Salamun'alaik,
PERNAHkah anda terima email yang bertajuk "Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah"? Ramai yang rajin meng'forward' email sebegini, banyak kali juga saya terima tetapi saya cuba baca sambil lewa dan hampir tidak mahu ambil tahu adakah email ini benar atau tidak. Baru-baru ini, saya berkesempatan bertanya kepada yang reti bahasa Arab di Al-Falaah, jadi di sini saya kongsikan dengan pembaca blog. Beginilah isi email yang diterima:
سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣)
مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥)
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦)
صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan:
1) DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2) HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3) KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4) KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7) SIROTHOLLAZI..... sehingga habis, hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN. hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Perhatian: Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.JAWAPAN daripada UmmuWaheedah yang saya terima:Wa'alaikumussalam wmt.,Alhamdulillah soalan yg baik. Email begini memang laris disebarkan demi memenuhi tuntutan menyerbarkan ilmu walau satu ayat. Masalahnya yang jadi 'forwading agent' adakalanya bukan orang yang mendapat ilmu daripada guru, dia cuma forward apa yang di'forward' kepadanya. Bila ditanya balik, mereka tak dapat jawap, cuma akan respon "saya forward jer...." Sebaiknya kita baca dan fahami, kalau tak faham kita tanya dulu sebelum forward kepada yang lain.
Pertama sekali saya ingin sarankan kepada semua umat Islam supaya memulakan hari dengan Al-Fatihah, bangun tidur terus baca Al-Fatihah selain doa yg lain. Bila berinteraksi dengan internet, buka PC mainkan MP3 Al-Fatihah, boleh download dari link ini
Quranicaudio. Di situ kita latih lidah meniru bacaan mengikut dialek Arab bukan ikut lidah melayu. Kita tingkatkan kualiti bacaan disamping hafazkan maknanya.
Berbalik email yang diberi ini, sebenarnya nak belajar tajwid kena berguru baru betul. Bacaan dan cara sebutan huruf tak sama yang ditulis jawi dengan rumi. Huruf dhal jika di tulis rumi sebagai 'd' kurang tepat. Tapi tak mengapalah saya ringkaskan, semoga boleh difahami:
Dalam tajwid ada dua bentuk kesalahan iaitu:
1. al lahnul jali - kesalahan nyata yg membawa perbezaan makna, hukumnya haram dan berdosa. Ini termasulah mengubah huruf dan baris.
2. al lahnul khofi - kesalahan yg tersembunyi yang tidak membawa kepada perubahan makna contohnya kita kurang dengung, terpendek atau terpanjang harkat/kesalahan begini tak membatalkan solat.
1-ayat 1
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Jumlah ayat dalam Al-Fatihah ialah 7 termasuk Bismillah, membaca 'ta'auz (iaitu 'auzubillah...) adalah sunat muakkad bagi surah Al-Fatihah. Membaca Bismillah adalah wajib. Bila menyebut Bismillah, perlu ditekankan huruf 'ba', mesti jelas 'bis' itu. Kalau kita cincai bismi jadi ismi. Bismillah maknanya dengan
nama Allah, Ismillah maknanya
nama saya Allah. Kan dah ubah makna? Lagi satu hirrohman nir rohim... kena sebut betul rohim bukan rojim. Rohim makna penyayang, rojim makna yg direjam.
2-ayat 2 ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Alhamdu perlu diperhatikan huruf kha, bukan ha. Jangan baca alhamda lillah! Alhamdulillah memang ada sabdu pada huruf lam, masukkan huruf lam ke dalam lam yang satu lagi.
'alamin - nyatakan huruf 'ain bukan huruh alif (biasakan dengar orang arab sebut 'ain)
3-ayat 3 ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Seperti nota 1. Sebut betul-betul 'ar rohim'.... Pastikan mulut tertutup di akhir kalimah.
4-ayat 4 مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ
maaliki yau mid-din, 'ma' kena panjang 2 harkat, mid-din bukan midin
5-ayat 5 إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
Iyyaka na'k budu -beri penekanan kepada 'iyya', jelaskan sabdu (syaddah atau tanda tasydid) dan na' (huruf ain bukan hurif k). Sama penekanannya pada kalimat kedua wa iyyaka nas ta'in (huruf ain).
Tentang khonnas, itu ada dalam surah an-nas, min syarril was wasil khonnas (nama syitan). Saya tak biasa dengar orang silap pada ayat 5, iyya kannas ta'in. Sebenarnya iyyaka satu perkataan maknanya kpd Engkau, huruf 'ka' menunjukkan gantinama kedua. Macam sebut 'alaika maknanya ke atas engkau. Na'budu, na maknanya jamak (ramai-kami). Na'budu kami mengabdikan/kami menyembah dari kata 'abda (ain ba dhal), abdullah maknanya hamba Allah, nasta'in maknanya kami minta pertolongan.
6-ayat 6 ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
Baca ihdi nas siro thol. 'Ih' bukan 'eh', 'siro', 'si' berbunyi tebal sebab huruf sod bukan huruf sin. Begitu juga tho kena tebal berbeza dengan ta.
mustakim, huruf ta kena baca nipis, jangan baca mustokim.
7-ayat 7 صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
Boleh berhenti kalau tak cukup panjang nafas. Berhenti pada 'alaihim yg pertama:-
sirothol lazina an'am ta a'alaim him (berhenti dan ambil nafas, baru sambung seterusnya)
Ghoiril maghdhu bi alaimhim wa lad dhollin, wajib 6 harakat pada lafaz 'dho'
Kalau kita agak nak sambung tapi terputus, tak boleh curi nafas. Ustaz Zamri (mari mengaji selalu sebut 'curi' nafas haram). Kalau terbrek selepas 'ghairil maghdhu bi 'alaihim', berhenti situ ambil nafas dan ulang, ghairil maghdu bi alaimhim wa lad dhollin (sampai akhir). Kebetulan saya yang tersemput nafas masa talaqi dengan ustaz tajwid minggu lepas, jadi ustaz tunjuk cara nak betulkan).
Kalau kita berhenti sebelum walad dhollin.. makna ayat itu tak tepat. Cuba semak erti/makna ayat tu/ semak di sini www.bicarasufi.com. an 'amta... Baca betul betul. an- sebut huruf alif. amta sebut huruf ain, jangan baca 'an amta atau 'an 'amta Sekianlah yang dapat dijawap. Jika ada yang nak menambah, silakan.
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...