“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, November 01, 2010

16 alasan salah untuk bernikah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Anda tentu pernah terbaca kisah seorang gadis yang dilaporkan hilang, setelah ditinggalkan tunangnya selepas membeli barang untuk persiapan majlis perkahwinan mereka. Tidak lama selepas kejadian tersebut, gadis yang dilaporkan hilang itu ditemui di tempat lain dan yang menariknya, dia bukanlah hilang seperti yang dilaporkan oleh orang tua kepada polis, tetapi gadis berkenaan sebenarnya telah ‘menghilangkan’ dirinya sendiri ke tempat lain, atas alasan tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan tunangnya kerana dikatakan tidak serasi dengan tunang, selain memberikan alasan yang tunangnya suka mengongkong dan seorang yang pemarah. Kemuncak peristiwa tersebut, selang beberapa hari kemudian, gadis berkenaan memutuskan ikatan pertunangan atas pertujuan bersama kedua-dua belah pihak. Rujuk entry : Bakal pengantin 'hilang'.

Walau apapun sebab yang diberikan, pada pendapat saya, gadis tersebut terlalu muda untuk menamatkan zaman bujang, selain belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Mungkin juga ‘fobia’ dengan tanggap-tanggapan negatif terhadap sesebuah perkahwinan. Sebenarnya, kisah sebegini banyak berlaku, cuma ia jarang-jarang diperbesar-besarkan.

Perkahwinan merupakan satu penyatuan jiwa. Ia melibatkan dua hati yang kadang-kala berlainan pendirian, maklumlah kena satukan dua kepala. Biarpun saling berbalah, namun suami isteri biasanya akan kembali sejuk kerana memikirkan tujuan mereka disatukan, iaitu atas dasar kasih sayang dan cinta. Tidak dinafikan, matlamat akhir sebuah percintaan tentunya menuju ke alam perkahwinan. Namun begitu, anda perlu pastikan yang anda membuat keputusan untuk hidup bersama dengan si dia itu bersama perasaan yang ikhlas dan cinta yang mendalam dan bukan kerana alasan atau demi kepentingan tertentu seperti yang dinyatakan di dalam entry kali ini. Ada juga pasangan yang berkahwin tanpa memikirkan tujuan di sebalik perkahwinan tersebut.

Perkahwinan juga adalah satu perkara besar yang patut difikirkan dan bukanlah sesuatu yang boleh dicuba-cuba atau diperjudikan. Cuba semak, jika anda berkahwin kerana salah satu alasan berikut, ini bermakna anda sudah membuat keputusan yang salah dan tidak mustahil perkahwinan yang anda jalani itu tidak akan membuatkan anda bahagia. Rumahtangga yang dibina mungkin akan diakhiri dengan bergelar duda atau janda.

Anda terfikir untuk lari seperti ‘Run Away Bride’? Jangan tunggu sehingga ‘last minute’ dan memalukan diri, pasangan dan keluarga kedua-dua belah pihak. Sebaiknya, sebelum anda mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujang anda, pertimbangkanlah 16 alasan yang disenaraikan di bawah :

1 – Menyenangkan orang lain

Ketika sedang dalam tempoh bercinta, orang tua kedua belah pihak sudah pun mengenali si dia dan menganggap anda sebahagian daripada keluarga. Ketika acara keluarga, si dia juga turut dijemput malah kalangan ahli keluarga anda tidak segan bertanya bila anda berdua akan disatukan.

Sebagai anak, memang kita wajib membahagiakan orang tua, tetapi keputusan untuk berkahwin itu terletak di tangan anda. Andalah yang tahu sama ada si dia itu serasi dengan anda atau sebaliknya. Sesetengah ibu bapa terlalu mendesak menyuruh anak menamatkan alam bujang agar mereka punya cucu selain kerisauan jika anak gadis mereka tidak lagi dipinang orang. Orang tua mungkin senang dengan pilihan anda, tetapi anda sendiri bagaimana?

Adalah satu kesilapan apabila anda memilih berkahwin kerana mahu memenuhi impian keluarga. Jangan juga berkahwin kerana termakan dengan desakan dan asakkan orang sekeliling yang asyik bertanya. Pastikan diri anda dan juga pasangan bersedia kerana anda berdualah yang akan menjalani kehidupan berumahtangga nanti.

2 – Terlanjur

Satu sebab terdesak melangsungkan perkahwinan adalah kerana sudah terlanjur melakukan seks dan pasangan sudah mengandung. Bagi mereka, berkahwin adalah satu cara untuk menyelamatkan diri dari menanggung malu baik pada pandangan keluarga mahu pun masyarakat.

3 – Terlalu kerap bersama

Ke mana-mana jua anda bersama tak ubah seperti belangkas. Justeru itu, bila sudah selalu bersama, anda mengambil keputusan untuk berkahwin sedangkan anda belum bersedia dan tidak mengenali hati pasangan sedalam-dalamnya. Keluar bersama, tidak membawa makna anda serasi hidup bersama tetapi mungkin serasi sebagai kawan yang tidak melibatkan hati dan perasaan. Jangan lakukan kesilapan kerana apabila anda memilih untuk mendirikan rumahtangga, bermakna anda sudah selangkah ke hadapan dan tidak mungkin anda boleh berundur kembali.

4 – Kerana wang atau harta

Bertemu dengan teman lelaki yang kaya dan tidak pernah berkira memang menjadi dambaan setiap wanita. Pasti senang bila di saat hujung bulan, ada yang menawarkan untuk belanja makan tengah hari atau ketika telefon rosak si dia menghadiahkan anda telefon canggih yang anda idamkan. Malah ketika anda kesempitan wang, dia ringan tangan menghulurkan RM untuk anda.

Anda mula berangan untuk berhenti daripada bekerja setelah berkahwin dengan si dia nanti, apatah lagi dia sudah pun melamar anda. Tetapi hati-hati dengan keputusan anda ini kerana tidak mustahil anda melakukannya kerana budi yang telah ditaburkan atau anda kabur mata dengan kedudukan kewangannya. Renungi dalam-dalam sebelum membuat keputusan benarkah anda betul menyayangi dan ikhlas menerima pasangan seadanya dan bukan kerana hartanya.

5 – Dia cantik!

Wanita cantik biasanya menjadi rebutan di kalangan lelaki. Mungkin terselit rasa bangga apabila dapat membawanya di khalayak ramai atau memberitahu kepada sanak saudara dan kawan-kawan bahawa kekasih atau isteri anda sangat cantik. Tetapi awas, cantik pada wajah bukan bermakna ia satu pakej terbaik buat anda. Anda mesti tahu godaan dari orang lain dan cabaran untuk terus memilikinya. Wajah cantik juga tidak bermakna jika tidak disertakan dengan akal yang bijak, mampu mengawal emosi dan sebagainya. Jadi kalau anda fikir, wanita cantik itu terbaik, anda juga harus tahan semua dugaan dan cabaran.

6 – Langkah baru

Selepas memiliki karier yang hebat, berjawatan tinggi, kereta dan sebagainya, anda mungkin terfikir untuk satu langkah ke hadapan iaitu perkahwinan. Memang semua lelaki normal memiliki perasaan ini tetapi untuk menyamakan antara satu lelaki ke lelaki lain, tiada titik yang akan ditemui. Mungkin sesetengah kawan lelaki anda beranggapan, perkahwinan adalah perkara paling akhir difikirkan selepas puas berseronok. Jadi sebelum memilih untuk berkahwin, fikir-fikir dahulu sebelum membuat keputusan.

7 – Usia yang meningkat

Ketika ini ramai gadis yang membuat sasaran untuk berumahtangga pada usia 25 hingga 28 tahun untuk mendirikan rumahtangga. Ketika ini, diri dirasakan sudah matang dan mempunyai kerjaya. Namun hakikatnya, manusia ini hanya merancang tetapi Tuhan jua yang menentukannya. Ketika usia sudah mencecah 28 tahun, diri belum menemui teman lelaki.

Sebenarnya perkahwinan itu tidak perlu dihubung kait dengn umur seseorang. Akan tetapi, dalam masyarakat kita hari ini, wanita yang berusia 28 tahun dianggap selayaknya sudah berkahwin. Lebih daripada usia itu, ada yang sudah melabelkannya sebagai andartu.

Jika anda termasuk dalam golongan wanita ini, jangan sesekali berasa tertekan, terutama sekali sekiranya anda selesa dengan keadaan hidup anda saat ini. Tidak perlu juga memaksa diri bernikah dengan calon suami yang baru dua minggu anda kenal, hanya kerana bimbang usia yang semakin meningkat tetapi masih belum punya suami. Ingat! Memilih suami bukanlah seperti memilih ikan di pasar!

8 – Takut sendirian

Anda berusaha mencari bakal suami hingga mengetepikan latar belakangnya kerana tidak mahu memikirkan hakikat anda akan hidup sendirian sehingga usia tua. Tindakan ini tidak mustahil akan membuatkan diri anda sendiri yang merana. Bagaimana kalau lelaki yang baru anda kenali itu hanya sekadar pura-pura baik? Tidak mustahil anda tetap ditinggalkan sendirian selepas berkahwin keran lelaki yang diambil menjadi suami itu rupanya tidak ikhlas menikahi anda.

9 – Mahu bebas dari kongkongan orang tua

Kebelakangan ini anda selalu saja dileteri kerana kerap pulang malam. Walhal anda sibuk dengan kerja di pejabat dan bukan keluar bersama teman lelaki atau tunang, seperti yang mereka anggap. Bosan mendengar leteran mereka, anda memutuskan untuk berkahwin agar lebih bebas ke mana-mana.

Jangan begitu! Memang wajar orang tua berasa risau dengan keselamatan anak gadis mereka yang keluar bersama lelaki. Tapi berkahwin untuk merawa bebas bukan jalan keluar daripada masalah anda ini. Fikirkan dengan matang akan keputusan ini.

10 – Rapat dengan keluarganya

Anda menyukai masakan ibunya, anda mengagumi bapanya yang anda anggap sebagai mentor dan abangnya adalah rakan baik anda tetapi malangnya, dia bukan keluarga yang anda boleh berkongsi segala-galanya. Justeru itu, anda mungkin mengambil kesempatan untuk berkahwin dengan anak perempuannya dengan harapan anda dapat menikmati “impian” anda itu.

11 – Mahu mewarisi harta

Anda mempunyai teman istimewa yang kaya kerana orang tuanya yang berada. Anda berdua pula memang suka sama suka lalu tanpa berfikri panjang, anda terus menerimanya dengan harapan akan dapat menumpang senang. Anda juga berhasrat untuk mewarisi harta suami yang banyak itu tanpa memikirkan bahawa bakal suami anda sebenarnya mempunyai ramai adik-beradik yang harus dibahagikan harta kedua ibu bapa mereka. Apa pun alasan untuk brekahwin sebsgini salah dan ia juga bermakna anda berkahwin kerana harta dan bukan sepeuhnya atas dasar keikhlasan serta cinta.

12 – Bersaing dengan teman

Bulan lepas rakan baik anda melangkah ke jinjang pelamin, bulan sebelum itu, sepupu menamatkan zaman bujangnya. Baru-baru ini anda menerima satu lagi undangan perkahwinan daripada rakan sepejabat. Anda pula sudah empat tahun bercinta tetapi belum ada lagi ura-ura untuk berkahwin.

Lantaran itu, anda sendiri sanggup menebalkan muka mengutarakan persoalan kahwin kepada teman lelaki anda. Jangan melatah bila melihat teman-teman lain sudah laku sementara anda belum lagi. Jodoh anda belum tiba jadi jangan memaksa kerana setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Mungkin anda sebenarnya belum bersedia atau ada lelaki yang lebih baik menunggu anda di luar sana. Siapa tahu?

Apabila anda memilih untuk berkahwin semata-mata kerana ramai kawan-kawan anda berbuat demikian, ia mungkin satu kesilapan besar. Ini kerana anda perlu bersedia dari aspek mental dan fizikal, kewangan, ilmu-ilmu keibubapaan dan sebagainya. Tidak perlu terikut-ikut sebaliknya andalah yang perlu bersedia.

13 – Terlalu banyak rahsia diketahui

Akibat terlalu akrab dengan teman lelaki, maka semua rahsia sudah anda ceritakan kepadanya, termasuklah perkara yang negatif. Rahsia keluarga juga sudah diluahkan kepada teman lelaki anda ini.

Satu ketika dia berhajat untuk memperisterikan anda, sedangkan pada ketika itu bibit-bibit cinta kepadaya anda rasakan sudah semakin luntur. Tapi kerana takut teman lelaki membuka rahsia jika anda menolak lamarannya, maka anda sanggup menerimanya. Pastinya yang akan makan hati dan menyesal selepas ini adalah diri anda sendiri.

14 – Didesak

‘Kalau awak tak sayang saya, kita putuskan saja perhubungan ini’ atau ‘Mak suruh awak masuk meminang’ atau ada lagi ayat-ayat desakan lain yang biasa anda dengar dari mulut kekasih atau teman istimewa anda. Rimas dengan desakan ini akhirnya anda menerima tapi dalam masa yang sama, belum bersedia kerana memikirkan soal kerjaya, kewangan, tanggungjawab dan sebagainya. Jangan lakukan ini jika anda tidak benar-benar bersedia memikul tanggungjawab ini kerana risikonya amat besar.

15 – Ditangkap khalwat

Ini juga antara alasan terburuk mengapa anda berkahwin. Umumnya lelaki dan wanita yang ditangkap khalwat, biasanya memilih untuk berkahwin bagi menutup malu mereka. Pada mereka dengan berkahwin saja, semua masalah akan selesai tetapi kalau inilah alasan anda, ia bukan cara terbaik menyelesaikan masalah.

16 – Anda ‘berhutang’ dengannya

Hutang budi dibawa mati. Itu antara sebahagian pepatah yang biasa didengar. Tapi ia juga antara alasan terburuk tentang sebuah perkahwinan. Memang ada insan yang menabur duit membeli jiwa pasangannya, belikan kereta, baju, berikan duit sebagainya kerana mereka mampu berbuat demikian. Tetapi awas, sebahagiannya merasakan mereka perlu mendapat balik sesuatu di atas pemberian tersebut. Mungkin merasakan anda berhutang segala-galanya dengannya, maka anda memilih perkahwinan sebagai jalan terakhir bagi membalas budinya.

Renung-renungkan alasan-alasan ini dan jangan sampai anda tersilap langkah.




Kompilasi : MW#1386 dan MW#1409

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails