluarga diharuskan agama untuk menjarakkan anak atas alasan kesihatan ibu bapa dan kanak-kanak, memberikan kemudahan pendidikan sempurna kepada setiap anak dan kesejahteraan keluarga. Amalan perancangan keluarga tidak pernah ditentang oleh agama Islam. Tidak pernah tercatat dalam al-Quran yang mengharamkan merancang keluarga. Jika ada, sila kemukakan dalil/hadis mengenai ini. Saya juga hendak tahu.

Adakah dengan merancang keluarga kita akan beranggapan bahawa amalan ini seperti membunuh zuriat? Ini tidak benar sama sekali, kerana kaedah mencegah kehamilan hanya digunakan untuk menggelakkan kehamilan berlaku, iaitu mencegah persenyawaan sperma dalam ovum. Islam membenarkan penggunaan kaedah mencegah kehamilan seperti pil oral kontraseptif, IUS, IUD, IUCD, implanon dan (yang paling kaum suami tak suka) kondom. Kaedah yang dinyatakan tidak memusnahkan sama sekali keupayaan untuk hamil dan melahirkan. Ada beberapa cara digunakan pada zaman Rasulullah yang menunjukkan mencegah kehamilan dibenarkan. Contohnya, ketika sahabat Rasulullah SAW, Jabir r.a., menyampaikan kepada Baginda mengenai amalan al-azl ['AZAL ( العزل )] atau coitus interruptus iaitu memancutkan air mani di luar vagina di kalangan sahabat, Baginda ternyata tidak menghalangnya.

عَنْ جَابِرٍ قَالَ كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَلَغَ ذَلِكَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَنْهَنَا

Ertinya: “Daripada Jabir r.a beliau berkata, Kami pernah melakukan Al-'Azal di zaman Rasulullah SAW dan perkara itu sampai ke pengetahuan baginda, tetapi Baginda tidak pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut.” (Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim – Kitab An-Nikah – 2610).

Walaubagaimanapun, suami tidak dibenarkan melakukan al-'azal melainkan dengan redha isterinya. Al-Imam Ibn 'Abd al-Barr (wafat 463H) berkata: “Tiada khilaf di kalangan ulama bahawa tidak boleh dilakukan 'azal dengan isteri yang merdeka melainkan setelah mendapat keizinannya. Ini kerana persetubuhan adalah daripada haknya.” (rujukan: Ibn Hajar al-'Asqalani, Fath al-Bari, 10/385, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).

Tahukah kita, mengikut statistik purata sejak tahun 1997-2000, 55% kematian wanita hamil di Malaysia kerana tidak pernah mengamalkan perancangan keluarga. Pecahan statistik mengikut tahun adalah seperti berikut:
1997 - 59.5%
1998 - 65.4%
1999 - 64.9%
2000 - 58.9%

Tanyalah kepada diri sendiri, adakah kita mahu diri kita termasuk dalam statistik kerana kelalaian kita sendiri?

Perancangan keluarga seharusnya dilakukan supaya menjarakkan usia anak daripada anak yang lain, menjaga kesihatan dan keselamatan ibu dan merancang kelahiran apabila pasangan sudah cukup bersedia (kewangan, fizikal dan mental). Umat Islam digalakkan menjarakkan usia setiap anak iaitu sebaik-baiknya dua tahun bagi membolehkan setiap anak mendapat belaian dan perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa. Ia terbukti berdasarkan ayat Al-Ahqaf dan Luqman yang mengkehendaki anak disusukan selama dua tahun atau 30 bulan oleh ibunya bagi memastikan kanak-kanak berkenaan mendapat khasiat pemakanan secukupnya.

Wallahu'alam.








Posting from SiM dari perbincangan MINTA NASIHAT : Suami malas bekerja tapi kongkong kewangan [message/38776]

2008/11/21 Zaini Jamaludin [zaini9@lycos.com]

Assalamualaikum,

akak pun mengalami masalah yang hampir sama. Semenjak gawat 1997 suami diberhentikan dari syarikat swasta. Masa tu anak baru 9 orang. Nak merancang dia tak izinkan. So dia kerja tolong kawan jual satay dapat rm10 semalam. Kerja pengawal keselamatan tolak uniform itu ini tinggal rm200. Duit minyak gi kerja pun tak lepas. Akhirnya tak keluar modal, duk rumah saja. Masa tu anak istimewa (kedua) dah 21 tahun dah tamat sekolah. Jadi duk rumah jaga anak. Yang tak tahan sifat cemburunya. Pasal gaji nasib baik kad giro akak yang simpan. Hak akak, tapi akaklah bayar sewa rumah, ansuran kereta, bil api, air, telefon, yuran dan belanja sekolah anak-anak, makan minum dlln. Memang tension especially bila akak ada kursus atau mesyuarat dia kata jumpa jantan lain. Bila ada program solat hajat di sekolah dia marah sembahyang berimam dengan lelaki lain. Dia pun jarang ke surau, alasannya nak berjemaah di rumah dengan isteri dan anak-anak. Masa tu akak cuma guru sandaran saja. So akak buat pinjaman bank sambung belajar Pendidikan Jarak Jauh. Dari bergaduh 4-5 tahun tak dapat apa, baik belajar. Selepas 4 1/2 tahun dapat sekeping ijazah. Masa belajar pun dia cemburu takut akak jumpa mahasitua. Akak beritahu dia kalau adalah seorang lelaki nakkan akak yang ada anak 11 akak ikut dia. Tapi of course melambak anak-anak gadis di dunia ni, bagi free pun mereka tak nak akak. Masa belajar akak minta izin nak makan pil perancang, suami tak izinkan. Katanya kalau akak makan juga dia doakan akak dirogol beramai-ramai oleh Bangla. Tapi akak mengadu dengan Allah. Akak sampai terpacul kata-kata tak halalkan duit gaji akak sara makan minum dia. Lepas 5 tahun makan pil akak berhenti, so dapat baby lagi ke 12 pada 2007. Sekarang akak ada pekerjaan tetap. Dia di rumah surf internet. Tapi duit gaji akak pegang. Tiap-tiap bulan beri sedikit duit gaji pada mak ayah, tak minta izin pun dari suami, duit sendiri. Nasib baik duk dekat mak. At lea! st seminggu sekali boleh ziarah. Suami complaint tak dapt ziarah saud ara-mara dia. Akak kata pergilah, hari-hari pun boleh tapi guna duit sendiri. Akak pernah gi mahkamah syariat untuk kaunseling, tapi suami tak nak pergi. Pernah terfikir nak minta fasakh tapi fikirkan anak-anak. Akak aktif di tempat kerja, dapt offer gi Jakarta melawat sekolah2 di sana, pun suami tak izinkan, tapi akhirnya dia beri. Dulu keluarganya ingat dia baik sangat dan akak makan duit gaji dia. Selepas anak 10, masa mengandungkan anak ke 11 akak tulis surat panjang lebar pada abang sulungnya suruh ambil balik adiknya. Bayangkan sebagai guru sandaran bila cuti bersalin tak da gaji, so nak makan apa? Jadi lepas bersalin 2 minggu akak kembali bekerja, suami hantar naik motor. Patut masa pantang kaki rapat ni kena mengangkang naik motor kalau tak tak balance. Bila cemburu tuduh akak berzina dengan jantan lain. Akak kata kalau yakin ceraikan akak baliklah ke kampung awak. Mak ayahnya dah tak da. Adik beradik lain ada tanggungan sendiri. Sekarang anak dah besar. ! Kali ni akak dapat offer gi Bukit Tinggi-Padang melawat sekolah2 di sana. Mak ayah siap bagi duit suruh pergi. Akak nak pilih masa yang sesuai minta izin. Suami isteri bukan solat jemaah saja tapi cari duit pun jemaah. Nasib baik boleh ajar silat, tuisyen, repair computer dapatlah sumber pendapatan tapi tak tetap. Cadangan akak minta dari suami hak uruskan duit gaji sendiri. Nasib baik anak baru satu. Kalau fasakh lagi baik. Ramai lagi lelaki yang baik di dunia ini. Jangan tunggu anak sedozen macam akak.

Good luck!

10 ulasan:

  1. mintak dijauhkan dr suami cam gini,eh?

    BalasPadam
  2. Salam

    Pada saya.. isteri yang merangcang tanpa pengetahuan suaminya adalah isteri yang DERHAKA....

    Lainlah kalau dah dinasihati doktor.. tepaksa memilih salah satu nyawa.. ibu atau anak.. dan suami ,masih berdegil..

    Nak puasa sunnat pun kena minta izin kalau suami ada dirumah... itu baru puasa sunnat.. ini nak mengambil nyawa.. seorang manusia/janin...

    Setiap peluh dan kesakitan yang dialami ketiak mengandung.. melahirkan akan.. membesarkan dan mendidik anak2 ada pahala yang besar disisi Allah SWT...

    Kalau mati ketika bersalin.. akan ditempatkan kedalam syurga.. bersama2 para syuhada.. tak perlu berperang mengangkat senjata.. begitulah Rahmat Allah SWT kepada ibu2 yang beriman..

    Kemiskinan bukanlah hak mutlak untuk merangcang keluarga.. Ramai yang miskin yang saya kenali.. Walaupun miskin.. mereka masih mahu membela anak mereka sendiri..

    Kalau dah tak mampu sangat.. masih boleh di berikan pada Jabatan Kebajikan Masyarakat.. atau orang perseorangan.. Masalahnya ada diatara mereka lebih suka menggugurkan/membunuh atau membuang bayi dari memberikannya kepada mereka yang mampu lagi sudi menjaganya,...

    [60.12] Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, - maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


    WAllahua3lam
    Wassalam
    Hizamri

    BalasPadam
  3. Aiseyman.....

    Merancang keluarga tidak tertakluk di bawah dalil yang disertakan, sebab merancang keluarga tidak bermakna membunuh anak-anak. Nak bunuh apa kalau yang nak dibunuh itu tidak wujud lagi?

    Bagi saya, itu hak isteri untuk mengandung atau tidak. Logiknya, bila berkahwin, tentu ada anak (jika ditakdirkan tuhan), tapi tak dinafikan ada juga isteri yang tidak mahukan anak, atas alasan mereka sendiri. Sebagai seorang suami, patut berbincang dgn bakal isteri, apakah matlamat perkahwinan mereka. Kerana mencari keredhaan Allah? Kerana nafsu? Atau kerana mahukan anak? Kalau isteri tak mahu anak atau tak mahu anak ramai, itu hak isteri. Jika ada suami yang tidak puas hati, jgn salahkan isteri. Salahkan diri sendiri sebab ummu kata, "siapa yang pilih?" Kuang kuang kuang....

    Setiap yang kita lakukan, memerlukan perancangan. Ada pepatah mengatakan, "people who failed to plan, plan to fail". Maknanya setiap tidak tanduk kita ada perancangannya, cuma kita sedar atau tidak. Bukan mudah untuk mengejar bahagia di dunia dan juga di akhirat, semuanya perlu dirancang secara teliti. Nak kahwin kena rancang. Nakkan keluarga bahagia, kena merancang. Sedangkan nak membuang hajat juga kena rancang (saya selalu rancang yang ini, sebab anak-anak saya tak boleh tolerate dgn public toilet yang kotor dan busuk). Inikan pulak nak mengejar bahagia di akhirat, kenalah rancang betul-betul juga.

    Mengandung? Pahalanya yang banyak yang dijanjikan Allah adalah satu option dan tidaklah wajib bagi setiap individu. Ada simpan dalil setiap perempuan WAJIB mengandung tak? Apa hukumnya perempuan/lelaki yang mandul? Bagaimana pula dgn yang merancang utk tidak berkahwin atas dasar tak mahu bersuami atau tak mahu beranak atau apa saja alasannya sendiri? Berdosa? Derhaka kepada Allah?

    Ramai yang tidak mahu merancang, melahirkan zuriat yang tidak dapat dibesarkan dengan sempurna. Apa gunanya pahala yang banyak jika pahala itu terpaksa menebus dosa kerana tidak merancang membesarkan anak, amanah Allah yang begitu besar sekali tanggungjawapnya? Esok, disebabkan tiada perancangan, anak-anak tak menjadi (tak mengamalkan islam seperti yang dikehendaki), anak-anak inilah yang akan mengheret ibu-bapa mereka ke neraka. Na'uzubillah min zalik.

    Impak mengandung berturut-turut tanpa rehat yang cukup boleh menjejaskan kesihatan seorang ibu. Tahap kesihatan menurun, anemia, risiko rahim jatuh (prolapse) dan lain-lain boleh menjejaskan emosi. Ada kalanya jika kesihatan terjejas teruk ada kemungkinan kualiti ibadah juga turut terjejas. Nak kejarkan pahala option terpaksa pula mengumpul dosa. Macamana pulak tu? Ada suami nak tanggung susah isteri tak?

    Orang yang tak pernah merasa nikmat mengandung boleh cakap macam-macam. Saya punyai kenalan lelaki yang surrender, tak mahu isterinya mengandung lagi. Sebab tiap kali isterinya mengandung, dia yang teruk demam, pening, menanggung mabuk serta sakit-sakit badan. Kalaulah semua lelaki di dunia ini merasa seperti yang isterinya rasakan, barulah mereka tahu menghargai isteri masing-masing.

    Wallahu'alam.

    BalasPadam
  4. aiseh woman, guwe ingat nak rehat jer dari memberi komen koman dalam hal rumah bertangga, sebab rumah guwe tak ada tangge...he he
    tapi ada pula kalimah hakcipta guwe yg di pakai tanpa izin...itu yg teruja mengomel.
    ( malam ni kena sawan indon :))

    dari satu segi memang haq wanita untuk mengandung atau tidak. Hak dia memilih nak jadi ibu atau tidak atau nak kawin atau tidak.Semua tu option bukan wajib macam solat, puasa , hajidan zakat. Tetapi bila once dah pilih option berkahwin wajib pula taat suami, terima 'undangan' suami dan muliakan suami. Kalau tak sia2 lah option tadi baik pilih option tak bersuami :)

    Macam Islam lah, ianya satu tawaran dari Allah s.w.t, nak jadi Islam atau terus kafir. Once pilih Islam wajib taat perintah Allah jauhi laranganNya.Cuma kita di uji sejauh man boleh melaksanakan perintah itu sebaiknya..

    Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat ) -surah al-mulk ayat 2.

    Antara sifat terpuji seorang isteri ialah bila dia bukan shj taat suaminya malah memuliakan suami.. apa apa pun kena tanya itu boss lah. Walaupun mengandung itu pilihan isteri, ttp bila dah bersuami kenalah respek. Ada juga suami nakkan zuriat yg banyak ttp isteri enggan dan halang pula poligami. Ini dah masuk kes nusyus kalau tanpa alasan yg kukuh, sekadar nak jaga badan dan nak elak leceh bela budak ramai.

    bincang punya bincang, akhirnya suami isteri tu kenalah berdamai dan tanya diri sendiri, apsal jadi gini? .. ha tulah siapa pilih? apakah ini suratan atau kebetulan..sendiri mau ingat. Dunia ni pendek jer... jadi buatlah yg terbaik dan berperang dalam rumah sendiri bukanlah suatu perkara yg mendamaikan. Itu teori saya lah...teori orang yg tinggal dalam rumah tak ada tangga,di perkampungan Sg Isap Damai namanya...jangan mare.

    BalasPadam
  5. apa-apa pun masa mengandung la waktu yang paling indah dalam perkahwinan..
    bagi diri saya la kan...orang lain saya tak tau...
    kalau ada penyakit seperti darah tinggi atau kencing manis...bahaya juga mengandung
    tapi kalau saja-saja nak jaga badan....hmmmmm nasib badan le kome

    BalasPadam
  6. Salam..

    Apa pulak nak aisey man nya...

    Isteri saya nak ber MLM.. dah beritahu.. duit tu syubahat..

    Tapi degil juga..boring katanya duduk rumah sorang2..

    Maka saya pun kata pada dia.. pilih MLM atau suami..

    Kalau MLM. maka saya rela lepaskan dia dengan baik..

    [33.28] Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.

    Hak suami adalah untuk ditaati isteirnya.. selama mana ianya tidak bercanggah dengan Islam...

    Suami yang baik.. akan senantiasa memikirkan kebaikan untuk isterinya,,, Tidak membebankan isteri dengan apa yang tidak disanggupinya..

    Apabila hak suami tiada dan hak isteri terabai ... MAKA TIDAK.bermaknalah rumah tangga itu..

    WAllahua3lam
    Wassalam
    Hizamri

    BalasPadam
  7. jangan merancang bangsa melayu dah sikit dari bangsa lain nanti mengundi kalah melayu

    BalasPadam
  8. Anda pasti dengan penyataan anda ini? Jika betul alhamdulillah, jika salah nahuzubillah.

    Wallahualam...

    WAN ZARIMAN B. OMAR @ OTHMAN
    012 - 726 4770 / 019 3353483

    BalasPadam
  9. Salam,

    Insya Allah, benar. Sbb yg mengeluarkan kenyataan adalah Pakar Sakit Puan dan Perbidanan, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, setelah merujuk majlis fatwa kebangsaan 1981 oleh Yusuf Al-Qardhawi. Sila rujuk Sihat-Rancang-Kelahiran-Anak-Pertingkat-Kesihatan-Ibu untuk artikel yang berkaitan.

    Mengandung? Pahalanya yang banyak yang dijanjikan Allah adalah satu option dan tidaklah wajib bagi setiap individu. Tidak ada satu dalilpun yang mengatakan setiap perempuan WAJIB mengandung. Jika setiap perempuan wajib mengandung, apa hukumnya perempuan/lelaki yang mandul? Bagaimana pula dgn yang merancang utk tidak berkahwin atas dasar tak mahu bersuami atau tak mahu beranak atau apa saja alasannya sendiri? Berdosa? Derhaka kepada Allah?

    Dari satu segi memang hak wanita untuk mengandung atau tidak. Wanita tidak diwajibkan untuk mengandung. Hak dia memilih nak jadi ibu atau tidak atau nak kahwin atau tidak. Semua tu option bukan wajib macam solat, puasa, haji dan zakat. Tetapi bila once dah pilih option berkahwin wajib pula taat suami, terima 'undangan' suami dan muliakan suami. Kalau tak sia2 lah option tadi baik pilih option tak bersuami :)

    Jadi jika suami dan isteri sepatutnya bermusyawarah (bincang), nak keluarga yang macam mana. Jika benar isteri merancang tanpa pengetahuan suami, tak boleh salahkan isteri. Sebab itu hak dia. Cuma bila suami nakkan zuriat, isteri kena penuhi hak suaminya untuk berpoligami jika dia masih tidak mahukan zuriat. Takleh letak cop mohor kat dahi suami "orang ini aku saja yang punya, perempuan lain tak boleh ambil".

    Wallahu'alam.

    BalasPadam
  10. Rujuk :

    http://laman-seri.blogspot.com/2008/05/sihat-rancang-kelahiran-anak-pertingkat.html

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails