“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Mei 27, 2009

Petua untuk hilangkan mabuk di awal kehamilan


Assalamualaikum warahmatullah,

Saya sering bertemu dengan pertanyaan, bagaimana untuk menghilangkan (atau meredakan) mabuk/loya di awal kehamilan? ...

Sebenarnya hampir tiada satu kaedahpun yang boleh menghilangkan rasa mabuk/loya awal kehamilan, cuma kita boleh meredakan perasaan yang sungguh kurang selesa ini. Ini adalah kerana di awal kehamilan, badan menghasilkan hormon yang menyebabkan kita merasa mabuk/loya. Mabuk, loya, pening di awal kehamilan memang mencabar mental dan fizikal. Redha dan anggaplah ia ujian Allah yang akan menghapuskan dosa-dosa kita.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW lagi, Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut. (Hadis riwayat al-Hakim)

Untung jadi perempuan ni, tau.... Selain daripada mendapat pahala, dosa-dosa kita juga diampunkan, insya Allah. Yang penting, kena sabar dan redha.

Mabuk hamil kebiasaannya berlaku pada trimester pertama dan jika bernasib baik, akan berakhir di sekitar minggu ke 16 kehamilan. Kenapa saya kata 'nasib baik', ya? Sebab saya mengalami morning sickness hingga hari terakhir dibawa ke labor room... yare yare ...

Untuk mengurangkan, boleh cuba petua di bawah :

1. Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Ambil pil zat besi sebiji sehari bersama vitamin C. Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua yang kaya dengan zat besi.

2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu malam - optional), ambil semasa perut masih kosong. Pastikan ibu hamil tidak mengambil apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu. Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin. Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening/mabuk.

3. Bukan hendak buat promosi percuma, tapi ada kebenarannya. Minum air 100 plus, pastikan ibu hamil buang gasnya dulu. Buka penutup dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Air yang dingin ini boleh minum begitu saja, atau bekukan dalam freezer (dalam ice cube tray). Bila ibu hamil rasa nak muntah/loya, ambil seketul dan hisap. Rasa sejuk akan buat mulut/tekak sedikit kebas, jadi rasa loya akan berkurangan. 100 plus juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam galian dalam badan yang hilang akibat muntah.

4. Buah pala penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Saya dah cuba yang ini, memang berkesan, cuma susah nak jumpa buah pala dijual di sini.

5. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan kurang (memang berkesan!)

6. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh.

7. Petua yang ini dititipkan oleh sahabat di SiM. Sediakan biskut kering (plain crackers, jenama popular adalah Jacob's) tanpa perisa di tepi katil. Sebaik sahaja bangun dari tidur, tanpa mengubah posisi badan semasa terjaga dari tidur, makan sekeping dua biskuit kering yang diletakkan di tepi katil. Penting, posisi tidur tidak diubah kerana jika melakukan pergerakan, asam lambung di lambung akan turut berubah posisinya. Dikatakan, perlu dibuat pada waktu pagi kerana pada masa itulah, posisi yang menentukan kedudukan asam lambung. Biskut kering dikatakan berfungsi untuk mengikat asam lambung sehingga mungkin boleh mengurangkan mabuk atau loya.

Petua tradisional yang ada dalam koleksi saya :

1. Ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.

2. Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum setiap pagi. Insya Allah rasa loya tekak akan hilang.

Tapi sebenarnya, petua yang paling bagus diamalkan, sebelum conceive lagi, suami kena berniat seikhlas hati, jika isteri mengandung, minta mabuk/loya/pening itu ditanggung juga oleh suami. Jadi, mabuk/loya/pening akan berpindah kepada suami. Yang penting, suami kena ikhlas, kalau tak ikhlas, mungkin tak jadi... petua ini daripada adik saya sendiri, isterinya langsung tidak mengalami mabuk mengandung!

Jangan lupa singgah baca entry 40 minggu nan indah.

Take care and enjoy the pregnancy!


6 ulasan:

  1. mcm ayah saye la..kami 5 beradik dia yg muntah2 setiap kali mak preggy

    BalasPadam
  2. @Hunny Kitty

    Tentu ayah anda antara suami yang amat menghargai isterinya...

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Ya, silakan share... tips ni banyak membantu, insya Allah.

      Padam
  4. salam,trjumpa blog ni waktu gugel2 pasal petua nk hilangkan mabuk.terima kasih,akan sy cuba 1 persatu smpi jumpa yg serasi,inshaaAllah.jemput follow kembali :)

    BalasPadam
  5. Wah bwg goreng.. seronok ya kalau semua mabuk tu berpindah kat suami.. lega la kita sebagai isteri.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails