“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, November 28, 2008

Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita


Kecantikan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal

Tetapi pada murni rohani
Lelaki yang cantik
Adalah lelaki yg mampu mengaliri airmata keinsafan
Adalah lelaki yang sedia menerima teguran
Adalah lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada
Adalah lelaki yang baik sangka dan tidak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan batin
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad yang ummi
Adalah kecantikan sempurna seorang lelaki

Kegagahan seorang perempuan
Bukan pada pejal otot badan
Tetapi pada kekuatan perasaan
Perempuan yang gagah
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhkan segala keinginan
Kegagahan perempuan yang berdiri di atas keteguhan iman
Seluruh kegagahan yang ada pada khadijah yang ihsan
Adalah kegagahan sempurna seorang perempuan

Kecantikan lelaki mendorong perempuan menjadi gagah
Kegagahan seorang perempuan menjadikan lelaki cantik menangis kerinduan

Sumber: Email

3 ulasan:

  1. terimakasih...

    saya tersentuh membaca kecantikan lelaki, kegagahan wanita....

    terutama kegagahan wanita... benar2 terjadi dlm kehidupan saya...

    BalasPadam
  2. salam.tuan rumah..
    suri suka akan susuna ayat di atas..teruja sekejap..hik3..nice blog.

    BalasPadam
  3. Salam ZieZie dan Suri...

    Saya pun suka gak, sebab itu simpan di blog. Kredit kepada pencipta bait-bait yang indah ini... saya terima melalui email, itupun diforward dan diforward, tanpa mengetahui siapa penulis asal...

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails