“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Julai 18, 2008

Tonik jantung

Buah zaitun cukup istimewa kerana kepelbagaian fungsinya.

KHASIAT buah zaitun diaplikasikan secara meluas dalam bidang perubatan dan kecantikan.


BUKTI yang diperoleh daripada kajian epidemiologi mendedahkan, kandungan lemak tidak tepu dalam diet ada hubung kaitnya dengan menurunkan risiko penyakit jantung koronari.

Penemuan ini ada kewajaran kerana minyak zaitun kaya dengan lemak tidak tepu iaitu asid oleik. Sejak sekian lama, buah zaitun antara komponen terpenting dalam diet Mediterranean.

Di Amerika Syarikat (AS), para pengeluar minyak zaitun mungkin meletakkan nasihat berikut pada label produk mereka: Bukti saintifik yang belum muktamad dan terhad mencadangkan makan dua sudu besar setiap hari (23 gram) minyak zaitun boleh merendahkan risiko penyakit jantung koronari. Semuanya kerana kandungan lemak tidak tepu dalam minyak zaitun.

Untuk mendapatkan manfaat ini, anda tidak boleh meningkatkan jumlah kalori yang diambil setiap hari.Mungkin ramai di antara kita yang tidak tahu bahawa buah zaitun boleh digunakan untuk rawatan kecantikan dan perubatan.

Buah zaitun atau nama saintifiknya Olea europaea juga digunakan untuk rawatan dalaman iaitu kesihatan dan juga luaran dalam konteks kecantikan. Buah zaitun banyak digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana fungsinya yang istimewa iaitu melembutkan kulit.

Kandungan vitamin E dan vitamin K yang terdapat dalam buah zaitun menjadikannya sebagai salah satu daya tarikan dalam pembuatan produk. Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kandungan kolesterol LDL iaitu tekanan darah dan risiko penyakit jantung koronari. Manakala vitamin K pula bertindak menghalang darah daripada darah beku.

Antara khasiat buah zaitun ialah membaiki dan memulihkan perut, mengeluarkan cacing dan menjadi penawar racun. Manakala, minyaknya berfungsi untuk menghaluskan kulit. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus pada kulit. Selain itu, minyak zaitun boleh melambatkan proses pertumbuhan uban.

MINYAK zaitun kerap digunakan dalam masakan Mediterranean.


Minyak zaitun juga berperanan menguatkan rambut dan badan. Minyak zaitun boleh dijadikan sebagai tonik rambut untuk mengatasi masalah penuaan, melebatkan dan menghitamkan rambut. Selain itu juga, minyaknya juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit-penyakit kronik.

Pengambilan minyak zaitun dapat mengurangkan risiko serangan jantung selain daripada pengambilan sayuran dan pengurangan pengambilan produk tenusu. Pengambilan minyak zaitun lebih daripada sekali sehari boleh mengurangkan risiko 25 peratus barah payu dara.

Kandungan vitamin E yang ada boleh memusnahkan sel-sel kanser. Secara kesimpulannya, minyak zaitun boleh di komersialkan lagi dan digunakan sebagai bahan dalam perubatan selain daripada produk kecantikan. - HAJAR NUR ADDNI MD YUSOF

Sumber: Kosmo!

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails