Anda suka berjimat, tetapi malangnya pasangan anda pula asyik berbelanja tanpa mengira keadaan kewangan anda. Dalam situasi lain pula, kewangan keluarga meruncing, tetapi pasangan masih juga tidak mahu mencari pekerjaan tetap. Lagi satu keadaan, pasangan suka melabur modal untuk berniaga, tetapi semuanya asyik tidak menjadi dan menanggung kerugian. Perhatikan bahawa semua masalah ini berasaskan satu perkara, iaitu WANG.
Meskipun tidak berapa menyenangkan, namun masalah yang timbul kerana wang perlu dibicarakan oleh setiap pasangan suami isteri. Malangnya, yang selalu terjadi adalah, perbincangan tentang masalah kewangan kerap diakhiri dengan pertengkaran. Masing-masing menyalahkan pasangan atas kesempitan wang yang dialami.
Menurut perancang kewangan, Maire Allvine dalam bukunya “The Family CFO: The Couple’s Business Plan For Love and Money”, sebahagian besar suami isteri sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak membicarakan masalah kewangan. Dari pengamatannya, kebanyakan pasangan baik suami mahupun isteri akan memberi reaksi emosional apabila pasangan menyentuh tentang hal wang. Jadi suami isteri selalunya lebih rela tidak menimbulkan isu ini kerana sudah sedia maklum penghujungnya pasti akan berakhir dengan pertengkaran ataupun mungkin bercerai-berai.
Bagaimanapun, menurut seorang lagi penulis, Larry Burket, adalah wajar bagi pasangan suami isteri bertengkar tentang wang, tetapi Sayangnya masalah inilah yang menjadi penyebab nombor satu perceraian di Amerika Syarikat.
Jadi bagaimana mahu membicarakan perkara ini tanpa harus berlaku konflik suami isteri? Kali ini kita ikuti beberapa tips untuk mengelakkan daripada perbincangan diakhiri dengan pertengkaran.
Tips # 1 – Kawal emosi
Sikap individu terhadap wang sebenarnya banyak bergantung pada jantinanya. Lelaki lebih berani menghadapi risiko. Itulah sebabnya kebanyakkan lelaki merasakan tabungan atau simpana bukanlah sesuatu yang perlu. Mereka juga masih tetap bergaya walau poket nipis malah jika pendapatan tidak tetap pun, mereka tidak berasa risau walau sedikitpun.
Sebaliknya wanita pula mengaitkan wang denga keselesaan dan jaminan. Memiliki simpanan dan pendapatan yang tetap pula adalah satu keperluan buat mereka. Itulah sebabnya jika suami tidak bekerja tetap dan pendapatan bulanan tidak menentu, isterilah yang akan lebih berasa cemas, kerana mereka tidak akan dapat menjangka wang yang akan diperolehi setiap bulan. Jadi, bagaimana hendak membicarakan topik yang tidak menyenangkan ini? Berikut adalah cadangkan daripada pakar kewangan.
Tips # 2 – Cari waktu yang sesuai
Pastikan masa untuk membangkitkan perbualan tentang wang ini dilakukan ketika sedang santai dan dalam suasana tenang. Kalau boleh, carilah waktu khusus, misalnya setelah anak sudah tidur malam dan anda berdua pula tidak terlalu penat.
Tips # 3 – Tunjukkan niat baik
Yakni ketika anda mengajak pasangan berbicara tentang kewangan keluarga. Dorong pasangan untuk bersikap seperti anda. Mulakan dengan berceritakan tentang keterbukaan orang tua anda berbicara tentang masalah kewangan. Setelah itu, kemukakanlah keinginan anda untuk membicarakan soal wang.
Tips # 4 – Fokus perbincangan
Jangan beralih topik atau mencelah pada isu lain ketika masalah kewangan sedang dibincangkan. Selain itu, jaga emosi agar tidak panas dan bersangkut pula ke masalah lain, misalnya tentang adik ipar yang asyik meminjam wang dan sebagainya.
Tips # 5 – Jujur pada diri sendiri
Terutama tentang apa yang anda rasakan. Sekiranya anda seorang iteri yang bekerjaya dan mempunyai pendapatan besar, anda tetap punya ketakutan memikul tanggungjawab terbesar dalam hal pengeluaran.
Jujurlah pada pasangan tentang apa yang anda risaukan dan kemukakan alasan anda berasa takut dan bimbang. Kemudia fikirkanlah ebrsama, bagaiman sebaiknya kewangan dikendalikan.
Tips # 6 – Keterbukaan
Tidak ramai yang bersikap terbuka untuk berbicara tentang kewangan apatah lagi jika pasangan tidak berpendapatan tetap setiap bulan dan asyik berhadapan dengan masalah kewangan. Namun, masih ada cara untuk mengajak pasangan berbicara denga terbuka tentang perkara ini.
Caranya :
1. Jelaskan tujuan – dengan menyatakan tujuan anda ahu berbincang tentang topik kewangan keluarga akan memudahkan anda dan pasangan bergandingan ke arah matlamat tersebut. Misalnya anda mahu membeli rumah setelah lima tahun berumahtangga atau menabung untuk membiayai pendidikan anak setelah lahir dan pelbagai lagi.
2. Jangan berahsia – contohnya diam-diam membelanjakan wang membeli sesuatu apatah lagi yang tidak berfaedah. Ini adalah sikap yang amat buruk. Selalunya kelakuan ini dibuat kerana rasa bersalah dan takut dimarahi pasangan apabila mengambil keputusan terburu-buru membeli sesuatu yang tidak bermanafaat. Cara begini salah kerana anda tidak jujur dan mensabotaj perancangan kewangan anda sendiri. Selain itu, sikap sebegini jugalah yang akan mencipta keraguan dan perasaan tidak percaya di hati pasangan terhadap diri anda sendiri.
3. Berkongsi tanggungjawab – ia adalah cara terbaik untuk menghindari pertengkaran berkaitan masalah kewangan. Cara ini, pendapatan dan tanggungjawab anda adalah telus. Buat perkongsian tanggungjawab yang adil, sesuai dengan pendapatan masing-masing. Biasanya cara ini akan membuatkan anda dan pasangan berasa lebih aman dan selesa.
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Rabu, Mei 13, 2009
Elak bertengkar ketika bincang soal wang
Susunan :
Bawang Goreng
pada
5/13/2009 06:45:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...